Home Buku Fantasi The New King
Bab 38
Kisah Cinta



Aman berang dengan ketidakcekapan orang bawahan nya yang membuat rumah itu. Di sebabkan itu, matanya pedih selama berada di situ. Malah jari Sya terluka kerana memotong dalam keadaan gelap. Hanya menggunakan pelita untuk menerangi tempat itu..


Aman : sebelum aku musnahkan istana ini berserta isi nya, lebih baik buat cepat!


Orang bawahan memahami perkataan Raja Aman ketika itu terus pergi menambahkan keperluan yang lain pula...


Agim : agak pelik perangai Raja kita kebelakangan ini .

Dayuda : biasa lah tu.. tapi betul juga.. dia sekarang selalu keluar istana seorang diri.

Agim : kita kena siasat ni...


Keesokan paginya, seperti biasa Sya sudah pun menunggu Aman di perkarangan rumah itu..


Aman : kenapa tak masuk dalam rumah? Kat luar kan sejuk.

Sya : tunggu awak lah.. kenapa?


Aman pun masuk dan membuka lampu..


Sya : wahhh dah ada eletrik lah...


Aman juga menunjukkan paip air yang sudah berfungsi...


Sya : wah hebatlah awak..

Aman : saya nak buat pengakuan ni..

Sya : hah?

Aman : sebenarnya, rumah ini saya yang buat...

Sya : hmmm saya tahu lah ..

Aman : maafkan saya sebab sembunyi kan... Eh ? Apa awak tahu?

Sya : Raja Aman ...

Aman : bila awak tahu?

Sya : baru je tahu. Itu pun sebab ada pak cik dari pasar bagi tahu yang awak Raja Benua Ulala ni.

Aman : jadi ?

Sya : jadi apa?

Aman : reaksi awak?

Sya : oh.. terkejut juga lah.. sebab saya mintak macam-macam.. hahaha.. tapi awak tak kisah kan?

Aman : ...........

Sya : ampun tuanku...

Aman : jangan. Anggap saja saya orang biasa..

Sya : hmm apa kata kita jalan-jalan kat bukit...


Mereka pun pergi ke bukit yang lapang. Mereka membawa tikar sambil menghadap permandangan kota.


Sya : cantik kan?

Aman : ......

Sya : jawab lah..


Sya memukul peha Aman.


Aman : cantik..

Sya : hahaha.. apa lah awak ni..


Begitulah hari-hari yang berlalu dengan indah nya. Sya juga mengajarkan Aman cara memasak di rumah kosong itu..


Aman : potong ayam?

Sya : ya. Sini saya ajar..


Aman agak kekok dengan memotong ayam dan juga memasak. Hari demi hari, dia sudah mahir membuat Ayam Masak Merah..


Pembantu : apa raja buat kat dapur tu..

Dayuda : memasak kot?

Aman : siap!

Agim : ada apa tuanku!?

Aman : nah cuba rasa. Aku baru belajar memasak ayam masak merah.

Dayuda : tuanku yang masak??

Aman : ya rasalah..

Agim : baik tuanku..


Mereka pun mencuba masakan Raja Aman..


Agim : boleh tahan..

Dayuda : sedap juga.. boleh lah berbagi resepi...

Aman : resepi? Ya kau memang bijak Dayuda!


Aman pun keluar dan mengumpul kan rakyatnya.


O. K : kenapa raja suruh kita berkumpul ni?

O. K 2 : ada perang kot..

Raja Aman : apa khabar rakyat ku sekalian! Hari ini beta mahu berbagi resepi ayam masak merah! Cepat tulis. Beta akan sebut satu persatu!

O. K 30 : hah sebab tu je?

O. K 11 : layan kan je lah. Nanti raja murka, sakit kita nanti...


Raja Aman membagi resepi nya itu ... Sya pula ketawa melihat gelagat Aman. Beberapa hari kemudian, Aman berjalan-jalan bersama Sya di kota..


O. K : Sedap tuanku ayam masak merah tuanku..

Aman : biasa lah tu..

O. K 24 : terbaiklah resepi tu..

Aman : ya.. jangan lupa letak ayam.. hahaha .

Sya : wah awak tiba-tiba jadi ceria..

Aman : hati tengah senang.. hari ini beta belanja makan! Makanlah sepuas hati kamu semua.. 


Maka ramailah orang berpusu-pusu masuk ke kedai makan setelah mendengar itu.


O. K 18 : bagus betul raja kita..

O. K 10 : ya banyak perubahan...


Tentang hubungan mereka berdua juga menjadi meluas di pengetahuan rakyat. Semua orang sudah tahu namun mereka belum mengatakan tentang perkahwinan.


Agim : rupa-rupanya raja kita jatuh cinta.

Dayuda : ya betul juga. Tapi masalahnya, Raja kita tak sedar benda penting tu.

Agim : sudah 3 tahun berlalu. Mereka masih menganggap itu sebagai pertemanan.

Dayuda : patut ke kita bagitahu?

Agim : eh jangan buat hal.. gila kau. Kita tak tahu apa yang terjadi nanti..


Suatu hari, mereka berdua singgah di rumah kosong itu bersama-sama...


Sya : di sini lah tempat pertemuan kita pertama kali.

Aman : ya ke?

Sya : hish awak ni.. nak kena pukul lagi ke?

Aman : eh tak nak, tak nak...


Mereka pun masuk... Dan duduk di sebuah sofa di situ...


Sya : rasa nak tinggal dekat sini terus..

Aman : kalau awak nak duduk sini, silakan..


Sya menjeling ke arah Aman dan berlalu pergi..


Aman : Sya!!


Aman di tinggal oleh Sya, dia kebingungan.... Kemudian dia cuba mencari Sya..


O. K 40 : Ampun tuanku. Ada apa gerangan datang ke sini?

Aman : saya mencari rumah Sya...

O. K 59 : aik lama kenal tak akan tak tahu rumah dia.

Aman : hehehe.. lupa tanya...


Orang kota di situ pun membantu menberi arah jalan rumah Sya. Sesampai nya dia di sana,..


Aman : mak cik, ini rumah sya ke?


Dia bertanya kepada mak cik yang kebetulan lalu di situ.


Mak cik : ya nak .


Aman pun mengetuk pintu rumah Sya. Namun tiada sebarang jawapan...

Dia telah cuba berkali-kali dan memberitahu bahawa dia ialah Aman tetapi tetap tiada jawapan.. apa boleh buat.....


Dayuda : eh tengok tu.. Raja tengah murung lah

Agim : apa yang patut kita buat?

Dayuda : tanya je lah..


Mereka pun memberani kan diri untuk bertanya kepada Raja Aman yang sedang duduk bersedih di tahta nya itu 


Dayuda : tuanku? Kenapa murung? Apakah tuanku bersusah hati?


Aman pun menceritakan kejadian itu.

Dayuda dan Agim faham akan maksud Sya berbuat begitu.


Aman : sebab itu beta sedang memikirkan kesalahan beta..


Bagaikan tidak percaya apa yang didengari oleh mereka berdua, Raja benua Ulala itu memikirkan kesalahan nya ??


Agim : errrr.. tuanku..

Aman : ada apa?


Agim dan Dayuda saling berpandangan...


Dayuda : sebenarnya kami berdua tahu apa yang dimaksudkan oleh cik Sya itu...

Aman : apa?!! Katakan pada beta.. katakan!!

Agim : Cik Sya sebenarnya ingin mengahwini tuanku..


Bulu roma Aman tiba-tiba naik..


Aman : a-pa? Berkahwin?


Raja Aman itu menggigil tubuhnya.


Dayuda : ambilkan Raja air minuman!


Air pun sampai.. namun di sebabkan tubuh nya menggigil, dia tidak dapat minum air itu dengan betul..


Agim : kenapa tuan ku?

Aman : be-ta tak ... Tak per-nah memikirkan hal semacam itu..

Dayuda : ya tuanku, tuanku harus memikirkan tentang zuriat iaitu pewaris tahta Raja benua ini..


Semakin menggigil-gigil tubuh Raja Aman itu... Sehingga lah, Raja Aman di khabarkan demam beberapa hari...


Agim : bagaimana doktor ?

Dr. Kalatu : baginda cuma demam biasa .. tetapi mungkin ada penyebab dari kejutan yang di terima nya..

Dayuda : kami semua tahu...


Beberapa hari kemudian, Raja Aman sembuh... Dia mendatangi rumah Sya dan ingin melamarnya tetapi Sya tetap saja mendiam kan diri. Itu membuatkan Raja Aman murung lagi... Sehinggalah datang seseorang yang bernama Fasah mengaku mempunyai Core Raja. Dia mencadangkan agar raja melepaskan tahtanya untuk mengambil semula hari Sya itu... Raja Aman setuju...


O. K 12 : Sya.  Tengok berita ni..

Sya : kenapa? Raja Aman turun tahta?! Apa ?


Sebenarnya, turun tahta sebagai Raja Kota Malam sahaja. Untuk pangkat Raja benua, dia tak dapat nak elak. Ianya tetap seorang Raja benua Ulala.

Sya yang merasakan cemas terus mencari Raja Aman. Entah kenapa di fikiran nya Raja Aman berada di rumah kosong itu....


Sya membuka pintu dan benar... Aman berada di dalam rumah itu...


Aman : su-di kah cik sya ber-kahwin de de dengan saya ?

Sya : bodoh.. sampai melepaskan tahta raja...

Aman : asal kan da-pat hidup bersa-ma Sya...


Sya pun menyetujui lamaran Aman itu .... Mereka kini telah menjadi suami isteri yang biasa di dalam rumah sebelum nya kosong itu...


Aman : hehehe... Nak lari mana?

Sya : wekk tak dapat kejar...


Mereka bermain kejar mengejar di dalam rumah itu. Kemudian di halaman rumah mereka yang luas...


Sya : abang, jom ke pasar!

