Berseri-seri wajah Yaya apabila
melihat promo rancangan Halaqah yang terbaru. Tak henti-henti dia menguntum
senyum, sehinggakan emaknya yang muncul dari dapur langsung dia tidak perasan.
“Kau kenapa, Yaya?”
Terkejut Yaya mendengar suara
emaknya. Pantas dia menoleh, memandang emaknya. Namun senyuman masih melekat di
bibirnya. Malah makin melebar.
“Kau kenapa?” emaknya mengulangi
pertanyaan tadi.
“Mak tengok ni, iklan rancangan
Halaqah ni, mak. Tajuknya bagus sangat. Yaya nak tengok la, mak. Mesti tonton!”
suara Yaya kedengaran teruja.
“Pukul berapa?”
“Pukul sepuluh malam ni, mak,”
“Ish, dah malam dah tu. Esok kamu
nak bangun awal. Nak kerja. Mak pun nak bangun awal. Tak payah tengok la,” ujar
mak. Senyum di bibir Yaya terus mati.
“Tengok apa?” tanya Abang Long
Dil yang muncul entah dari mana. Dia terus duduk di sebelah mak.
“Eh, mak! Malam ni puluk sepuluh,
ada episod baru Edisi Khas! Kalau tak silap Long, kali ni Johan jadi Karam
Singh Walia,” cerita Abang Long Dil dengan penuh bersemangat.
“Johan Raja Lawak tu? Eh, mak
suka! Pukul sepuluh malam ni kan? Nanti kita tengok ye, Long! Pukul sepuluh,
awal lagi tu….,” Mak pula terlebih teruja.
Yaya terus bangun.
“Eh, kau nak ke mana tu, Yaya?”
“Yaya nak masuk bilik. Nak tidur.
Esok nak bangun awal,” tanpa memandang wajah mak dan Abang Long Dil, Yaya
melangkah laju ke biliknya.
Sebaik dia berjaya lolos ke
biliknya, dia mengesat air matanya. Kata-kata mak tadi terngiang-ngiang di
fikirannya.
‘Tengok Halaqah, mengantuk.
Tengok Edisi Khas tak mengantuk pulak,’
‘Bukan sekali dua jadi macam ni,’
‘Tak apa la. Mungkin ada hikmah
di sebalik semua ni,’
Yaya cuba memujuk diri. Alunan
zikir dan istighfar mula membasahi bibir. Senyuman nipis terukir apabila
melihat komputer riba yang terletak cantik di atas meja.
‘Tengok kat laman web la. Lagi
best. Tak ada orang nak kacau,’
‘Kan? Ada hikmah di sebalik yang
berlaku,’
‘Alhamdulilah..,’
*****
“Yaya,”
“Ya, mak,” Yaya yang sedang
menghadap komputer ribanya, berpusing menghadap mak yang sedang menghampirinya.
“Kamu tengah buat apa tu?”
“Tunggu kawan emelkan lagu,
sambil-sambil tu tengok laman web I Luv Islam,” mak mencebik. Yaya nampak.
“Mak nak cari resepi. Boleh tutup
laman web yang entah apa-apa tu tak?” tanya mak. Hati Yaya menangis lagi. Laman
web islam dikatanya laman web entah apa-apa…
“Boleh ke tidak?”
“Abang Long buat apa?” tanya
Yaya. Setahunya, Abang Long Dil berada di rumah.
“Abang Long kamu tengah main game
kat laptop dia. Malas la mak nak kacau dia,” balas mak selamba. Riak wajah Yaya
berubah lagi.
Abang Long Dil buang masa main
game, mak bagi. Aku nak cari ilmu….
“Kamu nak bagi ke tidak ni?”
tanya mak. Namun nada suaranya seperti mendesak.
“Tak apalah, mak guna dulu. Nanti
Yaya guna pulak,” Yaya bangun dari kerusi, memberi peluang untuk mak duduk.
Mata mak tertancap pada sesuatu di skrin.
“Ni apa ni?”
Yaya menoleh.
“Eh? Kawan Yaya dah hantar emel
tu. Mak tunggu kejap ek,” laju Yaya kembali ke komputer ribanya. Mak mendengus.
“Lama lagi ke?”
“Kejap je. Ha, dah siap. Mak guna
la dulu. Yaya nak ke dapur kejap,”
“Habis, benda ni?” tanya mak
sambil jari telunjuknya dihalakan ke skrin komputer ribanya. Di mana fail lagu
yang diemel sedang diuat turun.
“Tak apa, mak. Biarkan aje. Nanti
bila dah habis, dia akan padam sendiri,”
“Tak kacau mak?” tanya mak lagi.
Yaya menggeleng perlahan. Dibiarkan mak dengan urusannya. Dia melangkah ke
dapur untuk mengambil minuman.
“Nak ambil botol ke, nak ambil
cawan? Hurm, ambil botol la. Senang sikit nak bawak. Tak la mudah jatuh. Kalau
jatuh pun, tak tumpah.,” Yaya berkata-kata sendiri. Kemudian dia ketawa kecil.
“Macam orang gila pulak cakap
sorang-sorang,” katanya lagi. Botol kecil berisi air kosong dicapai. Lalu dia
melenggang menuju ke biliknya.
Eh??
Telinga Yaya menangkap bunyi yang
pelik apabila melewati bilik Abang Long Dil. Diamatinya bunyi itu. Memang sah!
Dari bilik Abang Long Dil. Bunyi apa tadi? Efek bunyi permainan komputer ke??
Yaya tengok pintu bilik Abang
Long Dil. Tidak rapat. Tak apa kot kalau tolak sikit, fikirnya.
Daun pintu ditolak perlahan dan
penuh hati-hati. Berkerut-kerut dahi Yaya menahan nafas. Sebentar kemudian dia
terkejut. Terkejut besar.
Abang Long Dil tengok video
lucah!!
Perlahan pintu bilik itu ditarik
bagi mengelak perbuatannya dikesan Abang Long Dil. Kemudian langkah kaki Yaya
laju menuju ke biliknya. Lebih tepat lagi, kepada emaknya.
“Mak, Abang Long…!”
“Yaya! Apa ni? Lagu macam ni kau
nak dengar? Mengantuk mak, tau?? Dah la melodi slow, jiwang bukan main, tak
habis-habis sebut pasal cinta je. Kau bercinta ke?”
“Mana ada mak!”
“Habis tu dah disebut perkataan
cinta je! Kalau dah gatal sangat nak bercinta, bagitau mak! Senang mak carikan
lelaki yang kat tepi jalan tu buat suami! Lelaki macam tu je yang sesuai untuk
kau ni faham tak?! Dah la, hilang mood aku nak cari resepi macam ni!” mak
bingkas bangun dan keluar dari bilik. Sengaja dilanggar bahu Yaya. Pintu bilik
dihempas kuat. Mata Yaya berkaca.
******
“Yaya,”
Lamunan Yaya terhenti. Dia
memandang wajah Mysara yang tersenyum memandangnya.
“Ada masalah ke?”
Yaya menggeleng.
“Yaya, aku bukan kenal kau baru
dua hari. Dah 12 tahun aku kenal kau, sejak sekolah menengah lagi,” kata Mysara
sambil mencebik. Yaya tergelak mendengar kata-kata sahabatnya itu.
“Mak kau lagi?” Mysara masih cuba
meneka. Yaya mengeluh. Lambat-lambat dia mengangguk.
“Aku dah agak dah…,”
“Salah ke aku nak berubah? Jadi
baik? Aku sedar, aku banyak buat dosa dulu,” luah Yaya, sebak.
“Dah mula dahhhh…..,” pantas
Mysara memaut erat bahu Yaya. Diusap perlahan.
“Aku sedar, aku banyak buat dosa
dulu. Tapi aku dah insaf. Dah bertaubat. Aku nak berubah. Tapi….!”
Air mata Yaya berlinangan.
“Bukan senang nak berubah, Yaya.
Kita kena ambil risiko,”
“Aku boleh terima lagi kalau
orang lain tak dapat terima perubahan aku, tapi ini keluarga aku…!”
“Sudahlah tu…,” Mysara cuba
memujuk. “Kau masih ada aku, kan. Aku ada. ALLAH ada dengan kita. Walau semua
orang di dunia tidak mahukan kita, DIA ada,”
Yaya mengangguk perlahan.
*****
“Yaya!!”
Yaya yang sedang membaca, terus
menutup bukunya apabila mendengar panggilan emaka. Dia terus mendapatkan
emaknya di dapur.
“Ada apa, mak?”
“Tolong belikan kunyit. Dah habis
pulak,” ujar mak. Yaya tidak tunggu lama, dia terus kembali ke biliknya untu
bersiap. Lima minit kemudian, dia keluar. Berpakaian agk labuh dan longgar.
“Kau bukan nak pergi tempat lain
pun! Pergi depan tu je! Tak payah nak bergaya bagai!” perli emak. Yaya diam.
Disabarkan hati mendengar kata-kata emak.
“MAk nak beli kunyit kan? Atau
ada benda lain yang mak nak tambah?” tanya Yaya mengubah topic.
“Hah, alang-alang kau ke kedai
tu, tolong belikan kicap sekali. Kak Ngah kau suka makan nasi dengan kicap,”
Yaya tersenyum pahit. Kalau untuk
Kak Ngah, apa saja sanggup dilakukan. Kalaulah jantung dalam badan mak tu boleh
dicabut macam cabut plug blender tu, rasanya dah lama mak cabut bagi kat Kak
Ngah.
“Dengar ke tidak tu? Berangan
je,” jerkah mak. Yaya terkejut.
“Dengar, mak,” Yaya terus keluar
tanpa menoleh lagi. Dia hanya berjalan kaki keana jarak antara rumah dan kedai
tidaklah begitu jauh.
“Berapa semua, uncle?” tanya Yaya
ramah.
“Empat ringgit saja,” Yaya sudah
mahu menghulurkan sekeping not RM10 apabila….
“Tak apa, uncle. Saya bayarkan,”
kata seorang lelaki sambil menghulurkan not RM10. “Kira barang saya ni sekali,”
katanya lagi.
“Semua sekali sepuluh ringgit.
Ayo adik manis, banyak bertuah kena belanja…,” merah padam wajah Yaya diusik sebegitu.
Dia terus mengambil barang-barangnya dan terus keluar dari kedai itu.
“Awak!”
Langkah Yaya terhenti. Dia
berpusing. Mamat ni lagi? Apa dia nak?
“Apa?”
“Awak punya barang, yang ini,”
lelaki itu memegang plastic yang berisi kicap dan kunyit. Mata Yaya bulat
melihatnya. Lantas dia melihat ke dalam plastic yang dipegangnya… pisau cukur,
minyak rambut dan… eh???
Yaya malu sendiri. Pantas diberi
bungkusan plastic itu kepada lelaki tadi.
“Ambil la balik. Nanti isteri
awak marah pulak bila tak ada benda ni,”
“Eh?”
Tanpa menunggu kata balas dari
lelaki itu, Yaya terus mengambil bungkusannya di tangan lelaki itu. Kemudian
dia terus berlalu. Lelaki tadi hanya tersenyum memandangnya.
*****
“Berapa lama cuti kamu kali ni,
Kak Ngah?” tanya emak usai makan malam. Yaya hanya menjadi pendengar setia.
Sedaya upaya ditumpukan perhatiannya pada berita yang disiarkan di kaca TV.
“Sebulan, mak. Kenapa?”
“Ha, baguslah. Boleh temankan mak
shopping baju. Kalau dengan budak kat depan ni, semuanya tak kena. Ini tak
boleh, itu tak boleh…,”
Yaya buat muka selamba. Kena
perli lagi…
“La, kenapa mak?” tanya Kak Ngah
tidak puas hati.
“Ada je yang tak kena di matanya.
Baju tu ketat la, nipis la, jarang la, singkat la…,”
“La, kenapa kau nak halang mak
pulak, Yaya? Biarlah mak nak pakai baju apa yang mak suka. Yang kau nak halang
mak tu kenapa?”
Pantas Yaya menoleh apabila
mendengar kata-kata Kak Ngah.
“Lagipun, sejak bila kau jadi
ustazah ni? Dah buang tebiat? Nak mamp…,”
“Kak Ngah!!!” potong Yaya pantas.
Terkejut Kak Ngah dan emak mendengarnya.
“Salah ke kalau Yaya tegur cara
mak berpakaian. Jadi tanggungjawab Yaya sebagai anak untuk tegur kalau mak tak
tutup aurat dengan sempurna. Siapa lagi yang nak tegur kalau bukan kita?”
“Eleh, kata orang. Dia lagi teruk
dulu, ada hati nak nasihat orang…,”
Yaya bangun.
“Memang Yaya dulu teruk, Kak
Ngah. Memang benda-benda buruk dulu Yaya pernah buat. Tapi sekarang ni Yaya dah
insaf. Yaya dah bertaubat. Yaya nak berubah,”
“Taubat ke tau buat?” sindir Kak
Ngah sinis. “Lagipun, mampu ke insaf tu hidupkan ayah balik?”
Yaya menggeleng perlahan. Malas
mahu bertekak dengan kakaknya, dia terus meluru ke biliknya. Air matanya tumpah
jua.
*****
“Yaya,”wajah Kak Ngah menjengah
di balik pintu.
Yaya yang sedang mendengar lagu
Satu Cinta di telefon bimbitnya, sambil membaca Majalah Solusi, tidak
menghiraukannya. Kak Ngah jadi geram kerana tidak dipedulikan.
“Yaya!” paha Yaya ditepuk kuat.
“Allahuakbar!!” Yaya melatah.
Laju dicabut ‘earphone’ dari telinganya. Dijeling Kak Ngah yang sudah tergelak
kesukaan.
“Aku belum pernah dengar lagi,
orang melatah sebut nama Allah,” kata Kak Ngah apabila tawanya reda.
“Janggal? Tapi tak dosa kan?
Sekurang-kurangnya berzikir. Dapat jugak pahala, daripada melatah sebut benda
mencarut-carut tu,” balas Yaya selamba. Dia kembali membaca Majalah Solusi di
tangan. Kak Ngah mencebik.
“Ni nak apa pulak mengendeng
macam tak cukup tulang ni?” tanya Yaya apabila dilihat Kak Ngah semakin
mendekatinya dengan senyuman yang dia sendiri gagal tafsirkan.
“Tidur dengan aku malam ni?”
“Ha?” terhenti bacaan majalah di
tangan.
“Tak tau pulak kau ni pekak,”
Yaya mengerutkan dahi. Apa yang
dia nak ni sebenarnya?
“Bagi satu sebab kenapa Yaya kena
buat macam tu,”
“Tak baik kan melawan cakap orang
yang lebih tua..,” bahu Yaya diusap lembut. Yaya diam. Berfikir.
“Lagipun, kat rumah sewa
kitorang, kitorang tidur beramai-ramai. Dah terbiasa. Kat rumah ni, tidur
sorang-sorang, takuttt..,” Kak Ngah memeluk dirinya, pura-pura menggigil
ketakutan.
“Tak tau pulak kalau Kak Ngah dah
jadi penakut sekarang ni. Dulu tu bukan main berani lagi…,”
“Ala, boleh la Yaya..,”
“Nanti Yaya datang bilik akak,”
akhirnya Yaya mengalah.
“Ala, sekarang la…,”
“Yaya nak simpan majalah ni dulu,
ambil telekung, ambil charger telefon…..,” Yaya mula membebel. Tapi Kak Ngah
tidak mendengarnya. Dia tersenyum penuh makna.
*****
“Assalamualaikum warahmatullah…,”
salam kedua diucapkan sambil menoleh ke kiri. Sekilas Yaya. Menjeleing ke
katil. Tadi, masa dia bangun, batang tubuh Kaka Ngah sudah tiada di sebelahnya.
Mana dia pergi? Malas mahu berfikir, dia terus bangun untuk menunaikan solat
Tahajjud, diikuti solat witir. Dan bayang Kak Ngah masih belum kelihatan.
“Mana je Kak Ngah pergi ni?”
bisik Yaya perlahan. Dia mengeluh. Tangan digosok perlahan sambil bibir
melafazkan zikir. Dia berteleku seketika.
Ketika dia mahu menadah tangan
membaca doa, dia terdengar bunyi pintu dikuak. Dia menoleh… dan dia melihat Kak
Ngah berjalan terhuyung-hayang menuju katil. Bau itu… Kak Ngah mabukkah?
“Kak Ngah…,” panggil Yaya.
“Jangan kacau la! Aku nak tidur!”
balas Kak Ngah kasar. Dia menghempaskan tubuhnya ke katil. Sebentar kemudian
kedengaran bunyi dengkuran dari Kak Ngah.
Mata Yaya berkaca.
“Kak Ngah… Kenapa… Kenapa akak
seakan mengulangi sejarah Yaya yang lama?”
*****
Suasana di kelab malam itu memang
bingit dengan muzik dan pengunjung yang tidak putus-putus. Yaya hanya
memerhatikan Nancy yang rakus meneguk arak yang berada di tangannya. Yaya juga
minum tapi tidaklah sampai mabuk teruk seperti Nancy.
“Nancy, sudahlah tu. Kau pun dah
mabuk teruk ni,”
“No!” Nancy membantah. “Aku belum
puas,” dia meneguk sisa arak yang berada di dalam gelas. Dipesan lagi dua
gelas. Segelas diteguk rakus sementara segelas disuakan kepada Yaya yang
kemudian menyambutnya.
“Sudah la tu. Esok kita kan ada
kelas. Jom la balik,”
“Sejak bila kau jadi baik ni?
Selalunya kau tu rajin je ponteng kelas Miss Maha. Dia bagi kau makan apa ha?”
balas Nancy pula. Memang selama ini mereka selalu ponteng kelas Miss Maha,
kerana tidak tahan dengan leteran wanita itu.
“Aku penat la wei… jom la
balik…,” Yaya sudah tersengguk-sengguk kerana penangan air haram itu.
“Ye la, ye la. Kita balik jom.
Siapa nak drive ni?”
“Aku la. Kau kan mabuk teruk ni,”
kata Yaya. Mereka berjalan terhuyung-hayang keluar dari kelab malam menuju ke
kereta.
“Eleh, kata orang. Kau pun sama.
Hik hik hik…,” kata Nancy sambil tergelak. Yaya ikut tergelak.
“Eh, bukan kau takde lessen ke?”
“Peduli apa? Bukannya ada
‘roadblock’ pun malam ni,” balas Yaya sambil menghidupkan enjin kereta. Kereta
mula bergerak tapi terhuyun-hayang macam si pemandunya juga.
“Eh, mana kau tau malam ni takde
‘roadblock’? karang terjumpa nanti, naya je. Dua-dua kantoi. Dah la kau takde lesen,”
“Eleh, aku tau la. Kawan aku ada
cakap,”
“Bila masa kau kawan dengan polis
trafik ni?”
“Ada la. Dalam mimpi,” Yaya
tergelak besar.
“Yaya! Kereta!”
*****
“Yaya!”
Lamunan Yaya terhenti.
Cepat-cepat dia mengesat matanya. Dipandang wajah Kak Ngah yang kemerah-merahan
kerana terlalu mabuk.
“Kau bagitau mak, kau siap!”
tekan Kak Ngah. Kemudian dia menyambung dengkurannya.
Air mata Yaya mengalir lagi tanpa
dipinta. Kenapa Kak Ngah ulanginya?
*****
“Mak,”
Mak yang sedang sibuk dai dapur
menyahut.
“Kenapa sekarang ni Yaya pakai
baju longgar walaupun dalam rumah?”
“Entah dia tu, mana la mak tahu.
Bila mak tanya, dia jawab dia tak nak tanggung dosa buka aurat. Adik beradik je
pun, bukannya boleh timbul nafsu,”
Bila dengar sahaja perkataan
‘nafsu’ itu, terus darah Abang Long Dik naik. Teringat dia di masa dulu-dulu,
dia suka ‘menjamu mata’ dengan Yaya yang suka memakai pakaian yang ketat dan
seksi. Tapi sejak Yaya dapat mengesan kelakuannya itu, dia terus melabuhkan dan
melonggarkan pakaiannya hari demi hari.
“Eleh, dia nak tunjuk alim la tu.
Bukan Abang Long tak tau yang dia keluar malam balik,”
“Keluar malam balik?”
“Ya, mak. Malam tadi, Abang Long
ke biliknya, nak pinjam barang. Dia tak ada dalam biliknya. Mesti dia keluar
nak lepaskan gian dia tu. Nak teguk air haram tu,” tuduh Abang Long Dil tanpa
usul periksa. Mana mungkin dia beritahu tujuan sebenar dia berkunjung ke bilik
Yaya malam tadi.
“Yaya!!!!!”
Melengking suara mak dalam rumah
itu. Terkejut Abang Long Dil mendengarnya. Juga mengejutkan Yaya yang baru
selesai menunaikan solat sunat dhuha. Terkocoh-kocoh dia melipat telekungnya.
“Aku paling pantang dengar
benda-benda macam ni kat dalam rumah ni! Yaya! Mana kau?! Keluar!!”
“Ya, mak,” laju Yaya menyahut.
Bimbang nada suara mak mekin meninggi apabila panggilannya tidak disahut.
“Kau mari sini!” tempik mak
apabila melihat kelibat Yaya. Cepat-cepat Yaya menghampiri maknya.
“Kau memang nak kena dengan
aku!!!” terus ditarik-tarik rambut Yaya sehingga gadis itu terjerit-jerit
kesakitan
“Ampun mak!!!”
“Sebab benda haram tu kau bunuh
orang, tak serik lagi?” mak sudah naik gila. Abang Long Dil hanya melihat,
tidak berbuat apa-apa. Bukan tidak mampu, tetapi tidak mahu.
“Bukan Yaya, mak!”
“Kalau bukan kau, siapa lagi?
Siapa lagi yang pernah teguk air haram tu kat rumah ni?!”
“Bukan Yaya, mak! Sumpah!”
“Kau jangan nak main-main dengan
sumpah, Yaya!!”
“Ampun, mak! Sumpah, bukan Yaya,
mak!”
“Kau keluar dari rumah ni!”
“Mak!! Ampun mak!!!”
“Keluar!!” rambut Yaya yang
ditarik dari tadi, terus diseret ke muka pintu.
“Keluar kau dari rumah ni! Dasar
anak pungut tak sedar diri! Kalau bukan laki aku yang kutip kau kat tong sampah
dulu, aku tak bela kau, tau tak! Sebab kau, laki aku mati! Dia mati sebab kau!”
“Mak…!”
“Kau keluar dari rumah ni! Aaku
dah tak nak bela kau lagi! Jangan panggil aku mak lagi! Aku bukan mak kau! Kau
bukan anak aku!”
“Mak….!”
Yaya terus manangis dan menangis.
*****
“Tak sangka mak kau sanggup buat
macam tu,” kata Mysara sambil menghulurkan tisu kepada Yaya. Mata Yaya bengkak
kerana terlalu lama menangis.
“Betul cakap mak aku. Kalau bukan
sebab aku mabuk malam tu, kitorang takkan kemalangan. Nancy takkan mati. Ayah
aku takkan mati sakit jantung bila dia dapat tahu apa yang aku dah buat,” luah
Yaya.
“Dah la tu, benda dah jadi kan.
Kau pun dah insaf dan dah taubat kan,” Mysara cuba memujuk.
“Insaf takkan buat ayah aku hidup
balik, Sara. Taubat takkan hidupkan Nancy!”
“Astaghfirullah Yaya!!!! Apa yang
kau cakap ni?” Mysara terkejut. Bahu Yaya digoncang perlahan. Kasi Yaya sedar
sedikit.
“Tolong la Yaya, jangan
persoalkan takdir yang telah berlaku! Iya memang! Nancy mati dalam kemalangan
tu. Ayah kau mati sebab sakit jantung lepas dia dapat tahu berita tu. Tapi dah
memang itu takdir mereka! Kalau bukan sebab kau, diorang tetap akan pergi,
Yaya! Jadi aku mohon dengan kau, aku mohon dengan sangat, jangan persoalkan lagi!”
Esak tangis Yaya makin mereda.
Mysara memeluknya erat, seakan tidak mahu melepaskannya lagi.
“Aku tak kuat hadapi ujian ni
Sara…,”
“Kau kuat, Yaya. Aku tau. Allah
tahu, Yaya. Allah takkan uji kita kalau kita tak mampu hadapinya,”
Yaya mengangguk perlahan.
“Ingat Yaya. Ujian itu barokah,”
Yaya mengangguk lagi.
*****
“Yaya, aku tunggu kau kat
kereta,” kata Mysara sebaik sahaja mereka bersalaman usai solat Isyak. Yaya
mengangguk. Sudah menjadi kebiasaannya untuk menunaikan solat sunat taubat selepas
solat Isyak. Kebiasaan itu Mysara tahu. Kerana itu dia akan menunggu Yaya di
kereta.
Selesai solat sunat taubat dan
berdoa, dia terus bangun. Telekung tidak dibuka. Cadangnya dia mahu terus
pulang. Dia mencari Mysara di tempat letak kereta. Dan dia melihat Mysara
bercakap-cakap dengan seorang lelaki yang membelakanginya. Langkahnya segera
dilajukan, bimbang situasi Mysara mengundang fitnah. Berdua-duaan dengan lelaki
bukan muhrim.
“Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,” jawab
kedua-duanya serentak. Lelaki tadi menoleh. Dan Yaya terkejut besar.
“Awak?”
“Hai, tak sangka boleh jumpa awak
kat sini. Berjodoh rupanya kita ye,” kata lelaki itu. Wajah Yaya memerah.
“Korang kenal ke?” tanya Mysara
hairan.
“Kitorang pernah jumpa sekali kat
kedai hari tu,” mana mungkin Yaya lupa peristiwa di kedai tempoh hari. Malu
besar dia kerana tersalah ambil barang.
“Mana isteri awak?”
“Isteri? Saya belum kahwin lagi
la,”
“Habis tu?”
“Habis tu apa?”
“Yang awak beli tuala wanita tu,
untuk adik awak ke?”
Mysara tahan gelak.
“Saya anak tunggal la,”
“Aik?” Yaya semakin bingung.
Lelaki tadi tersenyum.
“Yang sebenarnya, uncle tu salah
masukkan barang tu dalam beg plastic saya. say terus periksa bila awak sebut
perkataan ‘isteri’ hari tu. Terus saya patah balik ke kedai tu untuk
pulangkan,” jelas lelaki itu. Yaya tertunduk, wajahnya merah menahan malu.
“Apapun, nama saya Syukri.
Gembira dapat jumpa awak,”
“Yaya,”
“Okey la, Sara. Saya dah dapat
tahu apa yang saya nak tahu. Saya balik dulu. Assalamualaikum,”
“Waalaikumsalam,” jawab Mysara.
Yaya turut menjawab salam Syukri, tapi hanya perlahan. Mysara hanya menghantar
Syukri keluar masjid dengan pandangan matanya sahaja.
“Aku tak tau pun antara kau dan
Syukri ada kisah tersendiri,” usik Mysara sebaik sahaja mereka masuk ke dalam
kereta.
“Siapa dia tu?” Yaya cuba
mengubah topik.
“Kau tak kenal ke?” tanya Mysara.
Yaya menggelengkan kepalanya.
“Dia anak imam masjid ni la. Baru
balik dari Mesir. Kau untung la. Tadi dia nampak kau datang dengan aku. Tu yang
dia datang kat aku tu. Dia tanyakan kau,”
“Kau ni merepek je la, Sara,”
Yaya cuba berdalih. Namun hainya berbunga-bunga.
“Eh, betul la apa aku cakap ni!
Dia cari kau tadi. Aku rasa, dia sukakan kau la,”
Yaya mencebik.
“Mana la tau, kot-kot jodoh kau
dengan dia,” giat Mysara lagi.
Yaya tersenyum manis, namun
tiba-tiba senyumannya mati.
*****
Dua hari kemudian, rumah Mysara
didatangi oleh seorang wanita. Kata Mysara, wanita itu adalah ibu saudara
kepada Syukri dan berhasrat untuk merisik Yaya bagi pihak lelaki itu.
Galau Yaya semakin menjadi-jadi.
“Aku tak layak untuk Syukri,
Sara,” luah Yaya, ketika mereka sedang menikmati makan malam di kedai makan
yang berhampiran dengan masjid.
“Apasal kau cakap macam tu?”
“Ye la, aku kan banyak dosa
dulu…,”
“Yaya, kalau dosa yang kita
lakukan dijadikan ukuran untuk cari jodoh, sampai bila-bila pun, impian kita
untuk mendapatkan suami yang baik takkan tercapai,” hambik kau. Bila Mysara
sudah mula berkata-kata, memang tajam menusuk kalbu aje.
“Tapi dia tu anak imam, Sara. Aku
ni…,”
“Kat kubur nanti, malaikat tanya
ke kau anak imam masjid mana?” satu lagi soalan tajam menikam menusuk kalbu
keluar dari celah bibir Mysara. Yaya termangu.
“Yaya, segala yang berlaku ada
sebabnya. Ada hikmahnya. Mungkin ini hikmahnya atas apa yang berlaku antara kau
dan keluarga kau. Terima la hakikat, Yaya,”
“Mungkin…,” Yaya menghirup jus
tembikai yang dipesannya.
“Kau nak bagitau keluarga kau
ke?” teka Mysara. Yaya diam. Lambat-lambat dia mengangguk.
“Diorang tetap keluarga aku walau
apapun yang terjadi,”
Mysara tersenyum.
“Kau nak aku temankan kau jumpa
mak kau?”
“Aku…. Aku….. aku bimbang dihalau
lagi. Itu aje,”
“Jangan bimbang. Aku ada. Syukri
pun ada,”
Bulat mata Yaya bila mendengar
nama Syukri disebut. Terus tegak duduknya.
“Aku minta maaf, Yaya. Aku
bagitau apa yang jadi pada kau dan keluarga kau masa makcik dia datang merisik
hari tu. Makcik dia terus telefon Syukri dan cerita balik apa yang aku cerita
tu. Dia sikit pun tak terusik Yaya, malah dia bersemangat nak bantu kau,”
Yaya mengeluh perlahan.
“Bila kau nak pergi rumah mak
kau?” tanya Mysara setelah keadaan sunyi beberapa jeda.
Yaya diam. Mengangguk tidak,
menggeleng pun tidak.
*****
“Assalamualaikum,”
Tiada sahutan.
“Assalamualaikum….,”
Masih tiada sahutan.
“Tak ada orang kat rumah la,
Sara,” kata Yaya. Mysara mengerutkan dahi. Syukri meninjau-ninjau ke dalam
rumah.
“Kau pasti ke tak ada orang kat
rumah ni?”
“Abang Long Dil kerja, Sara. Kak
Ngah, rasanya dah habis cuti dia,” jelas Yaya. “Kalau ikutkan, mak aku ada tapi
mungkin dia keluar. Tu yang tak ada orang tu kot. Nak tunggu kenak datang lain
hari?”
“Eh? Saya nampak televisyen dalam
rumah terpasang,” kata Syukri.
“Terpasang? Siapa kat dalam
rumah? Kenapa tak jawab salam?” tanya Yaya sendiri. Dia turut tertinjau-tinjau.
“Kalau mak keluar, dia mesti tutup semua suis,”
“Kau ada kunci rumah, Yaya?”
tanya Mysara.
“Ada, tapi tak tau la kalau
diorang dah tukar,” jawab Yaya sambil mencari kunci rumah di dalam begnya.
“Atas alasan apa diorang nak
tukar kunci?”
“Mysara..,” tegur Syukri. Mysara
menutup mulut. Dia sedar kesilapannya.
“Dapat,” jawab Yaya sponta
apabila dia berjaya membuka pintu pagar dengan kunci dengan dimilikinya. Tanpa
berlengah, dia masuk ke dalam rumah.
“Assalamualaikum. Mak?”
Tiada sahutan. Yaya melangkah
perlahan menuju ruang tamu. Benar kata Syukri, televisyen terpasang di ruang
tamu. Tapi soalnya, di mana tuan rumah?
“Mak, Yaya balik ni… Mak!!!”
Yaya menerpa ke arah mak yang terbujur kaku di ruang tamu.
*****
‘Nombor yang anda dail tidak
aktif. Sila tinggalkan pesanan anda…,’
Yaya menamatkan panggilan. Masuk
kali ini, sudah 15 kali Abang Long Dil dan Kak Ngah cuba dihubungi, tetapi
gagal. Dia mengeluh perlahan.
“Tak dapat?” tanya Mysara. Yaya menggeleng.
Dia mencuba lagi. Namun hasilnya tetap sama.
“Aku cuba tapi tak dapat. Mungkin
telefon ditutup,” Yaya mengeluh lagi.
“Dah kenapa diorang nak tutup
telefon pulak?”
“Jangan buruk sangka. Mungkin
bateri telefon habis,”
Suasana hening seketika.
“Macam mana ni? Doktor nakkan
tanda tangan tu. Kalau tak, pembedahan takkan dijalankan,” Yaya gelisah.
Sebentar tadi, doktor memberitahunya bahawa buah pinggang emaknya rosak dan
harus dibedah segera. Persoalannya….
“Takkan kau tak boleh tanda
tangan?”
“Kalau boleh, dah lama aku buat.
Soalnya, doktor tu nak saudara terdekat je,”
“Aik, kau bukan saudara terdekat
dia ke?”
“Aku kan anak angkat dia je,”
“Yaya, kau bersama dia susah dan
senang. Kau yang tinggal serumah dengan dia sebelum dia halau kau hari tu. Kau
yang jupa dia terbujur kaku tadi kat ruang tamu. Kau yang bawak dia ke
hospital, sedangkan anak-anak kandung dia entah ke mana. Tu tak cukup lagi
kenak buktikan kau rapat dengan dia?”
Yaya diam. Mysara bangun.
“aku nak tanya doktor tu, boleh
tak anak angkat tanda tangan borang kebenaran bedah tu. Kalau nak tunggu anak
kandung dia yang dua orang tu, memang tak bedah la sampai tahun depan,”
Yaya mengeluh. Apasal la dia tak
tanya pasal tu kat doktor tu tadi…
Sementara menunggu kembalinya
Mysara, yaya tunduk seketika sambil berzikir untuk menghilangkan galau di hati.
Sehinggalah sebuah troli pesakit lalu di hadapannya, spontan dia mengangkat
kepala. Pesakit yang berlumuran darah itu amat dikenalinya.
Ya Allah! Abang long Dil!!!
Pantas dia bangun mengekori troli
yang mengusung Abang long sehingga dia ditahan oleh Mysara.
“Yaya, kenapa?”
“Abang Long! Sara, Abang Long
tu!”
“Sabar Yaya, sabr! Dengar aku
cakap dulu. Tadi doktor cakap kau boleh tandatangan borang kebenaran bedah tu,”
beritahu Mysara.
“Tapi, Abang Long?”
“Tak apa, nanti kita tunggu sama-sama. Sekarang ni
tanda tangan borang ni dulu,” Mysara menghulurkan borang yang dipegangnya
kepada Yaya. Tanpa ragu Yaya menurunkan tandatangannya.
“Abang Long?”
“Kau nak tunggu mak kau ke Abang
Long?”
Pertanyaa Mysara membuatkan Yaya
tersentak. Wajah emak dan Abang Long Dil muncul di ruang matanya. Kemudian
wajah…
“Mana Kak Ngah?” tanya Yaya
seperti orang kebingungan.
“Yaya….!” Mysara memeluk erat
Yaya yang bagai orang arah. Air matanya menitis.
*****
Orang ramai yang mengiringi
jenazah emak dan Abang long Dil ke tanah perkuburan mula meninggalkan kawasan
itu setelah talkin selesai dibacakan. Atas permintaan Yaya, jenazah mereka
dikebumikan dalam satu liang lahad. Mata Yaya bengkak namun dia tidak lagi
mengalirkan air mata. Hanya wajahnya kelihatan sugul.
“Yaya,” bahu Yaya disentuh
perlahan. Yaya menoleh. Mysara tersenyum pahit padanya.
“Aku minta maaf, Yaya. Kalau aku
tak paksa kau tanda tangan…,”
“Bukan salah kau. Dah sampai masa
dia pergi begitu,” kata Yaya.
Dua hari selepas pembedahan, emak
Yaya menghembuskan nafasnya yang terakhir kerana tubuhnya gagal menerima buah
pinggang baru. Namun Yaya sempat meminta maaf di atas segala yang dilakukan
sebelum ini.
Abang Long Dil pula meninggal
dunai pada sebelah petangnya setelah bertarung dengan maut di wad ICU. Dia
dipercayai dilanggar ketika cuba melarikan diri dalam satu serbuan oleh pegawai
pencegah maksiat semasa dia berdua-duaan dengan seorang pelacur China.
“Polis dah tangkap siapa yang
langgar Abang long Dil?”
Yaya mengangguk. “Kak Ngah,”
“Hah?” Mysara melopong tidak
percaya.
“Polis cam nombor plat kereta Kak
Ngah dan dapat kesan dia di rumah kawannya. Masa kena tangkap tu, dia mabuk
teruk,”
“SubhanAllah…,”
“Dia sedar yang dia langgar orang
tapi dia tak tahu yang dia langgar tu, abang kandung dia sendiri. Lepas polis
bagitau, meraung dia dalam lokap tu,”
“Yaya…,” panggil Syukri. Yaya dan
Mysara menoleh. Syukri menunjuk ke arah kereta polis yang baru tiba di kawasan
perkuburan itu. Yaya melihat dua orang polis wanita mengiringi Kak Ngah yang
bergari.
“Mak!!!!” suara Kak Ngah bergema
di kawasan tanah perkuburan itu. Dia meluru ke kubur emak sehinggakan dua orang
polis yang menggarinya terpaksa mengikut langkahnya.
“Mak!!! Ampunkan Ngah, mak!!!”
“Dah la Kak Ngah, tak baik
meratap di kubur,”
“Ni semua kau punya pasal! Kalau
kau tak memandai sain, mak takkan mati!!” ditunjalnya kepala Yaya berulang
kali.
Yaya hilang sabar.
“Kak Ngah! Siapa yang curi barang
kemas mak yang kat dalam bilik tu? Siapa yang ragut rantai emas mak dari leher
mak sendiri? Siapa yang tolak mak sampai mak jatuh? Siapa yang selamba je kunci
rumah biarpun mak menjerit minta tolong? Siapa?? Bukan Kak Ngah ke?”
Kak Ngah terdiam. Mysara
tergamam. Syukri terkejut.
“Mak dah cerita semuanya, Kak
Ngah. Semuanya. Tak sangka Kak Ngah sanggup buat macam tu semata-mata untuk
penuhi nafsu berjudi akak tu. Nak teguk air haram tu!”
Nafas Kak Ngah turun naik.
Menahan tangis.
“Dah la akak. Yaya sengaja minta
kebenaran pada polis supaya Kak Ngah dpat tengok kubur mak dan Abang Long, tapi
ini yang akak balas. Terima kasih,” Yaya bangun. Kak Ngah turut bangun setelah
polis wanita yang menggarinya bangun.
“Have a nice day in jail,”
katanya lalu dia mengisyaratkan polis yang menggari Kak Ngah pergi dari situ.
Dia hanya memerhatikan dari jauh kereta polis itu bergerak menjauhi kawasan
perkuburan itu.
“Yaya, kau ok?” tanya Mysara.
“Aku ok,”
“Sabar, Yaya. U….,”
“Ujian itu barokah. Aku tahu,”
Yaya tersenyum. Dia bersyukur kerana Allah meminjamkan teman sejati seperti
Mysara. Lantas dipeluk Mysara erat.
“Dugaan lepas ni mungkin lebih
hebat. Kau kena bersedia,”
“Insya Allah. Doakan aku ya,
Sara,”
Mysara mengangguk. syukri hanya
tersenyum melihat drama sebabak sedari tadi. Hajatnya untuk menyunting Yaya
semakin tebal selepas melihat kekentalan Yaya menghadapi dugaan hidup.
#####
Allah menurunkan sesuatu ujian
kepada kita kerana Dia rindu untuk mendengar rintihan dari kita. Dia juga tahu
tahap kekuatan kita untuk menghadapinya. Bukankah hidup dan mati kita hanya
untukNya?? Setiap yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya. Ingat, ujian itu
barokah – Yaya
TAMAT