Kembali Pulang
Badar telahpun bertemu dengan Raja Malek untuk meminta restu Raja dengan cara yang baik tetapi tidak di endahkan sama sekalipun. Malahan Raja Malek iaitu Raja Benua Bawasa menyerang Badar dengan kekuatan Core Raja mimpi nya itu. Ketika ingin menyembunyikan diri untuk memikirkan cara mengalahkan Raja Malek itu, Bayangan Zanjiil muncul di dalam mimpi dalam mimpi.
Badar : apa impian kau?
Zanjiil : dah lah. Mari kita hapuskan Raja benua tu.
Badar : aku tak suka cara kau. Cara kau selalu memilih jalan yang pintas.
Zanjiil : memang itu seharusnya.. kau ingat senang ke nak jadi Raja?
Mereka mula bertelagah!
Badar : aku tahu. Tapi aku ingin kan suatu pengembaraan untuk di jadikan pengalaman yang berharga. Agar aku tidak menjadi Raja seperti kau.
Zanjiil : Cukup!..
Badar : Di sebabkan kau, semua rakyat Reinland di bantai habis-habisan. Semua!
Zanjiil : kau dah lah curi badan aku. Lepas tu main kutuk aku ya.
Badar : bukan curi. Aku adalah kau. Tetapi dalam versi yang lebih baik.
Badar menumbuk perut Zanjiil dan bayangan Zanjiil pun hilang... Dia tahu siapa yang munculkan bayangan itu.. dia melangkah dengan perlahan ke tempat Raja Malek. Dengan tatapan mata dengan marah.
Sesampai nya di sana....
Raja Malek : eh dah balik?
Badar : berani kau gunakan diri aku yang dulu untuk...
Raja Malek : berani aku? Tapi berani kau!! Kau yang masuk masuk tanpa izin tau.. dekat sini.. tempat aku..
Badar : ........
Malek : hah? Tak dengar apa pun? Sekarang baik kau keluar...
Badar : sebelum aku pergi, aku nak tanya sesuatu... Apa mimpi kau?
Malek : apa? Maksud kau?
Badar : ketika aku sampai di sini. Aku nampak kau sedang tertidur.. jadi, apa mimpi kau...
Datang beberapa bayangan dalam kepala Raja Malek...
Raja Malek : ahhh.. berhenti..
Raja Malek pun meyerang Badar. Dia menumbuk wajah Badar..
Badar : apa mimpi kau? Siapa dia?
Malek : berhenti sial!! Jangan tanya!!!
Malek menumbuk Badar berkali-kali. Badar tidak membalasnya. Serangan Malek itu agak lemah. Dia mampu bertahan selagi Malek tidak menggunakan Core nya.
Badar : ingat balik! Apa mimpi kau?!!
Malek : diam!!!!!!
Malek menderita kerana pertanyaan itu. Dia melutut dan memegang kepala nya yang terasa sakit kerana otak nya cuba mengingati sesuatu!
Badar : kenapa ? Apa yang susah sangat?
Terasa mimpi
Terasa mimpi yang telah lama menghilang,
Ku kira itu hanya mimpi berulang,
Ternyata itu memori,
Masa kecilku bersama dia
Dia sosok indah yang menjagaku,
Yang selalu mengusap tiap derai airmataku,
Namun ku sangkakan mimpi,
Yang datang pabila ku memejamkan mata.
Dia mengikat rambutnya
Dan duduk manis
Dia menemani kesepian ku
Akan datang hari yang di nanti ku
Sungguh ku rindukan dia,
selalu ku bermimpi,
Bertemu, melihat dia
Yang tersenyum
Ada aku di setiap matanya..
Malek : tidak.. tidak!!!
"Nama saya ana. Awak apa?"
"Dia budak yang baik puan!"
"Dapat ke kita hidup sama-sama"
"Apa mimpi awak?"
Malek : diam!!!berhenti!!!!
.......................................................................
Di suatu pagi yang riuh rendah, penempatan yang kaya raya di duduki oleh para bangsawan, ramai orang-orang yang datang di sebuah tempat yang di sebut Pasaraya.
Tempat itu di miliki oleh Puan Muna dan pelbagai jenis barangan yang ada.
Namun dia tidak berada di pasaraya itu kerana dia hanya duduk goyang kaki di rumah. Dia memiliki 3 anak perempuan yang bakal berkahwin dengan Raja dan para bangsawan.
Muna : bertambah kaya lah aku. Hahaha..
Naz : betul tu.. pandai awak pilih...
Muna : tak macam abang tu.. abang ada kat sini sebab saya yang pilih abang.. saya kalau tak fikirkan malu saya, dah lama saya buang abang.
Naz terdiam mendengar kata-kata itu. Dia mungkin tersinggung. Naz ialah suami kepada Muna. Di suatu masa dahulu, Naz hanya pekerja biasa yang menipu bahawa dirinya orang kaya. Lalu Muna pun mahu berkahwin dengannya tanpa tahu asal usul Naz. Setelah kahwin baru Muna tahu bahawa suami nya cuma seorang penipu. Tetapi kerana malu dengan kaum kerabat nya, dia memutuskan untuk meneruskan penipuan itu.