Aman : pasar pun abang boleh beli..

Sya : bukan lah. Nak jalan-jalan...


Hari di mana mereka menjadi suami isteri yang biasa itu tetapi bahagia di lalui oleh mereka berdua. Suatu hari,... Di klinik ..


Dr. Kalatu : penyakit ini dah lama ada dengan cik . Tak pernah periksa je sebelum ni?

Sya : tak ... Baru sedar lepas pagi tadi saya pengsan...

Dr. Kalatu : apa kata Raja Aman nanti?

Sya : tolong rahsiakan perkara ini.. lagi berapa tahun?

Dr. Kalatu : berat saya nak cakap... Usia cik tinggal sebulan ...


Sya agak terkejut mendengar itu tetapi dia sedia maklum bahawa orang kota malam berumur pendek...


Aman : Eh sya yang. Macamana kata doktor tadi?

Sya : saya hamil 2 bulan...

Aman : hah? Cepat nya. Baru dua bulan dah boleh tahu ?

Sya : entah doktor tu..

Aman : kalau betul ada anak ... Saya nak anak perempuan yang cantik, baik macam awak..

Sya : kenapa tak anak lelaki? Boleh jadi pewaris tahta..

Aman : ahh tak bawa kemana tahta tu...

Sya : ya lah..


Sya terpaksa berbohong.. dia tidak sanggup menceritakan kisah sebenar.. kerana dia tahu Aman bukanlah orang asal Kota malam .


Aman : kalau anak perempuan kita bagi nama Syakibaki..

Sya : apa lah abang ni.. tak sedap nama tu. Hahaha...

Aman : hahaha .. tu nanti lah. Eh abang ada belajar main muzik ... Abang ingat nak buat lagu untuk sayang..

Sya : lagu apa itu...

Aman : nanti lah. Belum siap. Hahaha..


Hari demi hari, keadaan Sya semakin lemah... Itu membuatkan Aman merasa bimbang. Ketika Sya sedang tidur, dia diam-diam menemui doktor kalatu.


Dr. Kalatu : kedatangan tuanku saya sudah jangka.

Aman : apa maksud kamu? Apa yang dah jadi dengan isteri saya doktor.


Doktor kalatu menjelaskan tentang penyakit orang-orang kota malam di mana umur mereka pendek. Dan di sebabkan Aman bukan orang asal Kota Malam mungkin menyebabkan penyakit itu lambat datang dalam tubuh Aman. Aman yang mendengar itu terus menangis...


Aman : berapa lama lagi?

Dr. Kalatu : sekitar dalam seminggu lagi...


Aman kemudian pulang. Sya yang melemah baring di katil itu sedar akan kedatangan Aman. Sya senyum lemah..


Sya : kenapa mata tu?

Aman : baru habis potong bawang...

Sya : ha ha.. biar Sya masak 


Sya cuba untuk bangun namun di halang oleh Aman..


Aman : jangan. Biar saya yang masak. Awak rehat.. bagus untuk baby tu..


Aman berniat untuk meneruskan pembohongan Sya. Dia tidak mahu Sya fikir dia akan sedih. Semenjak hari itu, Aman jarang keluar rumah. Dia terus menemani isteri yang sedang semakin melemah..


Sya : abang. Kalau Sya tak ada, abang kahwin lain ke?

Aman : abang janji akan berkahwin dengan sesiapa pun.

Sya : mana boleh . Zuriat tak ada nanti..

Aman : tak apa.. janji kenangan kita bersama tetap terpahat rapat dalam ingatan..

Sya : ya lah tu. Kenapa romantik pula suami saya malam ni?

Aman : hari-hari memang malam. Abang tak pernah terfikir hidup abang akan berubah seperti ini. Orang kejam pada dunia kini di tundukkan oleh perempuan yang menghangatkan hati seorang Raja berhati dingin.. hidup seperti ini.. tidak pernah abang bayangkan seumur hidup... Abang tak akan pernah menyesal memilih Sya jadi isteri abang.


Sya hanya tersenyum....


Sya : nak dengar lagu bang..

Aman : ok.. dengar baik-baik..


Tidurlah wahai permaisuri hati

Ku harap kau lena dalam tidurmu

Jangan bimbang waktu kan menghapus semuanya,

Kerna engkau kan bertemu esok


Tidurlah wahai permaisuri ku

Lupakan segala yang mengganggumu,

Kerna itu tak menjadikan kau dewasa,

Makanya lelaplah ,

Permaisuri ku


Kan ku ada di samping mu hingga pagi,

Tidurlah wahai permaisuri ku

Agar merehatkan fikiranmu

Jadi itulah, kau tidurlah

Permaisuriku


............


Sejurus habis lagu itu di nyanyikan... Sya tertidur dan Aman pun tidur bersamanya. Apa bezanya ? Aman bangun pada keesokan harinya tetapi Sya... Sudah tidak bernafas lagi.......


Aman : terima kasih sya...


Aman menangis sepuas-puasnya...


Bersambung....



Previous: Bab 37
Next: Bab 39

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy