Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
41,954
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 5

Puan Zarina hari ini mengadakan parti hari jadi anaknya yang ke-17 disebuah banglo mewah miliknya di Taman Che Den. Segala persiapan telah lengkap dan hanya menunggu kedatangan tetamu sahaja yang datang. Para tetamu Puan Zarina adalah di kalangan teman-teman rapat dan rakan sekerja. Rumah banglo dua tingkat itu dihiasi indah dengan hiasan hari jadi. Suasana malam menyerlahkan lagi lampu kelip-kelip yang dipasang di tiang-tiang dan pokok-pokok.

Katering yang menyediakan makanan mengatur satu persatu hidangan sampingan yang bersaiz kecil atas sebuah meja. Kek utama pula hanya diberi sentuhan akhir dengan aising setelah disusun tiga tingkat. Pengendali majlis pula sibuk menyusun belon-belon di sekitar kawasan parti.Hiasan yang berkilau pula digantung di siling. Suasana begitu meriah. Sambutan buat anak tunggal Puan Zarina yang amat disayanginya iaitu Izlin mesti istimewa dan sempurna.

Selesai kehadiran semua tetamu, pengendali majlis mengucapkan selamat datang kepada semua. Kemudian majlis diserikan dengan ucapan Puan Zarina kepada anaknya. Apabila tiba acara memotong kek, Izlin dipersilakan untuk berada di sisi kek. Kek tiga tingkat itu kemudian ditiup lilinnya sebelum kek dipotong. Bunyi tepukan memenuhi ruang luar rumah banglo itu.

Tetamu mula menjamah makanan yang dihidang dan ketika itu Puan Zarina menghampiri anaknya.

“Izlin mak nak bagi hadiah istimewa buat Izlin.” Puan Zarina mengukir senyuman. Dia pula berdebar memberi sekotak hadiah kepada anak nyaitu. Puan Zarina memberi keizinan kepada anaknya itu untuk membuka hadiah itu ketika itu juga.

“Kereta Wolkswagen mak. Wow thank you, I love you!” Senyuman lebar Izlin terukir selepas menemui kunci kereta di dalam kotak yang dihadiahkanPuan Zarina. Ketila itu juga Izlin memeluk rapat ibu nya itu. Sudah lama dia mengidamkan sebuah kereta untuk dibawanya ke kolej nanti.Puan Zarina hanya mengusap kepala anaknya itu.

“Tapi ada satu lagi hadiah yang perlu Izlin buka kan! Surat dari arwah datuk.” Izlin menambah kata. Arwah datuk nya mengirimkan hadiah kepada Izlin sepucuk surat yang hanya boleh dibukanya pada hari jadiyang ke-17

Puan Zarina menggangguk. Tapi dia mengajak anaknya untuk berada di dalam bagi mengetahui isi surat itu. Setelah mereka berdua duduk di ruang tamu Puan Zarina mengeluarkan surat yang dimamah usia. Izlin cepat mengambil surat itu lalu terus membukanya. Kandungan surat itu dibacanya separa kuat dan hanya didengari ibunya sahaja.

“Apa? Sebidang tanah di kawasan hutan tepi jalan tu?” Puan Zarina kehairanan setelah habis surat itu dibaca Izlin. Surat itu dibacanya semula dengan teliti. Izlin hanya memerhatikan sahaja gelagat ibunya itu. Kandungan surat itu jelas menyatakan datuk Izlin, Mohd Din bin Husin memberi cucunya itu sebidang tanah.

“Kenapa mak, ada apa yang tak kena?” tanya Izlin bingung dengan gelagat ibunya itu.

“Datuk kamu tak pernah beritahu mak pun pasal perkara nih?”

“Namanya pun rahsia. Memang la datuk tak beritahu mak.”

“Mak tahu, tapi tak sangka pula mak rahsia ini berkaitan dengan tanah yang datuk sering cakapkan tu.”

“Jadi, mak nak buat apa sekarang?”

“Mak rasa esok mak nak pergi berjumpa dengan peguam yang menguruskan tanah kepunyaan datuk. Mak nak penjelasan tentang hal ini.”

“Okey!” hati remaja Izlin sukar mengerti hal berkaitan ibunya itu dan datuk. Dia sekadar mengikut sahaja apa yang dicadangkan. Bagi dia apa yang penting tiada perselisihan pendapat antara dia dan ibunya itu.

“Buat masa sekarang ni kita lupakan dulu hal ini. Malam ini malam istimewa Izlin kan. Jadi Izlin pergi berseronok bersama kawan-kawan Izlin. Mak pun nak melayan ramai kawan mak dekat luar tu, okey? Kita fikirkan hal ni kemudian.”

Previous: Bab 4-1
Next: Bab 5-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill