Home Buku Fantasi The New King
Bab 1

Bakal Raja


Di dalam sebuah hutan, terdapat sekumpulan lelaki mengejar seorang budak perempuan. Kumpulan itu memakai baju seperti tentera. Lengkap dengan baju besi dan pedang. Mereka mengejar seorang budak perempuan sekitar 11 tahun. Perempuan itu berambut pendek dan memakai semacam baju tradisional berwarna merah. Hari sudahpun di waktu tengahari, budak perempuan itu masih bersembunyi di celah-celah semak. Sekumpulan lelaki yang berpakaian tentera itu masih tidak berputus asa untuk mencari budak perempuan itu.

Tentera 1 : macam mana ni? Tak jumpa lagi.
Tentera 2 : tak mungkin dia lari jauh. Cari dia sampai dapat. Kalau tak kita yang mendapat..

"Baik!"

Kata mereka dengan serentak...
Tetapi budak perempuan itu di jumpai dan terus berlari mencari tempat bersembunyi. Dalam pelarian nya, ada seorang lelaki sedang berjalan melalui jalan untuk ke kota itu. Lelaki itu berambut hitam pekat dan panjang lurus. Dia berpakaian serba putih dengan satu selendang di bahu nya.

Tentera : tangkap budak tu!! Jangan bagi terlepas ..
Wada : tolong!! Tolong saya!!!

Lelaki itu melihat ke arah tentera yang berlari ke arah nya. Akibat kerana takut budak perempuan itu terjatuh di belakang lelaki tersebut dan pengsan..
Beberapa minit kemudian, budak perempuan itu bangun dan melihat lelaki itu sedang terbaring di tepi pokok.

Wada : abang tak apa-apa ke? Abang? Bangun.

Dia ketakutan melihat keadaan lelaki itu. Lelaki itu bangun.

Badar : haa bangun pun.
Wada : abang yang tak bangun!!
Badar : ya ke? Hehehe..
Wada : abang tak apa-apa ke? Mana tentera tu?
Badar : tuuuu ...

Kata Badar sambil memuncungkan mulut nya untuk menunjukkan arah tentera-tentera itu. Wada terpegun. Kesemuanya teruk keadaannya. Seolah-olah di pukul dengan kuat.

Wada : abang ke yang buat semua ni?
Badar : ya. Nampak nya begitulah. Hahaha...
Wada : siapa abang ni?
Badar : Bunyamin Badar. Bakal raja baru dalam dunia ni.. kekeke..
Wada : hah?

Selepas itu, Badar memutuskan untuk membawa budak perempuan itu pulang ke rumah nya.

Wada : ok ikut sana..
Badar : tapi kota belah sini.. nak dekat dah ni.
Wada : abang tak faham ke? Mereka ni penculik. Mereka bawa saya ke sini untuk di jual.
Badar : ohh macam tu ya. Kalau macam tu, kau balik lah sendiri.. aku nak ke kota tu.
Wada : kata nak jadi Raja. Raja apa ni? Raja taik kucing...
Badar : apa kau cakap? Ok aku bawa kau sampai ke rumah. Lepas tu aku terus kan perjalanan. Sebab ada satu tempat aku nak pergi.

Jadi Badar pun terpaksa berpatah balik dari tempat tujuannya.. nasib baik, tidak terlalu jauh kerana di sebelah hutan itu ternyata ada kota kecil. Badar tidak tahu sebab dia hanya seseorang yang ikut jalan besar terpampang di depannya.

Badar : aduh dah nak malam. Terpaksa lah aku tidur sini malam ni.
Wada : baguslah. Hihihi

Badar memandang Wada dengan muka tak puas hati. Dia terpaksa sewa hotel di sana untuk semalam. Wada di beri makanan dan tilam.

Badar : duit aku tak banyak. Kau tidur bawah. Guna tilam tambahan bawah katil tu.

Wada hanya mengikut perintah Badar. Selepas makan kemudian mandi. Wada tertidur dengan nyenyak nya. Badar pula sedang asyik melihat peta. Dia agak keliru dalam membaca peta.

Badar : lepas dari sini. Aku kena cari peta baru. Haish duit lagi. Cari yang percuma je la.

