Home Novel Cinta Kalam Cinta Buat Dhia
Kalam Cinta Buat Dhia
Laila Qaisara
31/10/2013 11:28:03
26,481
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
17

“Hafiza, dah gila. Dia dah mengamuk dah sekarang ni! Aku rasa, ada kemungkinan dia akan bunuh kau! - Kaisara”

Cepat-cepat Kaisara menekan ‘Enter’. Mesej sebentar kemudian dia melihat mesej itu semula.

“Alamak, aku salah hantar. Kenapa la aku tulis yang bab bunuh tu…,”

“Iman Kaisara!”

Terlepas telefon bimbit dari tangannya. Perlahan Kaisara memusingkan badannya. Mereka yang tahu nama penuhnya hanya Hafiza dan…

“Niki Ardilla!”

“Kau!” Niki mencengkam leher baju Kaisara. “Kau nak sabotaj aku kan? Kau dengan Hafiza saja nak sabotaj aku kan? Cakap!”

“Apa yang kau cakap ni?”

“Kau jangan nak buat tak tahu! Aku tahu apa yang kau dengan Hafiza nak buat dengan aku!”

“Apa yang aku dah buat?”

“Kau sabotaj aku! Kau tak siapkan tugasan yang aku suruh kau buat!”

“Tugasan kau, tanggungjawab kau, Niki! Aku sendiri ada banyak tugasan yang perlu disiapkan!”

“Kau jangan melawan cakap aku!”

Kaisara tersentak.

“Kau kena ingat, aku yang bayar kau! Kau kena buat kerja yang aku dah suruh!”

“Apa yang kau merepek ni? Aku ni kawan kau tau!”

“Apa yang aku merepek ni?” Niki tergelak sinis. “Hey, kau kena ingat sikit. Kau tu bukan kawan aku. Kau tu cuma budak suruhan aku je. Dah kira bagus kau aku bayar upah,”

Hati Kaisara bagai dihiris mendengar kata-kata Niki itu.

“Kalau kau tak buat ni macam mana kau nak dapatkan duit bantu keluarga kau hah?”

“Banyak lagi cara lain untuk bantu keluarga aku. Bukannya dengan membantu kau jadi bodoh!”

“Kurang ajar kau!”

Spontan Niki melayangkan penampar sulungnya buat Kaisara. Pantas Kaisara menyapu pipinya. Sakit!

“Kau jangan nak berkurang ajar dengan aku! Ingat sikit siapa yang bantu kau! Kalau bukan sebab aku, keluarga kau dah lama merempat la!”

Pang!

Spontan Niki pula yang memegang pipinya.

“Kau jangan ingat, duit kau boleh beli aku! Boleh beli keluarga aku! Aku dah ada kerja sambilan yang boleh tampung keluarga aku. Tak banyak pun sikit!”

“Kau jangan ingat kau tu Tuhan sampaikan tak ada kau, aku tak boleh buat apa-apa! Kau tu cuma manusia biasa je! Rezeki datang dari Allah! Bukan dari kau!”

“Kau!” sebiji penumbuk sudah digenggam untuk dihadiahkan kepada Kaisara.

“Kau dah kira cukup bertuah aku cuma hantar tugasan yang kosong. Kalau aku bagitahu pada pensyarah yang kau upah orang siapkan tugasan kau, apa kau nak buat?”

Genggaman tangan Niki terlerai.

“Kalau aku bagitahu pihak atasan, kau mungkin akan dikenakan tindakan. Sampai ke tahap ini, kau ingat papa kau boleh bantu kau ke?”

“Kau!” jari jemari kembali digenggam. Bersedia menghadiahkan penumbuk pada Kaisara.

“Cik Niki Ardilla,”

Spontan Niki menoleh. Penumbuknya pantas disembunyikan di belakang.

“Kami dari balai polis. Anda diminta mengikut kami untuk membantu siasatan untuk kes serangan terhadap Hafiza Othman,”

“Hafiza?”

“Kau nak bunuh Hafiza, Niki?”

*****

Dhia menggenggam erat beg plastik yang mengandungi pakaian Hafiza yang diserahkan jururawat sebentar tadi. Telefon bimbit Hafiza diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. Sedikit maklumat tentang Iman Kaisara, penghantar mesej terakhir yang diterima telefon bimbit Hafiza turut disertakan. Bukannya dia menuduh Kaisara sebagai penyerangnya, namun dia yakin, Kaisara mesti tahu sesuatu tentang itu. Lagipun dia juga perasan sejak akhir-akhir ini Kaisara dan Hafiza agak rapat serta kerap berhubung antara satu sama lain.

“Dhia,”

Suara dari seorang lelaki membuatkan Dhia pantas mendongak. Ini macam suara…

“Mikhail,”

Lelaki itu tersenyum. Dia duduk di sebelah Dhia. Suasana sepi seketika. Tiada patah kata yang keluar dari bibir mereka.

“Macam mana…!”

Serentak mereka bersuara. Kemudian senyap. Merah pipi Dhia. Mikhail telan liur.

“Awak la cakap dulu,” usul Mikhail.

“Tak apa. Awak cakap dulu,” pinta Dhia. Mikhail membetulkan duduknya.

“Macam mana Hafiza sekarang?”

“Dia sedang dirawat,”

“Oh..,” Mikhail menarik nafas.

“Macam mana awak boleh ada kat sini?”

“Niki,”

Berderau darah Dhia mendengarnya. Tadi, semasa member keterangan pada pihak polis, dia ada menyebut nama Niki Ardilla.

“Mana dia?”

“Tadi dia telefon saya, katanya dia di balai polis. Bila saya tanya kenapa, dia cakap Hafiza diserang. Itu yang saya datang sini tu,”

“Kenapa awak datang sini? Niki telefon awak sebab dia nak awak temankan dia di sana. Awak kan teman lelakinya,”

“Saya tak bercinta dengan sesiapa. Saya tak pernah mengaku pun yang dia teman wanita saya. Dia saja yang perasan,”

Dhia diam.

“Awak memikirkan apa kemungkinan yang akan berlaku kan kalau Niki nampak kita duduk rapat begini?”

Dhia menyengetkan bibir. Macam tahu-tahu pula mamat ni.

“Niki cintakan awak, Mikhail,”

“Tapi saya tak cintakan dia. Saya cintakan orang lain,”

“Kalau tak keberatan, boleh saya tahu siapa yang bertakhta di hati awak tu?”

“Namanya…,”

“Dhia!”

Kedengaran suara Aleeya memanggil namanya. Dhia menoleh sambil tersenyum nipis. Mikhail hanya memerhati tanpa rasa.

“Macam mana Hafiza? Okey?”

Dhia senyum sambil angguk. “Macam mana mak kau? Bukan ke tadi kau kata dia tak sihat?”

“Abang aku temankan. Abang aku tu sibuk suruh aku temankan kau temankan Hafiza kat sini. Dia takut kau sunyi. Katanya,” ujarnya sambil tersengih. “Siapa ni?”

“Mikhail Adam, kesayangan Niki Ardilla,” jawab Dhia pantas. Terkejut Mikhail mendengarnya.

“Oh, I see,” Aleeya mengurut dagunya perlahan. “But, let me guess. Niki Ardilla hanya bertepuk sebelah tangan. Betul tak?”

“Ah, ya,” jawab Mikhail teragak-agak.

“Dan awak cintakan orang lain, betul tak?” Aleeya menduga lagi.

“Dan orang itu adalah Hafiza!” sahut Dhia selamba. Mikhail telan liur.

“La, ye ke?” tanya Aleeya teruja.

“Eh, mestilah. Kalau tak, macam mana dia boleh datang ke sini walaupun Niki minta dia datang ke balai polis?”

“Eh, kejap. Apa kau cakap tadi, Dhia? Niki di balai polis?”

“Er, tadi Mikhail yang kata begitu,”

“Ya, tadi Niki telefon. Dia kata dia di sana untuk memberi keretangan atas apa yang berlaku pada Hafiza,”

Aleeya angkat kening. Dia pandang Dhia.

“Boleh saya masuk jenguk Hafiza?”

“Eh, boleh! Silakan…,” Aleeya bersuara mengusik. Mikhail senyum, lalu bangun dan melangkah masuk ke bilik yang menempatkan Hafiza. Aleeya ambil tempat Mikhail.

“Ada apa-apa yang aku tak tahu pasal perkara ni?”

Dhia menarik nafas. Kemudian satu persatu diceritakan kepada Aleeya sehinggakan dahi gadis itu berkerut-kerut.

“Kenapa aku tak tahu pasal halt u?”

“Macam mana aku nak bagitahu kau? Kau kan baru je sampai,”

“Eh, aku lupa,” Aleeya tersengih. Dia menepuk dahi.

Suasana sepi seketika.

“Macam mana tadi?”

“Tadi?”

“Tadi kan Aaron bawa kau jumpa dengan mak ayah dia. Macam mana?”

“Er, dah masuk waktu Maghrib. Aku nak ke surau. Kau tak solat?”

Aleeya menggeleng. “Kau mengelak dari menjawab soalan aku,”

“Aku ke surau dulu,” Dhia cepat berlalu dari situ. Langkahnya hanya dihantar Aleeya dengan pandangan mata. Aleeya menggeleng lalu mengeluh.

“Ada sesuatu yang kau sembunyikan daripada aku,”

*****

“Papa, apa semua ni?”

Suara Aaron bergema di seluruh isi rumah. Aaron kecewa. Namun Datin Azura lebih kecewa.

Tapi Datuk Azlan berlagak selamba.

“Ini takdir, Aaron,”

“Takdir apanya, Papa? Kenapa semua ini berlaku? Kenapa Papa tak pernah bagitahu Aaron yang papa berkahwin lain?”

“Aaron! Papa berkahwin dengan ibu Dhia sebelum Papa berjumpa dengan Mama lagi. Kami bercerai sebelum Papa jumpa dengan Mama lagi!”

“Papa tipu! Papa tak jujur dengan Mama!”

“Aaron! Jaga sikit mulut tu!”

“You jangan nak memandai-mandai marah anak I! You pergi jaga anak you tu!”

“Azura! Apa yang you cakap ni?”

“I cakap benda yang betul! You pergi la bela anak you tu! After all, Aaron bukannya anak kandung you pun! Cuma anak tiri!”

Datin Azura sudah mula meroyan.

“Azura, I tak pernah bezakan anak tiri dengan anak kandung. I sendiri pun, mana ada anak kandung dengan you. You sendiri tak nak mengandung dan melahirkan anak bila kahwin dengan I. Nak jaga badan konon,”

“Sekarang ni you nak salahkan I pulak?”

Dan tiga beranak itu terus bergaduh dan bertengkar. Pembantu rumah mereka mencuri-curi dengar di balik dinding.

“Tak payah ambil tahu hal orang, Hanisah. Tak baik,”

“Kena ambil tahu juga, Makcik. Ini melibatkan Datin Azura. Padan muka dia. Selama ni, yang dia tahu cuma menindas orang je,”

Tangan Makcik yang ligat memotong lobak terhenti. Hanisah perasan hal itu.

“Makcik? Makcik okey?”

“Ah, makcik okey. Makcik cuma lupa hari ni hari apa,”

Hanisah senyum pahit. Dia tahu Makcik menipu.

Previous: 16
Next: 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.