Home Novel Cinta Leraikan Mimpi
Leraikan Mimpi
Lynn Suraya
3/1/2015 14:07:01
58,850
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 13

"Kak Su!" Aida menjerit menyebut nama Suraya. Suraya tersenyum sambil melambai tangan. Namun senyumannya mati bila dilihat di sisi Aida bukan sahaja ada Najmi tetapi juga Ilham. Suraya melangkah perlahan mendekati mereka.

"Hai, Kak Su," Najmi menegur sambil mengangkat tangan. Ilham turut melambai sambil tersenyum. Suraya menarik nafas panjang. Ilham pasti sudah beritahu Najmi. Merenung wajah Najmi yang tenang dan selamba menimbulkan tanda tanya. Sudah tahukah Najmi?

"Suraya tak kisahkan saya ikut serta?" Ilham memulakan kata-kata. Suraya mengukir senyum terpaksa. Sambil menarik tangan Aida berjalan mendahului dua lelaki itu. Ilham menarik bahu Najmi sambil tersenyum.

"Jom," Ilham mengajak Najmi menuruti langkah mereka. Najmi hanya tersenyum. Ilham tiba-tiba muncul di rumah sewanya awal pagi tadi. Dia menagih penjelasan tentang dakwaan Suraya. Najmi buntu untuk memberi penjelasan terpaksa membocorkan perancangan mereka hari ini. Ilham lantas menawarkan diri untuk turut serta. Najmi cuba menjelaskan bahawa Suraya mungkin tidak setuju. Ilham cuma tersenyum.

"Suraya hanya cuba untuk mengelak dari abang. Dia perlu sedar yang dia masih cintakan abang," Ilham berbicara yakin. Najmi hanya tersenyum. Dia sendiri tidak pasti hati Suraya. Cuma, dia yakin hatinya. Dia benar-benar cintakan Suraya. Hanya, dia tidak terfikir untuk menyaingi Ilham. Ilham lebih berhak ke atas Suraya. Suraya hanya mencintai Ilham.

Previous: Bab 12
Next: Bab 14

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.