Home Buku Fantasi The New King
Bab 91

Perseteruan 


Kerajaan Rin


Pagi itu, Badar mengumpulkan beberapa orang pengikutnya yang masih ada di dalam rumah besar itu. Tama mula ceritakan tentang dirinya di masa lalu. Kemudian, mereka berbincang akan sesuatu. Sedangkan Tama seperti orang yang kebingungan. Badar menerangkan kepada mereka untuk berunding agar peperangan antara kedua belah pihak berhenti secara kekal.


Tama : apa? Kau tak kenal ayah aku. Dia lain.


Heigo : bukan tak setujulah. Tapi kita tak ada maklumat kenapa mereka bergaduh.


Delima : betul tu. Pastu ada sebab yang kuat mereka berseteru.


Badar : Ozen ? Kau ada nak cakap apa-apa tak?


Ozen : aku akan ikut saja semua keputusan kau.


Badar : Tama? Heigo? Delima?


Heigo : apa yang boleh diharapkan dengan orang seperti aku...


Delima : kalau ada Zafar dia tentu bagi nasihat yang bernas.


Badar hanya mampu menghelakan nafas panjang melihat mereka semua.


Badar : kalau macam tu, kamu semua pergi cari maklumat.


Heigo : kau nak buat apa?


Badar : aku tahu lah nanti.


Kerajaan Daye


Walaupun sudah sampai di kerajaan Daye, mereka masih belum dapat bertemu dengan Raja di kota itu. Jadi mereka mengambil langkah yang lain untuk mencari tahu. Kerajaan Daye berada di dalam gua besar dimana terdapat kota di dalamnya. Benua Oasis adalah sebuah benua yang dingin namun di dalam gua itu tidak ada salji. Apa yang dingin hanyalah suhu udara yang sejuk dari luar gua.



*Gambar sekadar hiasan.


........


Tentera istana pula hidup dalam kedamaian menjaga kota itu. Ada juga perajurit sedang berlatih di hujung gua. Betul-betul berada di belakang istana. Zafar dan ketiga kawannya tidak dapat bertemu dengan Raja kerana sibuk untuk merancang strategi perang bersama laksamana di Raja.


Oleh itu, Zafar hanya duduk berehat di sebuah gerai makan bersama kawan-kawan nya itu.


Crisa : mana kita nak tidur malam ni?

Werza : kena tanya orang kota Daye dulu.

Zafar : tak payah, aku tahu kita nak duduk dekat mana.

Man : rumah pak cik Rioma lah tu.


Zafar tiba-tiba bangun dari tempat duduknya. Mereka terkejut kecil melihat Zafar mula bertanya.


Crisa : kenapa?


Zafar : kau orang duduk sini dulu. Aku nak jumpa Rioma dulu. Nanti aku datang.


Werza : nak aku teman ke?


Zafar : tak apa.


Zafar terus berlalu pergi meninggalkan mereka bertiga. Maka bermulalah sedikit ghibah antara mereka.


Crisa : Zafar tu apa lah. Tergesa-gesa betul.


Man : biasalah tu. Dia pandang serius bab perang ni.


Werza : Dia sendiri pun tak tahu bila perang tu.


Qan : tu lah. Lagi 5 hari nak perang.


Tiba-tiba ada orang menyampuk perbicaraan mereka. Lelaki itu berpakaian besi lengkap menandakan dia seorang tentera kerajaan Daye.


Qan : tumpang meja. Meja penuh. Hahaha...


Lelaki itu duduk di sebelah Crisa. Suasana menjadi senyap sunyi antara mereka bertiga. Saling menjeling antara satu sama lain.


Qan : fuh sedap bubur kacang merah ni. Manis dan berlemak.. eh kau orang minum je? Makan lah, sedap ni.


Man : betul juga, dari tadi kita belum makan.


Werza : dari semalam.


Man : kak! Bubur kacang merah 3 mangkuk.


Werza : wah baiknya Man.


Man : apa? 3 mangkuk tu aku punya lah.


Crisa : tak guna punya lelaki. Nah!


Crisa pijak kaki Man sekuat hati.


Man : aduh!! Kuku aku.


Werza : padan muka.


Man : kak tambah 2 mangkuk.


Kak gerai : haa tunggu kejap..


Lelaki itu yang baru duduk di meja makan mereka hanya terus makan dan terus tambah memesan makanan.


Crisa : lama sangat tak makan ni.


Qan : hehehe.. belum kenyang. Ini je yang murah. Lagipun, aku tak makan pedas. Pedas itu kejahatan! Hahahaa!!


Qan ketawa dengan suara yang di garaukan.


Qan : oh nama aku Qan. Bukan Kan. Qan. Macam Qhan tapi Qan.


Man : eh pening lah kau punya penjelasan. Hahaha.


Mereka pun ketawa bersama-sama seperti sudah mula terbiasa dengan orang itu.


Kerajaan Rin


Tentera-tentera istana mengerumuni anak tangga istana dengan menahan seseorang di sana. Semua tentera menodongkan pedang ke arah Badar.


Tentera : apa yang kamu buat di sini?


Badar : bertemu Raja.


Raja Bahrin : benarkan dia masuk.


Tentera-tentera tadi pun membuka jalan untuk Badar melalui nya.


Raja Bahrin : ada apa wahai pemuda? Kamu ingin bertemu Nurin?


Nurin : Badar!


Nurin menyedari sesuatu perkara yang akan di lakukan Badar. Mungkinkah dia merasa untuk menegakkan keadilan untuk Tama. Tetapi sangkaan Nurin meleset.


Badar : tidak. Saya cuma ingin berunding.


Raja Bahrin : haaa berunding tentang pernikahan kamu ya? Jangan risau, lagi 5 hari sesudah perang kita akan terus melangsungkan perkahwinan.


Badar : Bagaimana tuanku sanggup bersuka ria, mengadakan majlis ketika rakyat waktu itu sedang cedera di sebabkan perang?


Raja Bahrin : kami ada ratu penyembuhan. Kairin. Ya, dia agak pendiam sedikit tetapi dia menurut kata.


Delirin yang mendengar itu berasa panas hati.


Badar : itu akan membebankan dia.


Raja Bahrin : itu anak beta, beta berhak memerintah sesiapa pun termasuk anak beta!


Badar : hentikan peperangan yang tak berguna ini!


Raja Bahrin : beta ada sebab!! Kamu orang luar tak usah ikut campur akan urusan kami di sini.


Badar : mereka pun tak ingin kan nya.


Raja Bahrin : diam!!!


Raja Bahrin terus menggunakan Core Raja nya yang bernama Fast Ice. Core ini dapat membeku apa saja atau mencipta ais dengan sekelip mata. Badar terperangkap dalam ais yang di buat Bahrin tersebut.


Badar tak tinggal diam, dia cuba menggunakan Core nya untuk memanaskan tubuh dan memecahkan ais itu dengan getaran yang kuat.


Bahrin : wah, hebat.


Bahrin mengangkat tangan dan mencengkam tangan nya. Ais terus terjadi tiba-tiba dengan sekelip mata. Badar pun cuba melawan dengan cara yang sama. Setelah berhasil keluar dia melompat cuba untuk menghindari serangan Bahrin namun...


Gkgkgkg.!!


Dia terperangkap lagi sekali dalam ais. Badar tidak dapat bergerak selain menggunakan Corenya itu.


Bahrin : hahaha tak guna menentang beta.


Nurin : ayahanda berhenti!


Bahrin : kamu cuba nak khianat ayahanda?


Nurin : err tidak.


Sekali lagi, Badar berhasil keluar tetapi ais terus muncul dan mengeraskan tubuh Badar.


Tama : berhenti!!!! Fire smash!!


Tama muncul secara tiba-tiba untuk menolong Badar. Semua orang terkejut dengan kehadiran Tama. Walaupun sudah bertahun-tahun lamanya, tetapi mereka kenal persis wajah ganas Tama itu.


Bahrin : Tama?!


Nurin : Abang?


Delirin : kenapa kau datang sini lagi?!


Tama : berhenti!!


Jerit tama dengan lantang.


Raja Bahrin : kau sudah ada Core. Tapi bukan Core yang aku harapkan.


Patarin : sejak bila?


Harin : kejutan yang pelik .


Kairin : adik kembali lagi.


Farurin : Kalau dah ada core boleh lah kita bertarung.. hahaha.


Sairin : tak sangka kau masih hidup.


Darin : nampak berbeza sedikitlah.


Yaewrin : ya ada gaya lelaki sejati. Kacak!


Nurin : biar betul..


Angin dingin bertiup membuatkan suasan menjadi hening... Kemunculan Tama benar-benar membuatkan mereka terkejut.


Faruin : Core kau apa?


Tama : Five element.


Bahrin : Five element ? Ini bermakna kau memiliki weak type! Berani kau datang sini!! Kau nak menunjuk-nunjuk Weak Type kau depan aku. Memalukan!! Padahal keturunan raja tetapi weak type.


Kairin : bang, macamana ayah boleh tahu itu weak type?


Bisik Kairin kepada Delirin, selaku abang kandung.


Delirin : hanya weak type yang mempunyai kekuatan yang berbeza atau lebih pada satu masa. Kerana itu weak type perlukan wadah untuk mengimbangi kekuatan Core pengguna nya.


Kairin : ohh macam tu.


Mereka, ayah dan anak terus beradu kata-kata yang berlawanan.


Bahrin : ohh jadi kau pengikut dia ni?


Tama : dia.... Bunyamin Badar! Bakal Raja Baru!!


Bahrin : kau memang menjengkelkan aku..


Baru sahaja dia mengangkat tangan, Tama terus melakukan penyerangan. 


Tama : Hentakan tanah!


Dia menggunakan teknik dua pedang untung meretakkan lantai istana itu dengan tanah. Kemudian, bersama Badar dia melarikan diri.


Farurin : budak tu larikan diri ayahda!


Bahrin : huh! Biarkan. Dia tak penting. Teruskan berlatih! Kita nak pergi berperang. Tahun ini kita akan hancurkan terus kerajaan gua itu!


Restoran di Kerajaan Rin


Heigo, Ozen dan Delima duduk berehat di sebuah restoran untuk makan tengahari. Mereka kelihatan lelah dan berputus asa.


Heigo : orang kota ini memang tak suka orang luar.


Ozen : biasa lah tu.


Heigo : kau semua biasa bagi kau.


Ozen tersenyum.


Ozen : kau baru merangkak, aku dah lama berjalan.


Delima : uhh dalam maksudnya tu.


Heigo : apa-apapun, kita tak ada maklumat langsung.


Ozen : kita ni memang orang gagal.


Pintu restoran terbuka, ternyata Badar dan Tama yang datang. Badar memakai baju yang tebal dari biasa.


Badar : sejuk betul. Bang, sup daging satu. Air kopi.


Mereka berdua bergegas menuju ke meja Ozen, Heigo dan Delima.


Ozen : apa jadi?


Tama : macam kau cakap lah.. dia pergi berunding seorang diri.


Heigo : habis macam mana?


Tama menggeleng-gelengkan kepala tanda gagal.


Badar : masih ada masa 5 hari lagi sebelum berperang.


Tama : sekarang kau dah tahu betapa ego nya ayah aku.


Badar : ya. Tengok dari muka kau orang tentu tak dapat apa-apa maklumat ni.


Delima: hmm betul. Susah lah. Mereka tak nak buka mulut.


Badar : Raja Bahrin cakap dia ada sebab yang kuat dalam perang ini. Apa yang mereka rebutkan.


Tama : aku tahu sebenarnya.


Mereka langsung memandang Tama dengan wajah yang serius ingin tahu.


Tama : semua nya terjadi kerana Cinta.


Tama mula menceritakan kisah tentang 3 sahabat. Tentang, Bahrin, Darul dan Rinda kepada mereka semua.


Tama : akhirnya, Rinda memilih orang lain untuk bernikah dengan lelaki pilihan nya. kerana dia hanya menganggap Bahrin dan Darul sebagai abang.


Heigo : sebab tu negeri Frexe ni terpisah!


Tama : ya. Ianya berlangsung sangat lama sehingga terbentuk kerajaan Rin dan Daye. Kisah ini pula diolah semula oleh penglipur lara untuk menceritakan versi 'Tamat" dari kisah ini. Dan cerita itu terkenal seluruh benua.


Delima : kalau macam tu, mesti Rinda masih hidup!


Seseorang mencelah pembicaraan mereka.


Delirin : itu tidak mungkin. Sudah lama kami tidak mendengar khabar mereka berdua.


Tama : abang?!


Bersambung....



Previous: Info#9
Next: Bab 92

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy