WAJAH-WAJAH yang berada dalam ruang bilik mesyuarat itu
menjadi sasaran matanya, seorang demi seorang. Tentunya mereka tertanya-tanya,
gerangan apakah yang menyebabkan dia memanggil mereka berempat. Duduk di dalam
bilik mesyuarat itu. Awal pagi tadi dia yang disuruh menghadap En. Taufiq
selaku pengurus jabatan teknologi maklumat dan sekarang ini sudah menjadi
tanggungjawabnya untuk memberi maklumat untuk tugasan yang baru diterima itu
kepada anak-anak buahnya.“Assalamualaikum. Kita mulakan mesyuarat
pagi ni dengan surah Al-Fatihah.” Dewi Karmila mula membaca surat Al-Fatihah.
Begitu juga dengan ahli mesyuarat tersebut.
“Terima kasih sebab semua hadir hadir ini.
Sebelum saya teruskan perbincangan, saya nak kamu semua berikan progress untuk setiap application yang ada sekarang.”
Hakikatnya laporan yang diterima beberapa
hari lalu sudah diteliti dan tugasan baru itu akan diberikan pada mereka
berempat. Sama banyaknya, supaya tidak ada yang berkira.
“Amin !”
Wajah Amin menjadi sasaran, analyst programmeryang diberikan tugas
untuk memerhatikan application yang
disediakan untuk jabatan pemasaran. Application
yang tidak sebesar mana tapi bila melibatkan soal kewangan, dia sering berpesan
pada Amin supaya lebih berhati-hati agar duit syarikat tidak terkeluar begitu
saja. Mereka yang bertanggungjawab untuk memastikan dealer dan vendor tidak
membuat tuntutan sesuka hati mereka. Kes yang berlaku beberapa bulan yang lalu
membuatkan dia terasa seram, bukan sedikit jumlah ringgit Malaysia yang sudah
dilepaskan kerana kecuaian pihak pemasaran. Mungkin juga kerana tidak ada application yang mengawal pergerakan
tuntutan dari dealerdan vendor.
“Setakat ni semuanya okey, Cik Dewi.”
Bila berada dalam mesyuarat, panggilan Cik
Dewi akan digunakan tapi di luar bilik mesyuarat, cukup hanya menggunakan
namanya. Itu permintaannya biar kemesraan itu wujud di mana-mana.
“Ada lagi masalah double claim?” Dewi masih memusatkan pandangannya pada Amin.
“Saya dah keluarkan report.. ada duplication
untuk nombor yang vendor claim. Pihak
marketing dah decide... mereka tak akan bayar sebab terlebih bayar untuk nombor
sebelum ini,” jawab Amin. Dia sudah bersedia dengan jawapan tersebut. Sudah
dijangka Dewi pasti akan bertanya tentang isu tersebut.
“Bagaimana reaksi vendordan dealer ?” Dewi
bertanya lagi.
“Masing-masing tak puas hati... tapi kita
dah buktikan dengan report on duplication
tu.”
“Finance
macam mana ?”
“Setakat ni okey, semua report I submit pada mereka.”
“Hmm.... saya nak satu copy nanti,” ujar Dewi Karmila. Berpuas
hati dengan kerja yang dilaksanakan oleh Amin.
Amin mengangguk. Tidak pula Dewi Karmila
meminta satu salinan laporan tersebut sebelum ni.
“Okey... Rita ! Dah install application untuk vendor?”
Pandangannya dialihkan ke arah Rita, programmer
yang diletakkan di bawah jagaan Amin. Anak gadis yang baru saja menamatkan
pengajiannya dalam jurusan sains komputer di UiTM.
“Setakat ni dah install untuk lima dealer
besar sekitar KL,” jawab Rita.
“You pergi dengan siapa ?”
“Staff
marketing, Khalid dan Zamani.”
“Ada apa-apa masalah ?”
“Semuanya okey.”
Dialihkan pula pandangannya ke wajah
Hanisah, analyst rogrammer yang sama-sama bekerja dengannya suatu ketika dulu.
“Application untuk customer service department macam mana ?” tanya Dewi.
“Okey... they all dah guna, sambutan pun okey,” jawab Hanisah sambil
memandang ke arah Dewi Karmila.
“Ada apa-apa komen dari user?” tanya Dewi.
“Application
tak ada masalah tapi connection
dengan Oracle kadang-kadang ada isu
juga, ” jawab Hanisah.
“So..
kalau shift malam macam mana ?”
“I dah ajar user, macam mana nak connect
balik. Dia orang faham, pernah sekali connection
drop waktu malam, Syamil call I,
dia boleh ikut arahan I.”
“Hmm... bagus. Aset Tracking System macam
mana ?”
“In
progress... around50 %”
“So..
you buat dengan Syahid.”
Hanisah mengangguk.
“Syahid ! Ada masalah tak?”
Wajah programmer
muda yang berasal dari Kelantan menjadi sasaran matanya. Setiap kali anak muda
itu pulang ke daerah kelahirannya, ada saja buah tangan yang dibawa untuk
mereka. Pernah juga dia meminta Syahid membelikan dia sepasang kain sutera,
anak muda itu hanya tersenyum. Diminta sepasang, yang diperolehnya dua
pasang... Syahid dapat membeli kain itu dengan harga yang murah dari emak
saudaranya. Boleh tahan juga cita rasa anak jati Kelantan itu. Telo Kelantannya
masih pekat tapi ada kalanya sedap didengar.
“Okey... Cik Dewi, kalau ada masalah, Kak
Nisah ada... dia banyak tolong saya.”
Dewi Karmila tersenyum. Senang hatinya
mendengar penjelasan anak-anak buahnya. Masing-masing menjalankan tugas dengan
baik. Selaku pengurus di software
development, dia yang perlu mengambil tahu tentang apa yang sedang berlaku
di dalam department itu.
“Siapa yang buat mailing list.”
Keempat-empat wajah di hadapannya direnung
satu persatu.
“Saya Cik Dewi.”
Syahid yang menjawab sambil mengangkat
tangannya sedikit.
“Ada perkembangan ?”
“Saya dah jumpa user, beberapa orang secretary
dan dapatkan requirement mereka.
Sekarang ni Saya tengah compile requirement dan siapkan functional spec.”
“Ada masalah ?”
“Tak ada Cik Dewi.”
“Okey... bila boleh siap functional spec ?”
“Minggu depan Cik Dewi.”
“Minggu depan ada lima hari... hari yang
mana ?” Hanisah dan Amin sudah
tersenyum. Tidak sukar untuk bekerja dengan Dewi Karmila tapi bila Dewi Karmila
memerlukan jawapan. Jawapan itu perlu menuju ke arah yang sebenarnya.
“Insya-ALLAH hari Jumaat.”
Dewi Karmila mengulum senyum.. Syahid
memilih hari terakhir pada minggu tersebut.
“Kalau hari Sabtu kerja, hari Sabtulah
awak hantar pada saya,” sindir Dewi Karmila.
Syahid tersengih... tepat sekali tekaan
Dewi Karmila.
“Okey... pagi Jumaat, functional requirement dan timeline
atas meja saya.”
“Okey Cik Dewi.”
Dewi betulkan sandarannya, e-mail yang dihantar padanya dan hasil
dari perbincangan dengan En. Taufiq sudah berada di atas meja, sebahagiannya
masih tertulis di otaknya. Hanya menanti masa untuk diluahkan pada mereka.
“Kita ada tugasan baru.”
Keempat-empat pasang mata merenung wajah
Dewi Karmila. Gadis itu tetap tenang dan bersahaja.
“HR
department mahukan payroll system yang baru dan recruitment system. Application yang digunakan sekarang dah ketinggalan. Orang yang develop system tu pun dah resign. Sekarang ni cuma saya yang tahu
tentang system tersebut. Kita ada dua
pilihan.. develop atau beli system dari company lain.”
Pen di tangan diketuk di atas meja.
Jawapan apakah yang akan didengarnya dari mereka berempat? Jika hendak goyang
kaki, beli saja system tersebut dari
mana-mana vendor yang menawarkan system untuk jabatan pembangunan manusia
itu tapi jika dibuat sendiri, untungnya pada mereka juga... peluang di hadapan
mata lebih cerah. Banyak pengalaman yang bakal diperoleh.
“So...
siapa setuju kita develop new payroll
system, atau kita beli saja system
payrolldan recruitment.”
Wajah Hanisah menjadi sasarannya, dalam
fikiran sudah terbayang, jawapan apa yang bakal diterima dari Ibu beranak dua
itu.
“Kita beli saja Cik Dewi... kerja senang.
Kita cuma maintain system tu. Tak
payah pening-peningkan kepala.” Hanisah memberikan pendapatnya.
Benar jangkaannya, itulah jawapan yang
pasti menerjah gegendang telinganya tapi itu hak Hanisah... dia bertanya dan
Hanisah memberikan jawapannya.
Dialihkan pula pandangan matanya ke arah
Amin.
“Amin!”
“Ikutkan saya, lebih baik kita develop. Base on systemyang sedia ada. Kita improve apa yang kurang. Kita tak rugi... kalau ada masalah. Kita settle sendiri... tahu sajalah bila dealdengan vendor, benda kecil pun ambil masa nak siapkan. Nak chargeitu ini, silap-silap kita yang kena
handle sendiri.”
“Hmm... okey,” Dewi menarik nafas
kelegaan. Itu jawapan yang hendak didengarnya.
“Syahid dan Rita bagaimana ?”
“Saya setuju dengan pendapat En. Amin.”
Rita memberikan jawapannya.
“Saya pun sama Cik Dewi... inilah peluang
kami dan nak develop application yang
besar macam tu. Satu cabaran bagi kami orang baru ni.” Bersemangat benar anak
muda yang seorang ini.
Dewi Karmila tersenyum... kerlingan Hanisah
sudah cukup untuk di mengertikan. Tidak ada sesiapa yang menyokong
dirinya. Rita dan Syahid sependapat
dengan Amin.
“Okey... since suara majoriti nak kita develop
application ni, Saya rasa kita develop saja. Amin dan Hanisah.. saya
nak kamu berdua study sistem yang
sedia ada. Saya nak tengok laporannya secepat mungkin.”
“Payroll
ke Cik Dewi ?”
“You all handle payroll. Ada beberapa dokumen tentang payroll pada saya, nanti saya berikan.”
Hanisah dan Amin berpandangan.
“Syahid ! I nak you jumpa Puan Safiah. Dia
handle recruitment. Find
out macam mana dia handle resume
dan interview untuk dapatkan staff baru. Actually, ada lagi moduleuntuk
HR department termasuk cuti dan time attendance tapi kita cuma diminta
untuk upgrade payroll yang dah ada
dan create recruitment system. Tak
tahulah kalau lepas ni, management
akan minta kita develop module yang
lain-lain pula,” arah Dewi Karmila.
“Okey... Cik Dewi.”
“Rita! You tolong Shahid ya.”
“Okey... Cik Dewi.”
“I ada few
catalog untuk HR system , nanti
ambil dengan I.”
Sekali lagi wajah-wajah di hadapannya
menjadi sasaran mata, masing-masing hanya mendiamkan diri. Tidak segalak dan
serancak bila berada di ruang pejabat, mungkin kerana keseriusan dirinya
sendiri.
“Okey... ada apa-apa yang hendak ditanya
?”
Hanisah menggeleng, begitu juga dengan
Amin. Rita dan Syahid hanya mendiamkan diri, biar orang lama yang bersuara.
“Okey... kalau tak ada apa-apa, Kita
berhenti di sini, sediakan apa yang saya hendak dengan secepat mungkin tapi
jangan abaikan tugas yang sedia ada. Kita sudahi mesyuarat kita dengan surah
Wal-As dan tasbih kifarah. Assalamualaikum.”
Buku catatan di atas meja ditutup, begitu
juga dengan Rita dan Syahid.. kedua-duanya sudah bersedia untuk keluar dari
bilik itu. Hanisah dan Amin mengekori dari belakang.
Dewi Karmila lekapkan kedua belah tangan
ke mukanya. Berat tugasan yang diberikan tapi dia tak punya pilihan.
Sememangnya En. Taufik meminta mereka membina application tersebut tetapi sengaja dia bertanya pada mereka,
sekadar untuk mengetahui pendapat mereka. Ternyata Hanisah mahukan sesuatu yang
mudah... tidak membebankan dirinya.