Kisah Tama
"Bunda!"
"Bunda"
Tama kecil berlari-lari untuk mendapatkan ibundanya yang sedang duduk di taman istana. Cuaca hari itu sunggun cerah walaupun dalam keadaan bersalji.
Bunda : Ada apa Tama ku?
Tama : ini bunga. Tak sangka ada bunga mekar dalam salji.
Bunda : wah! Betullah... Tama, tengok bunga ni.
Tama : kenapa dengan bunga ni?
Bunda : walaupun cuaca tak mengizinkan, tapi bunga ini tetap berjuang untuk mekar. Begitu juga kita dalam hidup. Jangan pernah berhenti berjuang untuk sesuatu yang kita inginkan.
Tama : ya bunda. Tama akan terus berjuang untuk membuat bunda tersenyum. Hehehe..
Bunda : tengok Tama sihat pun bunda dah tersenyum bahagia Tama.
Bunda Tama cuba mengukir senyuman walau pada hakikatnya dia sebenarnya sedang sakit. Ya, sakit yang tiada ubatnya. Madunya yang lain sudah lama meninggal dunia akibat penyakit yang sama. Begitu juga madu yang ke empat. Mengikut dari analisis doktor, dia masih bertahan hidup kerana semangat hidupnya masih kuat. Kelihatan tidak logik, namun untuk penyakit misteri yang tidak tahu asal usulnya hanya itu sahaja lah yang mampu diungkap kan.
Di sebuah bilik bacaan Raja. Doktor ada di situ untuk memberitahu sesuatu kepada Raja.
Bahrin : Macam mana doktor? Apakah isteri beta beransur pulih?
Doktor Kalatu : tidak. Namun Core Bunga Penyembuh milik Tamala sepertinya menghalang siptom itu dari terus merebak secara perlahan.
Bahrin : jadi itu hipotesis kamu?
Doktor Kalatu : sebelum ini saya katakan dia memiliki semangat hidup. Tetapi setelah saya mentelaah lebih dalam itu semua kerana Core.
Bahrin : ....... Apa yang perlu beta buat ? Hanya menunggu seperti batu tak buat apa?
Doktor Kalatu : maafkan saya tuanku. Ini adalah penyakit alami yang di sebab oleh Core.
Bahrin : kamu kan doktor....!
Doktor Kalatu : doktor bukan Tuhan, wahai Raja Bahrin. Ingat itu. Saya minta diri dulu. Saya akan selidik lagi lebih dalam.
Doktor Kalatu terus pergi keluar dari bilik bacaan itu dan menutup pintu. Raja Bahrin merasa kesal lalu menghentak tangannya di atas meja. Mana tidaknya, dia berkahwin dengan 4 orang isteri selang setahun. Namun malangnya, ketiga-tiga isterinya meninggal atas sebab penyakit yang sama. Kini tinggal isteri ketiganya, iaitu Tamala, bunda kepada Tama dan Nurin.
Di dalam bilik tidur, kelihatan Nurin bermain masak-masak seorang diri lalu datanglah Tama untuk bermain bersama. Nurin takut dan marah melihat wajah abangnya itu. Tama sejak lahir sudah berbeza. Keningnya terangkat sedikit sehingga orang bersangka bahawa Tama sedang marah. Padahal tidak. Itu membuatkan Tama kelihatan seperti orang yang sangat serius dan penuh amarah.
Bunda : Nurin, jangan macam itu. Ini kan abang kamu.
Nurin : tak nak, abang selalu marah.
Tama berdiri tidak jauh dari Nurin. Bunda Tamala langsung duduk di atas katil sambil memerhatikan gelagat dua orang anaknya.
Bunda : abang tak marah lah. Dia terlahir macam itu. Sini Nurin. Marilah ke bunda nak peluk.
Nurin pun datang ke arah Bundanya lalu memeluk dengan erat.
Nurin : Bunda sakit ke?
Bunda : tidak, kurang sihat je. Hehehe.
Nurin : nanti Nurin dapat Core penyembuhan, Nurin akan sembuhkan bunda.
Bunda : hehe, Nurin. Tak semua orang dapat Core sesuai dengan keinginan mereka. Kadangkala Core itu muncul sesuai dengan keadaan kita.
Tama : Abang yang dapat dulu.
Nurin : sanalah! Jangan dekat.
Bunda : haip! Jangan begitu. Bunda harap Nurin berbaiklah dengan Abang ni. Nanti kalau-kalau bunda tak ada, Abang yang akan jaga kamu.
Nurin : Tak nak abang.
Tama : Tak nak sudah. Orang nak bunda je.
Bunda : Nurin, janjilah dengan Bunda sesuatu.
Nurin : janji apa?
Bunda : janjilah yang kamu akan melindungi Abang..
Tama : Tama kuat lah bunda.
Bunda Tamala hanya tersenyum kecil. Bukan apa, Tama sebenarnya dilahirkan tidak cukup bulan. Semasa bayinya Tama mempunyai fizik yang lemah dari bayi-bayi yang lain. Kerana itu dia merasa risau akan Tama. Apatah lagi, adik beradik tirinya sudah memiliki Core. Ada yang Core Raja dan ada Core Strong type. Tama sudah 10 tahun namun masih belum ada tanda-tanda kemunculan Corenya.
Mengikut dari teori zaman berzaman, Seseorang yang mempunyai hubungan darah Raja atau berketurunan Bangsawan kebiasaannya lebih cepat dapat Core. Namin tidak untuk Tama. Apakah dia terlalu manjakan Tama?
Beberapa bulan kemudian, penyakit Tamala semakin melarat. Dia hanya mampu berbaring di atas katilnya.
Tama : ayahanda langsung tidak menjenguk bunda.. semuanya orang suruhan saja yang uruskan bunda.
Nurin : ayahanda takut tengok abang. Muka ganas..
Bunda : Nurin! Jangan kecilkan hati abang kamu.
Raja Bahrin berjalan mundar-mandir di balai istana. Hanya ada Doktor Kalatu yang menemani baginda.
Doktor Kalatu : saya sedar akan sesuatu, keempat isteri tuanku memiliki Core yang sama. Iaitu penyembuhan.
Bahrin : hah?
Raja bahrin berhenti dan memandang Doktor dengan serius.
Bahrin : apa maksud kamu?
Doktor Kalatu : saya yang patut bertanya. Kenapa tuanku memilih isteri yang mempunyai Core penyembuhan?
Bahrin : ohh beta tidak perasan akan itu. Beta main kahwin je.
Doktor Kalatu : saya tahu tuanku sedang berbohong. Dari nada pembicaraan Tuanku mula berubah.
Bahrin : kenapa kalau beta menganwini orang yang ada Core penyembuhan?
Doktor Kalatu : saya sudah siasat semuanya. Akhirnya saya dapat jawapan atas penyakit misteri yang menimpa keempat isteri tuanku.
Raja Bahrin hanya mendiamkan diri tanpa berbicara apa-apa.
Doktor Kalatu : saya dengar kerajaan Rin selalu berperang. Dan dengan itu, kekuatan penyembuhan dari isteri-isteri Tuanku sangat berguna. Kekuatan penyembuhan ada pantang larangnya. Tidak boleh menyembuhan ramai orang dalam satu masa. Kerana cedera atau sakit seseorang itu akan menjadi tumor di hati pengguna Core penyembuhan!
Bahrin : jadi ? Kamu mahu salahkan beta atas apa yang menimpa mereka? Hah?
Doktor Kalatu : kamu cuma Raja yang mementingkan diri.
Bahrin : ohh di sebabkan kamu sudah tahu. Beta terpaksa hukum kamu.
Doktor Kalatu : apa?
Raja Bahrin sengaja melukakan tangan nya dengan pisau kecil. Kemudian pisau itu di lemparkan ke arah Doktor Kalatu. Secara reaksi cepat Doktor Kalatu menyambut pisau itu.
Bahrin : pengawal! Tolong beta! Doktor ini mahu mencederakan beta!!
Doktor Kalatu : apa? Tidak!
Pengawal di raja muka mengerumuni tempat itu untuk menangkap Doktor Kalatu. Apa boleh buat, tanpa berfikir panjang dia terus melompat dari jendela kaca istana itu.
Pengawal : turun ke bawah dengan pantas. Tangkap dia!
Pengawal 1 : tuanku. Mari kita ke belakang.
Bahrin : jangan risaukan beta, tangkap doktor itu sebelum dia mencederakan orang lain. Pergi cepat.
Raja Bahrin tersenyum sinis sambil memegang tangannya yang sedang luka. Kejadian itu di lihat oleh seseorang yang kebetulan melihat kesemua. Orang itu ialah Delirin! Dia mengintai dari celah pintu. Oleh sebab dia amat takut dan terkejut mendengar kebenaran itu, dia hanya mendiamkan diri.
Tama berjalan di sebuah lorong namun di ganggu oleh saudara tirinya yang lain...
Patarin : kau sebenarnya bukan anak ayahanda tahu..
Harin : betul tu. Mana Core kau? Hah?
Darin : cepat lah tunjuk!
Yaewrin : alaa dia lahir pun tak cukup bulan. Mana nak dapat. Hahaha..
Mereka mentertawakan Tama kerana tidak memiliki Core.
Sairin : eh dia marah lah... Jangan kacau dia. Nanti dia mengadu pula dekat bunda dia yang dah nak mati.
Tama terpancing dengan usikan itu. Dia terus melompat ke badan Sairin dan menarik rambut Sairin. Saudara tirinya yang lain cuba untuk melepaskannya dari Sairin dengan cara menendang tubuh Tama.
Kairin : lepaskan dia adik tiri tak guna!!
Faruin : eee tak nak aku sentuh dia. Kotor!
Tama : jangan kutuk Bunda aku!!!
Bahrin : Tama!!! Apa kau buat hah? Kau ni memanglah. Dah lah hodoh tak ada Core pula tu.
Raja Bahrin mencengkam leher Tama.
Bahrin : kau akan aku beri hukuman. Pengawal!!! Penjara kan dia. Biar dia rasa.
Kairin : ayahanda. Bukankah itu agak melampau?
Bahrin : ahhh biar dia rasa.
Pengawal itu pergi dan membawa tama ke penjara yang gelap.
Tama : tak nak!! Bunda!! Tolong!!! Sini gelap!!
Pengawal : eh diam lah. Kau janganlah menyusahkan aku.
Malam itu, mereka semua berada di ruang makan untuk menyantap makan malam.
Delirin : ayahanda mana?
Faruin : itu dia, anak pertama. Rindu ayahanda ke?
"Hahahahaha"
Delirin : tanya je.
Sairin : dia tengah sakit kepala. Pembantu dapur sudah hantarkan makanan dalam bilik ayahanda.
Nurin : Abang Tama mana?
Semua orang membisu. Delirin juga merasa hairan melihat ketiadaan Tama.
Delirin : ya lah. Mana Tama.
Patarin : tak tahu lah..
Masing-masing saling berpandangan pandang sesama sendiri.
Sairin : kau lah cakap.
Yaewrin : kau lah.
Faruin : Ayahanda kurung Tama dalam penjara.
Nurin : Apa?!
Baru sahaja Nurin mahu melangkah keluar, Delirin menghalangnya.
Delirin : duduk. Dengar cakap abang. Abang lebih tua.
Nurin : abang dengan ayah sama-sama jahat! Tak lama kerajaan ni!
Darin : eh budak kecil ni. Berani betul. Baru 8 tahun tu.
Delirin tidak ambil pusing dengan kata-kata Nurin walhal dia tahu, dia telah menyelamatkan salah seorang adiknya.
Hampir sebulan Tama di kurung dalam penjara. Bunda nya yang sakit tidak dapat bergerak juga tak mampu berbuat apa-apa. Hanya Nurin yang menemani Tama sambil memberi makanan yang layak untuk seorang anak Raja. Semenjak di penjara, Tama lebih banyak berdiam diri dari membuka mulut untuk berbicara. Wajah Tama juga kelihatan tenang tidak seperti biasanya. Takut, resah mahupun gelisah sudah hilang setelah sekian lama dalam tempat gelap itu. Walaupun Nurin selalu datang di sana, Nurin tidak mahu sesekali pun melihat wajah Abangnya itu.
Tiga bulan kemudian,... Hampir seminggu Nurin tidak datang menjenguk dia. Tama tidak kisah asal kam masih di beri makan oleh pengawal. Roti dan Sup. Dia tidak mengeluh akan itu kerana sudah menjadi kebiasaan nya. Pintu masuk ke ruang penjara di buka. Seseorang masuk ke dalam. Orang itu bertubuh sasa dan tinggi. Bukan Nurin tetapi Delirin yang datang menjenguk nya. Tama tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Delirin menyuluh cahaya pelita itu di dinding penjara. Dia terpana melihat tulisan-tulisan yang meluahkan perasan rindu kepada Bunda nya. Delirin cuba untuk bersikap tegas.
Delirin : nampak nya kau sudah terbiasa hidup dalam penjara.
Tama : ..........
Delirin : baiklah, aku akan berterus terang... Aku datang bukan sebagai abang. Tapi aku datang sebagai orang yang menyampaikan sesuatu.
Tama : ......................
Delirin : ini berkaitan Bunda.
Tama menoleh ke arah Delirin. Dia mengerutkan dahinya. Tahulah Delirin bahawa Tama ingin tahu.
Delirin : Bunda Tamala sudah dinyatakan meninggal dunia seminggu yang lalu.
Tersentak Tama mendengar itu! Dia terus memegang gerigi besi itu.
Tama : tak.. abang tipu!
Delirin : aku datang sebab kasihan tiada siapa yang menyampaikan berita duka ini.
Tama : lepas kan aku!! Lepaskan!!! Buka pagar ni!! Izinkan aku berjumpa Bunda!! Abang tipu! Tipu... Tipu...
Tama mengamuk seperti orang kerasukan di dalam penjara itu. Delirin pergi meninggalkan Tama yang meraung kesedihan.
Tama : Bunda!!!!
Bersambung....