Naz : ya lah sayang. Beruntung abang dapat sayang yang cantik..
Muna : bagus.. memang saya cantik. Berapa ramai lelaki yang nak kan saya walaupun dah berkahwin.. hihihihi..
Muna berusia sekitar 40 tahun sekarang tetapi dia awet muda dimana masih cantik dalam usia yang begitu. Apa yang Muna suka hanya lah kekayaan..
Muna : mana Malek? Aish asyik tidur je. Sekolah tak nak... Apa pun tak buat? Cuba lah buat sesuatu kat luar ke apa ke? Ni asyik terperap je kat dalam bilik. Dah la dapat Core tidur. orang lain pun jadi tidur.
* Pada ketika ini, hanya sebahagian orang yang terpengaruh dengan Core Mimpi Malek. Masa itu kekuatan nya belum terjangkau meluas dan kuat.
Naz : bukan awak ke yang tak nak dia keluar rumah.
Muna : bukan luar sana.. halaman rumah kita kan luas..
Naz : yaa.
Muna : banyak pembantu yang dia boleh ajak main...
Naz : saya rasa kita kena cari orang yang boleh jaga dia. Main dengan dia. Kalau boleh cari yang muda yang kecil macam dia..
Muna : abang nak saya cari pekerja bawah umur?! Abang nak saya kena tangkap ? Lepas tu abang nak kaut semua harta saya?
Naz : bukan macam tu.. saya nak satu-satunya anak lelaki kita ni ada teman lah..
Muna : ya la tu.. tapi bagus juga idea tu...
Setelah beberapa hari.... Muna masuk ke dalam bilik Malek..
Muna : oiiii bangun! Apa nak jadi dengan kau ni Malek?!! Asyik tidur je..
Malek lantas bangun. Dia ketakutan melihat bunda nya.
Malek : bunda...
Muna : bunda malas lah nak layan kamu ni.. pembantu! Bagitau dia. Aku busy.
Pembantu : baik puan...
Muna terus beredar dari situ...
Pembantu : errr tuan malek. Perkenalkan ini Ana. Dia akan jaga kamu selepas ini.
Ana : hai.. apa khabar?
Malek tidak menjawab..
Pembantu : kalau ada apa-apa kamu bagi tau saya. Buat dia untuk berjaga di siang hari. Orang sibuk dengan kerja. Jangan bagitau puan muna.. nanti dia bising...
Ana : baiklah..
Pembantu itu menutup pintu bilik Malek.
Ana : wahh luas juga bilik awak. Eh, umur awak berapa?
Malek hanya memandang Ana dengan pandangan menjengkelkan... Dia tidak suka tampaknya.
Ana : cakap lah umur awak berapa?
Malek : 10 tahun.
Ana : oh saya tua 3 tahun lah. Saya 13 tahun.
Malek : awak nak buat apa dalam bilik ni buat lah. Saya nak tidur..
Ana : alaaa nanti saya bosan..
Malek : buatlah apa-apa...
Malek pun terus tertidur.. apabila dia bangun.. dia terkejut melihat Ana yang depan matanya. Malek jatuh katil.
Ana : hahahaha.
Malek : awak gila ke?
Ana : tak.
Malek : kenapa tengok saya dekat-dekat macam tu?
Ana : awak tidur senyum-senyum. Saya jadi terfikir apa mimpi awak?
Malek : tak ada apa lah..
Ana : hmm apa yang awak mimpikan..
Malek : tak ada apa. Saya cuma bermain-main dalam mimpi.
Ana : hah ?
Malek : saya dapat Core ni 2 tahun yang lepas.
Ana : awak ada Core ?!
Malek : shussshh. Jangan cakap kuat-kuat. Ya ada.
Ana : apa Core awak?
Malek : Raja Mimpi..
Ana : tapi saya di faham kan awak Core Tidur?
Malek : dia orang tak tahu. Main sebut je. Mentang-mentang saya selalu tidur.
Ana seorang gadis yang cantik di usia muda. Walaupun tidak berkulit putih, tetapi orangnya manis. Dia terpaksa bekerja untuk membantu menyara kehidupan keluarga. Memang benar pekerja bawah umur tidak diperbolehkan namun Muna pandai dan licik.
Muna : Tolong dan dapat upah. Hihihihi...
Ana di tugaskan untuk menjaga Malek agar dia tidak tidur di siang hari di saat orang sedang sibuk bekerja. Tidak semua orang kena akan pengaruh Core Malek ketika itu. Hanya sebahagian kecil sahaja. Namun itu sudah membuat kesukaran bagi Muna.
Ana : jom main sesuatu?
Malek : main apa?
Ana : Catur ?
Malek : tak nak lah..
Ana : main sorok-sorok...
Malek : hmm boleh juga...
Mereka pun bermain. Ana yang akan mencari Malek, sedangkan Malek akan bersembunyi di suatu tempat di rumah itu.
Pembantu : kenapa?
Ana : tadi kami main sorok-sorok. Sekarang tak jumpa tuan Malek..
Pembantu : aduh.. dia hilang?!
Bersambung......