Home Buku Fantasi The New King
Bab 7

Core


*Sebelum kita mulakan, den nak list kan sikit watak2 nya. Sebab den terkadang boleh lupa

Badar
- Ingin menjadi Raja baru.
- Core belum di ketahui
- berusia 16 tahun
- misi mencari 11 pengikut utama dan mencari tanah baru bernama Reinland

Zafar
- anak angkat Raja Tadaka
- Asal kota Tempil
- berusia 17 tahun
- dua bertubuh pendek dari badar
- Core : Chance , Strong type

Tok Gama
- pemilik pelatihan senjata
- pengajar seni pedang kepada Tama
- usia tidak di ketahui
- memiliki banyak anak buah dan pemimpim pemberontakan dalam diam.
- penduduk tempatan kota Lahar

Gibar
- salah satu anak buah tok Gama yang paling lama.
- Setia dan memiliki pendirian
- penduduk tempatan kota lahar
- badan yang tinggi dan berdada bidang

Tama
- Anak yatim dari kecil.
- bekas bandit yang jahat
- selalu di bantu oleh tok Gama
- menyertai pasukan raja
- sekarang berada di penjara

Soy
- pemilik kedai daging
- salah satu pemimpin pemberontakan
- pendudik tempatan kota Lahar
- mempunyai isteri bernama sera dan anak bernama Sara.

Finn
- pendatang 5 tahun lepas di kota lahar
- pembantu pemberontakan di bawah Soy
- Kerjanya menyelidiki infomasi
- datang ke kota Lahar sebelum Raja Naff

Raja Naff
- Ditabalkan menjadi raja di kota lahar 5 tahun lepas.
- menjadi raja yang menyusahkan rakyat dengan memperjual-belikan air
- Core tidak diketahu, type strong.

......................

Recap

Badar yang meneruskan perjalanan nya bersama Zafar singgah ke Kota Lahar di Negeri Hainc. Kota yang tidak pernah mempunyai Raja telah mendapat seorang Raja yang bertindak zalim di mana Raja tersebut menyeleweng air bersih di kota itu. Oleh itu, terdapat beberapa sekumpulan pemberontak dalam sembunyi mahupun secara terang-terangan. Raja Naff ditabalkan menjadi Raja oleh penduduk kota kerana kebaikan mereka semua pada 5 tahun lepas. Awalnya Raja itu berlaku baik untuk rakyatnya tetapi setelah mendapat kuasa dia menjadi tamak. Kini Zafar dan Tama di penjara kan sebagai Tahanan. Tok Gama, Soy, Fin, Badar dan pemberontak yang lain sedang bersiap-sedia untuk melawan Raja Naff.

......................................

Di tempat perlatihan senjata Tok Gama, mereka masih dalam perbincangan untuk menjelaskan semuanya kepada Badar.

Tok Gama : bukan itu saja. Pasukan Raja juga memakai topeng. Pasukan raja terdiri dari 5 orang yang kuat yang bersama dengan Raja 5 tahun dulu.
Soy : ya.. mereka mungkin akan jadi lawan yang kuat untuk kita. Setiap seorang memiliki kemahiran masing-masing.
Gibar : orang yang menggunakan pedang bernama, Jay. Lawan yang tepat untuk Tama jika kita dapat membebaskan nya nanti. Core Jay adalah Bunyi, strong type.
Tok Gama : ada seorang yang menggunakan Panah. Dia seorang pemanah yang hebat dan tepat. Nama nya Ozen. Core Angin, Strong type.
Soy : selain itu, ada orang barbar. Dia menggunakan kapak yang besar untuk memotong mangsanya. Nama dia Sarq, Core Target, Strong type. Dia dapat mencari sisi kelemahan musuh dengan core itu.
Badar : bahaya tu kalau dia nampak kelemahan badan kita

Badar menyampuk kerana Core Sarq jarang di dengarinya. Mereka meneruskannya lagi.

Soy : ya betul. Yang ke empat. Mahir menggunakan tongkat. Gaya bertarung nya sangat lembut. Mungkin kerana dia ringan. Memang susah nak lawan dia sebab pandai menghindar dari serangan lawan. Nama dia, Cara. Seorang perempuan yang Core nya adalah graviti, Strong type.
Gibar : dan yang terakhir, orang rapat Raja dalam pasukannya. Nama dia Tan. Core nya besi, Strong type. Dia adalah pertahanan sekaligus perisai Raja Naff itu.
Tok Gama : dan Raja Naff....... Kami tak tahu apa core nya, yang pasti dia memiliki Core Strong type.
Badar : macamana kamu tahu semua ni?
Soy : tentu lah dari Finn. Pakar mencari informasi kami.
Tok Gama : jadi kamu badar.. apa Core kamu?

Badar terdiam......

...............................................

Sewaktu dalam latihan ketika Badar masih kecil, ada seseorang yang menjaganya.

Yusya' : badar, kamu kena rahsiakan Core kamu.
Badar : kenapa pak cik?
Yusya' : sebab kalau orang lain tahu, orang jahat akan cari kamu. Sebab tu kena rahsiakan. Bahaya kan?
Badar : tapi macamana nak jadi Raja kalau orang tak tahu Core saya?
Yusya' : jika kamu benar-benar percaya dengan itu, barulah kamu bagitau. Kalau tidak, berbohonglah.
Badar : bukan ke bohong tu salah?
Yusya' : jika ianya demi kebaikan kamu, kamu harus berbohong.

........................................

Badar mengingat masa kecilnya ketika masih kecil. Dia dijaga oleh pembantu Ayahnya dalam latihan yang bernama Yusya'. Dia terpaksa berbohong kali ini....

Badar : Core saya, tatapan mata.

Namun reaksi orang di situ menunjukkan wajah yang kehairanan.

Gibar : jangan mengarut! Kami ajak kau datang sini sebab ingatkan kau nak selamatkan kawan kau tu.

Gibar tiba-tiba jadi emosi kerana mereka sedang serius.

Tok Gama : macamana hanya tatapan mata kamu boleh melawan orang?
Soy : ya betul tu.
Badar : ok, macam ni..

Badar pergi ke arah anak buah tok gama.. dia menutup matanya seketika.. mereka semua memandang Badar...

Soy : apa yang dia buat?

Badar terus membuka matanya! Semua anak buah Tok Gama rebah serentak. Mereka bertiga terpana melihat nya.

Gibar : ohhh.. hehehe.. maafkan saya. Silakan duduk minum teh.

Badar dengan selamba duduk dan terus minum teh.

Tok Gama : strong Type ?
Badar : ya tok.
Soy : terbaiklah Core kau. Dengan macam ni, kita tak payah susah-susah lawan tentera raja nanti. Dah la ada 300 orang.
Badar : banyak juga. Yang lawan tak lebih dari 100.
Tok Gama : itu lah yang kami sedang berbincang strategi.
Badar : kalau Core kamu semua apa? Saya nak tau juga.
Soy : ok Finn dulu. Selama aku kenal dia, tak pernah dia cakap dia ada Core. Mungkin takde. Jika dia ada dekat sini, mungkin juga dia pengsan sekali bila kena Core kau. Kalau aku, Core Slice, Strong type.
Badar : wah, tak pernah dengan juga ni.
Soy : hahaha kau ingat aku potong daging tu sebab pandai potong ke? Aku guna Core. Core slice membolehkan aku memotong apa saja.
Badar : apa saja? Besi? Batu? Kayu?
Soy : ya boleh.
Badar : strong type juga lah ya.

Soy mengangguk.

Gibar : aku pandai dengan senjata panah. Aku juga boleh menembak tepat tanpa menggunakan core. Core aku pasir. Walaupun tak match dengan kemahiran aku, tapi aku dapat menggunakan Core aku untuk pendinding yang melindungi aku dari belakang dan depan.
Badar : bagus juga. senang buat rumah tanah.
Gibar : aku bukan tukang buat rumah!!
Badar : tok pula? Core apa?
Tok gama : Petir...
Badar : wahhhh ini pun kuat juga. Nampak nya kat kota ni banyak Core Elemen ya.
Tok Gama : tapi Core jenis elemen ni di miliki oleh banyak orang. Jadi jangan terkejut kalau nanti kau jumpa orang yang memiliki Core yang sama seperti kami. Cuma bezanya, cara mereka menggunakan Core itu.
Badar : ohh baik tok saya faham..

Mereka pun mula merancang strategi di mana mereka menempatkan Badar pada serangan depan kerana Core Badar. Di penjara pula,...

Zafar : aduhhh tolong keluar kan aku dari sini!! Rasa macam dah 10 tahun dalam ni.
Tama : padahal baru sehari.
Zafar : kau diam lah.
Tama : kalau kau ada Core, kenapa kau tak guna ja.
Zafar : Raja aku sudah bertitah untuk tidak menggunakan kekerasan di kota orang. Dia akan cari cara...
Tama : hahaha entah-entah dia dah cabut. Memang begitu sifat manusia bukan?
Zafar : dengan perangai kau dan muka bengis kau memang layak masuk sini. Aku jadi kesian.
Tama : hah?!! Kau nak gaduh ke?
Zafar : errr tak payah lah.

Mengingat penjara ini boleh hancur nanti, Zafar mengurung niatnya.

Zafar : Core kau apa?
Tama : Five Element.

Bersambung...

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy