Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
42,041
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4

Kaki Zaril menaiki tangga menuju tingkat dua ke rumah Rafi di Flat Seri Bayu. Flat itu berada berdekatan dengan rumah Zaril. Sebab itulah selalu juga Zaril berkunjung ke situ. Flat seri bayu merupakan kawasan perumahan yang berkos rendah. Kebanyakkan penghuni di situ disewa oleh pekerja-pekerja kilang dan pelajar-pelajar institusi-institusi pengajian yang berdekatan. Persekitaran di situ agak tidak terurus kerana tiada persatuan yang mengendalikan perkara itu sebaiknya. Sampah sarap berselerakan di merata-rata tempat yang mengundang binatang yang perosak seperti tikus dan serangga.

“Rafi!” Zaril mengetuk pintu sejurus selepas kakinya menjejakkan kaki dihadapan pintu rumah Rafi yang dipasang gril. Suasana di perkitaran yang sunyi dari penghuni yang keluar bekerja membuatkan gema ketukan pintu jelas kedengaran di tingkat yang sama.

Pintu dibuka perlahan oleh rakan serumah Rafi, Farhan. Mukanya yang baru bangun tidur mengukir senyuman ke arah Zaril. Zaril memasuki ke dalam rumah sewa itu selepas dipersilakan oleh Farhan. Zaril terus sahaja bertanyakan khabar Rafi yang semakin hari semakin parah dari penyakit kemurungan. Farhan memberitahu Zaril yang Rafi sudah lama tidak pergi ke tempat kerjanya. Hari-hari perlakuannya sama sahaja seperti selalu iaitu terkurung dalam bilik dan keluar apabila makan atau ke bilik air. Teruk juga keadaan Rafi selepas apa yang terjadi. Farhan ada juga memberi kata-kata semangat kepada Rafi. Tetapi keadaannya tetap sama seperti sebelum ini. Itu sahaja yang mampu dibuatnya. Farhan terpaksa menjalani kehidupannya seperti biasa sambil melihat rakan serumahnya itu berperlakuan begitu.

Mendengar kata-kata itu dari mulut Farhan, menimbulkan kerisauan dalam diri Zaril. Pada sangkaan Zaril, Rafi akan kembali baik seperti sediakala. Namun sebaliknya apabila keadaan semakin buruk. Zaril ingin mendapatkan penjelasan dari Rafi atas sikapnya itu. Mungkin ada sesuatu yang boleh membantu kawannya itu dari pulih.

“Rafi!” Zaril mengetuk pintu biliknya. Keadaan masih sunyi tiada sahutan dari dalam. Farhan mencapai tuala untuk mandi dan menuju ke bilik air. Zaril memulas tombol pintu yang rupanya tidak berkunci dari tadi.

Zaril perlahan menolak pintu. Sekujur tubuh diselimut penuh berada di atas katil. Hanya menampakkan kepala sahaja yang berpaling ke arah tingkap. Rafi masih tidur. Biliknya yang bersepah dan tunggang-langgang itu dimasuki Zaril. Zaril sempat memerhatikan keadaan sekeliling sebelum kembali menumpu ke arah Rafi yang masih belum bangun.

“Rafi, bangun Rafi!” suara Zaril sudah cukup untuk mengejutkan Rafi yang tidur itu. Tapi tubuh dibaluti selimut itu tidak menunjukkan sebarang reaksi. Hati Zaril tahu Rafi sudah bangun ataupun mungkin tidak tidur langsung malam itu. Rafi dalam keadaan berjaga dan keadaan berselimut itu hanya mengaburi mata. Dia sedang termenung. Mengalami kematian orang yang dicintai pasti merasa sakit. Jiwa akan mencari apa yang sepatutnya menjadi tatapan rohani. Zaril menyedari keadaan itu lalu bersuara.

“Rafi, orang yang sudah pergi jangan dikenang. Allah sudah tentukan yang Lisa pergi dahulu menghadap Nya.” Zaril berkata dengan hati-hati.

“Kita hanya merancang Rafi, Allah yang menentukan. Jika dia tentukan itu terbaik buat Lisa kita tak boleh membuat apa-apa.” Sambung Zaril lagi.

Tubuh Rafi masih tidak bergerak. Zaril berasa sedih melihat keadaan kawannya yang murung itu. Dia cuba untuk memberi nasihat terbaik buat Rafi. Namun seperti tidak membawa sebarang erti. Rafi masih membisu. Mungkin betul kata Farhan, kalau berulang kali pujuk Rafi akan berakhir macam itu juga. Diam dan bermenung. Zaril hampa. Nafasnya dihembus beberapa kali menunggu jawapan kawannya itu. Belum bersuara. Zaril ingin bergerak pulang memberi sedikit masa lagi buat Rafi yang masih dalam kekusutan. Namun, selepas Zaril menapak langkah pertama,Rafi bersuara.

“Tapi aku macam mana? Kalau Lisa sudah ditentukan apa yang terbaik untuk dia. Bagaimana pula dengan aku? Aku rasa kehilangan orang yang satu-satunya menjadikan aku lebih baik. Aku sudah tiada peluang untuk menjadi lebih baik. Aku takkan gembira dan bahagia tanpa Lisa!” Nada Rafi tenang dan tidak tersekat-sekat. Selimut masih membaluti tubuhnya. Sedikit pun tidak berganjak.

“Sabar Rafi. Itu saja kita perlukan!” Zaril menjawab.

“Mungkin ada lagi jalan bahagia yang kau boleh ambil selepas ini. Insyaallah, Allah akan memberi kita kemudahan,”

“Sekarang apa perlu aku buat. Aku dah tak ada apa-apa lagi” Rafi bangun menyelak selimutnya. Keadaan Rafi yang kusut jelas kelihatan.

Zaril duduk menghampiri Rafi di bucu katil. Matanya dhalakan terus ke arah Rafi yang berserabut itu.

“Kamu ada kami Rafi. Aku dan Aria. Aku cadangkan sekarang kau pergi kerja di kilang balik. Kau sudah ada kerja yang elok. Mungkin ini boleh tolong kau lupakan sementara pasal Lisa. Kerja juga boleh membantu kau supaya menjadi orang yang lebih baik.” Zaril berkata meyakinkan Rafi. Mungkin kerja dapat mengalihkan perhatian daripada pengalaman sedih Rafi.

“Tadi jurutera kilang kau ada telefon aku. Katanya banyak kerja di kilang tertangguh disebabkan kau tak pergi kilang. Kau pergi kerja, ya!” Pujuk Zaril. Rekod kedatangan kerja Rafi menjadi buruk semenjak dia terpuruk dalam bilik. Mujur jurutera Halim yang mengenalinya mahu membantu kerana cara kerja Rafi yang cekap dan amanah. Banyak mesin yang tidak dapat dibaiki oleh juruteknik yang lain melainkan Rafi. Rafi banyak membantu jurutera Halim menyelesaikan masalah di kilang. Farhan juga masih baru di kilang tersebut dan masih belajar dari Rafi. Selepas mendengar pujukan Zaril, perlahan Rafi menggangguk.

Previous: BAB 3
Next: Bab 4-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.