Home Buku Fantasi The New King
Bab 90
Kerajaan Daye

Di awal pagi itu, Badar dan Tama bangun lebih awal dari yang lain. Itu kerana Tama yang gopoh-gapah akan ketiadaan Zafar. Tama ingin mengajak Zafar untuk bersarapan di kedai makan. Tujuannya untuk menceritakan semuanya tentang hal dirinya. Dia merasa serba-salah jika tidak mengungkapkan kebenaran.


Kenapa dia tidak membawa Badar sekali kerana dia tidak mahu mengganggu tidur orang yang dia sudah diakuinya sebagai Raja.


Badar : pelik.. mana pergi si Zafar ni?


Tama : kita tanya Man. Biasa dia selalu sibuk hal orang.


Badar : ya aku setuju.


Sesampai sahaja di bilik Man, mereka mendapati Man juga tiada dalam bilik itu.


Badar : aik, jangan-jangan...


Tama : mereka sudah tinggalkan kita!!


Badar : mereka dah pergi makan dulu!!


Mereka berdua saling berpandangan.


Badar : ehem.. err kita cari yang lain.


Heigo keluar dari bilik sebelah dengan wajah yang masih mengantuk.


Heigo : apaaaa laa bising pagi-pagi buta ni..


Badar : heigo! Mana Zafar dan Man?


Heigo : haa kejap.


Tentang Zafar, Man, Crisa dan Werza pergi ke kerajaan Daye untuk berunding di ceritakan oleh Heigo. Bukan itu sahaja, Heigo juga memberi tahu tentang peperangan yang akan datang tak lama lagi.


Tama : ya lah. Macam mana aku boleh terlupa fasal hal tu? Kita kena keluar dari negeri Frexe ni secepat mungkin.


Badar : nanti dulu.. aku rasa kita juga kena berunding dengan Kerajaan Rin.


Tama : kau tak faham.. benda ni dah berlaku sebelum aku lahir lagi. Tak ada siapa yang dapat bantah keputusan Raja.


Badar : hihihi.. kau tahu tak apa yang aku fikirkan?


Heigo : aku dah lama tahu.


Tama pula memandang Badar dengan hairan.


...................................


Zafar dan tiga yang lain berjalan menuju ke arah Kerajaan Daye. Untuk menempuh perjalanan itu mereka harus melalui tembok besar yang terbuat dari ais.


Crisa : eh macamana kita nak pergi arah sana? Ada tembok ni?

Werza : tu lah. Tak kan kita kena daki gunung yang setinggi tembok ni? Baru dapat masuk?

Man : patah balik je la.


Zafar hanya membisu. Tidak membalas pertanyaan mereka. Dia melihat-lihat di sekitar tembok mana tahu sekiranya ada pintu masuk.


Zafar : aku boleh pecahkan tembok ni guna first chance. Tapi dengan tembok sebesar ini, tenaga aku akan habis sebelum tembok ni pecah.

Man : betul tu.

Crisa : tak boleh ke kau guna Core pelindung kau tu jadi macam belon? Boleh melayang kat udara?

Man : wah nampaknya awak memerlukan saya kan~ SEMESTINYA.. tak boleh.. nama pun pelindung mesti lah keras dan berat.


"Pch! Pch!"


Terdengar ada seseorang yang memanggil mereka berempat. Orang itu ternyata orang yang separuh baya. Sekitar dalam umur 50-an. Namun lelaki ini masih kelihatan gagah dan awet muda.


Zafar : haa?


Zafar membalas dengan reaksi yang tertanya-tanya. Lelaki itu mengajaknya untuk mengikuti nya.


Zafar : nak ikut ke tidak?


Man : takut musuh je.


Crisa : kita ikut...


Zafar : baik lah. Jom.


Man : apa ni?! Kau orang tak dengar pun pendapat aku.


Walaupun ada sedikit merasa ragu tetapi mereka tetap mengikut lelaki itu tadi.


Rioma : pelan-pelan. Jangan sampai tertangkap.


Zafar terus melihat sekeliling nya. Banyak pengawal tentera bersiaga di sebalik pohon-pohon.


Rioma : ikut sini.


Mereka pun ikut lelaki itu sampai tiba di suatu tempat. Lelaki itu membuka pintu di atas tanah kemudian menyuruh mereka masuk. Sebelum dia masuk, matanya sempat memerhatikan keadaan sekitar agar mereka semua selamat. Dalam tanah itu pula ada terowong yang panjang menembus hingga ke kerajaan Daye. Suasana gelap gelita.


Rioma : sekarang mari kita bergerak.


Rioma terus berlari dengan diikuti oleh mereka berempat. Sehinggalah mereka terlihat cahaya dari sudut dan mereka keluar dari terowong itu. Zafar dan yang lain mengambil nafas panjang.


Rioma : orang baru ke? Hahaha. Tak apa, lama-lama nanti biasa lah.


Crisa : tekanan udara dalam terowong itu sangat rendah. Kalau ada orang yang berpenyakit boleh mati kehabisan udara.


Rioma : eerrr ya ke? Err perkenalkan, nama pak cik Rioma.


Werza : pak cik? Nampak muda je?


Rioma : eh tak ada lah. Dah 50 lebih umur pak cik..


Man : 50 lebih?! Pakcik guna ubat apa?


Lelaki itu berbadan tegap dan tinggi dari mereka berempat. Dia mempunyai janggut dan jambang yang berwarna putih di muka nya.


Rioma : mana ada ubat. Ini semula jadi.


Zafar : hmm pak cik. Arah mana nak pergi ke kerajaan daye?


Rioma : depan lagi. Mari.


Rioma terus membawa mereka ke suatu tempat yang lain. Mungkin pintu masuk ke kota Daye. Setibanya di lubang gua yang besar. Mereka berhenti.


Man : lubang gua? 


Rioma : di dalam sana ada kerajaan Daye.


Crisa : wah dalam gua ya? Kenapa mereka buat kota dalam gua ?


Rioma : kau akan tahu nanti. Jom.


Mereka terus menyusuri jalan bersalji itu lalu sampai ke pintu gua.


Zafar : tak ada pengawal?


Rioma : tak ada.


Man : jangan-jangan pak cik ni Raja Daye!!


Crisa : apa?!


Rioma : hahaa bukan lah. Pak cik cuma orang biasa yang suka jalan-jalan.


Zafar : jalan-jalan sampai ke kota Rin ?


Rioma : ya. Sebabnya.. ini ...


Mereka terus terpesona melihat kota Daye yang sangat cantik di dalam gua itu. Perumahan yang luas, ada tanaman, ada lampu besar yang menerangi satu gua itu. Lampu itu bak matahari yang menyinari di dalam gua. Apa yang menariknya, Kerajaan Daye tidak ada salji di dalam nya. Namun suasana dingin masih terasa dari dalam.


Crisa : ini ke kerajaan Daye!! Cantik!


Mereka berada di atas tebing gua itu. Kota itu berada di bawah gua dan ruang kosong yang luas di bawah itulah mereka jadikan penempatan.


Zafar : bangunan yang besar di hujung sana tu, Raja Daye ke?


Rioma : ya . Rumah pak cik dekat sini je. Tu dari sini dah boleh nampak.


Habis turun dari tebing mengikut tangga, mereka terus menuju ke kaki lima di mana banyak orang yang ada di situ. Ketika sedang berjalan-jalan,.. ada seorang penglipur lara memanggil-manggil para penonton. Rata-rata penonton nya itu terdiri dari kanak-kanak.


Lipur : haaa nak dengar 1 kisah tak? Cerita ini sangat popular oleh satu dunia!!!


Lagak Penglipur lara itu sangat mengasyikkan sehingga Crisa juga pergi ke situ untuk mendengar cerita.


Man : ah sudah dia ni..


Zafar : kita kena tahu juga.


Rioma : haa kamu pergi lah. Pak cik nak balik bagi kambing makan.


Man : iyalah pak cik.


Werza : terima kasih pak cik sebab tolong kami.


Rioma : ya nanti datanglah rumah ya!!


Jemput Rioma lantas meninggal kan mereka semua. Penglipur Lara itu cuba untuk menarik minat penonton sebelum bercerita.


Budak : seronok ke cerita nya.


Lipur : ehh seronok. Kisah nya tentang 3 orang sahabat yang berakhir dengan peperangan!


Budak-budak yang di sana jadi semakin berminat untuk mendengar kisah itu.


Lipur : yaa dengar lah.


Penglipur lara itu bercerita kisah-kisah yang ditulis oleh orang-orang yang banyak menulis kan cerita. Dia pula suka menyampaikan dengan bentuk lisan yang menarik.


Lipur : Dahulu... Ada tiga seorang sahabat yang bernama Bahlol, Dungu dan Rinda. Mereka bertiga adalah sahabat dari kecil di sebuah kota yang bernama Kota Baldu. Apa yang menyedihkan... Huhuhu mereka anak yatim!!!


Penglipur lara itu memimik wajah sedih dan budak-budak di situ tersentuh.


Budak 2 : kesian nya..


Lipur : bukan itu saja! Mereka hidup merempat dan miskin. Malah tinggal di jalanan yang kelam. Tetapi keadaan ini tak menjadikan mereka patah semangat! Semuanya akan baik-baik saja esok hari! Itu yang diyakini mereka.


Yaaay!!


Budak-budak yang mendengar itu bersorak-sorai.


Lipur : mereka tetap tersenyum dan tertawa menjalani liku-liku kehidupan yang buruk itu.. sehinggalah mereka beranjak ke usia remaja. Rindah menjadi wanita yang tercantik di kota baldu itu. Cantik macam...


Dia meluru ke arah Crisa.


Lipur : macam ni! Cantik macam ni. Cantik tak?


"CANTIK!!"


Man : eh biasa lah. Tengok lah kekasih siapa. Hahaha...


"Boooooooooo"


Budak-budak itu tidak setuju dengan penyataan Man.


Man : kecil-kecil dah pandai boo kan orang.


Crisa : tengok. Budak-budak pun tahu. 


Lipur : yaa.. kecantikan Rindah itu yang membuatkan kedua sahabatnya menyimpan rasa dalam hati. Bahlol dan Dungu tahu mereka hanya sahabat. Tetapi mereka juga tidak saling menceritakan tentang rasa itu. Kerana malu.


Zafar : oh cerita ni. Aku pernah baca dalam bilik bacaan ayah angkat aku.


Lipur : syuhhh! Aku tengah cari makan ni. Kau ni..


Bisik Lipur kepada Zafar. Ternyata dia sedang bekerja.


Lipur : kalian semua pasti akan diam juga kan? Kita merahsiakan sesuatu bukan?


Budak 9 : ya betul.


Lipur : begitu lah mereka berdua. Mereka tetap bersahabat sehinggalah Bahlol menceritakan tentang gadis yang di sukainya. Mereka malu-malu awalnya. Namun setelah itu mereka bersetuju untuk menyebut nama gadis yang mereka suka bersama-sama.


Crisa : apa jadi?!!


Man : eh kau pula teruja..


Werza : cerita ni memang bagus dan terkenal. Aku juga dah tahu ceritanya.


Man : bermakna aku dengan Crisa je la yang tak tahu. Wah satu kebetulan yang menjodohkan.


Lipur : Mereka berdua agak tersentak apabila gadis yang mereka suka itu orang yang sama. Kemudian terjadilah perselisihan antara mereka berdua sehinggakan terjadi perang!


Crisa : apa ?! Sebab itu je?


Lipur : cik adik, jangan meremehkan orang yang bersungguh-sungguh..


Budak : apa yang terjadi lepas tu?


Lipur : peperangan itu terus berlangsung beberapa tahun. Bahlol cuba mendapatkan hati penduduk dan Dungu cuba untuk memberitahu kebenaran. Itu membuatkan penduduk kota itu terbahagi dua. Malang sekali, gadis yang mereka suka itu akhirnya berkahwin dengan lelaki lain. Tamat.


Man : hah? A-pa? Itu je?


Lipur : ya tamat! Duit dik..


Mereka memberikan koin kepada Lipur. Setelah selesai, dia pun pergi.


Werza : Crisa... Kenapa kau melopong je ni?


Crisa : cerita nya.. tergantung... Hebat!!! Aku suka! Dia buat kita tertanya-tanya.


Budak 4 : tergantung. Ceritanya memang sampai situ saja. Selepas Rindah berkahwin, perang pun berhenti.


Zafar : ya betul. Lelaki itu tak menceritakan sampai habis. Sebenarnya mereka berdua mati bunuh diri.


Semakin melopong lah Crisa mendengar itu. Dia terkejut dengan cerita itu.


Man : sampai bunuh diri.. apakah demi cinta?


Bersambung.... 



Previous: Bab 89
Next: Info#9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy
© Copyright Portal Ilham. Hakcipta terpelihara Portal Ilham