Home Novel Cinta Dia Cinta Hati Ku (Dewi Karmila)
Dia Cinta Hati Ku (Dewi Karmila)
Rozita Abd. Wahab
16/1/2015 14:05:22
23,646
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab : 4
WAJAH-WAJAH yang berada dalam ruang bilik mesyuarat itu menjadi sasaran matanya, seorang demi seorang. Tentunya mereka tertanya-tanya, gerangan apakah yang menyebabkan dia memanggil mereka berempat. Duduk di dalam bilik mesyuarat itu. Awal pagi tadi dia yang disuruh menghadap En. Taufiq selaku pengurus jabatan teknologi maklumat dan sekarang ini sudah menjadi tanggungjawabnya untuk memberi maklumat untuk tugasan yang baru diterima itu kepada anak-anak buahnya.

“Assalamualaikum. Kita mulakan mesyuarat pagi ni dengan surah Al-Fatihah.” Dewi Karmila mula membaca surat Al-Fatihah. Begitu juga dengan ahli mesyuarat tersebut.

“Terima kasih sebab semua hadir hadir ini. Sebelum saya teruskan perbincangan, saya nak kamu semua berikan progress untuk setiap application yang ada sekarang.”

Hakikatnya laporan yang diterima beberapa hari lalu sudah diteliti dan tugasan baru itu akan diberikan pada mereka berempat. Sama banyaknya, supaya tidak ada yang berkira.

“Amin !”

Wajah Amin menjadi sasaran, analyst programmeryang diberikan tugas untuk memerhatikan application yang disediakan untuk jabatan pemasaran. Application yang tidak sebesar mana tapi bila melibatkan soal kewangan, dia sering berpesan pada Amin supaya lebih berhati-hati agar duit syarikat tidak terkeluar begitu saja. Mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan dealer dan vendor tidak membuat tuntutan sesuka hati mereka. Kes yang berlaku beberapa bulan yang lalu membuatkan dia terasa seram, bukan sedikit jumlah ringgit Malaysia yang sudah dilepaskan kerana kecuaian pihak pemasaran. Mungkin juga kerana tidak ada application yang mengawal pergerakan tuntutan dari dealerdan vendor.

“Setakat ni semuanya okey, Cik Dewi.”

Bila berada dalam mesyuarat, panggilan Cik Dewi akan digunakan tapi di luar bilik mesyuarat, cukup hanya menggunakan namanya. Itu permintaannya biar kemesraan itu wujud di mana-mana.

“Ada lagi masalah double claim?” Dewi masih memusatkan pandangannya pada Amin.

“Saya dah keluarkan report.. ada duplication untuk nombor yang vendor claim. Pihak marketing dah decide... mereka tak akan bayar sebab terlebih bayar untuk nombor sebelum ini,” jawab Amin. Dia sudah bersedia dengan jawapan tersebut. Sudah dijangka Dewi pasti akan bertanya tentang isu tersebut.

“Bagaimana reaksi vendordan dealer ?” Dewi bertanya lagi.

“Masing-masing tak puas hati... tapi kita dah buktikan dengan report on duplication tu.”

Finance macam mana ?”

“Setakat ni okey, semua report I submit pada mereka.”

“Hmm.... saya nak satu copy nanti,” ujar Dewi Karmila. Berpuas hati dengan kerja yang dilaksanakan oleh Amin.

Amin mengangguk. Tidak pula Dewi Karmila meminta satu salinan laporan tersebut sebelum ni.

“Okey... Rita ! Dah install application untuk vendor?” Pandangannya dialihkan ke arah Rita, programmer yang diletakkan di bawah jagaan Amin. Anak gadis yang baru saja menamatkan pengajiannya dalam jurusan sains komputer di UiTM.

“Setakat ni dah install untuk lima dealer besar sekitar KL,” jawab Rita.

“You pergi dengan siapa ?”

Staff marketing, Khalid dan Zamani.”

“Ada apa-apa masalah ?”

“Semuanya okey.”

Dialihkan pula pandangannya ke wajah Hanisah, analyst rogrammer yang sama-sama bekerja dengannya suatu ketika dulu.

“Application untuk customer service department macam mana ?” tanya Dewi.

“Okey... they all dah guna, sambutan pun okey,” jawab Hanisah sambil memandang ke arah Dewi Karmila.

“Ada apa-apa komen dari user?” tanya Dewi.

Application tak ada masalah tapi connection dengan Oracle kadang-kadang ada isu juga, ” jawab Hanisah.

So.. kalau shift malam macam mana ?”

“I dah ajar user, macam mana nak connect balik. Dia orang faham, pernah sekali connection drop waktu malam, Syamil call I, dia boleh ikut arahan I.”

“Hmm... bagus. Aset Tracking System macam mana ?”

In progress... around50 %”

So.. you buat dengan Syahid.”

Hanisah mengangguk.

“Syahid ! Ada masalah tak?”

Wajah programmer muda yang berasal dari Kelantan menjadi sasaran matanya. Setiap kali anak muda itu pulang ke daerah kelahirannya, ada saja buah tangan yang dibawa untuk mereka. Pernah juga dia meminta Syahid membelikan dia sepasang kain sutera, anak muda itu hanya tersenyum. Diminta sepasang, yang diperolehnya dua pasang... Syahid dapat membeli kain itu dengan harga yang murah dari emak saudaranya. Boleh tahan juga cita rasa anak jati Kelantan itu. Telo Kelantannya masih pekat tapi ada kalanya sedap didengar.

“Okey... Cik Dewi, kalau ada masalah, Kak Nisah ada... dia banyak tolong saya.”

Dewi Karmila tersenyum. Senang hatinya mendengar penjelasan anak-anak buahnya. Masing-masing menjalankan tugas dengan baik. Selaku pengurus di software development, dia yang perlu mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku di dalam department itu.

“Siapa yang buat mailing list.”

Keempat-empat wajah di hadapannya direnung satu persatu.

“Saya Cik Dewi.”

Syahid yang menjawab sambil mengangkat tangannya sedikit.

“Ada perkembangan ?”

“Saya dah jumpa user, beberapa orang secretary dan dapatkan requirement mereka. Sekarang ni Saya tengah compile requirement dan siapkan functional spec.”

“Ada masalah ?”

“Tak ada Cik Dewi.”

“Okey... bila boleh siap functional spec ?”

“Minggu depan Cik Dewi.”

“Minggu depan ada lima hari... hari yang mana ?” Hanisah dan Amin sudah tersenyum. Tidak sukar untuk bekerja dengan Dewi Karmila tapi bila Dewi Karmila memerlukan jawapan. Jawapan itu perlu menuju ke arah yang sebenarnya.

“Insya-ALLAH hari Jumaat.”

Dewi Karmila mengulum senyum.. Syahid memilih hari terakhir pada minggu tersebut.

“Kalau hari Sabtu kerja, hari Sabtulah awak hantar pada saya,” sindir Dewi Karmila.

Syahid tersengih... tepat sekali tekaan Dewi Karmila.

“Okey... pagi Jumaat, functional requirement dan timeline atas meja saya.”

“Okey Cik Dewi.”

Dewi betulkan sandarannya, e-mail yang dihantar padanya dan hasil dari perbincangan dengan En. Taufiq sudah berada di atas meja, sebahagiannya masih tertulis di otaknya. Hanya menanti masa untuk diluahkan pada mereka.

“Kita ada tugasan baru.”

Keempat-empat pasang mata merenung wajah Dewi Karmila. Gadis itu tetap tenang dan bersahaja.

HR department mahukan payroll system yang baru dan recruitment system. Application yang digunakan sekarang dah ketinggalan. Orang yang develop system tu pun dah resign. Sekarang ni cuma saya yang tahu tentang system tersebut. Kita ada dua pilihan.. develop atau beli system dari company lain.”

Pen di tangan diketuk di atas meja. Jawapan apakah yang akan didengarnya dari mereka berempat? Jika hendak goyang kaki, beli saja system tersebut dari mana-mana vendor yang menawarkan system untuk jabatan pembangunan manusia itu tapi jika dibuat sendiri, untungnya pada mereka juga... peluang di hadapan mata lebih cerah. Banyak pengalaman yang bakal diperoleh.

So... siapa setuju kita develop new payroll system, atau kita beli saja system payrolldan recruitment.

Wajah Hanisah menjadi sasarannya, dalam fikiran sudah terbayang, jawapan apa yang bakal diterima dari Ibu beranak dua itu.

“Kita beli saja Cik Dewi... kerja senang. Kita cuma maintain system tu. Tak payah pening-peningkan kepala.” Hanisah memberikan pendapatnya.

Benar jangkaannya, itulah jawapan yang pasti menerjah gegendang telinganya tapi itu hak Hanisah... dia bertanya dan Hanisah memberikan jawapannya.

Dialihkan pula pandangan matanya ke arah Amin.

“Amin!”

“Ikutkan saya, lebih baik kita develop. Base on systemyang sedia ada. Kita improve apa yang kurang. Kita tak rugi... kalau ada masalah. Kita settle sendiri... tahu sajalah bila dealdengan vendor, benda kecil pun ambil masa nak siapkan. Nak chargeitu ini, silap-silap kita yang kena handle sendiri.”

“Hmm... okey,” Dewi menarik nafas kelegaan. Itu jawapan yang hendak didengarnya.

“Syahid dan Rita bagaimana ?”

“Saya setuju dengan pendapat En. Amin.” Rita memberikan jawapannya.

“Saya pun sama Cik Dewi... inilah peluang kami dan nak develop application yang besar macam tu. Satu cabaran bagi kami orang baru ni.” Bersemangat benar anak muda yang seorang ini.

Dewi Karmila tersenyum... kerlingan Hanisah sudah cukup untuk di mengertikan. Tidak ada sesiapa yang menyokong dirinya. Rita dan Syahid sependapat dengan Amin.

“Okey... since suara majoriti nak kita develop application ni, Saya rasa kita develop saja. Amin dan Hanisah.. saya nak kamu berdua study sistem yang sedia ada. Saya nak tengok laporannya secepat mungkin.”

Payroll ke Cik Dewi ?”

“You all handle payroll. Ada beberapa dokumen tentang payroll pada saya, nanti saya berikan.”

Hanisah dan Amin berpandangan.

“Syahid ! I nak you jumpa Puan Safiah. Dia handle recruitment. Find out macam mana dia handle resume dan interview untuk dapatkan staff baru. Actually, ada lagi moduleuntuk HR department termasuk cuti dan time attendance tapi kita cuma diminta untuk upgrade payroll yang dah ada dan create recruitment system. Tak tahulah kalau lepas ni, management akan minta kita develop module yang lain-lain pula,” arah Dewi Karmila.

“Okey... Cik Dewi.”

“Rita! You tolong Shahid ya.”

“Okey... Cik Dewi.”

“I ada few catalog untuk HR system , nanti ambil dengan I.”

Sekali lagi wajah-wajah di hadapannya menjadi sasaran mata, masing-masing hanya mendiamkan diri. Tidak segalak dan serancak bila berada di ruang pejabat, mungkin kerana keseriusan dirinya sendiri.

“Okey... ada apa-apa yang hendak ditanya ?”

Hanisah menggeleng, begitu juga dengan Amin. Rita dan Syahid hanya mendiamkan diri, biar orang lama yang bersuara.

“Okey... kalau tak ada apa-apa, Kita berhenti di sini, sediakan apa yang saya hendak dengan secepat mungkin tapi jangan abaikan tugas yang sedia ada. Kita sudahi mesyuarat kita dengan surah Wal-As dan tasbih kifarah. Assalamualaikum.”

Buku catatan di atas meja ditutup, begitu juga dengan Rita dan Syahid.. kedua-duanya sudah bersedia untuk keluar dari bilik itu. Hanisah dan Amin mengekori dari belakang.

Dewi Karmila lekapkan kedua belah tangan ke mukanya. Berat tugasan yang diberikan tapi dia tak punya pilihan. Sememangnya En. Taufik meminta mereka membina application tersebut tetapi sengaja dia bertanya pada mereka, sekadar untuk mengetahui pendapat mereka. Ternyata Hanisah mahukan sesuatu yang mudah... tidak membebankan dirinya.

Previous: Bab : 3
Next: Bab : 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.