Home Cerpen Cinta Kisah Kita
Kisah Kita
Laila Qaisara
1/6/2015 08:25:15
2,335
Kategori: Cerpen
Genre: Cinta

Kadang - kadang kita saja menjauhkan diri..

Tapi bukan kerana membenci,

Hanya ambil masa untuk sembuhkan,

Hati yang terluka ini.

Kita perlukan ruang menyendiri,

Supaya tidak tersalah lagi...

Apa yang kita lalui...

walau mengabaikan perasaan sendiri

Allah lebih mengerti...

Semuanya ada hikmah yg tersembunyi..

Mematangkan hati dan diri.

Barangkali yg kita suka itu

memberikan keburukan yg banyak

dan barangkali yg tidak kita suka itu

memberikan kebaikan yg banyak.

Allah lebih mengetahui berbanding kita.

Setiap hari selagi masih hidup,

Allah berikan peluang untuk kita berubah.

Lebih taat dan patuh padaNya.

Lebih yakin dan bergantung padaNya.

Merasai cintaNya dan kekasihNya.

Kita hamba yg lemah,

sentiasa gusar dengan perkara yg remeh,

Mudah rebah dengan manusia.

Mudah mengalah dan kecewa dengan tanggapan manusia.

Mulai tika ini..

Jaga hati kerana Allah,

dan bukan untuk manusia.

Biar apa yg kita terima dari mereka,

kita tidak sedih dan gundah.

Walau kita dilukai.jangan sesekali kita biarkan mereka merasai apa yg kita rasai.

Kita sebarkan bahagia..

padam luka - luka..

Alnur meneliti sekali lagi puisi yang dikarangnya sebelum kursor mengklik butang “Publish”.Kemudian, dia menghirup milo panas yang sudah masih belum berusik.Langkah kakinya dihayun ke balkoni rumahnya.Dia mengeluh perlahan.

“Kau yakin dengan tindakan kau ni, Alnur?” tanya Nisha ketika Alnur menyampaikan berita itu. Matanya bulat seakan tidak percaya.

“Kenapa kau cakap macam tu?Bukan ke kau yang kata jodoh itu rahsia Allah?”

“Memang la. Tapi dengan menerima pinangan orang yang kau sendiri tak berapa nak kenal… Aku rasa kalau Fadhila tau ni mahu dia mengamuk nanti.”

“Pasal Fadhila tu kau jangan la risau. Aku tahu la uruskannya nanti,” bersungguh-sungguh Alnur cuba meyakinkan Nisha.

“Serius kau tak nak tunggu Fitri?” tanya Nisha untuk kepastian. “Kau bukan suka sangat ke dengan dia?”

Alnur menghela nafas halus.“Kalau aku sorang je yang suka dia, tak guna juga, kan?Bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.”

“Habis tu, kau nak pendam je perasaan kau tu?Gitu?”

“Kalau itu yang terbaik,” Alnur cuba ukir senyuman paling manis buat Nisha. Namun gadis itu tetap masam mencuka.

“Ala, Nisha…,” Alnur memaut bahu gadis itu erat. “Kau sepatutnya tumpang bahagia dengan keputusan aku. Bukannya muncung sedepa macam ni.”

“Aku sebenarnya… tak berapa setuju dengan keputusan kau ni. Tapi tak apalah.Kalau kau rasa itu yang terbaik untuk kau, aku redha.Moga kau temui kebahagiaan yang selama ni kau cari,” Nisha ukir senyum pahit.

*****

Fitri hanya memerhatikan gelagat orang ramai yang mengunjungi konvensyen itu.Ada yang berbual sesama sendiri, ada yang sibuk berselfie dengan rakan-rakan, ada juga yang ralit membaca buku atau bermain telefon.Sedikit sebanyak menghilangkan resah hatinya yang bertandang sejak dua hari lalu.

“Alnur bakal bertunang. Dia ada buat kenduri kesyukuran. Dia ajak Abang sekali untuk datang meraikan.Kau nak ikut?”

“Bila?” tanya Fitri setelah lama mendiamkan diri.

“Lusa.”

Lusa.Itu dua hari lalu.Bermakna hari ini.Hancur hatinya mendengar perkhabaran itu.Sehancur biskut yang dipegangnya ini.

“Kot iye pun tak nak makan biskut tu…. Janganlah buat macam tu. Bagi aku lagi bagus. Aku dah la tengah lapar ni. Kau dah buat macam tu, aku nak makan apa lagi?” bebelFadhila sebaik sahaja dia menghampiri Fitri. “Dah kenapa buat muka macam tahi kerbau kena hujan ni?Bini kau lari ke?”

“Kau tak faham…,” Fitri bersuara lirih.

“La, dah kau tak cerita, macam mana aku nak faham?” potong Fadhila selamba. “Aku suruh kau sertai konvensyen ni, kau tak nak. Tengok sekarang ni, lembik macam baru lepas makan bubur cair je.”

“Kau ni dari tadi asyik bercerita pasal makan ni kenapa?” pelik Fitri dengan tingkah Fadhila malam ini.

“Aku lapar!Jom teman aku makan,” Fadhila tersengih.Fitri menggelengkan kepala.Dia bangun. “Eh, nak ke mana tu?” tanya Fadhila , kalut.

“Pergi makan la.Kau juga yang ajak.Karang kalau aku tak layan, aku pulak yang kau makan. Bukannya aku tak tahu perangai kau yang satu tu. Suruh makan Sneakers, tak nak,” balas Fitri sambil kakinya terus melangkah keluar dari pusat konvensyen itu.Dia hanya membiarkan sahaja Fadhila membebel sambil mengikuti langkahnya.

“Kau nak makan apa?”

“Aku tak tahu.Kau cadangkan.”

Pekk! Fadhila sapu dahi.Fitri senyum senget.

“Padan muka.Buat la lagi,” ejek Fitri.“Kepala aku pusing.Dah tak boleh nak fikir dah.”

“Pulak…,” Fadhila garu kepala. “Kita makan sate je la. Senang. Depan dewan je.”

“Hurm…,” Fitri tidak membantah.Dia hanya membiarkan sahaja Fadhila yang membuat pesanan untuknya.Tidak lama kemudian makanan pun sampai.

“Kenapa kau tak makan?” tanyaFadhila apabila melihat Fitri sedikitpun tidak menyentuh makanan yang telah dipesannya. “Aku salah pesan ke?Nak tukar?”

“Eh, tak payah!Aku yang… tak ada selera,” suara Fitri berubah kendur.Mendengarkan itu, Fadhila mencapai tisu dan mengelap mulutnya perlahan.Pandangannya dipusatkan ke wajah Fitri.Baru dia perasan, wajah Fitri yang sentiasa berseri itu kelihatan mendung.

“Kau ni dah kenapa?Ada masalah ke?Nak kongsi dengan aku?” nada suara Fadhila sudah berubah.Menjadi lebih prihatin.Fitri diam, tidak menjawab soalan itu.Melihatkan itu, Fadhila mendengus halus.

“Bosan pulak aku bercakap dengan kerusi kosong,” Fadhila meneruskan suapannya.Fitri menjeling. Perli aku la tu!

“Mulut kau boleh tahan laser kan?”

“Aku malas nak layan orang-orang yang suka buat drama Samarinda macam yang kau buat sekarang ni,” Fadhila menolak pinggan di hadapannya. “Tengok macam aku.Bila lapar, makan.Kenyang perut suka hati.Senang.Lepas tu balik rumah tidur.Dua tiga hari kemudian merungut badan makin berisi.”

“Apa sebenarnya yang kau cuba sampaikan ni?” Fitri tidak faham.

“Kau la.Bila ada masalah, tak lalu makan.Menyeksa diri sendiri.Bukannya nak luahkan pada yang berhak.”

“Kau betul-betul nak tahu apa masalah aku ke apa ni?”

“Aku cuma bertanya.Hak kau untuk bagitahu atau tak.Cuma jangan buat orang macam tunggul.Tak jawab soalan bila ditanya.Orang boleh kecil hati tau,” Fadhila memberi pandangannya.Dalam diam, Fitri mengakui hakikat itu. Dengan Fadhila, dia tak perlu menjadi orang lain.

“Maaf.”

“Dah.Makan. Lepas makan, kau nak buat apa pun boleh. Tapi, hantar aku balik dulu.Aku tak nak tengok kau meroyan kat sini macam orang gila.”

“Kau ni…,” Fitri menggerutu.“Aku jemput kau dari konvensyen ni sebab aku tengah serabut.Aku perlu teman bicara.Kau pulak tambah serabut aku!”

“Then, tell me. Apa masalah yang buat kau serabut sampai aku tengok kau dah macam tak terurus ni?” itu tujuan Fadhila sebenarnya. Tahu sangat dia dengan lelaki yang seorang ini.Kalau tak serabut, jangan haraplah dia cari Fadhila.

Fitri mengeluh halus. “Alnur…”

“Wanita yang kau puja dalam diam tu,” potong Fadhila .Dia senyum.

“Bagilah aku habis cakap dulu…”

“Ok,” Fadhila tutup mulut dengan tangan. Memberi peluang untuk Fitri meneruskan ceritanya.

“Alnur… dia dah bertunang.”

“What??”

*****

“Kenapa pilih Azrul sebagai bakal suami?” tanya Abang Besar setelah Alnur menyampaikan berita pertunangannya. “Alnur kenal dia ke?”

“Tak la kenal sangat.Dia jiran kami masa kami tinggal di kuarters polis dulu.Dia pindah mauk asrama masa tingkatan satu.Tak lama lepas tu, ayah Nur ditukarkan ke Sabah,” jelas Alnur.

“Semudah itu Nur terima pinangan dia?”

“Tak juga, Abang Besar.Nur ada bertanyakan orang-orang tua. Kebanyakannya cakap Azrul ni baik, bersopan santun. Pendek kata, untunglah siapa yang jadi isteri dia.”

“Itu je?” suara Abang Besar sudah naik sedikit.

“Abang Besar ni…,” Alnur gelak kecil.Kelakar pula rasanya.“Nur ada buat solat istikarah. Insya Allah, Dia akan berikan jalan untuk hambaNya yang berserah hanya padaNya.”

“Tapi Nur dah lama tak jumpa dia. Baru sekali jumpa balik, dia terus meminang.Tak rasa macam terburu-buru ke?”

“Abang Besar, kan Nur dah cakap dengan Abang. Sekarang Nur akan terima sesiapa sahaja yang masuk meminang Nur. Kebetulan dia yang berani nak buka langkah pertama.Nur terima je la.”

“Tapi Nur tak kenal dia…,” suara Abang Besar sudah mula kedengaran risau.“Macam mana kehidupan Nur lepas kahwin nanti?”Pecah tawa Alnur mendengarnya.

“Gelak pula dia!” marah Abang Besar.

“Ala, Abang jangan risau.Allah takkan biarkan hambaNya terkontang-kanting macam tu aje.Lagipun, bercinta lepas nikah kan lebih indah?”

Ayat itu kedengaran ceria apabila dituturkan Alnur.Namun siapa tahu gelora hati Alnur bagaimana.Entah apalah nasibnya nanti, bernikah dengan orang yang dia tidak kenal.

“Ada orang sedih Nur bertunang ni tahu?”

“Siapa?” jantung Alnur sudah berdegup kencang.Siapa? Takkan…

“Siapa lagi?Fadhila la.Bukan main lagi dia marah bila dapat tahu Nur bertunang.Dia cakap, Nur dah lupa adik dia,” Adu Abang Besar.Mendengarkan itu, Alnur jadi risau.Tahu sangat dia dengan budak perempuan seorang ini.Amat jarang merajuk namun sekali buat hal, amat sukar dipujuk.

“Dia ada dengan Abang ke sekarang?Nur nak cakap dengan dia.”

“Mana ada la.Tengok la pukul berapa sekarang.Sebelas malam.Dia adik Abang yang paling awal tidur tahu.Dah lupa?”

Alnur garu telinga.Bagaimana mahu memujuk adiknya yang seorang itu?

“Dia tak telefon Abang pun. Fitri yang bagitahu.Dia cakap, lepas dia bagitahu yang Nur bertunang, dia terus diam. Sampailah masa Fitri hantar dia balik rumah,” jelas Abang Besar.Alnur telan liur.

“Habis tu, Nur kena buat apa ni?” tanya Alnur resah. Memang silapnya, tidak memberitahu Fadhila tentang pertunangannya ini.Memang dia yang harus memujuk adiknya itu nanti.

“Entahlah, Nur. Cuba Nur telefon dia. Tapi bukan malam ni la. Sebab dia dah tidur,” Abang Besar memberi cadangan.“Takpun bagi dia hadiah.Sesuatu yang bermakna.Kek red velvet ke. Eh, tapi dia kata kek tu dia dah tak boleh makan sangat. Badannya naik sejak putus cinta haritu.”

“Macam mana ni, Abang Besar…”

“Ikut Nur nak pujuk dia macam mana,” suara Abang Besar berubah serius.“Semoga berjaya!Abang nak dating dengan isteri tercinta kejap. Bye!”

Klik.Talian dimatikan.Alnur merenung telefon bimbitnya lama.Mindanya ligat memikirkan idea untuk memujuk Fadhila.Tiba-tiba wajah lelaki itu muncul di wajahnya.

Fitri!

*****

Fitri hanya merenung gambar yang tersimpan di telefon pintarnya.Kadang-kadang dia tersenyum sendiri. Kenangan masa lalu cukup manis untuk dikenang. Terutamanya kenangan dia bertemu cinta hatinya buat kali pertama.Di mana dia dan Alnur pertama kali bertentang mata.

“Fitri!Sini kejap!” panggil Abang Besar.Fitri yang sedang melepaskan lelah selepas beradu tenaga di gelanggang silat hanya memandang Abang Besar tanpa perasaan. Namun Abangn Besar beria-ia ingin Fitri menghampirinya. Ada seseorang di belakang lelaki itu.Namun Fitri tidak dapat mengecamnya.Kebetulan pula dia tidak memakai kanta lekap atau cermin mata.

“Abang Besar nak apa dengan aku?” tanya Fitri kepada Fadhila di sebelahnya. Gadis itu hanya angkat bahu.Dia begitu asyik bermain tabletnya.

“Pelik.Jarang Abang Besar panggil aku,” Fitri bermonolog sendiri.

“Ada hal penting la tu. Pergi la jumpa dia,” jawab Fadhila selamba.Matanya tidak lepas dari menatap skrin tablet.“Buat drama pula di sini.Ingat laku?”

“Sombong! Kau makan la tablet tu sampai kenyang!” Fitri mendengus lalu bangun dan melangkah menuju ke tempat Abang Besar.Sempat dia menoleh ke arah Fadhila.Terkejut dia apabila mendapati gadis itu sedang menjelirkan lidahnya.

“Dah la sombong, buruk perangai pula tu!” tanpa sedar dia bersuara kuat.

“Biarlah dia, Fitri,” balas Abang Besar.Fitri menoleh. “Dia memang macam tu. Ada masa gila-gila dia tu, makcik jaga tol pun dia boleh usik.Tiba masa serius dia tu, jangan la bergurau dengan dia,” sambung Abang Besar lagi.

“Betul tu, Abang Besar.Nur nak tegur pun takut kalau dah sampai masa tu,” celah seorang gadis yang berdiri di belakang Abang Besar ketika itu.Fitri terpana.Senyuman gadis itu… cantik sangat.

“Fitri, kenalkan ini Alnur.Adik angkat abang, macam Fitri juga,” rasanya kata-kata Abang Besar tidak didengari oleh Fitri, kerana dia sedang asyik menikmati senyuman Alnur yang indah bak bulan purnama.

“Fitri!” suara Abang Besar sedikit kuat.Fitri tersentak.Spontan dia menghulurkan tangannya.Meletus tawa dari mulut Abang Besar.

“Fitri… Fitri. Alnur ni kan perempuan. Bukan mahram awak pula tu. Mana boleh salam,” tegur Abang Besar lembut. Alnur masih tersenyum, berselindung di sebalik tubuh Abang Besar.Fitri pandang Fadhila yang sudah terkekeh ketawa.

Kurang asam punya budak!

Kringg! Kringg!

Lamunan Fitri terhenti apabila telefon pintarnya menyanyi nyaring.Berkerut dahinya apabila melihat nombor telefon yang tidak dikenali terpapar di skrin telefon. Siapa pula yang telefon aku ni?

“Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam.Ni Fitri kan?” satu suara lembut menyapa gegendang telinganya.Fitri tergamam. Ini bukan ke…

“Boleh saya tahu siapa ni?”

“Saya Alnur.”

Fitri ternganga.Alnur?

*****

“Abang Besar bagitahu yang Fadhila merajuk dengan saya.Betul ke?”

Diam. Masih tiada respon di hujung talian.Alnur pelik. Nak kata dia ni dah bisu, boleh je dia tanya aku tadi.

“Assalamualaikum, Fitri.”

“Ah, Waalaikumsalam. Maaf, saya… er… saya…,” sejak bila aku jadi gagap ni!

“Fitri, awak okey?Ke awak tak sihat? Kalau macam tu saya telefon nanti…,”

“Eh, awak!Tadi talian tak jelas, sebab tu saya diam,” ujar Fitri. Mana nak jelas, kalau dah dengar suara si dia sudah tidak boleh tidur malam!

“Awak tanya apa tadi?”

“Tak ada. Saya cuma nak tanya betul ke Fadhila merajuk dengan saya?”

“Lebih kurang la.Dengan saya pun dia tak bercakap sekarang.Mesej saya pun dijawab hambar. Panggilan telefon saya pun dijawab mahu tak mahu saja.” Terang Fitri. Memang itu pun hakikatnya.Bila ditanya, jawabnya dia sibuk dengan kerja.

“Saya pun belajar separuh masa juga.Ada je masa untuk saya bersama keluarga,” suara Alnur kedengaran rendah. Alahai, ini yang aku lemah ni, getus Fitri.

“Awak dah cuba pujuk dia?”

“Macam mana saya nak pujuk dia? Saya cuba mesej dia melalui Whatsapp,tapi tak berbalas. Malah dia tak baca pun.Sedangkan statusnya online,” adu Alnur.“Facebook pun begitu.”

“Mana awak tahu dia tak baca?”

“Mana lagi? ‘Blue tick’ lah,”

Fitri telan liur. Tidak disangka Fadhila alan bertindak sebegitu. Sedangkan sepanjang perkenalan mereka, gadis itu tidak pernah bertindak mengikut perasaan.

“Awak dah cuba telefon dia?”sedaya upaya dia cuba mengawal nada suaranya agar tidak kedengaran gugup di telinga gadis pujaannya itu.

“Dah, tapi dia tak angkat, jawab Alnur lemah.Suaranya serak seakan ingin menangis. Mati kutu Fitri mendengarnya. Lama berfikir, akhirnya dia mendapat satu idea.

“Macam ni. Saya akan cuba tolong awak. Tapi awak kena janji dengan saya, awak takkan nangis lagi.Boleh?Saya sayang awak tau.”

Sejurus, suasana sepi di hujung talian.Fitri sendiri menutup mulutnya spontan.Apa yang aku cakap tadi?

“Awak?” suara Alnur mengembalikannya ke dunia realiti.“Apa dia?”

“Awak janji akan tolong saya?”Alnur bersuara penuh mengharap.

“Ye, saya janji saya akan tolong awak sedaya upaya saya. Insya Allah,” saya buat macam ni sebab saya sayangkan awak, bisik hatinya mujur juga dia sempat menutup mulut. Jika tidak…. Pasti Alnur mendengar isi hatinya buat kali kedua.

“Macam mana awak nak buat?” tanya Alnur, ragu-ragu.

“Saya ada rancangan.Tapi terpulang pada awak juga, sama ada awak nak ikut cakap saya atau tidak,” ujar Fitri.Dalam hatinya cukup takut kalau-kalau Alnur berat hati untuk bekerjasama.

“Apa sahaja, untuk pujuk Fadhila,” jawab Alnur pantas.Fitri senyum senget.Mindanya ligat merencanakan sesuatu.

*****

“Apa motif kau ajak aku keluar ke sini ni? Hilang akal?” tanya Fadhila. Dia pelik dengan kelakuan Fitri hari ini.Mengajaknya berjogging di KLCC seawal pagi.Sudahlah ajakan dibuat secara mengejut.Nasib baik hari ini dia tidak bekerja.

“Hilang akal apanya?Eloklah tu, berjogging untuk kesihatan. Lagipun, badan kau tu dah nak dekat samabesar dengan tong air dah aku tengok. Atau kau dalam perancangan nak simpan lemak kat badan kau tu?”

“Mulut kau memang tak ada insurans, kan?” pantas Fadhila mengejar Fitri yang sudah jauh berlari.Dekat sahaja dengan lelaki itu, spontan botol air dibaling ke arahnya. Tepat di kepala! Fitri gagal mengawal imbangan, lalu terjatuh.Bulat mata Fadhila melihatnya, namun sebentar kemudian dia ketawa.

“Padan muka kau!Itulah, cari pasal lagi dengan aku.Kau tak tahu ke yang aku ni berdaulat?” ejek Fadhila.Fitri menggosok kepalanya perlahan sambil mengaduh kesakitan.Kelibat Fadhila dipandangnya geram. Kuat juga dia ni baling. Boleh benjol kepala aku!

“Suka la tu dapat gelakkan orang!”

“Ala, rilekslah!Bukan selalu aku dapat gelakkan kau.Lagipun asyik aku je yang kena buli dengan kau, kan?”Fadhila ketawa lagi.Fitri diam. Mengundang rasa pelik pada gadis di hadapannya ini.

“Kau dah kenapa?”

“Tak adalah. Cuma, aku dah lama tak tengok senyuman kau tu. Yelah, kita pun dah lama tak jumpa kan.”Fitri bangun.

Fadhila senyum nipis.“Yelah, kau kan nak melayan perasaan.Jadi aku tak nak la kacau.Lagipun aku sibuk dengan kerja.”

“Orang lain pun sibuk dengan kerja juga,” terdengar satu suara lembut dari belakang Fadhila membuatkan dia menoleh. Sebentar kemudian dia terkejut melihat Alnur berdiri tidak jauh daripadanya.Pantas dia menoleh, mencari wajah Fitri. “Apa semua ni?”

“Sorry, beb,” hanya itu yang mampu diucapkan saat melihat mata Fadhila.

“Korang tahu tak, korang ni sangat sesuai dan sepadan,” usai berkata-kata, Fadhila melangkah pergi dari situ.Sengaja dilanggar bahu Fitri sebagai respon terhadap tindakan lelaki itu. Marah!

“Adik, janganlah pergi dulu!”

Langkah Fadhila terhenti.Lantas dia menoleh.“Akak panggil saya apa tadi?”

“Akak panggil awak adik, sebab akak dah anggap awak macam adik sendiri,” Alnur bersuara lemah.

“Adik?Akak panggil saya adik? Kalau akak anggap saya ni adik akak, kenapa saya kena jadi orang yang terakhir yang tahu tentang pertunangan akak? Hari bahagia akak?” akhirnya Fadhila meluahkan apa yang terpendam di hati.

“Akak tahu tak apa rasanya bila kita dapat tahu berita tentang orang yang kita sayang, dari mulut orang lain? Sakit tu kat sini, akak tahu tak?”Fadhila menekan dadanya bagi menggambarkan kepedihan yang dialami.Alnur tertunduk, menyesali kesilapannya.

“Fadhila,” Fitri melangkah perlahan, cuba menghampiri Fadhila. “Maafkan aku.Selama ni aku tak tahu isi hati kau.”

“Kau pun sama!” jerkah Fadhila.“Kau cakap kau sayang dia, kau cinta dia, kau puja dia. Tapi aku tak pernah dengar kau luahkan kat dia. Lepas tu bila dia bertunang, kau meroyan sendiri.Kau ingat semua orang ada kuasa telepati, boleh baca apa yang ada dalam hati kau tu?”

Fitri tergamam.Alnur terkejut.Fitri… cinta pada aku?

*****

“Kau cakap kau sayang dia, kau cinta dia, kau puja dia. Tapi aku tak pernah dengar kau luahkan kat dia. Lepas tu bila dia bertunang, kau meroyan sendiri.Kau ingat semua orang ada kuasa telepati, boleh baca apa yang ada dalam hati kau tu?”

Kata-kata Fadhila masih jelas terngiang-ngiang di telinga Fitri walaupun sudah tiga hari berlalu.Dan sepanjang tempoh itu, tiada panggilan telefon mahupun mesej dari gadis itu untuknya.Juga dari Alnur. Mengingatkan dia… Fitri mengeluh kasar.

“Orang muda-muda ni, kalau selalu sangat mengeluh, cepat tua,” suara Abang Besar kedengaran, memecah lamunan FItri.Dia memandang Abang Besar yang ralit dengan Ipadnya. Hurm, baguslah tu. Yang sorang main tablet macam nak makan, yang sorang lagi main Ipad macam tiada hari esok.

“Main COC la tu,” perli Fitri.

“Tak la.Berbalas mesej dengan isteri tercinta.Fitri apa tahu?”

“Aik?Tak puas lagi berborak kat rumah?Main mesej pulak?”Fitri kerut dahi.

“Eh, biarlah! Kitorang nak bercinta pun, halal apa. Suami isteri.Bercinta lepas nikah lebih indah,” Abang Besar peluk Ipad sambil buat muka comel.Tergeleng kepala Fitri melihatnya.Sebentar kemudian dia mengeluh lagi.

“Ni dah kenapa ni? Macam ada masalah besar je,” tanya Abang Besar prihatin.

“Saya ni pengecut ke, Abang?” tanya Fitri tiba-tiba. Berkerut dahi Abang Besar mendengarnya.“Kenapa tiba-tiba tanya macam tu?”

“Mencinta, tapi tak meluahkan.Menyayangi, tapi tak beritahu.Memuja, tapi hanya dari jauh.Mengharap sesuatu yang indah akan berlaku, tapi tak pernah membuka langkah pertama untuk menjadikannya realiti,” Fitri berkias.

“Gadis pujaan Fitri yang kini bakal menjadi milik orang tu?” cepat Abang Besar memahaminya.Dia membetulkan duduk.“Kadang ni, bukannya kita tak nak bagitahu apa perasaan kita pada orang yang kita sayang. Cuma bila kita tahu yang dia lebih bahagia tanpa kita, apa lagi yang boleh kita buat? Berundur lebih baik.”

“Bolehkah dia bahagia tanpa cinta?”

“Fitri maksudkan Alnur?” buntang mata Fitri mendengarnya.Macam mana Abang Besar tahu? Takkan dia ada….

“Otak tu jangan nak kartun sangat.Abang mana ada telepati,” cepat Abang Besar menyambung bicara.Fitri tersenyum sendiri.

“Fadhila bagitahu abang ke?” tanya Fitri. Abang Besar menggeleng.Fitri hairan. Takkan….

“Alnur?” satu nama disebut.

“Yup,” Abang Besar mengangguk.Tidak dipedulikan langsung riak wajah Fitri yang sudah berubah.“Tadi dia datang ke rumah, belajar memasak dengan isteri Abang. Makin sedap pula dia masak sekarang ni. Hehehe,”

“Tukar topik pula dia,” Fitri menggerutu.Abang Besar ketawa.

“Lepas makan tu, dia cerita apa yang berlaku semalam di KLCC. Pandai ye Fitri berpakat dengan dia untuk pujuk Fadhila.Tak bagitahu Abang pun,” suara Abang Besar kedengaran merajuk.Fitri ketawa.

“Tadi pun sebenarnya Abang ada mesej Fadhila untuk tanyakan hal ni.” Mati tawa Fitri mendengar kata-kata Abang Besar.

“Alhamdulilah, dia masih mahu berhubung dengan abang.Kalau dengan saya, jauh sekali.Ada je alasan yang dia bagi.”

“Tapi isi perbualan abang dengan Alnur dan Fadhila bukan pasal diorang saja.Tapi pasal Fitri,”

“Pasal saya?Kenapa pula?”

“Alnur tanya, betul ke Fitri suka dia,” Abang Besar senget bibir. Fitri angkat kening.

“Habis tu, Abang jawab apa?”

“Abang jawab…,” belum habis Abang Besar menghabiskan ayatnya, telefon pintar Fitri menjerit nyaring.Dia melihat sekilas skrin telefon itu sebelum memandang mata Abang Besar dalam-dalam.

“Siapa?”

“Alnur.”Fitri telan liur.Abang Besar sengih.

*****

“Saya nak jumpa awak, boleh?”

“Boleh.Tapi kenapa?Ada hal penting ke?”

“Penting sangat.Saya tak boleh cakap dalam telefon.”

“Oh, baiklah.Kita jumpa.Awak nak bawak tunang awak ke?”

“Tak.Hanya berdua.Jangan bagitahu sesiapa.”

Pulak.“Baik.kita jumpa kat mana?”

Dan di sini Alnur berada.Di restoran kegemarannya. Berkali-kali dia melihat jam di tangan. Resah hatinya tidak terkira.Insane yang ditunggu masih tak kunjung tiba.

“Assalamualaikum.”

Suara garau itu amat dikenali Alnur.Lantas dia menoleh ke belakang dan tersenyum. “Waalaikumsalam, Fitri.”

“Dah lama sampai?”

“Baru tak baru la.Dalam 10 minit macam tu,” jawab Alnur lembut.

“Lama juga la tu. Maaf, saya lambat,” Fitri tunduk sedikit.

“Tak apa.Duduklah,” pelawa Alnur.Fitri tidak tunggu lama.Dia terus mengambil tempat di hadapan Alnur.Matanya, masih tidak berubah macam dulu.Masih menunjukkan sinar kesedihan.Hairan juga Fitri, sedangkan tarikh pernikahannya tidak lama lagi.

“Awak ajak saya jumpa ni sebab Fadhila ke?Kalau sebab dia, saya minta maaf.Dia langsung tak jawab panggilan saya,” ujar Fitri.

Alnur menggeleng.“Bukan sebab dia. Insya Allah, kawan saya Nisha akan jumpa dia sekejap lagi untuk pujuk dia.”

“Habis tu, kenapa awak beria-ia nak jumpa saya ni?”

Alnur menarik nafas dalam-dalam sebelum memulakan bicara.“Haritu, masa di KLCC, Fadhila ada cakap sesuatu pasal awak.”

“Pasal saya?” jantung Fitri sudah berdegup kencang.Ayat keramat Fadhila itukah?

“Betul ke awak suka saya?”Alnur pandang mata Fitri dalam-dalam, membuatkan lelaki itu tidak keruan.

Fitri telan liur.“Awak percaya apa yang Fadhila katakan?”

“Kalau soalan dijawab dengan soalan, bermakna ada sesuatu yang tak kena.Mungkin ada sesuatu yang sedang disembunyikan,” satu jelingan dihadiahkan kepada Fitri.“Jadi betullah, awak suka saya?”

Fitri mengeluh halus.“Kalau betul pun, semuanya sudah terlambat.Awak dah bertunang dan akan bernikah tak lama lagi.”

“Jadi betul awak suka saya?”

“Apa gunanya kalau saya mengaku sekarang?” sedikit keras suara Fitri.Namun dia terkedu apabila melihat mata Alnur berkaca.Menangiskah dia?

“Awak, kenapa ni?” tanya Fitri, kalut. Dia mudah tersentuh apabila melihat gadis pujaannya itu menitiskan air mata.

“Kalau betul awak suka saya, kenapa awak tak berterus terang dari dulu?” suara Alnur kedengaran sebak.cepat-cepat dia mencapai tisu dari dalam beg tangan. Fitri diam, hanya memerhatikan sahaja tingkahnya itu.

“Awak tahu tak, kalau awak berterus terang dari dulu, semuanya tak akan jadi macam ni!”

Dahi Fitri berkerut.“Maksud awak?”

“Kalau awak berterus terang dari dahulu, mungkin saya akan terima awak!” Alnur terus bangun dan meninggalkan Fitri yang terpinga-pinga di meja itu.Air matanya bercucuran.

Fitri tergamam.Alnur cintakan aku?

*****

“Jadi macam mana sekarang?” tanya Fadhila. Hilang sudah rajuknya terhadap Fitri setelah pertemuannya dengan Nisha tempoh hari.Pertemuan yang membongkarkan isi hati Alnur yang sebenarnya terhadap Fitri. Kenapalah kena jadi macam ni?

“Macam mana apa lagi?Macam tu la,” balas Fitri selamba. Sedaya upaya dia cuba mempamerkan wajah bersahajanya di hadapan gadis itu. Walhal dalam hati…

“Macam tu la,” Fadhila mengajuk kata-kata Fitri.Dia buat tidak tahu apabila Fitri menjelingnya tajam.“Macam la aku tak tahu kau tu macam mana.Hati kau tu mesti tengah berbunga-bunga bahagia. Ye la, cinta akhirnya berbalas, kan?”

“Kau jangan nak mengarutlah.Alnur tunangan orang, kan?”

“Hurm, iye la tu,” Fadhila senget bibir.“Kau tak boleh buat sesuatu ke?Jumpa mak ayah Alnur ke?Sekurang-kurangnya ada usaha ke arah itu.”

“Kau gila ke apa? Haram meminang atas pinangan orang lain la, Fadhila,” balas Fitri cepat.Fadhila tunduk.

“Aku minta maaf sebab tak dapat tolong kau,”

“Tak apalah.Kau kembali dalam hidup aku pun, aku dah cukup bersyukur dah,” suara Fitri kembali kendur.“Anggap aje aku dengan dia tak ada jodoh.Mencinta tak semestinya memiliki, kan?”

“Semudah itu?” berkerut dahi Fadhila mendengarnya.

“Kalau dah itu ketentuan Allah, siapa kita untuk menghalang?”

“Jadi kau pasrah la ni?” tanya Fadhila sambil pandang mata lelaki itu.

“Lebih kurang macam tu la.”

“Ye la tu,” Fadhila pandang langit.“Aku tahu kau menipu.Mata kau dah cukup memberitahu aku perkara yang sebenarnya, Fitri. Kau sebenarnya keberatan lepaskan dia ke tangan orang lain, kan?”

Fitri mendengus. “Aku memang tak sampai hati…”

“Dah agak dah,” Fadhila senyum.“Sekarang ni macam mana?”

“Entahlah…”

*****

“Ada apa Alnur telefon Abang Besar ni? Ada apa-apa yang Abang boleh tolong ke?” tanya Abang Besar usai menjawab salam. Alnur diam, berkira-kira untuk meneruskan hajatnya.

“Kenapa pula ni?”

“Tak ada apa-apa Abang. Nur nak mintak tolong satu perkara ni. Satu je Abang. Tak banyak pun…!”

“Banyak pula mukadimah dia,” potong Abang Besar.Alnur ketawa kecil mendengar suara lelaki itu di hujung talian. “Nak minta tolong apa?”

“Boleh tak, jemput semua adik-adik Abang yang kenal Nur? Rasa macam tak sempat je nak jemput semua.Nur sibuk sangat dengan urusan perkahwinan Nur ni.”

“Boleh je, tapi…”

“Tapi apa, Abang?”

“Boleh ke Abang jemput adik Abang yang sorang tu?”

“Yang mana ni?”

“Yang namanya bermula dengan huruf F tu.”

“Fadhila?Itu memang wajib, Abang.Kalau boleh, Nur nak dia ada masa kami nikah nanti,” jawab Alnur cepat.

“Bukan Fadhila la.Lagipun dia awal-awal lagi dah cakap dengan Abang, yang dia kena ke Melaka masa Alnur kahwin nanti. Ada urusan kerja,” ujar Abang Besar. Alnur menghela nafas berat.

“Habis tu, siapa?”

“Fitri,” Abang Besar sebut satu nama. Alnur tergamam. Nama itu…. Nama yang sering meniti di bibirnya, dalam setiap doa.

“Dia nak ke datang ke majlis Nur nanti?”

“Apa pulak tak datangnya? Mestilah dia datang kalau Abang yang suruh. Tapi tu la… Alnur nak ke dia datang majlis Alnur nanti?”

Nafas berat dihela. “Entahlah Abang Besar. Sebagai kawan, Nur nak dia datang untuk raikan Nur. Tapi…”

“Biar Abang sambung. Sebagai kekasih, Alnur tak sanggup tengok dia jadi saksi perkahwinan Alnur dengan orang lain. Betul tak?” tebak Abang Besar. “Benda-benda macam ni la yang Abang takut jadi pada adik-adik Abang. Tapi jadi juga!”

“Nur minta maaf, Abang.”

“Buat apa minta maaf dengan Abang? Bukannya Alnur buat salah pun dengan Abang. Aishh…” Abang Besar menggerutu. “Abang pun tak tahu siapa benar, siapa salah dalam hal ni.”

Alnur diam di hujung talian. Memberi peluang untuk Abang Besar untuk terus membebel. “Korang ni kan, bila ada masalah ke ada rasa sayang kat seseorang tu, simpan je dalam hati. Bukan reti nak luahkan. Lepastu, buat andaian sendiri. Sudahnya bila jadi macam ni, mula la nak buat drama Samarinda yang selalu isteri Abang tengok tiap-tiap malam tu.”

“Abang Besar marah ke?”

“Tak marah, nasihat!” selamba Abang Besar menjawab. Alnur tersenyum di hujung talian. Ada-ada sahaja Abang Besar ni.

“Alnur redha dengan semua ni?” tanya Abang Besar. Alnur diam, tidak menjawab.

*****

“Alnur redha dengan semua ni?” tanya Kak Mahirah ketika mereka berdua berada dalam bilik pengantin, berkongsi debaran menanti saat diijabkabulkan. Alnur ketawa, mengundang rasa pelik di hati Kak Mahirah. “Kenapa?”

“Korang ni memang sepadan, kan? Minggu lepas pun suami akak tanya soalan yang sama.”

“Well,” Kak Mahirah angkat bahu. “Kitorang memang sehati sejiwa pun.” Dia tergelak apabila Alnur jelling manja.

“Jeling tu simpan sikit untuk malam nanti.”

“Akak!” pipi Alnur sudah merah. Spontan dia menepuk manja bahu Kak Mahirah yang sudah terkekeh ketawa.

“Akak ni, nakal tau. Tak padan dengan status isteri orang!”

“Kalau dah namanya isteri Abang Besar…!”

“Amboi, kutuk Abang ye!” sergah Abang Besar di balik pintu membuatkan mereka menjerit kecil. Tersengih Abang Besar melihat telatah mereka.

“Abang ni, kacau je kitorang nak bergosip,” gerutu Kak Mahirah.

“Eh, Abang bukan saja-saja kacau tau! Alnur, ada orang nak jumpa kat luar,” beritahu Abang Besar. “Abang dah tanya abah. Dia kata boleh saja kalau nak jumpa sekejap.”

“Siapa, Abang?” tanya Alnur ragu-ragu. Tambah pelik apabila melihat senyuman Abang Besar. Senyuman yang sukar ditafsirkan. Dia bangun, menuju ke pintu bilik. Saat berselisih dengan Abang Besar, lelaki itu membisikkan satu nama. Alnur tergamam.

“Pergilah. Mungkin ada sesuatu yang hendak disampaikan,” nasihat Abang Besar. Alnur tunduk, memikirkan baik buruk tindakannya nanti.

“Pergilah,” ulang Abang Besar. “Abang nak dating dengan isteri Abang dalam bilik pengantin ni sekejap. Janganlah kacau.”

“Eh eh, Abang ni!” spontan Alnur membalas. Namun dia tersenyum melihat sengih Abang Besar. Dengan lafaz Bismillah, dia melangkah keluar menemui insan yang dimaksudkan oleh Abang Besar.

“Assalamualaikum, Fitri,” sapa Alnur. Fitri yang sedang berdiri membelakanginya pantas menoleh lalu menjawab salam itu.

“Alnur sihat?” tanya Fitri. Sebentar kemudian dia rasa ingin tampar diri sendiri. Kalau dia tak sihat takkan dia berdiri di depan kau sekarang ni, Fitri….

“Alhamdulilah.”

“Alnur…,” Fitri menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung bicara. “Saya minta maaf kalau selama ni saya buat awak sakit hati.”

“Tak ada apa-apalah. Mungkin saya yang bertepuk sebelah tangan…!”

“Alnur, dengar sini,” cepat Fitri memotong kata-kata Alnur. “Awak tak bertepuk sebelah tangan. Prasangka awak terhadap saya sebenarnya, betul. Tapi ia dah terlambat. Memang saya cintakan awak, tapi saya bukan jodoh awak. Mencinta tak semestinya memiliki, kan?”

Bergetar suara Fitri apabila berbicara. Alnur tunduk.

“Kisah kita, hanya sebentar saja. Tapi saya beruntung dapat mengenali seterusnya mencintai awak. Cuma, saya bukan yang terbaik untuk awak. Tapi dia yang akan bergelar suami awak nanti. Perancangan Allah, siapa yang tahu, kan?”

Setitis air mata Alnur menitis di pipi. Cukup untuk membuatkan Fitri serba salah. “Janganlah macam ni. Saya tak boleh nak sapu air mata awak.”

Tapi air mata Alnur masih tiada tanda akan berhenti mengalir. Dia tunduk. Fitri garu kepala.

“Macam mana ni…” terdengar suara Fitri serba salah.

“Kalau dia dengar suara aku, banjir rasanya rumah ni,” terdengar pula suara seorang wanita. Suara yang amat dikenali, dirindui Alnur. Pantas dia mengangkat muka.

“Fadhila!” suara Alnur kuat mengejutkan Fadhila dan Fitri yang sedang berbincang. Senyuman Fadhila buat Alnur tidak tunggu lama. Pantas dia menerkam gadis itu dan memeluknya erat. Air matanya sudah tidak mampu ditahan lagi.

“Akak! Nanti cair mekap akak tu. Saya pula yang kena marah,” Fadhila bersuara manja. Barulah Alnur meleraikan pelukannya. Dengan lembut Fadhila menyapu air mata Alnur.

“Abang Besar kata Fadhila ada kerja di Melaka,” ujar Alnur.

“Kerja saya siap awal, kak. Jadi saya balik awal. Kebetulan pula Fitri kata nak jumpa akak,” jawab Fadhila dengan senyuman manis di bibir. “Mana boleh saya tak ada pada hari bersejarah kakak kesayangan saya?”

“Fadhila dah tak merajuk dengan akak?”

“Merajuk manja, kak. Mana boleh lama-lama,”

“Terima kasih, dik,” Alnur kembali memeluk Fadhila. Sempat matanya mencari mata Fitri, tidak jauh daripadanya. Senyuman manis dihadiahkan kepada lelaki itu.

“Terima kasih,” bisiknya perlahan.

“Sama-sama,” Apa sahaja untuk wanita kesayanganku, walau kau bukan milikku, bisik hati Fitri. Dia mula melangkah pergi dari situ apabila…

“Kau nak pergi mana?” tanya Fadhila. “Kau janji nak temankan aku hari ni?”

“Aku nak pergi ambil telefon la,” Fitri menggerutu. Takut aku tinggalkan dia la tu. Sabar je la perempuan sorang ni.

Masuk sahaja ke dalam kereta, dia menghambur tangisan sepuas-puasnya. Dia sudah tidak sanggup menahannya lagi di hadapan Alnur. Dia datang ini pun, atas desakan Fadhila.

“Kalau betul kau nak lupakan dia, kau kena datang majlis ni. Kalau tak, aku rasa kau takkan dapat lupakan dia sampai bila-bila.”

“Apa motif kau nak aku buat macam tu?”

“Sebab aku nak kau hantar mesej kat hati kau tu yang dia dah jadi milik orang lain. Kau kena tengok dengan mata kau sendiri semua tu.”

“Kau tak rasa itu kejam ke?”

“Memanglah kejam. Tapi rasanya lebih kejam kalau kau tak pergi. Lagipun, dia tetap kawan kau. Kawan kita,” Fadhila ambil nafas. “Tapi kalau kau tak sanggup, tak apa.”

Deringan telefon mematikan lamunan Fitri. Cepat-cepat dia menyapu air matanya. Dia berdehem seketika bagi membetulkan nafasnya, barulah dia menjawab panggilan itu.

“Helo, Abang Besar.”

“Berapa lama nak duduk dalam kereta tu daa,” Abang Besar buat suara kelakar. Tergelak kecil Fitri dibuatnya.

“Sekejap lagi saya masuk,” jawab Fitri selamba.

“Jangan lama sangat. Majlis nikah dah nak mula ni,” ujar Abang Besar sebelum menamatkan panggilan. Fitri tersenyum. Kata-kata Abang Besar tidak lama dulu.

“Apabila Dia tidak memberikan sesuatu yang kita mahu, yakinlah bahawa Dia akan memberikan yang lebih baik daripada itu. Dan Dia takkan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya.”

“Ya, Dia takkan zalim kepada hambaNya,” ujar Fitri pada dirinya sendiri. Dia senyum nipis, lalu melangkah keluar dari kereta. Dia melangkah dengan penuh yakin menuju ke majlis penikahan gadis kesayangannya. Dia yakin, pasti ada aturan yang lebih baik untuknya. Dia yakin!

Kisah kita, berakhir di sini. Kisah kita, cuma sebentar. Namun ingatlah, Allah akan berikan yang terbaik buat kita. mungkin jodoh kita hanya sebagai kawan biasa, walau kita saling mencintai. Redhalah dengan ketentuanNya.

Fitri senyum.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.