Home Buku Fantasi The New King
Bab 55
Dimanakah?



Kisah tentang Badar sewaktu kecil itu membuat Badar kembali ingat tentang kehilangan ayah nya yang tiba-tiba sahaja menghilang tanpa jejak.


Gelana : ohh macam tu... Tak sangka..

Delima : yaa... Saya masih terkejut .

Crisa : kejap kejap!  Ini bermakna sejak awal Badar juga orang Reinland..

Zafar : ya betul. Aku pun tak sangka. Jadi betul lah masa Raja Aman tanya kau.

Badar : hahaha. Laaa tak perasan ke?

Yusyak : tentang ayah kau tu . Aku dah cuba cari.. tapi masih tak jumpa..

Badar : tak apa..

Yusyak : lepas ni kau terus pergi ke..

Badar : Yusyak!! Berhenti!! Jangan ganggu keseronokan aku...


Badar marah kerana Yusyak cuba untuk memberitahu jalan yang bagus dan selamat.


Yusyak : ya lah.. jaga diri..

Zakaria : ok sekarang ni.. kita kemas dulu.. tidur lah. Esok dah nak bergerak kan?

Zafar : yaa...


Mereka terus tidur tetapi malangnya Zakaria terpaksa tidur luar bersama-sama dengan Kelompok Badar .. kerana perempuan tidur di dalam rumah..

Keesokan hari nya, mereka sudah bersiap untuk berangkat ..


Zakaria : dah siap semua? Selamat tinggal..

Yusyak : jaga diri kamu Badar...

Badar : ya terima kasih.. hehehe.. kamu semua jalan lah dulu. Nanti aku kejar guna kuda..

Zafar : baiklah Tuanku..

Tama : kami pergi dulu..


Mereka pun pergi berangkat dulu...


Yusyak : kenapa Badar?

Badar : kau yakin ke ?

Zakaria : huh?

Badar : si Zafar tu.. dia anak kau..

Zakaria : tak apa . Biar lah dia jadi diri dia sendiri. Lagi pun dia dah menderita sebelum ni .

Badar : hmm kalau macam tu, aku pergi dulu...

Zakaria : Badar.. jaga anak aku baik-baik..

Badar : hehe dia tak lemah tau.. jangan meremehkan pengikut aku..


Badar pun berlalu pergi menaiki kuda dan meninggalkan mereka berdua..


Yusyak : Hahaha.. Badar...

Zakaria : kenapa kau ni?

Yusyak : aku benar-benar jadi sayang dekat dia..

Zakaria : ya, dulu kau benci dia..  sekarang bukan main Badar tu suka dengan kau.

Yusyak : tu la.. aku suka ... Rancangan kita berjaya. Badar benar-benar ada jiwa raja itu..

Zakaria : tapi kenapa kau culik ayah dia dulu.

Yusyak : untuk .. menjadikan dia Raja yang sebenar nya..


Kelompok Badarien bergerak untuk keluar dari hutan itu.


Badar : Zafar, tarik kuda ni..

Zafar : ya lah.. kita nak pergi mana ni?

Badar : entah lah. Kena tengok peta dulu. Crisa ...

Crisa : ya ... 


Mereka berhenti sebentar untuk melihat peta benua Bawasa..




Crisa : kita sekarang berada di negeri gerhana... Tinggal dia negeri ni saja lagi.. tak tahu mana satu Raja Benua tinggal.

Man : patut nya kita patah balik.. pergi negeri Darpa..

Ozen : tak banyak negeri lah kat benua ni..

Heigo : betul juga. Aku baru perasan..

Gelana : kena ikut Badar juga .. kau nak pergi mana Badar ?

Badar : hmmm.. ni apa?

Crisa : Hotel misteri... 

Badar : macam menarik.. alang-alang dah dalam negeri ni..

Crisa : hotel misteri ini betul-betul depan kita...


Badar memutuskan untuk singgah di hotel misteri itu. Mereka pun bergerak menuju ke sana. Crisa pula membaca berita...


Crisa : berita pasal kita semalam sangat banyak di baca..

Badar : ya ke? Sini aku nak baca.

Tama : mana kau dapat kertas ajaib tu?

Crisa : dari kampung sutera. Aku beli kertas ni.. 

Badar : siapa lah yang letak nama kelompok Badarien ni? Kelompok ni buat aku susah sebut... Letak lah grup pun dah la..

Tama : betul tu..

Ozen : aku setuju..

Zafar : kalau aku jumpa orang tu.. aku pukul dia.


Man yang mendengar itu terus bersembunyi di sebalik semak.. dia menelefon Lacus...


Lacus : ya ada apa?

Man : aku ni .

Lacus : errr man ke?

Man : yaa..

Lacus : kenapa? Berita apa lagi?

Man : badar tak suka bab kelompok tu. Dia nak kelompok tu di tukar ke grup Badarien.

Lacus : laaa dia bukan penyanyi nak guna grup ni..

Man : dia nak pukul orang yang guna nama kelompok ni..

Lacus : baiklah aku tukar ..


Nama kelompok itu di ubah menjadi grup Badarien.... Kini mereka berada di depan hotel...


Zafar : jap rasa macam terlupa sesuatu lah..

Delima : ya lah. Siapa ya?

Man : oiii aku datang...

Zafar : hah?

Heigo : man!!

Man : mana kau orang pergi?

Zafar : kau yang hilang ...


Mereka di sambut oleh petugas-petugas hotel tersebut. Ada juga pengurus hotel itu.


Facla : yeahh tuan-tuan dan puan-puan. Selamat datang ke hotel mewah kami. Hotel Lana!!!

Crisa : lana?

Zafar : hotel apa kat tengah-tengah hutan ni...

Facla : silakan masuk. Saya pengurus hotel Lana ni..


Facla membawa masuk kelompok Badarien itu.. dalam hotel itu ramai orang-orang yang datang dan tinggal di sana...


Badar : hotel apa ni ?

Facla : hotel ini adalah hotel untuk tempat persinggahan pelanggan kami yang melakukan perjalanan jauh.

Badar : kami ni dah lama berehat..

Heigo : eh tengok tu. Ada kolam renang!

Gelana : ya lah... Badar nak ..

Facla : yaa hotel bukan tempat berehat saja. Tetapi tempat untuk berhibur.. makanan di sini sedap kerana di sedia kan oleh chef terbaik kami...

Badar : daging ada tak ?

Facla : ya sudah tentu . Macamana? Berminat?


Badar melihat wajah mereka satu persatu. Semua nya mengharap... Kecuali Tama...


Gelana : Badar...

Delima : boleh lah..

Tama : hotel ni berbayar...

Facla : jangan risau . Hari ni ada promosi!! Setiap seorang hanya 20 perak..

Tama : tetap kena bayar.. tak suka lah.


Facla menatap tajam ke arah Tama. Dia langsung tidak bergeming dengan harga murah.


Ozen : 20 perak tu dah murah la tu. Apa lah kau ni? Tak pernah pergi hotel ke?

Facla : ya betul.. nampak nya encik ni lagi pandai dari dia..

Tama : huh? Nak kena tebas ke?

Facla : errrr. Macam mana encik yang nampak macam ketua mereka semua?

Badar : kuda aku macamana?

Facla : kami ada bangsa yang menyediakan fasiliti mewah..

Man : hah binatang pun ada mewah juga.

Facla : yaa. Kami ada segala nya...

Zafar : tengok tu.. ada wayang kulit lah...

Delima : situ ada perpustakaan lah..

Crisa : ya betul lah!! Best nya tempat ni..

Tama : best untuk kau lah..

Heigo : tu ada yang lagi best... Ada tempat urut lah..

Ozen : apa yang best?

Heigo : sakit badan ni..

Badar : ada air panas tak?

Facla : ya ada tuan.. apa sahaja tuan nak ada..

Tama : betul ke?

Facla : ya.. cakap saja apa.

Tama : tempat latihan pedang..

Facla : hmm ada di tingkat dua!

Tama : ohh macamana Badar?


Badar pun menyetujui cadangan mereka.


Badar : ingat. Semalam je.. jangan lebih. Berapa tingkat bangunan ni?

Facla : 5 tingkat je.. tapi luas dan mewah!!!

Ozen : asik jerit je orang ni...


Mereka pun mendaftarkan nama mereka dah memilih bilik..


Badar : aku nak tidur dengan Gelana.


Tersentak mereka...


Zafar : apa? Kau dah gila ya?!

Badar : hahaha gurau je.. takut ya..

Facla : hehehe boleh je kalau tuan nak.

Badar : aku gurau je. Perempuan bertiga ni bagi satu bilik..

Facla : nak deluxe atau biasa?

Badar : bia...

Gelana : deluxe...!

Badar : haaa?!

Crisa : tak apa. Aku bayar ..

Badar : fuh nasib baik..


Para lelaki menepuk dahi mereka.


Man : kau ni buat malu lelaki je Badar..

Badar : hahaha.. duit yang kita ada ni untuk makan tahu..

Zafar : kita ni nak bilik macamana ?

Badar : bagi dua bilik biasa. Man dengan Zafar duduk sebilik dengan aku. Yang lain dengan Tama.

Ozen : eh kenapa?

Badar : sebab Tama boleh jaga kau orang.. Tama jaga mereka. Kalau dia orang lari, tebas je. Hahaha.

Tama : menjunjung titah tuanku..


Akhirnya mereka pun berpisah menuju ke bilik masing-masing...


Facla : hahaha.. seperti yang raja benua Bawasa suruh. Aku akan hapus kan mereka di hotel ini ...


Orang-orang yang ramai tadi terus menghilang . Ternyata itu semua Khayalan mereka....


Bersambung ....



Previous: Bab 54
Next: Bab 56

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy