Home Buku Fantasi The New King
Bab 93

Rioma & Rinda



Bagaikan dentuman kilat apabila mendengar maklumat yang diberikan oleh Raja Darul bahawa orang yang menikahi Rinda adalah orang yang membantu mereka pagi tadi. Banyak informasi yang mereka dapatkan. Perbincangan mereka terus berlanjut.


Darul : selebihnya, kamu tanyakan sendiri pada Rioma. Beta ingin sekali bertemu dengan Raja kamu.


Man : jangan risau tuanku,dia pasti akan datang nanti.


Darul : baiklah. Sekarang beta masih ada tugas untuk di buat. Jadi apa rancangan kamu lepas ni?


Zafar bangun dari tempat duduknya.


Zafar : kami akan pergi mencari Rioma.


Mereka pun meminta izin untuk pergi. Mereka semua keluar dari ruangan itu meninggalkan Raja Darul bersendirian. Sebelum Zafar melangkah keluar, Raja Darul memanggil Zafar.


Zafar : Ya?


Darul : jika peperangan ini terjadi, kamu berada di pihak yang mana?


Zafar : ...........


Zafar buntu untuk menjawab soalan itu. Dia tersenyum kecil dan berlalu pergi. Di luar istana pula, mereka bertiga menunggu Zafar.


Crisa : lambat lah kau. Macamana kau boleh ada kat sini tadi?


Zafar : aku sesat. Jalan gua ni pelik.


Man : dah lah, jom jumpa pak cik Rioma tu.


Werza : kau ingat ke jalan tu?


Man : tak.


Man tersengih. Untunglah Zafar ingat akan kata-kata Rioma sebelum mereka berpisah tadi pagi.


Zafar : hari pun sudah senja. Mungkin kita akan bermalam di rumah dia.


............


Kerajaan Rin


Malam yang dingin kian terasa. Seperti biasa suasana malam di kota Rin itu amat sejuk. Badar yang berada di rumah besar dapat merasakan kesejukan itu.


Nurin : kau kenapa?


Badar : sejuk sayang..


Nurin : laaa.. kau tak nampak tu. Ada tempat bakar api. Tu corong asap. Kau ingat untuk bakar ikan ke?


Badar : untuk apa?


Tama : Nurin, dia tak tahu. Dia tak biasa.


Nurin : patut lah. Itu untuk menghangatkan suasana rumah.


Tama membakar beberapa kayu api di situ.


Ozen : tak sangka kau anak Raja rupanya. Macam mana kau tak dapat Core Strong type atau Raja?


Tama : sebab aku lain.


Nurin : bunda cakap dulu, abang lahir tak cukup bulan.


Heigo : oh patut lah.


Tama : patut lah apa?! Nak kena tebas ke leher tu?


Delirin : Tama.. berhenti..


Tama : gurau.. kami memang macam ni. Mereka pun tahu.


Delima : tapi kami tak pernah ingat itu hanya gurauan.


Tama : apa?


Badar : hahahaa.. ada-ada saja dia orang ni?


Tama : hmm abang tak balik istana ke? Dah malam ni? Nanti mereka cari..


Delirin : betul cakap kau. Nanti kami akan datang lagi.


Tama : Kairin?


Kairin : ha err ya?


Tama : jangan sesekali dengar cakap ayah.


Ozen : wah nasihat yang bagus.


Tama : ini lain ceritanya.


Delirin : ya betul. Nanti kamu akan dapat penyakit misteri sama seperti mak.


Nurin : akhirnya kita tahu kenapa Bunda sakit?


Delirin : kalau aku tak cari tahu, sampai bila-bila kita akan jadi boneka ayahanda.


Kairin : ba-baiklah. Jom kita baaaalik.


Delirin, Nurin dan Kairin akhir pulang ke istana. Tinggal mereka berlima yang berehat di ruangan besar itu kerana tempat itu sudah mula hangat.


Tama : Badar, nanti kalau peperangan ni terjadi,. Kau akan berada di pihak mana?


Badar : kita tidak berpihak kepada sesiapa. Tujuan kita untuk menghentikan peperangan ini.


Ozen : Man tinefon kita tadi, bagitahu semua maklumat. Raja Darul tu nampak baik. Mungkin kita boleh tolong mereka untuk hentikan peperangan.


Delima : bosanlah tak ada kawan perempuan dalam bilik.


Badar : sabar.. sebenarnya rancangan Zafar itu berguna juga. Dengan ini kita dapat berkongsi maklumat dengan cepat. Esok kita akan cuba lagi.


Heigo : betul tu, baik kita tidur.


Badar : aku nak tidur di sini sajalah.


Delima : saya pun. Sini hangat.


Badar : haa jangan rapat-rapat ya.


Diluar rumah, ada seseorang yang mendengar perbicaraan mereka.


Farurin : cis, mereka nak hentikan perang. Delirin, Nurin, Kairin pengkhianat!


Farurin terus pergi dari situ. Kini mereka semua bersiap-siap untuk tidur.


Badar : hampar tikar. Selimut bawa sekali.


Ozen : ok. Delima, jom.


..............


Kerajaan Daye


Di tempat permulaan mereka masuk ke kota ini, ada perumahan yang duduki oleh Rioma.


Zafar : katanya hujung kiri kan?


Werza : kau lupa-lupa ingat ke apa?


Man : tak apa, kita tanya orang.


Crisa : macamana?


Warga daye : Hei man! Apa kau buat sini?


Man : eh zambrik. Bila sampai?


W. d : laa aku memang duduk sini. Kau apa khabar?


Man menuju ke arah kawasan rumah orang itu.


Crisa : haish.. macam mana dia boleh kenal semua orang?


Werza : padahal aku rasa dia baru datang .


Zafar : jangan-jangan itu kuasa tersembunyi dia.


Man kembali dengan membawa air teh. Dia menghirup teh hangat itu.


Crisa : hai satu je?


Man : orang tu kata rumah rioma depan tu je. Nak dekat lah ni.


Zafar : haaa betul lah aku cakap. Hujung kiri sana.


Tanpa banyak soal, mereka terus menuju ke rumah Rioma.


Crisa : berani kau abaikan aku.


Sesampainya mereka di depan pintu rumah rioma, Zafar pun mengetuk pintu.


Crisa : besar juga rumah dia.


Werza : yaa, kawasan ni pun luas. Tak ramai orang yang buat rumah kat sini.


Kawasan di situ tidak banyak yang di huni. Ini menjadikan tempat itu sunyi dan lapang. Hanya ada beberapa pokok kering dan rumput-rumput kecil seperti lumut.


Rioma : haa kau orang datang pula. Maaflah, rumah ni besar sikit. Jauh aku nak kena berjalan ke sini.


Zafar : tak apa, kami berniat mahu menumpang rumah pak cik. Boleh ke?


Rioma tidak langsung menjawab. Seperti nya dia memikirkan sesuatu.


Rioma : haa ya boleh. Silakan. Duduk lah dulu. Aku buatkan air dulu.


Werza : susah-susah je.


Mereka berempat lalu duduk di ruang tamu. Rumah itu terbuat dari batu gua. Setiap kali bercakap, suara akan bergema di setiap ruang kosong. Di dalam itu juga tidak terdapat banyak perabot dan hiasan rumah. Sunyi...


Man : lama juga pak cik ni.


Crisa : syuhh diam lah. Nanti dia dengar. Suara kau bergema sampai dapur kang..


Hanya dapat berbisik-bisik saja di rumah itu kerana takut di dengari oleh Rioma.


Zafar : hairan aku. Macam ada tak kena?


Werza : ya lah. Kenapa mak cik Rinda tak datang bertegur sapa dengan kita?


Kemudian, Rioma pun datang membawa talam yang di atasnya terdapat jug air dan cawan.


Rioma : haa jemput minum. Nanti pak cik datang lagi untuk tunjuk kan bilik kamu ya.


Rioma tergesa-gesa pergi sebelum mereka sempat bertanya kan sesuatu. sekali lagi mereka berbisik.


Man : amboi, kelam kabut..


Zafar : dia nak bersih kan tempat tidur lah tu. Tak apa. Kita tunggu je.


Werza : kita kena hormat tuan rumah. 


Berselang beberapa minit kemudian, Rioma pun datang.


Rioma : mari saya tunjukkan bilik kamu.


Zafar : nanti dulu pak cik. Kami nak tanya, mana isteri pak cik?


Rioma : pak cik tak ada isteri.


Crisa : kami sudah tahu pakcik.


Rioma : tahu apa?


Zafar: fasal Rinda..


Rioma terpana mengetahui itu.


Rioma : siapa yang bagitahu?


Werza : Raja Darul. Tapi dia tak ceritakan semua. Dia suruh datang jumpa pakcik.


Rioma : ohh begitu.


Rioma pun duduk di sofa. Dia melihat setiap seorang dari mereka.


Rioma : Rinda dah lama tak ada.


Zafar : hah? Maksud pak cik?


Rioma : dia meninggal dunia. Sudah mati.


Man : kami ingatkan dia masih hidup.


Rioma : ini semua salah dua raja itu. Mereka bertarung habis-habisan sehingga Rinda yang cuba menghentikan mereka terkena imbas nya!!!


Rioma menjadi emosi menceritakan kematian Rinda.


Rioma : dia yang di tengah pertarungan mereka berdua, terkena dua serangan mematikan dari Darul dan Bahrin.


Man : patut lah Raja Darul cakap dia sudah terima ...


Rioma : terima apa?! Dia boleh terima sebab Rinda dah mati! Mereka berdua tu sama je.


Zafar : sabar pak cik..


Rioma : tapi darul tu ok lah. Dia masih berbaik hati membiarkan pak cik hidup di kerajaan dia.


Zafar : yaa tak apa. Hari pun sudah jauh malam. Apa kata kita semua tidur.


Werza : aku setuju.


Rioma : oh bilik.. mari aku tunjuk kan ..


Rioma meluahkan perasaan kepada mereka. Tubuhnya terasa ringan kerana beban yang tanggung selama ini telah terluah kan.


............


Kerajaan Rin


Apabila hari telahpun pagi, Delima terus bangun pergi ke dapur. Dia antara orang yang asyik terjaga kerana mendengar bunyi dengkuran yang kadangkala kuat mengejutkan tidurnya. Delima ingin membuatkan kopi kepada mereka semua.


Kemudian, Badar bangun...


Badar : oi.. kuat betul dengkuran kau Tama.


Tama kelihatan penat. Dia tidur mati. Beberapa kali Badar mencuit tubuh nya namun Tama tidak sedar.


Badar : whaaaaa.. mengantuk nya. Sejuk pula tu.


Ozen : tak sangka aku lena tidur. Jarang aku tidur lena. Sebab aku bandit yang harus berjaga-jaga setiap masa.


Badar : bekas bandit. Jangan di ingat kehidupan lama kau tu. Lupakan saja. Kau sekarang pengikut aku.


Ozen : kau tak takut ke kalau suatu hari aku mengkhianati kau?


Badar : hehe.. aku yang akan bertanggungjawab..


Hari itu, Badar, Tama dan Ozen menuju ke istana. Mereka membuat kekacauan untuk dapat berunding. Namun Raja Bahrin tidak mahu mendengar. Tinggal 4 hari lagi sebelum berperang..


Keesokan harinya, Badar dan pengikutnya pergi lagi dan membuat perkara yang sama. Orang-orang kota mula menyedari apa yang di lakukan oleh Badar. Tinggal 3 hari lagi...


Hari ketiga, masih juga melakukan perkara sama. Namun kali ini beberapa orang kota ikut campur dalam urusan itu. Tinggal 2 hari lagi...


Hari keempat .... Separuh dari orang kota mulai mengikuti Badar.


Orang kota rin 1 : hentikan perang!!!


Hentikan!!!


Orang ramai menyahut jeritan semangat itu.


O.k.r 25 : hentikan peperangan ini. Semuanya tak berguna.


Bahrin : hai penduduk kota Rin. Berani kamu semua menentang beta.


O.k.R 50 : sudah-sudahlah berperang. Kami muak dengan peperangan yang tak kunjung berakhir. Sampai bila?!


Yaa sampai bila?!!!


O.K.R 43 : hentikan saja. Peperangan ini tak ada makna nya. Setiap bulan kita berperang tanpa tahu tujuan. Padahal kami tidak pernah di serang pun.


O.K.R 32 : ya betul tu. Yang serang kami, yang paksa kami untuk berperang itu kamu.


Raja Bahrin : diaaaamm!!!


Raja Bahrin membekukan beberapa orang kota.


Badar : Tama.. tolong mereka.


Ozen : mereka tak boleh lama-lama dalam ais.


Badar : Raja Bahrin!! Kau tengok apa yang terjadi. Mereka semua menentang kau. Ini yang mereka ingin kan. Mereka tak mahu peperangan.


Bahrin : kalau macam tu. Aku tinggal ugut mereka. Siapa yang tak nak berperang, akan aku bunuh satu keluarga berserta orang nya.




Bersambung.....



Previous: Bab 92
Next: Bab 94

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy