Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
522
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 3
Zaril dan Aria menunggu anggota polis tadi di dalam sebuah bilik yang sedehana kecil. Terdapat CCTV di siling yang memantau pergerakan mereka. Suasana agak suram dalam bilik itu. Mata Aria hanya menumpu ke lantai bilik, tapi fikirannya melayang mengingati peristiwa yang menyayat hati tadi. Bagaimana Lisa menjadi mangsa korban sadis begini? Apakah sebab seorang gadis yang baik dan peramah dperlakukan begini? Apakah dosa dia?  Pelbagai persoalan bermain di kotak minda Aria. Baru sahaja semalam mereka berkonsi pengalaman gembira meraikan hari jadi Lisa. Tidak sampai 24 jam peristiwa sedih dan kejam pula menimpa.

Segala pengalaman manis bersama Lisa kembali bermain di kepala Aria. Semuanya seperti diulang-tayang di mindanya. Aria mengingati detik-detik berkongsi susah-payah bersama ketika meneruskan hidup di kampung itu. Mereka saling bantu-membantu dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi bersama. Namun, setiap yang hidup akan kembali bertemu penciptanya juga. Walaupun orang disekelilingnya tidak bersedia untuk menerima pemergian Lisa itu. Jiwa perlu menerima Qada dan qadar yang ditentukan olehNya. Tambahan lagi, cara pemergian Lisa yang diragut nyawanya oleh insan kejam yang tentu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun. Suratan takdir yang lebih menguasai hidup dan mati seseorang manusia itu. Sama ada kejam atau tidak itu sudah tertulis dalam buku hidup insan yang bergelar Lisa. Kelopak mata Aria yang penuh tidak dapat menampung air mata, sekali-kala jatuh mengalir di pipinya yang mulus itu. Hati Aria dipenuhi zikir dan selawat untuk tenang dan kembali bernafas saat-saat jiwa rasionalnya diperlukan.

Zaril di sisi Aria juga tidak berkata sepatah pun. Cukup hanya sabar yang dia yakinkan kepada diri Aria dan dirinya sendiri. Tapi apa yang menimpa Lisa itu menimbulkan banyak persoalan. Mereka tidak sempat langsung untuk bertanyakan hal itu kepada Mak cik Ida yang mereka cari di tempat kejadian. Bayang Rafi juga langsung tidak kelihatan. Telefon bimbitnya pula dimatikan. Berurusan dengan anggota polis tadi menyebabkan segalanya bergerak terlalu pantas. Mungkin itu prosedur yang ingin anggota polis itu ikuti untuk menyelesaikan masalah jenayah yang selalu dilaluinya. Lagipun, segala kejadian itu dikawal sepenuhnya oleh pihak polis. Lebih baik mereka hanya menurut kata dan mengikut arahan. Takut pula menganggu penyiasatan polis di tempat kejadian walaupun mangsa tersebut ialah kawan mereka sendiri.

Pintu bilik tiba-tiba dibuka memeranjatkan Zaril dan Aria yang bermurung. Anggota polis tadi datang dengan membawa beberapa fail. Fail itu diletakkan di penjuru meja. Dia menarik kerusi yang bertentangan dengan mereka berdua lalu melabuhkan punggung. Kedua tangan diletakkan di atas meja. Mata nya melihat ke arah Zaril dan Aria.

“Biar saya perkenalkan diri dulu. Nama saya Mizi. Saya detektif yang bertugas untuk menyelesaikan kes bunuh Nur Lisa Binti Sailan.” Mizi lantas menunjukkan kad dan juga lencana sebagai pembuktian. Zaril dan Aria mengangguk. Zaril sempat melihat pangkat Mizi iaitu Inspektor di kad terbabit sebelum dimasukkan di dalam poket. Masing-masing membisu.
“Awak berdua tahu apa yang berlaku tadi?” Soal Mizi. Zaril dan Aria hanya menggeleng.

“Okey. Biar saya jelaskan serba sedikit.”

“Mayat Lisa ditemui oleh Nurida iaitu Ibu kepada Lisa di dalam bilik dia sendiri. Mangsa mati kerana lemas tidak bernafas ditekup menggunakan bantal. Mangsa mati serta-merta selepas serangan.”

“Okey. Saya sudah jelaskan kepada awak. Sekarang masa untuk awak berdua pulak memberi penjelasan”

“Penjelasan tentang apa Tuan Mizi”

“Sebenarnya, saya sudah mendapat keterangan dari Nurida dan Rafi. Rafi kawan kamu jugak kan?” Mizi bertanya dan mereka segera menggangguk.

“Menurut Rafi kamu berempat pergi ke suatu tempat semalam kan? Apa sebenarnya berlaku pada malam sebelum mangsa dibunuh?”

Zaril dan Lisa saling berpandangan.

Zaril memulakan bicara. Satu per satu cerita pada malam itu diterangkan dengan teliti. Sarkas yang lama itu menjadi menjadi tajuk penerangan dari awal sehingga akhir. Turut diberitahu apa yang mereka lakukan pada malam itu iaitu merayau-rayau di sekitar tempat itu sambil mencuba beberapa permainan yang lama. Zaril juga menerangkan tujuan sebenar mereka ke sana iaitu untuk meraikan sambutan hari lahir Lisa.

“Selepas itu Rafi menghantar Lisa pulang ke rumahnya sebelum menghantar kami pulang ke rumah masing-masing.” Zaril mengakhiri cerita.

“Sebenarnya, saya nampak sesuatu!” Aria mencelah.

“Semasa saya bersama Zaril, saya...” suara Aria tersekat. Matanya melihat Zaril. Kemudian melihat kepada Mizi. Tidak tahu sama ada perkara itu perlu diluahkan olehnya. Adakah perkara itu boleh membantu siasatan pembunuhan Lisa. Tapi segalanya perlu diberitahu oleh Aria. Sama ada membantu atau tidak dalam pencarian penjenayah Aria tekad mahu beritahu perkara itu.

“Saya tak tahu sama ada kamu berdua mahu percaya atau tidak!” Mata Zaril pula melihat Mizi sebelum kembali merenung Aria. Zaril bingung. Sebelum ini Aria tidak pernah bercakap apa-apa tentang perkara di malam itu. Adakah perkara yang ingin diberitahu oleh Aria ada kaitan dengan pembunuhan Lisa. Tapi mengapa Aria menyembunyikan perkara itu dari pengetahuan Zaril. Mungkinkah Aria sudah tidak memepercayai Zaril?

“Kamu nampak apa Aria!” Mizi berkata perlahan membantu Aria yang seakan serba salah hendak memberitahu perkara itu.

Aria menguatkan diri.

“Semasa saya berjalan bersama Zaril menuju ke khemah yang lama tu saya sempat menoleh ke arah Rafi dan Lisa. Ketika itu saya ternampak seorang badut yang sedang melambai-lambai ke arah saya. Kemudian badut itu mengikut Rafi dan Lisa masuk ke dalam rumah cermin.”

Semua terdiam. Aria serba-salah. Adakah salah nya bercakap perkara yang tak sepatutnya. Adakah dia bercakap perkara yang tak logik. Namun hati Aria lega memberitahu perkara itu terutama kepada Zaril.

“Jadi apa awak cuba cakap ni yang badut itu mungkin terlibat dalam pembunuhan Lisa?” Mizi bertanya. Aria hanya menggangguk perlahan.

“Pelik, Rafi tak cakap pulak berkenaan badut atau orang lain yang berada di sana!” kata Mizi.

“Okey. Setakat ini sahaja soalan yang perlu kamu jawab. Saya ada hal lain untuk diselesaikan. Jika ada apa-apa keterangan sila hubungi saya. Nanti saya suruh seorang anggota polis hantar kamu pulang. Jadi sampai sini saja, kamu boleh beredar.” Mizi bingkas bangun dari tempat duduk dan terus membuka pintu bilik memberi peluang untuk Zaril dan Aria keluar dahulu.

Ketiga mereka keluar dari bilik itu. Mizi kelihatan mahu menuju ke jabatan lain dalam bangunan.

“Aaa... Tuan Mizi. Boleh saya cakap sebentar dengan encik?” Zaril pantas menegur detektif itu.

“Aria awak tunggu saya dekat lobi balai. Saya nak bercakap dengan detektif” Aria menggangguk dan berjalan perlahan ke lobi.

Selepas Aria sudah tidak kelihatan. Zaril menoleh ke arah Mizi dan berkata

“Saya mintak maaf encik. Aria sangat bingung dan sedih dengan kematian kawan kami. Mungkin dia dalam keadaan tak sedar tak tahu apa yang dicakapkan tadi.” Zaril risau akan apa yang dicakapkan Aria dalam bilik tadi dianggap diada-adakan dan dirasakan mungkin tak sesuai diperkatakan ketika dalam bilik itu tadi. Dia yakin yang perkara itu tidak boleh membantu dalam penyiasatan polis.

“Mungkin juga betul, Zaril. Tapi apa pun saya akan beritahu kamu bila ada apa-apa perkembangan. Sebarang petunjuk tidak akan diambil ringan. Kamu juga perlu balik berehat. Banyak perkara yang berlaku hari ini. ” Mizi berkata sebelum melambai tangan kepada Zaril dan menuju ke arah tempat lain.

 
 
Tengah hari itu, walaupun cahaya matahari dilindungi awan yang berkepul-kepul, sekali-sekala cahayanya menerjah di celahan rimbunan pohon melati. Ada beberapa orang yang berkumpul di tanah perkuburan itu berganjak ke arah pohon yang lebih rendang bagi mengelak tempiasnya terik mentari. Ada juga yang memegang payung meneduhi diri yang sedang mengamati kematian pada hari itu.  Begitu juga dengan Aria. Dia memegang payung dan hanya memerhati pengebumian kawan karibnya itu dari kelompok wanita yang berkumpul di situ. Wajahnya sugul dan hanya senyum sedikit apabila dtegur beberapa wanita di situ. Dia sempat juga mencuri pandangan melihat Zaril yang berada berhampiran dengan pusara yang sedang dikambus itu.

Usai menimbus jasad yang dikapan itu, semua yang datang mula duduk berdekatan tok imam yang mula membacakan talkin. Suasana sungguh sunyi hanya terdengar bacaan dari tok imam. Semua hanya mendiamkan diri menginsafi diri dengan talkin yang sedang dilafazkan dengan tenang.

Begitulah keadaannya setelah nyawa sudah terpisah dari badan. Hanya dapat mendengar sahaja orang-orang setelah hidup berkata-kata. Sudah tidak mampu untuk membetulkan keadaan yang telah berlaku. Kini hanya yang tinggal amalan dan ibdat sahaja dapat diadili di alam barzakh. Talkin yang menjadi halwa telinga kepada orang yang datang di situ menjadi nadi kepada segala kesimpulan kepada kematian pada hari ini. Itu sebenarnya  pengajaran terbesar kepada orang yang masih hidup. Iaitu dengan melihat kematian yang meninsafkan dan yang dapat muhasabah diri setelah terleka dari nikmat-nikmat dunia yang berada hampir dari kita.

Setelah selesai doa dibacakan masing-masing mula meninggalkan tapak perkuburan itu. Kelihatan ada juga menziarahi kubur keluarga dan saudara-mara yang berada di situ. Aria melihat Zaril sedang berbual dengan sepasang suami isteri yang sudah lanjut usia. Dia terus menuju ke kubur Lisa. Aria mengangkat kedua tangan dan mula berdoa. Sesekali terlihat air matanya menitis membasahi tangan yang ditadahnya.

“Jom, Aria kita balik. Nanti hari gelap susah pula nak balik. Kawasan ini agak gelap” kata Zaril.

Aria mengelap air matanya. Dia menyentuh tanah kubur yang basah dicurahi air mawar itu sebelum bangun dan mengikut jejak Zaril perlahan. Mereka melangkah berhati-hati dan hanya mengikut jalan yang disediakan kerana tidak mahu terpijak kbur-kubur yang lain.

“Siapa tadi tu Zaril?” tanya Aria sambil menempuh jalan-jalan yang ditutupi daun melati yang kering itu.

“Ibu dan ayah Lisa”

“Sudah lama tak nampak mereka. Lain benar wajah mereka kan.”

“Biasalah, usia semakin lanjut. Saya pun hampir tak dapat mengecam mereka tadi.”

“Mereka masih ingat wajah awak Zaril?”

“Iya, dahulu kan saya pernah menghantar mereka balik ke Kelantan. Tak sangka mereka masih ingat sampai sekarang.”
“Apa kata mereka tentang kematian Lisa?”

“Mereka seperti tidak dapat menerima yang satu-satunya anak mereka itu meninggal.”

“Awak sudah beritahu sebabnya”

“Ya, saya sudah terangkan segalanya. Saya juga berharap mereka bersabar dengan kes yang disiasat oleh polis untuk mengetahui apakah punca sebenar semuanya berlaku.”

“Saya pun berharap macam itu juga. Semoga semuanya akan terbongkar nanti.”

“Awak ada nampak Mak cik Ida tadi?”

“Tak pun.”

“Pelik, Rafi pun saya tak nampak”

“Oh ya saya lupa yang Mak cik Ida datang awal tadi, dia hendak mengambil cucunya sekolah. Awak tak pergi tengok Rafi? Mak cik Ida beritahu yang dia seperti sudah hilang akal”

“Betulkah? Kalau macam itu esok saya pergi tengok dia.” Kata Zaril dengan nada bimbang.

“Takut juga kalau jadi apa-apa pula pada dia.”

Aria dan Zaril masing-masing masuk ke dalam kereta dan mula ingin meninggalkan perkarangan tanah perkuburan itu.

“Teringat pula saya bila kita berempat sama-sama bermasalah ketika di negara China tu. Nasib baik Lisa ada untuk menolong.” Kata Zaril yang tiba-tiba memori indah menerpa ke fikirannya. Memori yang mengembalikan persona Lisa ketika mereka ingin bercuti. Aria hanya tersenyum sedikit. Mereka tahu pemergian Lisa memberi kesan yang sangat mendalam. Tambahan pula Lisa seorang yang sangat berakhlak tinggi dan selalu tidak lupa rakan-rakan yang berada dalam kesusahan. Aria dan Zaril terdiam seketika di dalam kereta mengenangkan memori indah bersama arwah sebelum mereka berlalu dari situ beberapa minit selepas itu.



















Lisa dan Aria sama-sama menunggang basikal. Petang itu agak damai dan angin bertiup sepoi-sepoi bahasa melintasi tubuh dua orang sekawan itu. Basikal yang dinaiki separa laju itu melintasi kanak-kanak yang sedang bermain di pinggir sungai. Kelihatan  mereka leka memancing ikan dengan batang joran buatan sendiri. Perjalanan mereka menyusuri jalan yang dibuat sepanjang sungai itu. Namun belum sempat membelok selepas menaiki jambatan, tiba-tiba basikal yang dinaiki Aria mengalami kerosakan.

“Kenapa ni Aria?” Kata Lisa selepas turun dari basikal itu. Aria membuka tempat duduk motosikal itu dan memeriksa Tangki minyak.

“Alamak, rantai basikal sudah terputus. Ni mesti adik aku berlumba dengan kawannya. Habis rosak” beritahu Aria sambil melihat Lisa yang tergaru-garu kepalanya memahami perkara itu.

“Telefon aku tinggal pulak di rumah. Kalau tak boleh la aku telefon Rafi suruh dia datang baiki. Jadi sekarang macam mana?”

“Tiada cara lain. Kena tolak basikal ini sampai hujung jalan ni sebab dekat situ ada rumah. Boleh tumpang motor untuk beli minyak!”. Lisa mengangguk setuju walaupun perkara itu agak berat untuk dilakukan oleh wanita.

Mereka bergilir-gilir menolak motor itu dengan perlahan-lahan. Mujur cuaca petang itu tidak panas. Jalan itu jarang dilalui kenderaan lain kerana sempit dan hanya sesuai untuk kegunaan motosikal dan basikal sahaja. Keputusan mereka tepat dengan menolak kenderaan itu kerana kalau ditunggu sahaja kemungkinan berlarutan sampai ke malam yang mungkin membahayakan mereka. Kanak-kanak yang sedang bermain tadi perasan keadaan itu dan mentertawakan mereka. Lisa dan Aria langsung tidak mengendahkan mereka itu. Harapan mereka untuk menuju ke rumah Mak Cik Zaiton untuk mengambil kain tertangguh. Malah terpaksa menolak motor jauh.

“Bagaimana keadaan di universiti tu, okey?” tanya Aria sambil melemparkan senyum. Sambil menolak basikal
“Okey je. Ramai jugak kawan-kawan baru aku kat sana. Mereka banyak dari tempat lain seperti kelantan johor, melaka dan banyak lagi. Tapi tu la stress juga dengan pelajaran, susah juga.”

“ Dalam ramai-ramai kawan kau, tak ada ke yang minat?”

“maksud kau yang special? Huh, tak ada. Pelajaran lagi penting okey?

“baguslah kalau kau cakap macam tu. Lagipun macam mana dengan Rafi? Sudah lama dia tunggu kau. Dia pun sekarang jarang pula aku nampak sejak belajar di politeknik tu.”

“Entahlah. Aku belum bersedia lagi untuk ada hubungan yang serius dengan Rafi.”

“Aik, kenapa kau cakap macam tu? Kau ada yang lain kot.”

“Tak adalah. Rafi tu, dia macam tak serius je bila tanya bab-bab cinta nih. Bila aku tanya pasal kerja pun macam tu jugak! Aku bukan apa Aria, sekarang nih kalau nak bercinta dan berkahwin tak boleh tergesa-gesa. Nanti kalau tak ada komitmen dan hanya atas dasar cinta saja tak ke mana.”

“Aku bukan nak menafikan apa yang kau kata. Tapi apa salahnya kalau beri dia peluang untk buktikan sesuatu. Mungkin ada harapan nanti”

“Dah bertahun aku beri dia peluang dekat dia Aria, tapi masih macam tu jugak. Bila difikirkan balik, bila pula dia nak bagi aku pluang untuk aku bahagia.”

“Apa yang dia buat sampai kau kecewa. Tak mungkin dia curang kan”

“Dia yang paling setia Aria. Aku pun tak mampu nak tinggalkan dia. Tapi dia sangat tak menentu tentang hidup dia. Aku pernah jumpa dia dengan kawan-kawan dia yang hisap dadah dulu.”

“Tapi dia tak ambil benda tu kan.”

“Memang dia tak ambil. Tapi kawan-kawan dia semua yang perangai pulik. Aku takut satu hari nanti dia akan terlibat sesuatu yang aku tak ingin kan. Dia sambung belajar ke politeknik pun sebab aku dan Zaril yang pujuk.”

“Tak mungkin lah. Kau kenal dia dari kecil kan, dia tak akan buat benda-benda tu”

“Sebab aku kenal la aku tak tinggalkan dia. Tapi manusia boleh berubah Aria, tambah-tambah lagi bila berkawan dengan  orang-orang macam tu”

“Sebut pasal hubungan ni. Kau pulak macam mana? Aku tengok si Zaril tu baik orangnya. Hari tu dia layan mak kau baik saja.”

“Tak adalah. Masih awal lagi nak menilai. Kami baru berkawan okey!”

“Macam kau kata tadi, beri la dia pluang. Memang jelas sangat yang dia sukakan kau. Jarang tau aku nampak lelaki macam Zaril tu tau. Aku boleh nampak masa depan kau akan scerah dengan dia!”

“Cerah tak cerah sangat. Hari pun dah tak cerah, nak gelap.”

“Baru je sebut dah ada depan mata. Memang jodoh!” Kata Lisa sambil jarinya menunjuk ke arah Zaril.

“Kenapa ni ada masalah ke?”

“ada. Masalah jodoh.”

“Apa?”

“Rantai basikal Lisa putus.”

“Hari dah nak gelap nih. Kawasan ni tiada lampu jalan.”

“Itulah, kami harap cepat la sampai rumah depan tu.”

“Aaa... Macam ni lah saya ambil basikal ni pergi simpan dekat rumah Mak cik. Lepas tu saya datang balik dan saya akan naik basikal Aria.”
“Aik kenapa tak bawa Aria balik naik moto je. Basikal saya ni tak rosak lagi saya boleh balik sendiri.”
“Bukan apa. Nanti tak manis pula orang nampak laki dan prempuan naik motosikal. Kamu berdua naik motosikal saya ni balik rumah, Lisa boleh bawa motorsikal kan?” Lisa mengangguk.

Aria menghulurkan basikal kepada zaril. Zaril membonceng dengan sebelah tangan kerana sebelah  lagi memegang basikal Aria. Walaupun perlahan lama-kelamaan Zaril hilang dari pandangan.

“Dah la baik hensem pulak tu. Kau jatuh hati dekat dia kan” kata Lisa menyakat kawannya itu
“Ish kau ni. Aku baru je kenal dengan dia.”

“Memang la baru kenal. Tapi aku nampak macam ada sesuatu jer antara korang berdua.”

“tak adelah. Pandai-pandai lah kau ni. Jom la jalan perlahan. Takkan nak tunggu Kat sini jer.”

“Kalau ya pun apa salahkan. Dia nampak macam baik dan bertanggungjawab.” Aria hanya sekadar senyum


Detektif Mizi berada di pejabatnya menggoyang-goyangkan kakinya ketika duduk di atas sebuah bangku empuk. Pejabatnya yang terletak di tingkat atas balai sunyi dari anggota polis yang sudah pulang ke rumah masing-masing. Hanya kaunter balai sahaja beroperasi 24 jam di tingkat bawah bagi menerima apa-apa aduan dan kes. Mata Detektif Mizi hanya melihat ke arah papan yang tergantung di biliknya. Papan itu diletakkan gambar-gambar mangsa pembunuhan dan bukti-bukti yang berkaitan dengan pembunuhan Lisa. Satu per satu ditatapnya mencari makna dan punca yang berselindung.  Tiba-tiba dia teringat satu perkataan yang diterimanya dari keterangan Zaril dan Lisa, ‘badut’. Lantas ditulis di atas kertas kecil dan dilekatkan di papan tersebut. Fikiran Detektif Mizi tertumpu kepada kertas kecil itu. Mungkin ada benarnya apa yang dikatakan Aria kerana semua bukti dan petunjuk langsung tidak membawanya kepada pembunuh Lisa. Mungkin dengan pencarian badut itu akan merungkai semua masalah berkaitan kes ini dan mungkin juga tidak. Tapi Mizi harus mencuba kerana semua jalan penyelesaian buntu.

Tiba-tiba Detektif Mizi mencapai kot yang tersidai di bangkunya dan terus menuju ke arah keretanya. Dia ingin ke Sarkas itu untuk menemui jawapan. Namun, adakah dia akan menemui jawapan itu. Adakah Dia pasti akan tindakan nya yang tergesa ke tempat itu. Adakah dia telah mempercayai kata-kata Aria itu.

Kereta Detektif Mizi meluncur agak perlahan di jalan yang berlopak-lopak menuju ke sarkas itu. Semuanya berlaku dalam kegelapan. Hanya cahaya kereta yang menemani detektif itu untuk melihat keadaan sekeliling. Deruman kereta terhenti di hadapan pagar usang sarkas itu. Detektif Mizi mencapai lampu picit kecil di dalam poketnya.

Dia bergerak mendekati pagar sarkas itu dan memerhati sekeliling. Mata nya sempat melihat papan tanda yang melarang penceroboh masuk. Dia mencari bahagian yang boleh dimasuki memandangkan pagar itu dikunci. Tangannya mencapai satu bahagian pagar yang tebuka dan memasuki melaliuinya.

Detektif Mizi berdiri tegak di hadapan sarkas itu. Tangan nya menyuluh sekeliling tempat itu. Cahaya lampu picit itu sangat terhad. Beberapa kawasan tidak dapat dilihat dengan jelas. Hati Detektif Mizi mula menilai semula tindakan nya yang terburu-buru  untuk  ke kawasan itu. Tidak mungkin dia menemui apa-apa dalam keadaan gelap itu. Dia juga mempersoalkan mengapa yang dia cepat mengambil keputusan untuk mengaitkan cerita badut itu dengan pembunuhan itu. Detektif Mizi sedikit kesal. Lagipun pencerobohan ke tempat itu bukan sesuatu yang patut dilalkukan oleh seorang pegawai polis itu. Memang itu merupakan tindakan yang tergesa-gesa dan melanggar peraturan. Dia memikirkan untuk mendapat kebenaran untuk masuk ke tempat itu semula.

Detektif Mizi keluar dari tempat itu melalui pagar yang dimasukinya tadi. Namun, belum sempat dia membuka pintu kereta bunyi seperti letupan belon jelas kedengaran dari dalam sarkas itu. Detektif Mizi menoleh laju ke arah tempat usang itu. Semuanya gelap, tiada apa-apa pergerakan. Biji mata nya meneliti seluruh pemandangan.

Detektif Mizi mengeluh. Dadanya yang berombak laju tadi kembali tenang. Munkin bunyi dari binatang yang berkeliaran di situ fikir nya. Dia akan kembali lagi untuk memastikan sebenarnya apa yang berlaku. Tapi sekarang dia perlu pulang ke rumah dan mengumpulkan makllumat tentang sarkas itu. Detektif itu berlalu pergi tanpa menyedari ada mata yang sedang memerhatikannya dari dalam sarkas itu sejak dari awal kedatangannya lagi.
 


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.