Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
42,037
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 2
“Suraya, masuk ke pejabat saya sekarang!”Seorang lelaki berumur dalam lingkungan pertengahan memanggil setiausahanya itu melalui telefon pejabat.

Rokok cerut yang separuh dihisapnya diletakkan di atas ashtray perak yang berukir corak daun-daun. Kerusi yang diduduki lelaki itu pula dibaluti kulit asli dan kerangkanya diperbuat dari kayu yang diimport. Segala peralatan dan perkakasan pejabat itu menunjukkan kemewahan pemilliknya yang merupakan peneraju utama syarikat pembinaan yang terkenal di negara. Syarikat Bina Sakti pernah mendapat projek mega yang dibina dalam dan luar negara menyebabkan ianya dipandang tnggi oleh syarikat yang seangkatan dengannya.

Suraya mengetuk pintu sekali sahaja sebelum memasuki pejabat majikannya itu.  Apabila membuka pintu Suraya terus melemparkan senyuman kepada lelaki itu. Lelaki itu hanya menggerakkan bibirnya sedikit untuk membalas senyuman wanita itu. Mukanya kebanyakan masa menunjukkan sifat tegas. Suraya dapat membaca keadaan bosnya iitu. Mungkin sesuatu yang mengganggu fikiran  menyebabkan anginnya tidak baik.

“Bagaimana projek pembinaan di teluk serdang? Masih tertangguh?” lelaki itu bertanya sejurus selepas Suraya duduk di kerusi di hadapannya.

“Dalam masa beberapa hari lagi Majlis Perbandaran akan memberi kelulusan.” Suraya menjawab sambil merenung ke arah lelaki itu.

“Kalau macam itu, proses pembinaan boleh dimulakan hari ini.”

“Tapi kita tak boleh memulakan proses selagi tiada permit.”

“Itu tak mengapa, proses penyediaan untuk pembinaan pun sudah memakan masa beberapa hari. Nanti awak maklumkan perkara ini kepada jurutera Liyana. Suruh dia uruskan tentang pembinaan itu segera.”

“Baik!” jawab Suraya ringkas.

“Kamu boleh keluar kalau tak ada urusan apa-apa lagi”

Suraya bingkas bangun dan keluar menuju ke meja nya tadi. Suraya hanya menurut. Dia tidak berani mengganggu emosi lelaki itu yang sudah pun tidak stabil. Seperti bom jangka yang akan meledak pada bila-bila masa.

Arahan yang jelas dari lelaki tadi terus membuat dia mula membuat panggilan selepas keluar dari bilik itu. Tujuannya untuk memberi maklumat kepada Jurutera Liyana tentang apa yang diarahkan lelaki tadi.

“Helo, Yana. Tadi tuan ada beritahu yang projek pembinaan di teluk serdang boleh dimulakan hari ini. Tentang masalah permit tu awak jangan risau nanti akan diberikan dalam masa beberapa hari lagi.”

Bellulm sempat Suraya melanjutkan lagi pemberitahuannya, matanya terus terpandang seorang wanita yang menutup separuh kepalanya dengan selendang meluru nasuk ke kawasan kerja di situ. Wanita itu dengan laju menghampiri meja Suraya.

“Nanti I call you kemudian. Bye!” Suraya meletakkan telefon. Dia ingin menumppukan perhatian kepada wanita yang datang menghampirinya itu.

“Selamat pagi Puan Sabihah” Suraya menegur wanita itu yang hanya menjeling kepada nya sambil mengintai bilik majikannya dari jauh.

“Tuan kau ada kat dalam?” wanita itu bertanya dengan nada yang kurang senang.

“Ada, tapi..” belum sempat menghabiskan ayatnya, wanita itu terus meluru ke arah pejabat majikannya dan memasukinya tanpa mengetuk pintu. Suraya hanya memerhati. Dia tidak dapat menghalang wanita itu dari memasuki bilik itu. Pengalaman sebelum ini sememangnya memeberi dia pengajaran.

Lelaki tadi terkejut melihat wanita itu memasuki pejabatnya.

“Kau bersama dengan perempuan mana semalam?” Puan Sabihah bertanya dengan lantang. Mata nya yang luas merenung ke arah lelaki itu. Langsung tiada sapaan salam mahupun ucapan selamat sebagai pembuka bicara. Hanya soalan itu yang bermain di mindanya sejak dari rumah lagi. Apa yang dimahukan ialah jawapan dari lelaki yang merupakan suaminya sendiri.

“Suka hati saya nak bersama siapa pun. Kenapa awak peduli?” jawapan yang ringkas dan tenang dari lelaki bersut coklat  dan bertali leher jalur jingga itu. Langsung tiada tanda terkejut akan perbuatan Puan Sabihah yang menerpa terus ke pejabatnya dengan muka yang merah padam.

“Awak kena ingat yang awak tu suami saya. Awak jangan buat hal. “ suaranya meninggi sedikit.

“Jangan buat hal? Habis yang awak ke hulu dan ke hilir dengan jantan muda tu apa pula?” Puan Sabihah mengerutkan keningnya ingin merenung kembali perkara yang diluahkan suaminya itu.

“Itu klien saya. Kan saya dah cakap”

“Awak jangan menafikan benda itu. Saya tahu semua perkara berkaitan dengan awak. Awak ingat saya bodoh mempercayai apa yang awak cakap selama ini.” Giliran lelaki itu pula bersuara tinggi. Nada marah semakin jelas didengari. Mereka seakan sudah bersedia untuk bertikam lidah.

“Awak sengaja mengada-adakan cerita tentang saya kan sebab ingin menutup perbuatan awak dengan perempuan-perempuan itu.”

“Saya tak mengadakan cerita. Saya ada bukti” Puan  Sabihah mengerut kening. Dia kelihatan sedikit risau.

Mata lelaki itu yang membulat tidak terlepas dari merenung Puan Sabihah. Puan Sabihah kelihatan gelisah. Mungkin ada sesuatu yang buruk dapat dihidu oleh suaminya itu. Sekeping gambar dikeluarkan dari laci meja dan ditunjukkan kepada wanita itu.

“Nah, awak tengok ni. Apa yang awak buat malam ahad lalu.”

Puan Sabihah meneliti gambar itu. Kelihatan gambarnya bersama lelaki memasuki hotel.

“Ini klien saya. Kan saya sudah cakap. Saya ada banyak perkara untuk dibincangkan ketika itu?”.suuaranya sedikit tersekat.

“Berbincang apa di hotel tengah-tengah malam macam ni. Awak jangan tipu saya tau. Perkara yang awak buat ni sangat terkutuk.”

“Berbincang pasal kerja la”

“Sudah, Saya tak mahu lihat muka awak dekat pejabat ini. Pergi berambus!” Lelaki itu bingkas bangun menunding jari ke arah pintu. Dia hilang sabar dengan jawapan Puan Sabihah.

Puan Sabihah terkedu selepas tuduhah yang dibuat ke atasnya. Soalan yang bermain difikirannya tadi belum lagi ditemui jawapannya. Soalan lain pula kini yang bertambah di kepalanya. Dia mengorak langkah menuju ke pintu untuk keluar. Tapi sebelum sempat dia mencapai tombol, suaminya itu sempat mengatakan sesuatu.

“Keputusan saya untuk bercerai dengan awak masih lagi dalam fikiran. Saya tak akan biarkan awak dapat sesen pun dari harta saya.”

Puan Sabihah menghempas pintu selepas mendengar kata-kata akhir suaminya itu. Dada lelaki itu kencang menarik nafas dan menghembus kembali. Pertengkaran itu memang menaikkan darahnya. Sudah banyak kali dia mendengar perbuatan terkutuk itu dari kawan-kawannya. Tapi kali ini terbukti dengan gambar yang diperolehi pengawal peribadinya. Memang sah apa yang disangkakannya sebelum ini. Puan Sabihah mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Kepercayaannya kepada wanita itu sudah pudar kini. Rumahtangga yang dibina selama hampir 30 tahun itu sudah sampai ke penghujungnya.

“Maaf Tuan” Aman yang merupakan pengawal peribadinya masuk menegur setelah melihat majikannya itu reda dari kemarahan.

“tadi saya ada satu lagi maklumat tentang tapak sarkas itu. Kalau Tuan mahu tahu saya akan terangkan. “ sampuk Aman yang melihat lelaki itu sdikit terganggu dengan peristiwa yang baru berlaku sebentar tadi.

“Apa maklumat yang awak perolehi?”

“Seorang daripada empat orang yang memasuki tapak sarkas tempoh hari itu telah mati.” Raut wajah lelaki itu sedikit senyum.

“Huh, itu padahnya kalau menceroboh tempat orang. “

“Selepas ini apa yang kita perlu lakukan Tuan.”

Lelaki itu berdiri sambil menghampiri ke arah tingkap. Dia melihat keadaan lalu-lintas yang sesak di jalan berdekatan dengan bangunan itu. Dia seperti sedang berfikir sesuatu sebelum menjawab pertanyaan Aman tadi.

“Setakat ini nanti dulu, jangan buat apa-apa lagi. Biarkan dulu sementara perkara ini. Tetapi setiap meklumat tentang benda ini harus dirahsiakan dan jangan dilepaskan sedikit pun maklumat tentang perkara ini kepada sesiapa pun.” Kata lelaki itu memandang ke arah Aman sebelum kembali melihat ke arah jendela.

“Baik Tuan” kata Aman sebelum meninggalkan pejabat tuannya itu.

Sedikit kepuasan jelas terpampang di wajah nya mengenai hal yang dikhabarkan oleh Aman tadi. Pembunuhan Lisa seperti memberi makna kepadanya.

“Tiada siapa boleh menghampiri tanah itu.” katanya dengan nada yang sedikit perlahan.

Sali dan Hazna baru pulang dari hospital setelah beberapa hari berada di sana. Setelah penantian yang agak lama, pasangan itu baru menerima cahaya mata yang pertama. Mereka amat bersyukur kepada Tuhan kerana diberi rezeki yang selama ini dinantikan dengan penuh sabar. Kegembiraan jelas terpampang di wajah kedua mereka saat pulang ke rumah bersama bayi mereka itu. Suasana yang indah itu dikongsi bersama keluarga yang sejak dari kelmarin menunggu untuk melihat wajah bayi itu. Sama ada keluarga sebelah Sali mahupun Hazna, semuanya gembira meraikan hari yang ditunggu itu. Masing-masing tidak sabar untuk melepaskan peluang menatap wajah mulus bayi itu.

Orang pertama yang mengambil  bayi itu dari tangan Hazna ialah ibu Hazna sendiri, Mek Sah. Hazna kelihatan keletihan setelah beberapa lama berurusan di hospital. Tambahan pula dia belum sembuh sepenuhnya daripada sakit bersalin. Sali yang faham keadaan isterinya itu membantu Hazna menaiki tiga anak tangga menuju pintu masuk rumahnya. Segala persiapan menyambut kepulangan bayi dari hospital telah disediakan ibu Hazna. Seluruh anggota keluarga mengikut ibu Hazna yang memegang bayi itu ke bilik  yang disediakan khas untuk bayi itu.

“Comel juga cucu atuk ni kan!” Encik Hazman menyapa selepas bayi itu diletakkan di atas tilam kecil.

“Mari semua  kita teka muka siapa yang sama dengan si kecil ni.” Kata salah seorang anggota keluarga mereka.

Selepas meletakkan bayi itu, Ibu Hazna memerhatikan Hazna dan Sali yang berjalan perlahan menuju ke bilik mereka. Mek Sah lantas menghampiri mereka memberi pertolongan.

“Biar mak bawa dia pergi bilik, Sali pergi ambil barang dalam kereta tu bawak masuk.” Sali hanya mengangguk menurut kata ibu mertuanya itu.  Mek Sah memimpin tangan anaknya itu. Sali pantas menuju ke kereta mengangkat barang-barang yang dibawa dari hospital.

“Macam mana, masih sakit lagi ke?” Tanya Mek Sah sambil mengikut langkah anaknya itu yang perlahan.

“Semalam dah okey, tapi pagi ni datang balik sakit ni.”

“Tak apa. Mak ada sini, nanti kite buat apa yang patut. Mak dah sedia semua barang dan kelengkapan untuk kamu berpantang di sini. Tak payahlah kamu balik kampung dah.“

Mek Sah menolong anaknya itu duduk di atas katil. Sekali-sekala kelihatan Sali berulang-alik masuk ke bilik itu meletakkan barang-barang yang diangkatnya dari dalam kereta.

“Mak harap kau jaga la nanti anak kamu tu baik-baik bila dia besar nanti. Sudah lama kamu berdua tunggu untuk menimang cahaya mata kan!” Senyum Mek Sah memerhatikan mata anaknya itu yang sedang menahan sakit.

“Tentu la mak. Saya bersyukur sangat Tuhan mendengar doa saya selama ini. Saya harap doa saya akan berterusan untuk membesarkan dia nanti.” Hazna kembali senyum sedikit kepada ibunya itu walaupun sakit selepas bersalin yang dirasainya itu belum surut.

Hazna dan Sali sudah berumahtangga lebih kurang 11 tahun. Selama itulah mereka menanggung kerinduan untuk menimang cahaya mata. Sudah pelbagai cara yang diikhtiar oleh mereka dan keluarga sebelum ini tetapi tidak berhasil. Walaupun menemui jalan buntu, mereka tetap tidak berputus asa dan kerap berusaha untuk mendapatkan anak. Sehinggalah tahun lepas apabila mereka menemui seorang pakar perbidanan yang agak terkenal di sebuah kampung. Selang beberapa bulan selepas itu Hazna disahkan hamil. Seluruh keluarga mereka gembira dengan berita itu. Sebuah kenduri kesyukuran diadakan selepas itu. Berkat doa mereka akhirnya ALLAH makbulkan doa mereka.

“Mak pun tumpang gembira dengan kamu Na. Ayah kamu pun mak tengok dari tadi tak lepas  menengok anak kamu tu.”

“Alhamdulillah. Semenjak ada dia, hubungan saya dengan Sali pun makin lama makin baik. Kami semakin bahagia mak!”

Mek Sah lega kehidupan anaknya yang menanggung derita selama ini berakhir. Kelihatan mata Mek Sah sedikit berair. Sudah lama anaknya itu menahan segala cemuhan dan kata nista dari orang-orang sekitar. Tapi hatinya tetap tabah menempuhi semua itu.  Mek Sah lantas memeluk anaknya itu. Namun, Mek Sah tidak mahu anaknya itu menyedari kesebakkannya. Dia menyapu air matanya dan cepat bangun dari katil itu.

“Sudahlah, mak nak pergi tengok anak kamu tu. Nanti menangis pula dia tengok ramai sangat orang dekat situ.”

Mek Sah bangun keluar dari bilik itu dan pergi melihat cucu barunya itu. Hazna hanya tersenyum. Puas di hati nya tiada siapa yang tahu. Hazna mengambil masa untuk berehat seketika di biliknya sebelum pergi ke bilik anaknya itu untuk menyusu.

Previous: BAB 1-1
Next: BAB 2-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill