"Macam
mana dengan pelajaran kau, Aleeya?" Tanya Dhia sambil menghirup jus
tembikai yang dipesannya tadi.
Tiba-tiba
Aleeya tersedak. Pantas Dhia menghulurkan airnya kepada Aleeeya. "Kau n
gelojoh la,"
Aleeya
menghirup air itu senafas. "Aku rasa tak sedap hati la, Dhia,"
Berkerut
dahi Dhia mendengarnya. "Kenapa? Ada masalah ke dengan pelajaran
kau?"
"Bukan
la. Pelajaran aku okey, tak ada masalah,"
"Habis
tu?"
"Hati
aku ni ha, yang tak sedap,"
"Ada
pulak gitu," Dhia menyuap nasi ayam di hadapannya.
"Eh,
itu nasi aku! Kau bukan pesan nasi goreng ayam ke tadi?"
Dhia
baru tersedar. "Eh, aku salah makan nasi kau...,"
"Tak
apa, kau dah makan nasi aku. Nanti aku makan nasi kau pula," Aleeya
mengenyitkan mata.
"Amboi!"
Dhia ketawa kecil.
"Dhia!"
Dhia
menoleh spontan apabila mendengar namanya dipanggil. Dan...
Splash!
Tersentak
seketika. Baik Dhia mahupun Aleeya. Masing-masing tidak terjangka dengan
tindakan tersebut. Spontan Dhia mendongak. Wajah itu amat dikenaliya.
"Niki,
apa ni?"
"Kau
tanya diri sendiri, apa yang kau dah buat!" Jerkah Niki.
"Apa
yang aku dah buat?"
"Kau
jangan nak berpura-pura lagi la! Aku tahu apa yang kau buat! Dasar perempuan
miang! Tamak!"
"Aku
tak faham, Niki!"
"Tak
payah kau nak berdrama samgat dengan aku! Aku tahu siapa kau yang
sebenarnya!"
"Norkiah
binti Tukiman,"
Terkejut
Niki dengan panggilan yang tidak disangka. Dipandang wajah gadis yang memanggil
nama sebenarnya tadi.
"Kau
siapa?"
"Kau
tak kenal siapa aku?"
"Kau
siapa, aku nak kenal?"
"Satu
kerugian bagi kau bila kau tak kenal orang yang tahu nama sebenar kau,"
Niki
menelan liur. Dipandang wajah Dhia tajam.
"Tak
payah kau nak pandang Dhia. Bukannya dia yang bagitahu aku,"
"Kau
siapa?"
"Kalau
kau tak nak malu, kau jangan sesekali sakitkan Dhia lagi. Kalau tak, jangan
terkejut kalau ada orang yang tahu nama sebenar kau,"
Niki
mendengus kasar. Lantas dia berlalu dari situ. Dhia pandang Aleeya. “Aku minta
maaf,”
“La,
kenapa kau nak kena minta maaf dengan aku pulak? Bukannya aku yang kena simbah
dengan air sirap bandung,”
Dhia tersengih.
“Tapi
aku hairan la,”
Dahi
Dhia berkerut. “Hairan? Kenapa?”
“Macam
mana dia boleh tak kenal siap aku, sedangkan aku ni musuh ketat dia?” Aleeya
mengherotkan bibir.
Dhia
tergelak.
*****
“Dhia!”
Cepat-cepat
Dhia menyapu matanya apabila mendengar namanya dipanggil. Namun…
“Eh? Kau
menangis ke, Dhia?”
“Tak la,
mata aku masuk habuk la,”
“Kau
jangan nak tipu aku,”
“Betul…,”
Dhia menggenggam erat tangan si teman. Takut kalau-kalau…
“Kau
cakap dengan aku, Dhia! Siapa yang pukul kau?”
“Apa
yang kau cakap ni, Aleeya? Siapa pukul aku?”
“Ni apa?
Lebam kat pipi kau ni apa?”
Spontan
Dhia memegang pipinya. Terasa sakit. Tanpa sedar, dia mengaduh kesakitan.
“Siapa,
Dhia?”
“Er…,”
“Siapa?”
“Ayah
Niki,” sahut Dhia perlahan. Memang sudah tidak boleh disorok lagi. Dan seperti
dijangka, Aleeya bingkas bangun dan berlari dari situ. Matanya melilau mencari
seseorang.
“Niki ni
memang nak kena!”
“Aleeya!
Kau nak pergi mana?” Dhia mula mengejar langkah Aleeya yang semakin lama
semakin panjang dan deras. Namun tidak terkejar. Siapa yang mampu menandingi
wakil negeri dalam acara lumba lari 100 meter, Aleeya Zahirah?
“Niki!”
Niki
yang rancak bersembang dengan rakannya menoleh seketika apabila mendengar
namanya dipanggil. Namun…
“Sini
kau!”
Secepat
kilat tangan Aleeya sudah mencengkam leher Niki. Rakan-rakan Niki yang lain
berundur, takut dengan tindakan Aleeya yang tidak disangka-sangka. Tangan Niki
sudah tergawang-gawang, meminta nafas.
Sejurus
Dhia muncul. “Aleeya! Kau buat apa ni? Mati Niki karang!”
“Perempuan
ni memang layak mati je!”
“Aleeya,
mengucap!”
“Hey,
Niki! Apa yang kau tak puas hati sangat dengan Dhia ni hah? Sanggup kau panggil
ayah kau untuk pukul Dhia?”
“Aleeya,
cukup!” Dhia menarik tangan Aleeya kuat. Cengkaman Aleeya terlerai.
Tercungap-cungap Niki mengambil nafas.
“Aleeya,
cukup dengan masalah yang ada. Tolong jangan tambahkan lagi,”
Mata
Dhia berkaca.
“Dia
buli kau, Dhia. Takkan aku nak biarkan aje?”
“Jangan
timbulkan masalah lagi. Tolonglah…,”
“Hey,
Aleeya! Kau ni kenapa? Teringin sangat nak jadi samseng ke dalam sekolah ni?
Ke, kau dengan Dhia ni…!”
“Kurang
ajar!”
Pang!
Terpaling
wajah Niki ke kiri.
“Aku
dengan Dhia bukan lesbian! Tapi aku sanggup buat apa saja untuk lindungi dia.
Kalau kau terngin sangat nak buli Dhia, boleh. Tapi tunggu aku mati dulu!”
Terkedu
Dhia mendengar kata-kata Aleeya.
“Kau!
Aku adukan pada papa aku!”
“Adu la!
Kau ingat kau anak Datuk, aku takut!” sedikit pun Aleeya tidak gentar.
“Kau!
Jaga kau! Jom blah!”
Terkocoh-kocoh
Niki dan rakan-rakan pergi dari situ. Nafas Aleeya turun naik menahan marah.
“Aleeya,”
Pantas
Aleeya menoleh dan terkejut melihat mata Dhia berkaca.
“Jangan
menangis,” Aleeya menyapu air mata di tubir mata Dhia. “Aku janji, selagi aku
di sisi kau, aku akan jaga kau,”
Air mata
Aleeya mengalir lagi.
*****
“La,
apasal kau tiba-tiba menangis ni?”
Dhia
tersenyum lalu menggeleng sambil menyapu air matanya.
“Aleeya,”
“Apa?”
“Terima
kasih,”
“Untuk
apa?”
“Kerana
kau tetap berpegang pada janji,”
Aleeya
tersentak. Namun sebentar kemudian dia tersenyum.
“Dhia,
kan aku dah cakap, selagi aku masih bersama kau, aku takkan biarkan si Niki tu
buli kau. Sikap dia sekarang ni menampakkan yang dia masih tak matang dalam
hidupnya,”
Dhia
senyum. “Terima kasih juga sebab temankan aku balik,”
“Heh,
aku temankan kau ni, jalan kaki je. Bukan naik kereta BMW ke Mercedes ke. Sebab
tu lambat sikit sampai rumah,” Aleeya tersengih.
“Tapi
aku tetap hargai keprihatinan kau. Terima kasih,”
“Sama-sama.
Eh, ni rumah kau kan?”
“Haah,
rumah aku. Eh, macam mana kau boleh tahu rumah aku yang mana satu? Aku tak
pernah ajak kau ke rumah aku pun sebelum ni,”
“Er… aku
teka je,”jawab Aleeya gugup.
“Betul
pulak tu tekaan kau, Dhia tersenyum. Sejurus dia melihat Hafiza yang baru sampai
ke rumah.
“Lambat
balik,” tregur Dhia.
“Aku ada
hal sikit. Kawan kau ke?” tanya Hafiza, merujuk kepada Aleeya yang masih
berdiri di sebelah Dhia.
“Oh ya,
kenalkan. Ini Aleeya Zahirah, kawan aku masa di sekolah dulu. Aleeya, ni
Hafiza, kawan sebilik aku,”
Aleeya
dan Hafiza bersalaman.
“Kita
pernah jumpa ke sebelum ni?” tanya Hafiza.
“Tak
pernah rasanya. Kenapa?”
“Muka
awak macam saya biasa lihat sebelum ni,”
“Pelanduk
dua serupa kot. Dah la. Aleeya, terima kasih sebab hantar aku balik,”
Aleeya
hanya mengangkat tangan sebagai tanda dia menerima ucapan itu. Sebentar
kemudian dia meminta diri.
“Kawan
kau tu, belajar kat kolej kita ke?”
“Ya,
baru je daftar bulan lepas,”
“Baru?
Apasal aku rasa macam dah lama aku jumpa dia?”
“Dia
pernah lalu kawasan sini kot. Rumah keluarganya tak jauh dari sini,”
Hafiza
mengangguk mengerti. Namun persoalan tentang Aleeya masih bermain di
fikirannya.