Pintu di ketuk.
Badar hairan. Malam-malam begini masih ada orang berjaga? Tapi kalau ya, kenapa biliknya di ketuk?
Badar pun membuka pintu. Ternyata tentera yang ingin menangkap Wada tadi datang ke bilik hotel Badar.

.......................................

Wada bangun pagi itu. Dia mencari Badar. Baru sahaja dia ingin keluar, Badar sampai.

Wada : eh abang?

Badar membawa sedikit buku roti. Dia memberikan kepada Wada.

Badar : sarapan. Lepas makan aku pergi.
Wada : abang tukar bilik ke? Lain pulak bilik ni?

Tanya Wada kepada Badar.

Badar : ya.

Selepas makan, Badar pun meminta diri untuk pergi. Wada juga keluar dari hotel tersebut. Dia terpana... Rupa-rupanya, hotel ini berada di Kota Tempil. Tempat dia di kejar ke hutan semalam.

Wada : apa ni abang?!!

Badar yang sudah berjalan terhenti.

Badar : tempat tinggal kau.
Wada : apa? Bukan! Abang salah!!
Badar : cukup lah dengan penipuan ini.
Wada : tak . Abang tak faham!! Tolong bawa saya bersama abang.
Badar : buat apa? Beban. Lagi pun kau anak raja kota ni.

Wada terkejut mendengar itu. Dari mana dia dapat tahu.
Tentera-tentera datang untuk mengambil Wada yang telah lari dari istana.

Zafar : bawa tuan puteri pulang segera!
Tentera : baiklah panglima !
Tentera 4 : sampai panglima pun kena turun padang. Menyusahkan lah kau ni.
Wada : tolong abang Badar!!!! Jangan buat macam ni..

Badar hanya diam sambil memerhati.

Zafar : terima kasih kerana bawa semula tuan puteri pulang ke sini. Nah! Uncang emas.

Badar sambut lontaran itu ... Kedengaran suara Wada sayup-sayup meminta tolong. Kemudian menangis. Badar yang tidak tahan dengan itu, berlari merangkul semula Wada daripada tentera itu.

Badar : yeahhh!! Lari!!
Wada : haaa...

Mereka berdua lari dan bersembunyi di celah-celah kota. Badar meminta Wada untuk menjelaskan apa yang sebenarnya terjadi. Kenapa Wada tidak mahu pulang ke istana?

Wada : tiga bulan yang lalu, selepas bulan purnama penuh, ayahanda berubah.
Badar : berubah yang macam mana tu?
Wada : sebelum ni, dia seorang raja yang baik hati, lembut dan adil. Tetapi kebelakangan ni, dia menjadi ganas dan sanggup buat apa saja untuk kekuasaan nya.
Badar : kenapa jadi macam tu?
Wada : pada malam purnama itu, ayahanda berada di ruang bacaan istana. Saya terjaga dari tidur kemudian terdengar bunyi rengekan keras dari bilik bacaan tu. Ayahanda macam sakit. Tetapi apa yang saya nampak lebih menakutkan dari sakit tu. Ada satu jelmaan yang merasuk tubuh ayahanda. Sejak dari itu, dia menjadi kejam. Dia telah bunuh ramai orang tak bersalah dengan alasan yang tak masuk akal.
Badar : apa alasan nya?
Wada : semuanya demi kerajaan Tempil! Saya ada beritahu dekat semua orang yang ada di istana tetapi tak ada seorang pun tak percaya.

Wada sekali lagi mengalir kan air mata.

Badar : apa 'Core' raja tu?
Wada : Raja Hutan. Mana abang tahu tentang Core?

*Core (English) = Teras

Badar : hehehe..
Wada : jangan cakap abang pun ada Core? Type apa? Activate nya macam mana?
Badar : woo perlahan sikit ...
Wada : selamatkan ayahanda saya. Saya mohon. Kalau abang tolong, saya akan bagi hadiah emas lebih banyak dari abang dapat tadi.
Badar : hah? Ye ke? Baik lah. Ini yang buat semangat ni..

Bersambung....


Note : den biasa update laju di wattpad.. follow den kat app sana.. ID RyzalAlmarazy

Previous: Sipnosi
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy