Home Buku Fantasi The New King
Bab 19

Tingkat Misteri


Setelah bertemu dengan Crisa, mereka mendapat banyak maklumat mengenai Core. Jenis Core terbahagi kepada 4 jenis iaitu;

1. Core Raja
- Mempunyai kekuatan mengenai penguasa kepada Raja. Core ini sangat kuat dan hanya dapat mengimbangi nya cuma Core yang sama iaitu Core Raja juga. Core Raja hanya tertanam pada orang yang berketurunan Raja dan bangsawan.

2. Dark Core
- Core ini mempunyai kuasa misteri dan mistik. Pengguna nya mempunyai sifat-sifat kegelapan dan berbahaya. Yang mampu mengimbangi kekuatan ini masih belum di ketahui. Core ini mempunyai aura yang hitam walau apa pun jenis core nya.

3. Strong Type
- Core ini membolehkan pengguna nya menggunakan Core tanpa sebab apapun. Dia boleh menggunakan bila-bila masa. Dan Core ini hanya dimiliki oleh orang-orang yang kuat tekad mentalnya. Orang yang ada Core ini boleh menjadi Raja namun tidak sekuat Core Raja.

4. Weak Type
- sebelum seseorang itu mendapatkan Core ini, dia akan mengalami masa-masa sakit yang lama untuk menahan kekuatan Core ini. Ini kerana Core ini menyimpan kekuatan yang besar secara random. Walaupun kuat tetapi terkadang kekuatan ini menjadi tidak terkendali. Sebab itu pengguna weak type tidak boleh menjadi raja. Dan pengguna weak type harus mempunyai wadah untuk mengaktifkan Core ini..

...........................................

Crisa membawa beg galasnya mengikut Badar untuk ke tingkat selanjutnya. Tingkat itu berwarna hijau dan tema nya tentang tanaman. Di sebabkan warna nya itu, tingkat itu menjadi tingkat yang paling tenang dan sejuk mata memandang.

Badar : sedap nya rasa. Nyaman kan?
Zafar : ya rasa macam kat hutan pula.
Crisa : jom ikut aku.

Mereka pun mengikut Crisa ke satu tempat di tingkat hijau tersebut.

Crisa : haa ini lah kebun aku..
Zafar : kebun kau?
Crisa : ehh kebun ni.. ni .. ahh ntah siapa punya.. hahaha.
Zafar : sungguh menakjubkan.. macamana boleh tumbuhan hidup di sini. Padahal tak ada cahaya matahari.
Badar : ya memang tempat mistik betul
Crisa : rasanya sebab fatamorgana ni kot. Mungkin tumbuhan ni ingat ini cahaya matahari. Kot lah. Jangan percaya bulat-bulat.
Badar : wah ada kentang lah. Boleh goreng!
Zafar : badar! Jangan ambil belum matang lagi tu.
Crisa : cuh cuh cuh... Ini lah kelebihan tingkat ini.. yang tak boleh di jelaskan dengan ilmu pengetahuan. Tumbuhan di sini matangnya hanya semalam.
Badar : apa??

Terkejut mereka mendengar Crisa berkata begitu. Bagaikan tak percaya, badar pun mengambil kentang itu.

Badar : wahh ni kau tanam ke?
Crisa : ya.. nak makan ke? Kejap aku rebus.. aku kena potong pucuk nya dulu untuk tanam semula.

Mereka pun menolong Crisa merebus kentang itu kecuali Tama yang hanya duduk diam di kerusi meja.
Setelah itu, mereka makan.

Crisa : nah tama makan lah. Ada banyak ni..

Tama malu-malu kucing...

Tama : ah makan lah.
Zafar : jangan risau. Tak kena bayar pun. Percuma.
Tama : sini aku makan..

Crisa memberinya kentang itu..

Crisa : ouh macam tu ya..

Zafar berbisik kepada Crisa.

Zafar : dia suka benda percuma..
Crisa : ohhh macam tu.

Selepas itu, mereka beranjak ke tingkat selanjutnya iaitu tingkat kuning.

Badar : mak ai! Silau nya tempat ni.
Crisa : ya. Teruskan turun. Tak ada apa di dalam ni.
Zafar : tempat apa ni?
Crisa : sumber pengetahuan tentang Gas. Macam oksigen, hidrogen dan gas-gas yang lain.

Mereka teruskan perjalanan untuk turun ke bawah. Mungkin mereka bertemu dengan 50 orang yang tersisa di dalam Maze Book. Sekarang mereka berada di tingkat yang berwarna indigo. Ianya tentang pengetahuan langit. Dari spesis yang boleh terbang hingga fenomena di langit. Tetapi mereka tidak singgah kerana ingin meneruskan perjalanan.

Dan akhirnya mereka sampai di tingkat terakhir iaitu tingkat ungu. Tingkat itu di penuhi dengan ilmu pengetahuan tentang Budaya di negeri-negeri lain. Badar melihat seseorang dari jauh.

Badar : eh ada orang!
Crisa : ya mungkin mereka tinggal di sini.

Mereka pun pergi ke arah orang itu mengikut Crisa dari belakang kerana dia menghafal jalan di sini.

Crisa : pak cik!!
Pak cik : Crisa ?! Siapa ni? Orang baru ke?
Crisa : ya. Mereka baru masuk sini.
Pak cik : kenapa kamu bertiga masuk sini?! Tempat ini tak kan bagi kamu keluar.

Zafar : kami di tipu oleh seseorang untuk masuk sini. Dia tidak menceritakan apa-apa tentang Maze Book ni.
Pak cik : jom ikut pak cik..

Tanpa banyak soal, mereka terus mengikut pak cik itu. Pak cik itu membawa mereka ke sekumpulan orang yang sesat di Maze Book ini. Zafar harus menerangkan semula kepada mereka bagaimana mereka masuk ke sini..

Pemuda 1 : sebenarnya kami menemui tingkat yang lain..
Crisa : hah?! Kamu pasti?
Pemuda 3 : ya kami sendiri nampak. Tapi tingkat nya gelap dan....

Pemuda itu tak menghabiskan ayatnya...

Perempuan 7 : tempat tu ada Golem!!
Crisa : macamana boleh ada Golem di sini.
Zafar : boleh tunjuk kan kami tak tempat itu.
Pak cik : Kamu nak masuk kat tempat itu?
Zafar : ya pak cik, mungkin itu jalan keluar.

Mata mereka semua membesar dan penuh harapan. Mereka menjadi senang hati.

Tama : jangan suka dulu! Kita belum pasti tentang hal itu.

Orang-orang itu terus terdiam dan menjadi risau semula.

Crisa : hish kau ni..
Man : heh Crisa.. lama tak nampak. Susah cari kau.
Crisa : biasa lah..
Man : eh Badar.. kau buat apa sini?
Badar : aku sesat kat sini haa..
Zafar : kau...?
Man : kau tak kenal aku ke? Aku lah Man. Apa lah kau ni Zafar..
Crisa : hahaha kawan sendiri tak ingat.
Man : tu lah. Banyak makan semut. Tama? Masih bandit lagi ke?

Terus orang-orang di situ menjauhi Tama.

Zafar : eh dia dah berubah. Dia sekarang pengikut Badar.
Man : ya betul tu.. hahaha. Sekarang apa kita kena buat?
Badar : kau tunggu sini. Aku, Crisa, Zafar dan Tama nak ke tingkat baru tu.
Man : ya lah..
Pak cik : hati-hati.. 10 dari orang kami telah menemui ajal di sana.
Crisa : apa ? Sekarang 43 orang tinggal.
Zafar : tak payah lah cakap
Pak cik : tempat itu di jaga oleh 3 Golem batu.
Badar : baiklah pak cik. Kami pandai lah jaga diri.
Crisa : ya, mereka ni kuat orang nya.
Man : hati-hati Crisa.

Mereka pun pergi ke arah yang dikatakan oleh orang-orang tadi. Tempat itu berada di hujung tingkat ungu ini. Sesampai mereka di sana, ada pintu berwarna emas. Zafar membuka pintu itu lalu keluar angin yang kuat dari dalam. Zafar memandang Badar. Badar mengangguk kan kepalanya. Ya, memang ada tingkat yang lain di bawah sana. Tempatnya gelap dan cuma ada lampu-lampu dari beberapa kristal menerangi sedikit tempat itu. Ruangan itu tidak sebesar mana, hanya sebesar kolam renang yang luas.

Badar : mana Golem nya?

Kemudian batu-batu disana membentuk satu tubuh. Itulah golem!

Zafar : Celupar betul mulut kau.
Tama : nampaknya kita kena lawan.
Crisa : lindungi aku ya.

Mereka pun membuka langkah untuk melawan 3 golem yang datang dari arah bertentangan.

Tama : Golem ya? Rasakan ini..

Tama menggunakan teknik airnya. Dia menggayakan pedang dengan mengalunkan pedang nya lalu menyerang tubuh golem itu sehingga menjadi batu-batu yang kecil.

Tama : itu lah smooth water!
Zafar : eh bukan water smooth ke?
Tama : saja tukar. Smooth water lebih kena. Hahaha.
Zafar : tak berpendirian lah kau ni. Aku pula first chance!!

Zafar menggunakan Core First Change nya dengan menumbuk Golem itu bertubi tubi sehingga hancur.

Zafar : haa tengok.. hebat tak?
Tama : biasa je..
Zafar : cis..

Mereka berdua tengok Badar...

Badar : apa?
Zafar : seranglah..

Badar pun mendekati golem itu. Golem itu ingin menyerang Badar dengan tumbukan tetapi Badar menjentik tubuh Golem itu lalu menjadi pasir. Zafar, Crisa dan Tama tercengang melihat itu.

Tama : ya!! Aku tak salah pilih orang kali ni..
Crisa : Core apa kau ni?! Raja apa?

Crisa memegang bahu Badar dan menggoyang-goyangkan tubuh Badar untuk memaksanya memberitahu tentang Core Badar.

Badar : Raja muda shahbar. Hahaha..
Zafar : haish.. memang tak kan cakap.
Tama : tengok tu..

Tiba-tiba ada meja batu keluar dari ruangan itu.

Bersambung.....


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy