“Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia”
Syifa memandu tenang menyusuri lebuhraya. Sengaja dia tidak menghidupkan radio kegemarannya. Entah kenapa, malam ini dia terasa panas. Padahal penghawa dingin malam ini sudah dipasang sekuat mungkin.
Haikal gagal dihubungi. Risua juga Syifa apabila suaminya bertindak sebegitu. Tandanya dia merajuk. Alahai…..
“Sayangku….,”
Kring! Kring!
Deringan telefon sedikit sebanyak menggangu konsentrasi pemanduannya. Cepat-cepat dia mencapai telefon bimbitnya.
Syasya! Apa yang dia mahu?
Belum sempat dia mejawab panggilan tersebut, ia terputus. Syifa mendengus, lalu telefon dicampak ke tepi. Stereng kereta diputar, kereta membelok masuk ke kawasan perumahannya. Setibanya di lorong rumahnya…..
“Eh, kenapa ramai sangat orang kat rumah aku ni?”
Jantungnya berdegup laju. Mula terdengar bisikan yang bukan-bukan. Namun ditepis dengan lafaz zikrullah tanpa henti. Basah bibirnya dengan ucapan memujiNya.
Cepat-cepat dia memarkir keretanya. Cantik! Sebelum ini dia tidak pernah berjaya dalam cubaannya memarkir kereta. Laju dia keluar dari kereta sebaik enjin dimatikan. Tinggal semua barangannya dalam kereta. Dia mencari Haikal, suaminya.
“Abang, kenapa ni?” tanya Syifa kepada Haikal yang sedang berbincang sesuatu dengan seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
“Minta maaf ye, cik ni siapa?” tanya lelaki yang bersama Haikal dari tadi.
“Saya isterinya,” jawab Syifa sambil jarinya dituding ke arah Haikal yang diam sedari tadi. Kenapa dengan dia ni?
“Oh maaf puan. Saya…. Kami adalah pegawai pencegah maksiat…..,”
“Syifa!!!” dia melihat Haikal meluru ke arahnya. Sesudah itu dia tidak ingat apa-apa lagi.
*****
Imbas kembali
“Syifa nak apa, sayang?” tanya Rina apabila mereka sedang beratur untuk mengambil makanan. Mereka sedang berehat seketika daripada satu program latihan motivasi.
“Tak apa la kak, Syifa ambil sendiri,” seboleh mungkin dia tidak mahu menyusahkan Rina sementelah dia boleh mengambilnya sendiri.
“Er, kak,”
“Iye, Syifa,”
“Akak kata Kak Zura join? Tak ada pun?” tanya Syifa. Dua hari sebelum latihan, Zura yang beria-ia memberitahunya yang dia akan turut serta bersama mereka.
“Dia ada hal yang nak diuruskan di Melaka. Balik sahaja dari Korea, terus dia ke sana,” balas Rina. Dia juga kecewa, namun manusia hanya merancang.
“Saya baru nak jumpa dia…,” Syifa memuncungkan mulutnya. Kali terakhir mereka berjumpa, di Shah Alam sebelum Zura kembali ke Korea dan berkahwin di sana.
“Ala budak ni, telefon kan ada! Saje je nak meraih simpati tu! Nanti akak BBM dia ye, kata Syifa rindukan dia,” pujuk Rina. Memang Zura ada menyatakan kerinduannya namun apakan daya, ada pula aral yang melintang.
Syifa tersengih. “Ha, cakap dengan Kak Zura, saya nak ole-ole dari Korea tau! Ole-ole yang be…. Adoi!” tiba-tiba Syifa dilanggar dari belakang. “Apa ni…,”
“Maaf, maaf…,” kedengaran suara lelaki dari belakang. Spontan Syifa menoleh, dan….
Pandangan mata mereka bertaut. Suasana hening beberapa jeda.
“Haikal!”
Mereka tersentak. Seakan baru tersedar dari mimpi yang panjang.
Lelaki itu berdehem. “Ye, Along,” Oh, namanya Haikal, getus hati Syifa. Dia melihat Along datang menghampiri mereka.
“Apa yang berlaku ni? Kenapa kalian menghalang laluan utama?”
Spontan Haikal dan Syifa menoleh ke kiri dan ke kanan. Barulah mereka sedar yang mereka berdiri di laluan utama. Syifa sendiri sudah keluar barisan tadi.
“Maaf, Along,”
Along tersengih.
“Tapi kenapa Along kena cakap macam tu?”
Sengih Along mati.
“Aaaaa….aaaaa….aaaa….,”
“Hahahaaaa….. tengok, Syifa baru tanya sikit dah gelabah,”
“Along saje la buat macam tu! Baru la terasa seperti Hang Tuah,” selamba Along meninggalkan mereka berdua dan terus mengambil makanan.
“Along, Along….,” Haikal sudah tergeleng-geleng.
“Er, Syifa….,” Syifa menoleh, memandang Haikal yang tersenyum memandangnya.
“Saya minta maaf ye pasal tadi,” terus Haikal berlalu mendapatkan Along yang sudah berada jauh di hadapan, meninggalkan Syifa yang termangu keseorangan.
Macam mana dia tahu nama aku?
*****
“Apa yang berlaku ni? Kenapa kalian menghalang laluan utama?”
Spontan Haikal tersenyum.
“Ni apahal dah macam kerang busuk je ni?” tiba-tiba dia disiku Along. Haikal menoleh, memandang Along. Namun sengihnya masih belum hilang.
“Along, Along kenal ek perempuan tadi?” tanya Haikal.
“Hah? Perempuan? Mana? Mana?” Along memanjangkan leher, konon-kononnya sedang mencari seseorang. Haikal mencebik.
“Along ni, perempuan yang Haikal terlanggar tadi tu,”
“Oh, Syifa. Kenal. Along kenal. Kenapa?”
“Tak ada apa-apa. Haikal saja tanya,” Haikal tersenyum penuh makna.
“Nak mengorat la tu,” balas Along perlahan, namun dapat didengari oleh Haikal.
“Tak boleh ke?”
“Siapa kata tak boleh? Along lagi suka,” balasan Along membuatkan sengih Haikal semakin melebar. Sejurus, dia melihat Syifa dan Rina duduk tidak jauh dari tempat mereka duduk. Haikal mula mengendeng pada Along yang sibuk berSMS dengan isteri tercinta.
“Along,”
“Ye,”
“Haikal nak nombor telefon Syifa, boleh?”
Along pandang Haikal sekilas. Kemudian matanya kembali tertumpu di telefon bimbitnya.
“Mintak sendiri,”
*****
“Assalamualaikum warahmatullah…..,” salam kedua diberikan imam lalu wajahnya dipalingkan ke kiri. Para makmum tururt mengikuti gerakan imam itu. Sejurus, wirid dibacakan dengan kadar suara yang sederhana.
Syifa tenggelam seketika dalam alunan zikrullah ketika tangannya digenggam erat oleh Rina. Dia dapat merasakan yang Rina meletakkan sesuatu dalam genggaman tangannya. Dia pandang Rina. Rina senyum.
Syifa baru ingin membuka mulut bertanyakan sesuatu apabila imam mula mengangkat tangan membaca doa. Lantas dipendam seketika hasrat itu. Masa itu barulah dia melihat apa yang berada di genggaman tangannya. Secebis kertas.
“Amin amin Yaa Rabbal ‘Alamin…,”
Wajahnya diraup perlahan. Cepat-cepat Syifa membuka cebisan kertas itu.
‘Assalamualaikum Syifa,
Boleh saya dapatkan nombor telefon awak?
Haikal’
Syifa tersenyum. Dia mendapat idea.
“Haikal,”
Haikal menoleh. Along menghulurkan secebis kertas kepadanya. Wajah Along masam.
“Kenapa, Along?”
“Kot iye pun, tak payah la suruh Along jadi posmen karat korang!” Along memuncungkan mulutnya. Haikal ketawa. Cebisan kertas itu dibuka perlahan.
‘Waalaikumsalam Haikal,
TAK BOLEH! Nak mintak, cakap sendiri pakai mulut. Be gentleman please.
Syifa’
Haikal tersenyum. Pintu peluang telah terbuka!
*****
“Kak Rina, akak hantar saya balik, kan?” tanya Syifa semasa mereka bersalaman selepas selesai solat Maghrib. Program sudah tamat. Masa untuk pulang!
“Iye sayang. Oh….,” telefon bimbit Rina berbunyi. “Sekejap ye, Syifa. Akak kena jawab panggilan ni,”
Syifa mengangguk perlahan. Majalah Solusi di dalam beg dikeluarkan dan dibaca.
“Assalamualaikum,”
Syifa mengangkat kepala. Dia mengerutkan dahi apabila melihat Haikal datang dan terus duduk di sebelahnya.
“Awak Syifa, kan? Saya Haikal,” Syifa hanya menganggukkan kepala. Dah tahu lagi mahu tanya….
“Awak memang suka pakai macam ni ek?” tanya Haikal. Kening Syifa tercantum. Dipandang pakaian yang tersarung di tubuhnya.
“Ya, ada yang tak kena ke?” tanya Syifa. Dia melihat bajunya cukup labuh, cukup longgar. Lalu apa masalahnya?
“Tak adalah. Cantik. Cuma…..,” Haikal menunjukkan kaki Syifa yang terdedah. “Kaki tu aurat. Wajib ditutup,”
Spontan Syifa melihat kakinya. Sungguh, dia terlupa hakikat itu. Malu dia apabila ditegur lelaki bukan mahram.
“Boleh tak, kalau lepas ni kita jumpa, awak pakai stoking?” tanya Haikal. Tersenyum dia apabila melihat pipi gadis itu kemerah-merahan. Syifa mengangguk perlahan.
“Tapi sementara nak tunggu kita jumpa lagi tu, boleh tak saya dapatkan nombor telefon awak?’
Nah, itu mukadimahnya! Spontan Syifa tersenyum lebar. Suka Haikal melihatnya.
*****
“Syifa dah makan?”
“Dah, Abah,” jawab Syifa. Dia tersenyum memandang Abahnya yang sedang membaca suratkhabar. Kemudian dia kembali ralit menyiapkan tugasan kolejnya.
“Dah makan? Kat luar?”
Syifa mengangguk.
“Dengan siapa?”
“Dengan Haikal,” laju Syifa menjawab. Sejenak, dia tersedar. Dia memandang Abah yang sudah tersenyum-senyum.
“Sejak akhir-akhir ni Abah asyik dengar nama Haikal je. Ada apa-apa yang Abah tak tau?”
Syifa hanya diam. Pandangan matanya ditumpukan pada skrin computer, namun….
“Bila masa anak abah sorang ni pandai pakai ‘blusher’ dalam rumah?”
“Abah!!!”
Abah sudah tergelak besar.
“Abah ni…. !” Syifa sudah memuncungkan mulutnya.
“Ha, bagus sangat la tu buat ‘duckface’ tu, macam comel sangat je buat gaya gitu,” sampuk KakYong yang tiba-tiba muncul dari dapur, menatang minuman buat Abah. Cepat-cepat Syifa menarik muncungnya.
“Ha, bagus sangat la tu. Dua lawan satu. Ini tidak adil tidak adil bagiku….,” Syifa buat serangan balas. Siap nyanyi lagu Yuna. KakYong pula yang tergelak.
“Apa yang Abah usik si Syifa ni?” KakYong melabuhkan duduknya di sebelah Abah. Perutnya yang memboyot diusap perlahan.
“KakYong, perut tu dah berapa bulan?”
“Minggu depan masuk enam bulan. Kamu jangan nak tukar topik ye, Syifa,”
Giliran Syifa pula yang ketawa. KakYong ni macam tahu-tahu aje….
“Tak ada lah, Abah tanya pasal Syifa dengan Haikal, sebab sejak akhir-akhir ni diorang agak rapat. Itu aje,” beritahu Abah. Mati tawa Syifa tiba-tiba.
“Ala, KakYong baru nak tanya pasal tu, Abah dah tanya dulu?” KakYong tersenyum. Dilihat wajah Syifa yang sudah masam mencuka.
“Orang kawan je la!”
“KakYong tak cakap apa-apa pun!”
“Sudah! Korang berdua ni asyik nak bergaduh je! Terbersalin KakYong kat sini, kamu yang sambut anak dia, Syifa!”
“Abah!!!” Syifa dan KakYong menjerit serentak. Abah sudah tergelak besar. Dia bangun.
“Syifa, abah tak halang kamu berkawan. Tapi kalau Haikal ikhlas terhadap kamu, bawa dia jumpa Abah, macam Abang Hairi kamu buat masa dia nak kahwin dengan KakYong dulu,” Abah bersuara sebelum dia masuk ke dalam bilik.
KakYong pandang Syifa. Syifa pandang KakYong. KakYong sudah tersenyum-senyum mengusik. Syifa baling bantal. Pantas KakYong menyambut. Syifa mendengus. Tak padan dengan mak buyungnya!
*****
“Gentleman juga Haikal tu ye?” usik KakYong ketika Syifa sedang sibuk menyipakna makan tengahari.
Syifa menoleh pantas. “KakYong buka telefon Syifa ye?” Syifa airan. Setahuna, telefon bimbitnya telah dilengkapi kod keselamatan untuk privasi. Macam mana KakYong tahu sedangkan Syifa tidak pernah tunjukkan gambar Haikal padanya?
“Heh, apa kelas bukak telefon kamu! Tu, si Haikal kamu tu datang. Tengah bersembang dengan Abah kat luar tu,” KakYong menjuih bibir.
“Biar betul!” Syifa berlari anak ke ruang tamu. Sempat dicapai tudung di atas kerusi. Dia ternganga apabila melihat Abah berbual mesar dengan seorang lelaki. Lelaki yang amat dikenalinya.
“Haikal,”
Haikal menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Dia tersenyum dan terus bangun apabila melihat gadis pujaannya. Syifa menghampiri Haikal.
“Awak buat apa ni?”
“Nak hantar awak balik kolej la,”
“Awak ni terlebih makan kuaci ke?”
“Apakah?”
“Awalnya datang,”
“Jadi apa kena mengena makan kuaci dengan datang awal?”
“Eh, tak ada kena mengena ek?” Syifa buat muka blur. Haikal tergelak. Comel benar wajah itu di matanya ketika itu.
“Ehem…,”
“Eh, Abah….,” Syifa pandang wajah Haikal dengan dahi berkerut. Ni Abah kita la, belum jadi Abah awak lagi! Wek!
“Sampai terlupa Abah kat sini ye,”
“Maaf, Bah….,”
Syifa jelling Haikal.
“Ai Syifa, tetamu dah datang ni, tak reti-reti nak buatkan air?”
Kelam kabut Syifa ke dapur. Haikal yang melihat dari tadi hanya mampu menggelengkan kepala sambil tersenyum.
“Tak payah nak tersengih kat situ. Meh sini duduk dekat Abah ni,”
Mati senyum Haikal tiba-tiba. Malu dia apabila ditegur Abah Syifa sebegitu. Perlahan dia duduk di sebelah orang tua itu.
“Kita cerita pasal apa tadi?”
“Er, pasal ikhlas, Pakcik,”
“Apahal pulak panggil Pakcik ni? Panggil Abah je la,”
“Syifa marah saya panggil Pakcik, Abah,”
“Ah, biarkan dia dengan cemburu rabun dia tu,” Haikal tergelak. Cemburu rabun? Hohooooo…..
“Kat mana kita tadi?”
“Pasal ikhlas, Abah,” Abah tersenyum.
“Ha, pasal ikhlas. Kamu ikhlas kawan dengan anak Abah?”
“Insya Allah, saya ikhlas, Abah. Kalau saya tak ikhlas, saya tak datang sini jumpa Abah,”
“Kalau kamu ikhlas dengan Syifa, apa hala tuju hubungan kamu dengan dia?”
Diam seketika.
“Abah tak suka orang main-mainkan anak Abah,”
“Abah….,” Haikal berdehem. “Saya memang ikhlas berkawan dengan Syifa. Kalau boleh, nak jadikan Syifa isteri saya. Tujuan saya datang awal jemput Syifa ni bukan semata-mata bertanya khabar, tapi juga untuk meminta izin.
“Minta izin untuk apa?”
“Kalau Abah izinkan, saya nak hantar rombongan meminang Syifa minggu depan,”
Prang!!!!!!!!
Spontan Abah dan Haikal menoleh ke arah Syifa yang ternganga di pintu masuk dapur. Gelas yang pecah bertaburan di kaki, dibiarkan sahaja.
Abah tergelak kecil. “Datang aje la haikal. Kalau tidak, lagi banyak pinggan mangkuk gelas cawan Abah yang pecah nanti. Heheheee….,”
“Abah!!!”
*****
“Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersemadi
Takkan terpisah hati….,”
Syifa duduk di birai katil. Cincin di jari manis dipandang penuh sayu. Perasaannya bercampur baur.
Gembira? Iya, kerana telah disatukan dengan insan yang disayangi. Gementar? Iya, kerana dia akan memasuki fasa baru dalam keidupan. Sedih? Iya, kerana dia akan meninggalkan ayahanda tersayang.
“Syifa….,” segera dia menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. KakYong memandangnya sambil tersenyum. Dia melabuhkan duduknya di sebelah Syifa.
“Kenapa ni? Bukan ke dah sarung cincin tadi. Patutnya gembira,” tanya KakYong prihatin. Perutnya yang memboyot diusap perlahan.
“Entahlah, KakYong. Perasaan Syifa bercampur baur,”
KakYong mengelus lembut bahu Syifa.
“KakYong faham. KakYong pun pernah rasa apa yang Syifa rasa sekarang ni,”
“Siapa nak jaga Abah lepas ni?” tanya Syifa. Tiba-tiba kepalanya diketuk. Syifa pandang KakYong. Sakitlah!
“Buat la lagi,” KakYong bersuara serius. Seakan mendengar jeritan batin Syifa sebentar tadi. “Bukan ke selama ni KakYong dan Abang Hairi yang jaga Abah?”
“Ha’ah, lupa,” Syifa tersenyum nipis. “Tapi, itu sebab lain. Ini sebab lain,”
“Minta la izin dengan Haikal. Cakap elok-elok. Dia akan faham,”
Syifa angguk.
“Lagipun,” KakYong bangun. “Kamu tu baru bertunang. Belum kahwin lagi. Tak payah nak buat drama lebih-lebih kat sini. Buruk benor perangainya,” cepat-cepat KakYong keluar dari bilik. Syifa mengerutkan dahi. Hendak dimarah, betul juga kata-kata KakYong itu. Apeda……
“Syifa,”
“Kak Rina!” gembira sungguh hatinya apabila melihat kelibat Rina dan seseorang….. yang….. amat dikenalinya.
“Kak Zura!!!!!!!!!”
Zura muncul di belakang Rina sambil tersengih dengan perut memboyot. Sama besar dengan perut KakYong!
*****
Haikal masuk ke pejabat dengan wajah yang berseri-seri. Semua orang ditegurnya dengan ramah. Namun semua orang tidak hairan kerana Haikal sememangnya dikenali sebagai seorang yang ramah.
Sampai di meja kerjanya, dia mengeluarkan bingkai gambar pemberian Syifa. Tersenyum dia apabila melihat gambar dia bersama tunang tersayang. Bingkai itu diletakkan di sudut meja. Dia menghidupkan computer untuk memulakan kerja.
“Haikal,”
Haikal mendongak. Aimi menongkat dagu di meja kerjanya sambil tersenyum.
“Awak dah makan? Jom kita sarapan sama. Saya lapar la…,” ajak Aimi dengan suara manja yang dibuat-buat.
“Maaflah Aimi. Saya dah makan dengan tu….,”
“Sampai hati awak. Saya lapar ni. Temankanlah saya….,”
Haikal mengeluh perlahan. Tiba-tiba dia ternampak seseorang. Idea!
“Syasya!”
Syasya yang baru duduk di meja kerjanya, pantas menoleh apabila mendengar namanya dipanggil. Pantas dia tersenyum, bangun dan menghampiri meja Haikal.
“Haikal! How’s yesterday? Sorry tak dapat datang, aku hantar mak aku ke klinik,” Syasya mula bermukadimah.
“Alhamdulilah, segalanya berjalan lancer,”
“Syifa sihat?”
“Alhamdulilah, dia sihat. Aku baru hantar dia ke kolej tadi lepas sarapan bersama,”
“Sarapan bersama? Wow,”
Aimi jelling Syasya.
“Ha, tu la pasal. Kau dah sarapan?”
Syasya menggeleng.
“Kalau macam tu, kau pergi la dengan Aimi. Awak tak kisah kan sarapan dengan Syasya?”
“Hurm….,” Aimi menjawab malas. Namun kakinya tetap melangkah mengikut Syasya. Haikal senyum. Telefon bimbitnya dicapai. Ikon ‘mesej’ dicari.
‘I owed you something. Thanks,’
Mesej dihantar kepada Syasya. Tidak sampai tiga minit, mesejnya berbalas.
‘Kambing golek satu please,’
Haikal tergelak. Matanya menatap gambar tunang tersayang.
*****
“Tunang?”
“Iya, Haikal dah bertunang,” Syasya menghirup perlahan sirap bandung yang dipesannya. Apasal panas je mamak bagi ni?
“Bila dia bertunang?” suara Aimi bergetar.
“Semalam,”
“Kenapa dia tak hebohkan perkara ni?”
“Dia kan baru bertunang semalam. Hari ni la kot baru dia umumkan pertunangan dia,”
“Sekurang-kurangnya dia bagitau rancangan pertunangan dia!” suara Aimi mula meninggi.
“Itu hak dia untuk bagitau atau tak! Lagipun, kau siapa nak tau segala rancangan dia?” Syasya membalas tegas. Aimi terperangkap.
“Huh, kata orang! Kau tu, apa kaitan kau dengan Haikal? Skandal dia?” Aimi mula buat tembakan rambang.
“Haikal tunang Syifa dan Syifa sepupu aku. Faham?” Syasya bangun. “Aku tau kau ada hati dengan Haikal. Hentikanlah perasaan tu. Haikal dah bertunang,” Syasya terus tinggalkan Aimi keseorangan di kafe. Aimi hanya diam, namun sebentar kemudian bibirnya mengukir senyum sinis.
‘Baru bertunang, belum kahwin lagi….,’
*****
Semua tempat sudah digeledah. Namun barang yang dicari masih belum ditemui. Haikal resah. Dipandang Syasya yang tekun membuat kerja.
“Syasya, kau nampak tak gambar aku dengan Syifa?”
Diam. Tiada sebarang jawapan dari gadis itu.
“Syasya!”
“Hah? Kau panggil aku ke?” Syasya mendongak sambil mencabut ‘earphone’nya. Haikal tepuk dahi. Tak dengar rupanya…..
“Apa?”
“Kau nampak tak gambar aku dengan Syifa?”
Syasya menggeleng. “Mana aku pernah Nampak. Bangkai macam mana bentuk pun aku tak tau,”
“Bingkai la!”
“Ops, sorry. Salah sebut,” Syasya menyambung kembali kerjanya. Haikal kembali kalut mencari bingkai gambarnya.
“Caria pa tu?” sapa Aimi yang muncul secara tiba-tiba. Terkejut Haikal dengan kehadiran yang tidak disangka-sangka.
“Saya cari barang saya. Tak jumpa pula,”
“Oh. Nak saya tolong carikan?”
“Tak payah. Saya boleh cari sendiri. Awak pergilah buat kerja awak,”
“Okey….,” Aimi berlalu dari situ sambil tersenyum sinis. Namun Haikal tidak melihatnya.
‘Kalaulah kau tahu, aku yang ambil gambar tunang kau….,’
*****
“Macam mana gambar tu boleh hilang?” tanya Syifa.
“Mana la saya tau. Saya keluar makan tengahari dengan kawan sekerja. Balik je dah tak ada atas meja. Tanya kawan-kawan, sorang pun tak tau,”
“Syasya pun tak tau?”
“Syasya pun tak tau,” ulang Haikal. Syifa mengerutkan dahi.
“Hurm…,” Syifa menggosok-gosok dagu. “Ada yang ambil tanpa kebenaran tu. Dalam erti kata lain, curi,”
“Motif?”
Syifa tersenyum. “Cuma dua. Sama ada orang tu suka saya, atau suka awak.”
Wajah Haikal berubah riak. Serta-merta dia teringatkan Aimi.
"Sudahlah," Aida membuka tali pinggang keledar. "Nanti kita cuci yang lain. Buat masa sekarang ni, kita pergi cari hantaran ye. Jom,"
"Eh, tunggulah dulu," Haikal buru-buru membuka tali pinggang keledar ketika Syifa mahu membuka pintu kereta.
"Lambat! Tunggu kat seberang jalan je la," Syifa terus keluar tanpa menunggu Haikal. Dia terus menonong melintas tanpa melihat kiri dan kanan.
"Syifa, kereta!!!!!"
Segalanya berlaku begitu pantas. Sekelip mata, Syifa ditolak ke tepi jalan. Hampir tersembam dia di jalan raya. Pantas Syifa melihat Haikal yang masih di seberang jalan. Eh? Siapa yang tolak aku tadi?
“Aduh….,”
Syifa menoleh. Kelibat gadis itu amat dikenalinya.
“Syasya!!!”
Syifa menerpa ke arah Syasya yang mengerang kesakitan. Sikunya cedera akibat terseret di jalan.
“Syifa, kau okey?”
“Aku pulak kau tanya okey ke tidak! Kau yang luka ni!” spontan Syifa memulas tangan yang luka itu menyebabkan Syasya menjerit kesakitan.
“Syasya! Kau okey?” tanya Haikal yang baru dapat melintas jalan terus meluru ke arah mereka.
“Tadi okey, sekarang dah KO! Tunang kau pulas tangan aku kuat sangat!”
“Sorry!”
Haikal tidak mempedulikan mereka. Matanya lebih tertumpu pada kereta yang cuba melanggar Syifa sebentar tadi. Sengaja!
“Haikal!”
“Ya!” Haikal terkejut. Dia memandang Syifa dan Syasya yang masih duduk di atas jalan raya.
“Kita hantar Syasya ke klinik!”
“Oh, okey!” Haikal menoleh kembali ke arah kereta tersebut. Kereta itu seakan dikenalinya.
Di dalam kereta itu….
“Kurang ajar!!!! Kenapa kau selamatkan perempuan tu ha!!!!!”
Aimi sudah menjerit-jerit kemarahan.
*****
“Aimi?”
“Ya, Aimi. Dia yang cuba langgar Syifa hari tu,”
“Mana kau tau?”
“Aku sebenarnya dah lama tau yang dia suka kau. Sebelum kau bertunang lagi. Tapi sejak dapat tau kau dah bertunang ni, dia jadi semacam psiko. Jadi aku putuskan untuk ekori dia. Dan inilah hasil yang aku dapat,” Syasya menunjukkan sikunya yang masih berbalut. Namun dia masih mampu tersenyum. Haikal pula yang kekal serius. Hairan dia melihat senyuman Syasya.
“Kenapa kau buat semua ni?”
“Aku pernah hadapinya, Haikal. Bercinta dengan psiko. Banyak risikonya. Banyak bahayanya. Sampai satu tahap, dia nak bunuh aku,”
“Bunuh??”
“Ya, dia nak bunuh aku, dan dia bunuh diri, dengan alas an nak sehidup semati dengan aku. Tapi, ajal aku belum sampai. Aku masih hidup,”
Diam seketika.
“Eh, apa aku cerita pasal diri aku ni? Buat cerpen lain la untuk aku macam ni!” Syasya ketawa hambar bagi menutup ketegangan yang timbul.
“So, kau rasa Aimi tu psiko la?”
“Kau nak aku tunjuk ke?”
Haikal terkejut. “Tunjuk apa?”
“Kau nak tau Aimi tu psiko ke tak kan?”
Dalam kebingungan, Haikal mengangguk.
“Nak tau sangat, pergi meja sebelah, duduk sana diam-diam. Tutup sikit muka tu. Kejap lagi Aimi sampai,”
Haikal tambah terkejut. “Apa?”
“Kau nak tau ke tidak?”
Bingung lagi Haikal. Tapi dia bangun juga. Betul kata Syasya. Tidak lama kemudian Aimi datang. Dengan senyuman yang dibuat-buat.
"Ada apa kau nak jumpa aku ni?" tanya Aimi. Nada suaranya amat meluatkan Syasya. Dan Haikal.
"Sudahlah, Aimi. Kau tahu kenapa aku nak jumpa kau, kan?"
"Aku tak faham,"
Syasya mendekatkan wajahnya ke wajah Aimi.
"Kau yang cuba langgar Syifa,"
"Jangan mengarut!" Aimi tolak badan Syasya.
"Kau tipu,"
"Jangan nak tuduh! Aku mana ada kereta nak langgar dia!"
"Aku tak cakap pun Syifa kena langgar dengan kereta,"
Aimi terdiam. Dia terperangkap.
“Jadi betul la kau cuba langgar dia?”
Diam. Haikal di meja sebelah sudah menggenggam penumbuk.
“Jawablah. Kau ingat aku ni tunggul kayu?”
“Memang aku yang langgar dia!” suara Aimi kedengaran kasar dan keras. Mengejutkan Haikal di sebelah. Tapi Syasya buat muka selamba.
“Apa dosa Syifa dengan kau?”
“Dia rampas Haikal dari aku,”
“Bila masa kau bercinta dengan Haikal?”
“Suka hati aku la!”Aimi menepuk meja. Kali ini Syasya benar-benar terkejut. Aimi mendekatkan wajahnya ke wajah Syasya yang pucat itu.
“Haikal hanya milik aku dan tiada siapa boleh rampas dia daripada aku!”
“Aku bukan milik sesiapa dan hanya Allah yang boleh ambil nyawa aku,” Haikal bersuara tegas. Aimi menoleh. Wajahnya pucat lesi.
“Kau bukan Tuhan nak miliki aku,”
“Haikal, saya…!”
“Cukup!” potong Haikal. “Aku tak nak dengar apa-apa lagi. Sekarang kau ada dua pilihan. Sama ada kau berhenti kerja hari ni jugak atau aku laporkan pada polis,”
Aimi mula gelabah. “Kau….. kau orang tak ada bukti!”
"Kau yang cuba langgar Syifa,"
"Jangan mengarut!" Aimi tolak badan Syasya.
"Kau tipu,"
"Jangan nak tuduh! Aku mana ada kereta nak langgar dia!"
"Aku tak cakap pun Syifa kena langgar dengan kereta,"
Aimi terkejut besar. Perbualannya dirakam! Dia pandang Haikal dan Syasya silih berganti. Kemudian tanpa kata, Aimi meninggalkan mereka.
Haikal dan Syasya berpandangan sesama sendiri. Syasya menggeleng sambil tersenyum apabila melihat wajah Haikal yang kebingungan.
Balik ke pejabat, mereka menerima berita baru. Aimi menghantar notis berhenti kerja berkuatkuasa serta-merta.
*****
“Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu”
Kereta yang dipandu Haikal berhenti di hadapan sebuah rumah teres tidak jauh dari rumah keluarga Haikal. Syifa meninjau-ninjau.
“Rumah siapa ni?”
Haikal tersenyum. “Rumah kita la,”
Syifa menoleh. Haikal mengangguk mengiyakan kata-katanya tadi.
“Jom masuk,”
“Masuk? Boleh ke?”
“Sayangku, kan kita sudah jadi suami isteri….,”
Syifa tepuk dahi. Kenapa boleh lupa hakikat itu, padahal mereka baru bernikah seminggu lepas?
“Jom,” Haikal terus keluar dari kereta. Terus ke bonet untuk mengeluarkan bagasi mereka. Beg pertama dikeluarkan, dan Haikal perasan ada orang sedang memerhatikannya. Dipandang orang itu dan….
“Kenapa bang?” tegur Syifa dari belakang. Haikal memandangnya sambil tersenyum.
“Pertama kali Syifa panggil saya, abang,”
Pipi Syifa memerah.
“Jomlah masuk,”
“Boleh ke?”
“Kita kan dah jadi suami isteri. Abang ni, peril je tau,” Syifa memuncungkan mulutnya. Haikal ketawa.
*****
“Assalamualaikum,”
Syifa yang sedang menyiram bunga menoleh. Dilihat seorang wanita sedang berdiri di luar pagar rumahnya.
“Waalaikumsalam,”
“Awak baru pindah sini ke?”
“Oh, ya. Saya baru pindah sini. Nama saya Syifa,” Syifa menghulurkan tangannya untuk bersalam. Namun belum sempat wanita itu menyambut huluran salam itu…..
Kring! Kring!
“Sekejap ye,” Syifa cepat-cepat menyeluk sakunya. Cuba mencari telefon bimbitnya.
“Saya balik dulu ye. Ada masa kita borak panjang lagi,”
“Oh, okey. Nama awak siapa?”
“Aimi,”
*****
Jarum jam sudah menjengah ke angka lapan. Haikal masih belum pulang. Syifa sudah risau. Kebiasaannya, pada waktu begini dia sudah pulang.
“Mana dia ni? Telefon tak dapat, mesej tak sampai. Janji nak makan kat luar, tapi sampai sekarang tak muncul-muncul lagi,” bebel Syifa.
Prang!!
Miow!!!!
Bunyi pasu pecah dan kucing mengiau kuat mengejutkan Syifa. Perlahan dia menyelak langsir untuk melihat keadaan. Dirasakan agak selamat, dia keluar untuk meninjau keadaan sekeliling.
“Yaa Allah, sampai tergolek-golek pasu aku kau buat ye kucing?” sambil membebel konon-kononna marahkan kucing, Syifa menapak untuk membetulkan pasu bunga yang tergolek dilanggar kucing itu. Sebaik sahaja dia membetulkan pasu itu….
“Eh, abang! Apa…..,” kata-kata Syifa terhenti apabila melihat kelibat Haikal bersama seorang wanita keluar dari rumah tidak jauh dari rumahnya. Wanita itu memang dikenalinya.
“Aimi!”
Syifa tidak sanggup melihat lagi. Berlari dia masuk ke dalam rumah, dan menangis semahunya.
Haikal curang!
Dan Syifa terus menangis. Dia masih memangis apabila Haikal memberi salam. Hairan dengan reaksi dingin Syifa, Haikal terus mendekati isterinya itu.
“Sayang abang ni dah kenapa? Merajuk ke sebab abang lambat balik?”
“Kenapa telefon tak dapat?”
“Sayang, abang minta maaf. Abang terambil telefon sayang,” Haikal memeluk erat Syifa dari belakang.
“Hah?” laju Syifa pandang Haikal. Lelaki itu tersengih sambil menunjukkan telefon di tangannya.
“Telefon hampir sama, ‘wallpaper’ gambar sama, telco sama, itu yang boleh tertukar tu, sayang,”
“Sebab tu la orang telefon tak dapat,” tutur Syifa perlahan. Mana nak dapatnya, telefon nombor sendiri, heheheee….
“Dah, jangan merajuk lagi. Jom siap. Kita makan kat luar,”
Tetapi Syifa masih di tempatnya. Haikal pelik.
“Merajuk lagi ke?”
“Buat apa kat rumah Aimi?”
Haikal terkejut. “Sayang nampak ke?”
“Buat apa kat rumah dia?”
“Sayang….,”
“Jawab soalan Syifa dulu!”
“Okey,” Haikal mengalah. “Dia bekas rakan sekerja abang. Abang sendiri terkejut bila nampak dia haritu,”
“Ye la tu,”
“There’s nothing between us,”
“Nothing? Kalau tak ada apa-apa kenapa sampai masuk ke dalam rumah?”
Haikal terdiam.
“Kenapa diam? Abang memang ada hubungan dengan dia kan?”
“Sayang, abang……,”
“Tolong izinkan Syifa keluar. Syifa nak tenangkan fikiran,”
“Sayang….,”
“Please,”
Lambat-lambat Haikal mengangguu. Syifa pantas mencapai kunci kereta dan telefon bimbitnya.
“Syifa tak pergi jauh, ke rumah Kak Zura je,”
Haikal mengangguk.
*****
“Syifa tak boleh buat macam tu,” kata Zura. Dia baru lepas menyusukan anak-anak kembarnya. Kini Ain di pangkuannya manakala Aisyah di pangkuan suaminya Zarul.
“Saya sakit hati, kak,”
“Cuba dengar penjelasan dia dulu,”
“Nak jelaskan apa lagi? Semuanya terang dan jelas. Haikal keluar dari rumah Aimi,”
“Tadi Syifa kata mereka bekas rakan sekerja. Mungkin ada urusan yang belum selesai antara mereka?”
“Sampai masuk rumah?” tanya Syifa. “Lagipun, kenapa saya tak nampak dia masa majlis kahwin kami haritu?”
“Syifa, setiap orang ada alas an tersendiri atas segala tindakan mereka. Mungkin ada kisah antara mereka sebelum ni yang kita tak tau. Dan Haikal tak bersedia lagi nak bercerita,”
“Zura…..,”
Zura pandang Zarul. Zarul menggeleng perlahan tanda tidak setuju dengan pandangan isterinya.
“Maaf, bang,”
“Syifa, dengar cakap aku,” Zarul membuka bicaranya. “Dalam hidup saling melengkapi. Tak payah pergi jauh, tengok je langit dan bumi. Sangat berbeza. Tapi ia saling melengkapi. Tanpa prasangka. Tanpa prejudis,”
Syifa pandang Zarul.
“Bagi Haikal peluang,”
“Betul tu,” sampuk Zura. “Sama-sama panas pun tak boleh juga. Meletup rumah tu nanti,”
“Akak!”
Zura dan Zarul sudah ketawa besar.
*****
Tamat Imbas Kembali
Syifa membuka matanya perlahan-lahan. Suasana persekitaran sangat asing baginya. Dia cuba bangun, tapi kepalanya terasa sangat pening. Dia cuba bangun tetapi…..
“Syifa! Dah sedar? Sayang tau tak, sayang me…..!” kata-kata Haikal terhenti apabila Syifa menolak tubuhnya lembut. Hasratnya untuk mencium isteri kesayangannya itu terbantut.
“Kenapa ni?”
“Tanya diri sendiri kenapa,”
“Abang tak faham,”
“Tak faham atau buat-buat tak faham? Abang kena tangkap basah dengan Aimi kan?”
“Sayang, apa….!”
“Sudahlah abang, kalau abang sayang sangat dengan Aimi tu, Syifa izinkan abang kahwin dengan dia,” Syifa menutup mata. Cuba menahan airmatanya daripada keluar.
Haikal terdiam. Terkejut mendengar kata-kata Syifa.
“Abang baliklah. Biarkan saya sendiri,”
Haikal tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia keluar dari bilik itu lemah longlai. Syifa mengambil telefonnya yang terletak di atas meja. Eh, ada mesej! Lantas dibacanya mesej itu.
‘Haikal! Betul ke Aimi akan kahwin dengan pilihan keluarga dia? Alhamdulilah, kirim salam dia ya!’
Ah sudah! Syifa salah telefon lagi! Yang paling penting, dia sudah salah sangka!!!!!
*****
“Tahniah,”
“Terima kasih, awak. Nanti awak datang ye kenduri saya? Ajak Haikal sekali,”
“Insya Allah,” balas Syifa sepatah. Sungguh dia malu dengan Aimi. Dia telah menuduh Aimi ada hubungan dengan Haikal, tapi Aimi masih mahu datang ke rumahnya dan memberi kad jemputan perkahwinannya.
“Minta maaf ye sebab fikir yang bukan-bukan,”
“Saya yang patut minta maaf sebab pernah cuba langgar awak dulu,”
“Hah?” Syifa terkejut. Bila? Dan seketika kemudian baru dia teringat……
“Saya rasa bodoh sangat masa tu. Masa saya dipaksa berhenti akibat perkara ni, saya rasa macam… kosong. Kosong sangat. Saya balik kampong. Mak ayah suruh saya kahwin. Saya ikutkan aje. Tapi lama-lama saya sedar. Saya tak patut buat macam tu. Maafkan saya,”
Syifa masih bingung.
“Haikal tak salah. Sebenarnya malam tu, saya yang panggil dia. Saya nak minta tolong dia sebab budak bujang sebelah rumah saya bawa perempuan masuk rumah. Memang Haikal masuk ke dalam rumah saya, tapi masa tu ayah saya ada di rumah. Dengan ayah saya la dia berbincang. Pegawai pencegah maksiat tu, Haikal yang panggil. Haikal tak salah langsung kak,”
Mata Syifa sudah berkaca. Dia bersalah pada suaminya!
*****
“Aku ada kerna kau ada
Dan cinta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku tertuju padamu
Kemana pun kan pasti kembali”
Haikal merenung kosong gambar perkahwinannya. Sungguh, dia rindukan Syifa. Tapi kerana permintaan isterinya yang ingin bersendirian, dia beralah. Untuk dua hari ini, dia tinggal di rumah keluarganya.
“Abang rindukan Syifa,”
“Syifa pun rindukan abang,”
Haikal terkejut. Terbanguan dia dari sofa. Dia menoleh ke belakang dan melihat Syifa yang tersenyum memandangnya.
“Syifa minta maaf,” tulus Syifa mengucapkannya. Wajahnya tunduk memandang lantai. Haikal terkedu. Tiba-tiba datang idea jahatnya mengenakan Syifa.
“Huh, merajuk 2 minit,”
“Ala, jangan la merajuk,”
“Merajuk jugak,”
“Merajuk tak apa la….,” Syifa mengeluarkan sesuatu dari begnya. “Merajuk tak dapat choki choki,”
Laju sahaja tangan Haikal mencapai choki choki di tangan Syifa.
“Kata merajuk,”
“Merajuk balik,”
Syifa ketawa kecil. Diusap perlahan perutnya.
“Baby, papa merajuk dengan mama. Nak buat apa ek?”
Cup!!!!!!
Syifa terkejut apabila pipinya dicium Haikal. Haikal memeluk erat isterinya.
“Papa tak merajuk dah dengan mama. Baby jangan nangis tau,”
Syifa tersenyum.
“Syifa minta maaf,”
“Lain kali jangan buat lagi,” Haikal bersuara tegas. “Siasat dulu. Jangan main tembak je. Nasib baik sayang tembak abang dengan mulut. Kalau dengan machine gun, memang mati abang,”
Syifa ketawa lagi. Dia membalas pelukan suaminya.
TAMAT
p/s : inspirasi dari seorang teman yang suka sangat dengar lagu Muara Hati dendangan Hafiz dan Dato' Siti Nurhaliza, cerpen ini untuk anda. selamat membaca!