Home Buku Fantasi The New King
Bab 40
Raja Malam


Hari telah pun pagi. Lampu-lampu di jalan mula menyala dan menyinari Kota Malam itu. Mereka terdengar sebuah lagu yang di dendangkan Mr. Ragaman di luar.


Mr. Ragaman : tidurlah wahai permaisuri hati, ku harap kau lena dalam tidurmu~~


Mr. Ragaman menyanyikan lagu itu sebagai bentuk peringatan kepada isterinya yang telah meninggal dunia. Badar datang menemui Mr. Ragaman.


Badar : wahai Raja Aman, berikan restu mu kepada ku!

Mr. Ragaman : tak boleh Badar. Bahaya. Raja benua yang lain akan dapat tahu dan menghapuskan kamu semua. Orang yang mencari Reinland atau cuba menjadi raja benua akan di tantang habisan-habisan..

Badar : oh jadi betul lah.


Mr. Ragaman hanya diam membisu.


Badar : wahai Raja Aman, aku menantang kamu untuk bertarung!

Mr. Ragaman : tak boleh!


Badar terus mengulangi perkataan itu sehingga Raja Aman marah.


Aman : tak boleh!!!


Aman terus mengeluarkan aura yang kuat sehinggakan mereka yang berada di situ pengsan.. hanya beberapa orang yang masih berdiri.


Tama : Heigo! Kau kenapa?

Zafar : dia pun ada aura seperti Badar..

Ozen : apa nama tu?

Tama : tatapan mata? Kot?


Aman dan Badar beradu aura yang kuat itu sehingga bertembung dan tersebar ke seluruh kota itu.


Dayuda : apa dah jadi?

Raja Fasah : Raja benua sedang mengalami sesuatu yang bahaya sekarang.

Agim : kita kena hentikan Raja Aman.

Raja Fasah : kejap! Ini bukan hanya Raja Aman.. aura ini datang dari orang yang lain..


Akibat dari tersebarnya aura itu, ramai orang kota jatuh pengsan. Hanya orang yang memiliki Core mampu bertahan dari serangsn aura itu..


Aman : kenapa kau degil?! Aku cuba nak selamatkan kau.

Badar : siapa pun yang datang, aku pasti melawannya...


Aman yang cuba hentikan sikap Badar, mengeluarkan aura malam di tangan kirinya.


Aman : aku terpaksa buat begini..


Raja Aman menghayun kan tangan nya seolah-olah dia mencakar, Badar sempat mengelak...


Badar : ohh hitam ya.

Aman : ini lah kekuatan yang di miliki oleh Raja benua. Yang di wariskan dari turun temurun...

Badar : apa tu?

Aman : Raja Malam.. aku dapat kawal malam dan mengubahnya menjadi kekuatan aku.

Badar : bahaya juga.


Badar terus menyerang Raja Aman dengan menumbuk di pipi Raja Aman sehingga terlempar jauh di tengah kota. Badar terus mengejarnya..


Zafar : Badar!!

Crisa : biarkan.. tugas kita sekarang, selamat kan orang kota. Kita kena bawa mereka ke tempat yang jauh dari mereka berdua.

Tama : Raja benua itu memang kuat.

Zafar : kau belum tengok depan aura lain yang ada pada Badar. Kaki aku sampai menggigil masa tu ..

Ozen : kenapa kau tak tolong Badar? Kau kan ada Core Raja.. cepat kau selesai , cepat kita berangkat...

Crisa : jangan. Ini pertarungan Badar..

Man : mereka bertiga pengsan... Kita bawa mereka ke tempat selamat...


Di tengah kota, terjadinya perlawanan hebat Raja benua dan Bakal Raja Baru.


Aman : tindakan kau ni membahaya kan rakyat...

Badar : bagi restu.. dan aku akan berhenti..

Aman : kau terus memaksa aku.. Floor night!

Badar : hebat juga Core Raja malam.


Kekuatan malam itu menyelubungi lantai dan menyerap segala benda yang ada di situ ..


Badar : jangan meremehkan aku..


Badar terapung di udara. Dia sedang terbang!


Aman : hmm Core kau menarik juga. Aku tertanya-tanya apa core kau?

Badar : tak kan aku bagitahu..


Lantai-lantai di situ telah di selubungi oleh gelap malam. Itu lah teknik Floor night. Namun ianya juga dapat menyerang...


Aman : Rasakan!


Malam itu menyerang Badar dengan bertubi-tubi seperti peluru yang di tembak ke udara.  Badar dapat mengelaknya dengan mudah namun Aman tiba-tiba berada di belakangnya dan menendang Badar hingga terjatuh.


Aman : hahaha.. aku sudah beri amaran pada kau! Tenggelam lah kau dalam floor night aku.


Badar cuba memegang sesuatu dan dia dapat melepaskan diri dari Floor night itu. Badar melompat ke udara dan terus menumbuk Raja Aman. Raja Aman juga membalas tumbukan itu.


Aman : aku ni Raja benua!

Badar : macam mana kau boleh ada kat belakang aku.

Aman : kan malam ni. Aku boleh muncul di mana-mana ada kegelapan malam.


Datanglah Raja Fasah, Dayuda dan Agim.


Fasah : berhenti Raja Aman! Jangan menyakiti orang lain.

Dayuda : bagi saja apa yang dia nak..

Badar : kau tak kan berhenti kan?


Tanya Badar ke Raja Aman.


Aman : ya!


Raja Aman mengendahkan rayuan mereka.


Raja Fasah : Dayuda, pergi tolong orang kota untuk cari tempat selamat. Orang kota dah mula sedarkan diri.

Dayuda : baiklah...


Badar dan Aman terus beradu tumbukan dan kekuatan core mereka.  Mereka juga telah lelah kerana badan mereka mula cedera.


Badar : bagi aku restu raja!

Aman : kau tak faham ke? Aku tengah selamatkan kau!

Badar : aku tak peduli!!


Badar menendang Aman sehingga terlempar jauh. Badar mengambil nafas yang panjang... Tetapi raja aman muncul di gelap malam secara tiba-tiba menyerang Badar. Badar di tumbuk berkali-kali oleh Aman..


Aman : ini lebih baik dari kau di bunuh!


Aman terus menumbuk wajah Badar yang terbaring di lantai itu. Badar merasa lelah... Kemudian, Raja Aman berhenti dan berdiri..


Aman : tempat ni kurang oksigen. Jadi kau akan jadi cepat merasa penat kalau bergerak terlalu banyak..


Badar menapak kan tangan nya ke lantai dan tepuk! Bergegarlah tanah di kawasan itu.


Aman : berhenti!! Kau nak bunuh orang kota ke?

Raja Fasah : jangan risau. Kami semua dah bawa orang-orang kota ke tempat selamat.

Aman : bagus Fasah.. sekarang aku pun boleh mengamuk!


Badar bangun dan mengeluarkan angin yang sangat kuat hingga rumah-rumah di situ roboh.


Aman : berhenti hancurkan rumah orang. Kau nak jadi raja benua yang lain ke?

Badar : apa beza nya? Kau pun pernah buat benda yang sama.

Aman : aku dah lama lupakan masa silam aku!!


Aman terus menggunakan Cakar malam nya itu. Itu membuatkan rumah dan tanah terbelah-belah.. Badar masih boleh mengelak dari serangan itu.


Aman : cis .. floor night!


Dia menggunakan kekuatan itu lagi dan menyerang Badar dengan serangan yang lebih kuat dari tadi. Badar terbantai oleh Aman. Zafar dan Tama melihat itu merasa gerun.


Tama : Badar di kalahkan?

Zafar : apa yang pasti, Raja benua bukan calang-calang orang...


Aman menggunakan kekuatan yang lain iaitu kotak malam. Dia menggunakan itu untuk menghempas Badar ke tanah.


Badar : arrghhh!!!

Aman : rasakan! Degil!


Kotak itu terlalu besar sehingga mengenai sekujur tubuhnya itu. Melihat Badar yang sedang lemah itu, dia terus datang dekat dengan Badar dan menumbuk perut nya sehingga tanah di situ retak. Badar kesakitan!


Zafar : pertama kali aku tengok dia terluka..

Tama : jom kita tolong..


Mereka pun bergerak ingin menolong tetapi....


Badar : jangan!!! Ini pertarungan aku!

Aman : masih bercakap! Nah!


Aman menendang Badar dan terlempar ke dalam rumah yang telah roboh tadi. Aman pergi melihat keadaan Badar. Darah nya mengalir hingga mengotorkan baju putih yang di pakai Badar. Badar benar-benar cedera parah.. Aman duduk di samping nya...


Aman : kau betul-betul licik ya.. kenapa kau melawan aku dengan bersungguh-sungguh? Kau hanya memancing kemarahan aku. Kenapa?

Badar : hehe kau lagi licik. Raja malam tapi kenapa tak hilangkan kabus yang gelap ni? Kalau kau guna core Raja malam kau tu, pasti semua orang akan selamat dan hidup lebih lama.

Aman : aku juga pernah fikirkan dulu. Tapi aku baru teringat, aku ni raja malam bukan raja Kabus!!

Badar : hari ni kan?


Aman terdiam....


Malam semalam, Crisa Dan Badar bertemu dengan Doktor Kalatu untuk menanyakan sesuatu.. pintu terbuka..


Dr. Kalatu : ada apa datang malam-malam buta ni?

Badar : nak minum teh hangat...


Dr. Kalatu merasakan sesuatu yang aneh namun dia mempersilakan mereka berdua masuk. Kemudian, dia memasak air teh panas dan hidang kepada dua orang tetamunya..


Dr. Kalatu : kamu berdua datang pasti ada sebab yang lain.

Badar : ya.


Badar menghirup teh panas itu.


Badar : penyakit umur pendek tu boleh ke terkena pada orang yang bukan asal dari kota malam.

Crisa : ya, kami nak tahu sesuatu!

Dr. Kalatu : macamana kalau saya cakap boleh?

Crisa : betul tekaan aku Badar..

Dr. Kalatu : kalau orang yang bukan asal orang sini tinggal di kota malam terlalu lama, dia juga akan terkena penyakit itu.

Badar : oh kalau begitu, berapa lama lagikah Raja Aman hidup?


Dr. Kalatu terpana sejenak.


............................................................


Aman : ya, hari ini hari terakhir aku..

Badar : .............


Kelompok Badarien datang untuk merawat luka mereka..


Delima : badar?! Tak pernah tengok awak terluka sampai macam ni.

Mr. Ragaman : hehe dia cuma menahan diri..

Zafar : apa?!

Heigo : abang pun terluka juga.

Mr. Ragaman : tak apa. Abang masih boleh berdiri. Rawatlah Badar dulu.

Man : nah minum air Badar. Ni untuk abang . 

Mr. Ragaman : terima kasih.

Crisa : gelana, bagi aku pembalut dan ubat kuning.

Man : jangan pegang benda lain tau..


Tama mengetuk kepala man.


Ozen : kuat juga abang ni ya..

Aman : biasa je. Dah lama tak guna Core Raja malam.

Aman : Badar, betul ke kau masih tetap ingin mencari Reinland? Sanggup ke kau lawan Raja benua yang lain? Jika lawan aku saja kau terluka sampai macam ni.. aku tak dapat bayangkan macamana orang lain...

Badar : ya dan ya. Pendirian tak akan berubah.

Aman : sebabnya?

Badar : sebab saya keturunan raja Reinland..


Penyataan Badar itu membuat semua orang yang ada di situ terkejut besar! Namun Aman biasa sahaja reaksinya..


Aman : hahahaha... Patut lah. Boleh tolong aku tak?


Aman mula merebahkan dirinya dengan perlahan.. dia baring menghadap langit-langit malam itu.


Badar : apa ?

Aman : selamatkan orang kota dari mitos terkutuk ni.

Badar : abang nak saya selesai kan kerja abang? Abang yang buat lubang ni..

Aman : hahaha, tolong kebumikan aku sebelah isteri aku ya..


Mereka semua memandang Aman yang kelihatan lemah...


Aman : kan ku ada di samping hingga pagi, tidurlah wahai permaisuri ku.. a-gar mere-hat kan fikiran mu.. jadi itulah.. kau tidurlah...


Raja Aman bernada sayu ketika mendendangkan lagu itu. Matanya juga terpejam dengan perlahan.


Man : Mr. Ragaman! Bangun! Kenapa ni?

Ozen : bang! Badar, apa dah jadi?

Zafar : jangan cakap... Yang dia pun .

Crisa : ya.. hari ini hari terakhir dia..


Mereka semua tersentak mendengar itu.. ada yang menangis kerana lelaki sebaik ini pernah beramah mesra bersama mereka.


Gelana : terima kasih atas resepi ayam masak merah Bang..

Delima : uwahhhh...😭😭


Doktor Kalatu datang ke tempat Badar.


Dr. Kalatu : dah tiba masa ya. Berehat lah bersama Sya , Aman..

Crisa : Doktor?

Dr. Kalatu : kita kena selesaikan permintaan terakhir Raja Aman...


Bersambung.......



Previous: Bab 39
Next: Info#4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy