Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
42,027
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 1
Keheningan malam menemani empat orang kawan dalam perjalanan ke sebuah tempat yang terpencil dan tersorok. Sebuah kereta perodua axia yang dinaiki mereka menyusuri jalan masuk ke sebuah sarkas yang berabad lama ditinggalkan di sebuah perkarangan kawasan seluas lebih beberapa hektar. Suasana keadaan malam yang sunyi hanya samar-samar deruman kereta yang sekali sekala lalu di jalan utama. Kereta tersebut melewati beberapa pohon besar dan semakin menghampiri pintu masuk sarkas terbabit. Jarak antara sarkas itu dan jalan utama sangat jauh.

Jalan yang menghubungkan sarkas dan jalan utama pula sudah belopak-lopak dan dilitupi daun-daun yang gugur dari pokok yang besarnya lebih dari satu pelukan manusia. Kereta itu bergoncang-goncang apabila memasuki lopak, namun perjalanan tidak terhenti selagi hujung jalan tidak ditemui. Hanya lampu kereta yang menyuluh jalan dek kerana lampu jalan sudah tidak berfungsi. Cahaya bulan pula hanya berselang-seli menerangi kawasan itu kerana awan penuh menutupi langit. Kereta tersebut berhenti sebaik sahaja sampai betul-betul di depan pagar lusuh yang dirantai rapi. Karat meliputi seluruh pagar itu, dinaiki penuh pokok renek yang menjalar.

Pintu kereta dibuka selepas enjin dimatikan lalu pemandu kereta itu terlebih dahulu mengangkat punggung dan keluar dari kereta.

“Kita dah sampai!” sahut Rafi sambil kedua tangan dicekak ke pinggang. Matanya masih menumpu ke arah sarkas itu.

“Wow, besar juga tempat ni!” Lisa berkata selepas menutup pintu kereta.

“Aku tak tau apa yang aku buat dekat sini. Sudah la pening kereta bergoncang tadi!” Keluh Zaril.

“Sorry, sekejap saja kita teman mereka dua orang!” pujuk Aria. Zaril hanya membalasnya dengan senyuman. Kedua-dua mereka bergerak mengahampiri Rafi dan Lisa yang berbual di hadapan kereta.

“Jom masuk! Tunggu apa lagi? Mana lampu suluh tadi?” Zaril bertanya.

“Eh, bukan kau yang pegang kah tadi?” Lisa menyampuk.

“Mana ada. Aku letak atas meja tadi. Tak tahu siapa yang ambil”. Rafi dan Lisa Nampak pasrah. Mungkin sama-sama lupa untuk ingatkan tentang lampu suluh itu.

“Aku sudah ambil tadi!” Aria senyum sambil mengambil alat berkenan di dalam kereta berhampiran tempat duduk penumpang. Dua lampu suluh di tangan Aria itu diberikan satu kepada Rafi dan Lisa. Manakala satu lagi buat dia dan Zaril. Lampu suluh itu dihalakan ke arah papan tanda yang besar digantung di pagar berkenaan.

‘KAWASAN PERSENDIRIAN. PENCEROBOH AKAN DIDAKWA’

“Aku tak mahu ada sebarang masalah Rafi!” kata Zaril selepas melihat papan tanda terbabit.

“Jangan risau lah. Jom masuk!” Yakin Rafi sambil melangkah menghampiri pagar itu. Engsel pagar itu sudah tercabut. Rafi Menarik sedikit pagar supaya ada ruang untuk mereka masuk.

Keempat-empat mereka masuk dengan cermat. Takut terkena besi-besi pagar yang tajam dan berkarat itu. Seorang demi seorang melalui celah pagar yang sempit itu.

Rafi menyuluh lampu kearah sekeliling memeriksa sekiranya ada apa-apa yang membahayakan laluan mereka. Zaril pula  melihat struktur-struktur lama yang masih berdiri tegak meskipun ada yang hampir tumbang. Pokok-pokok kecil  dan semak tumbuh menutupi sebahagian daripada struktur-struktur berkenaan.

Melihat kepada tujuan mereka ke situ, Rafi yang mulanya mengajak Lisa untuk melawat sarkas berkenaan kerana dia beberapa kali tidak  dapat memenuhi permintaan Lisa untuk menyaksikan persembahan sarkas di ibu Negara. Sebagai ‘hadiah’ hari jadi yang ke-20, Rafi mengajak Lisa ke situ sebagai tanda penebus kepada keinginan Lisa untuk menyaksikan persembahan sarkas yang lepas. Memandangkan Rafi pernah ke sarkas itu dengan rakan-rakan kilang nya sebelum ini, dia mengambil keputusan untuk menunjukkan sarkas itu kepada Lisa.

Lawatan mereka bermula di sebelah kanan pintu masuk. Terdapat khemah pertunjukkan boneka yang berwarna merah dan putih. Tempat duduk penonton di khemah itu masih elok tersusun. Zaril menyelak langsir khemah itu menampakkan patung-patung boneka yang masih elok terusun. Ada patung yang tidak sempurna mungkin kerana rosak. Patung setinggi paras lutut itu mempunyai tali di setiap penjuru tangan dan kaki untuk dikendalikan oleh si pengemudi patung boneka. Pakaian boneka-boneka itu sangat kemas dan cantik seperti sedia melakukan persembahan bila-bila masa saja. Rafi mengambil satu patung tersebut lalu mengoyang-goyangkannya seperti membuat persembahan. Lisa dan Aria ketawa kecil apabila Rafi mambuat patung tersebut gerakan melambai-lambai.

“Saya kawan Zaril. Saya juga ada kawan namanya Coko. Coko juga kawan Zaril” Ketawa mereka semakin kuat apabila Rafi membuat suara patung tersebut mengajuk Zaril. Malah Zaril sendiri ketawa mendengar ajukan Rafi itu. Coko merupakan patung kain yang diberikan oleh arwah ibu Zaril dan menjadi mainan nya ketika kecil. Semua tahu bahawa Coko merupakan alat mainan kesayangannya yang ditempatkan di penjuru katil. Sesiapa yang masuk ke dalam bilik Zaril pasti akan melihat Coko yang tidak pernah diubah tempat duduknya.

Sarkas usang yang terletak di dalam kawasan yang luas berkenaan mempunyai lima tempat untuk dikunjungi pelawat. Khemah besar yang terletak di tengah-tengah kawasan itu menempatkan acara akrobatik berwarna merah dan masih kukuh walaupun kelihatan banyak koyakkan dan lusuh. Mereka berempat memasuki khemah berkenaan. Sungguh luas. Tempat duduk dalam khemah itu seperti stadium, bertingkat. Ia memudahkan para penonton menyaksikan persembahan yang berlangsung di tengah khemah. Kelihatan banyak struktur berpalang yang tinggi untuk aksi akrobatik dan buaian yang tinggi untuk pertunjukkan trapeze.

Rafi dan Zaril tidak lepas peluang mencuba trampoline yang digunakan untuk keselamatan pertunjukkan. Mereka berdua melompat-lompat sebelum salah satu tiang trampoline patah. Rafi terjatuh di bahagian kiri struktur itu manakala Zaril sempat berpaut di palang berdekatan dan turun malalui tiang. Lisa dan Aria hanya tersenyum melihat keletah mereka berdua yang seperti kebudak-budakkan.

Mereka kepenatan dalam meneruskan lawatan itu. Rafi mencadangkan agar Zaril dan Lisa menunggu di kawasan pentas pertunjukkan nyanyian dan lakonan di sebelah kiri. Manakala Rafi dan Lisa akan ke rumah cermin di sebelah kanan kerana Rafi menyediakan kejutan kepada Lisa sempena hari lahir nya. Mereka berpisah dan menuju ke tempat yang ingin ditujui.

Zaril dan Aria berjalan melewati khemah tengah dan menuju ke pentas yang dikatakan oleh Rafi tadi. Mata Aria melihat Rafi dan Lisa menuju ke rumah cermin.

“Lama juga mereka bercinta ya, dari bangku sekolah lagi!” Kata Zaril memulakan bualan. Namun, Aria tidak menyahut. Sebaliknya leka memerhatikan Rafi dan Lisa berlalu pergi.

“Helo, saya cakap seorang kah ni? Ada masalahkah?” Tegur Zaril.

“Tak adalah!” jawab Aria ringkas memalingkan muka kearah Zaril sambil mengukir senyuman.

“Rafi belikan Lisa seutas rantai tangan sebagai hadiah hari jadi!” Zaril kembali berbual.

“Ya kah? Macam mana awak tahu?”

“Rafi yang suruh saya tolong pilihkan!”

“Romantiknya! Bila la saya boleh dapat rantai tangan!” senyum Aria menyakat Zaril.

“Nah ni rantai awak!” beri Zaril kepada Aria gelang daun yang dari tadi dibuat nya sambil berjalan.

Zaril dan Aria sudah di penghujung perhubungan. Masing-masing menyatakan hasrat untuk meneruskan kehidupan bersama sebagai suami dan isteri. Mereka merancang untuk berkahwin dalam tahun ini dan saling melayari kasih dalam berumah tangga. Pertemuan mereka tidak lah selama Rafi dan Lisa, tapi masing-masing tahu hati dan budi mereka. Kalau tidak diselesaikan hubungan ini, mestikan tiada lagi jalan untuk bahagia sedangkan hari-hari bersua muka.

“Rantai tangan ini saja lah yang termampu!” kata Zaril hampa. Aria menghidu sifat sensitif Zaril. Kata-kata itu kedengaran serius. Lantas Aria bersuara.

“Tak apalah. Sekurangnya kita ada keluarga dan kawan-kawan. Kita kumpul la sikit-sikit untuk majlis kita nanti. Tak dapat rantai pun tak mengapa. Janji ada awak pun sudah cukup.” Aria senyum memandang Zaril. Zaril membalas senyuman Aria.

“Terima kasih awak!”
Next: BAB 1-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.