Home Novel Thriller/Aksi MAKTUB
MAKTUB
#mystrill
21/11/2019 15:39:38
848
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
F & M 4
Farhan yang sedang berbaring membaca buku di atas katil berulang kali mencuri pandang ke arah Zaara yang sejak dari tadi hanya duduk memandang cermin.

“Sayang dah la tu, dah cantik dah, tak payah belek muka lama-lama. Pecah cermin tu.” Farhan mengusik. Namun reaksi Zaara hampar.

“Kenapa ni?” Bahu Zaara dipegang lembut. Zaara menyentuh tangan suaminya tanpa berpaling.

“Abang nampak tak parut kat belakang Za? Kalau tak silap mak cik tu cakap dekat kawasan bahu.”

“Mak cik mana ni?”

“Jiran papa, mak cik Zaharah. Tadi sayang pergi tengok rumah banglo papa tu.”

“Za buat apa kat sana?”

“Entahlah abang. Za cuma nak ingat balik apa yang jadi 12 tahun lepas.”

“Sebab mimpi tu ke?”

“A,ah. Sayang tak sedap hati la abang.”

“Kenapa?”

“Macam ada yang tak kena.”

“Memang pun.”

“Apa yang memang pun ni. Abang tak ada kat sana.”

“Sayang tu. Lain kali nak pergi ajak abang, biar abang temankan. Ni tak pergi sorang-sorang. Kalau apa-apa jadi siapa susah. Dah la tak cakap sepatah nak pergi sana. Tak payah la pakai kereta, biar abang hantar sayang pergi mana-mana.” Farhan menyuarakan ketidakpuasan hatinya.

“Maaflah. Tapi masa lalu kawasan tu tergerak hati Za nak pergi sana tadi. Maafkan Za abang.” Zaara mencium tangan suaminya.

Farhan tersenyum dan merangkul Zaara dari belakang. Zaara yang dapat melihat Farhan tersenyum melalui cermin menjadi tenang. Hilang sudah perasaan bersalahnya.

“Kat mana sayang cakap parut tadi.”

‘’Dekat bahagian bahu. Tak tahu sebelah kanan ke kiri.” Farhan melepaskan pelukan. Dia melondehkan sedikit baju yang dipakai Zaara dan melihat dengan teliti.

 “Tak ada pun sayang. Tapi kat sebelah kiri dekat bahu ada parut melecur corak macam angel wing? Macam kena besi panas je ni.”

“Entah. Kak Bell pun cakap benda sama. Parut ni dah lama ada sejak dari Za kecil lagi.” Zaara merujuk kepada Bell. Kakak tirinya. Bapanya berkahwin dengan Maznah selepas ibunya meninggal dunia.

“First time abang nampak masa dinner, sayang pakai dress tak ada lengan masa datang dengan Adam.”

“Nak tengok.” Zaara meminta.

Farhan mengambil cermin dan meletakkannya di belakang Zaara. Zaara melihat parut yang dikatakan Farhan.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.