Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
41,980
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7-1

Suasana malam itu agak panas seperti biasa kerana awal tahun negara selalunya berdepan dengan cuaca panas dan kalau tidak bernasib baik tragedi kemarau akan berlaku. Namun apa pun berlaku tidak akan mengubah landskap sarkas di jalan sekerat itu. Struktur-struktur yang lama itu seperti tidak terkesan dek cuaca ketika ini. Walaupun ada segelintir binaan yang jatuh tatkala imbangan sudah tidak selari dengan gravitibumi. Zaril yang melewati struktur itu kembali berpaling ke kiri dan ke kanan. Mencari ruang-ruang yang dapat menyejukkan jiwanya yang sarat dengan tanda tanya.

Setelah mencari dan mendapat beberapa informasi dari internet, dia kembali kini ke sarkas itu dengan harapan untuk membawa pulang sedikit bukti tentang tempat itu. Khususnya bukti tentang pembunuhan Lisa. Walaupun dia mengakui yang perbuatan itu terlalu gelojoh dia tetap juga meneruskan niatnya untuk menyelesaikan masalah itu. Jika terjumpa sesuatu, mungkin apa yang dijumpainya turut membantu siasatan polis.

Bayang-bayang batang besi struktur itu tidak ubah seperti jari jemari makhluk yang melambai-lambai. Walaupun, Zaril terkesan dengan gangguan yang dihadapinya tempoh hari dia seolah semakin ligat mencari apa kebenaran yang tersembunyi di tempat yang mereka berempat jejaki. Angin yang kadang-kadang meniup mendinginkan tubuh Zaril yang separuh ketar dengan bayangan-banayan yang menyeramkan . Dia cuba untuk membaca sesuatu dari al-Quran untuk menenangkan dirinya sendiri. Matanya liar bergerak. Dalam kesunyian itu, Zaril terdengar bunyi yang agak perlahan ranting yang patah di lantai. Bunyi ituternyata menghampirinya. Zaril menoleh diri ke belakang dan terus tidak terkata apa. Berdiri di belakangnya seorang wanita berambut panjang.

“Aria, apa awak buat dekat sini? Kan saya suruh tunggu sahaja di kereta”. Zaril yang separuh meracau itu lega insan yang ditemuinya ialah Aria.

“Saya rasa tak sedap hati lah. Kita balik je lah Zaril!”

“Balik? Kita baru sahaja lima minit sampai di sini! Tak sampai beberapa langkah dari pagar utama.”

“Zaril, awak pasti apa yang awak buat ni! Kita tak tahu lagi punca dan sebab kematian Lisa.”

“Aria, Lisa mati sebab kita semua setuju untuk pergi ke sarkas ini. Sarkas ini ialah punca kepada kematian dia.”

“Mana awak tahu? Awak ada buktikah!”

‘Itulah yang sedang buat sekarang mencari bukti. Jadi awak jangan menghalang saya.”

Aria menyedari yang Zaril terasa terbeban dengan kematian Aria. Dia juga turut terasa dengan perkara itu. tetapi dengan menceroboh masuk ke tempat ini di malam-malam hari begini. Pasti bahaya pula yang menanti. Zaril meneruskan perjalanannya meneroka sarkas itu.

“Zaril, sudahlah tu. Kita tunggu sahaja siasatan dari pihak polis lebih berbaloi dari apa yang kita buat di sini.” Aria memahami pemikiran Zaril yang seperti hilang akal itu. Dia tahu yang Zaril rasa bersalah dengan kematian Lisa.

“Zaril, awak tak dapat terima qada dan qadarkah Zaril.?” Aria menyentap hati Zaril yang degil itu. Zaril yang terkesan dengan kata-kata Aria itu berpaling.

“Saya berjanji keapda Rafi, Aria. Untuk memastikan yang mereka akhirnya akan bersatu di jinjang pelamin. Ketika kami sama-sama pergi membeli cincin tu, riak mukanya sangat gembira tidak seperti hari-hari yang lain. Saya rasa itu adalah hari yang dia sangat gembira. Saya rasa seperti tidak boleh berbuat apa-apa setelah Lisa pergi.” Benar seperti apa yang dijangka Aria temanya itu, masih tidak berganjak dari kesedihan yang melanda mereka.

“Ketika saya ke rumahnya kelmarin, dia seperti orang hilang akal. Dia dah tak seperti selalu kita nampak. Tiap-tiap hari berada di atas katil. Makan dan minum pun tak menentu. Dia berubah. Saya tak sanggup melihat dia seperti itu.”

“Kalau kita ke sini pun kita masih tak mampu buat apa-apa Zaril.” Pujuk Aria.

“Sekurangnya kita usaha agar kita tahu siapa yang melakukan semua ini.”

“Biar polis sahaja yang tentukan Zaril. Percayakan Detektif Mizi. Mereka boleh menyelesaikan kes ini. Kita tak boleh berbuat apa-apa Zaril. Melainkan bahaya yang nanti mengundang.”

Zaril terdiam seketika. Dia membenarkan kata-kata Aria itu dimamah otaknya ketika raganya ketika itu tipis mencari ketenangan. Dia semakin mengakui yang dia sudah tidak mampu mengundurkan masa dan mengembalikan apa yang sudah tiada. Seperti kata Aria tadi, kini dialebih menerima qada dan qadar.

“Kita balik ya.” Kata Aria perlahan. Zaril menarik nafas dan membalasnya dengan anggukkan. Mereka berdua meningalkan sarkas itu dengan hati yang merenung kembali ke arah tujuan dan matlamat hidup kini yang mengutamakan hidup yang perlu diteruskan dan yang telah pergi itu dibiarkan mereka bersemadi dengan aman.

Previous: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill