Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
41,979
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
BAB 2-1
“Aria! Aria! Awak okey?” Zaril menerjah lamunan Aria yang dipenuhi memori-memori indah bersama Lisa. Memori itu membawa setibu keangan kepadanya. Memori itu menimbulkan pula bibit-bibit kesedihan abapila dikenagkan. Aria hanya pasrah. Dia cuba mengumpul kekuatan untuk mengharungi hari-hari yang mendatang.

“Saya okey.” Jawab Aria ringkas. Hanya leretan seyuman ringkas yang terukir di bibirnya.

“Aria, boleh saya tanya satu perkara!” Zaril meminta keizinan untuk bertanya memandankan Aria belum reda dari kesedihan.

“Tanyalah!”

“Betulkah apa yang awak cakapkan kepada Detektif kelmarin. Perkara berkenaan dengan hantu yan awak nampa itu?.”

“Entahlah Zaril. Mungkin saya stress dan terlampau fikir banyak. Mungkin yang saya nampak itu hanya bayang-bayang.” Kata Aria dengan perlahan. Dia seperti ragu-ragu dengan apa yang bermain di fikirannya sekarang. Wajahnya sugul.

“Awak jangan fikir terlalu banyak sangat. Nanti kesihatan awak akan terjejas. Buat sementara waktu ni kita teruskan aktiviti harian bagi mengelak telalu banyak ingatkan ini.” Kata Zaril yang cuba menguatkan jiwa Aria dari belenggu kesedihan.

Dari ajuh, kelihatan Mak cik Ida membawa dulang yang membawa air minuman teh panas. Mak cik Ida menghampiri mereka dan duduk bersama mereka di ruang tamu. Teh yang panas itiu dituang perlahan-lahan oleh Makcik Ida. Kemudian cawan itu satu persatu diagihkan kepada Aria dan Zaril.

“Mak cik jarang berjumpa dengan Lisa dua hingga tiga bulan ni. Bulan ni saja ada banyak  kenduri yang menuntut mak cik pergi gotong-royong.” . Mak cik Ida membuka bicara. Belum apa-apa lagi Mata mak cik ida sudah berkaca.

“Mak cik rasa macam mak cik mengabaikan sahaja dia. Mak cik tak tahu benda akan jadi seperti ini.” Sambung wanita itu lagi. Belum sempat mereka bertanyakan khabar, Mak cik Ida terlebih dahulu meluahkan perasaan yang terbuku di hati. Mereka dianggap seperti anak sama seperti anak saudaranya, Lsia.

“Jangan cakap macam itu mak cik. Mak cki sudah menjalan tanggungjawab yang sepenuhnya. Ini semua takdir makcik.” Aria cuba menenagkan mak cik ida walaupun dirinya belum lagi pulih dari kesedihan itu. Cuma dia sembunyikan dari Mak cik Ida untuk tidak mengeruhkan keadaan.

Air mata makcik ida tak tertanggung lagi. Ianya jatuh membasahi pipinya. Mak cik Ida mengeringkan sekali-sekala menggunakan lengan bajunya. Aria menenangkan Mak ida dengan membelai bahunya. Zaril dan Aria membiarkan sahaja Mak cik Ida meluahkan apa yan terpendam di hati. Mereka mengharapkan ia akan membanntu menringankan perasaan Mak Ida ida yang tidak terkawal emosinya itu.

“Entahlah Aria, Zaril. Mak Cik anggap Lisa tu macam anak sendiri. Susah senang mak cik banyak berkongsi dengan dia. Anak mak cik semua duduk jauh. Dia lah tempat mak cik mengadu.”

“Dia anak yang baik. Tak pernah cakap yang tak elok dan bukan-bukan.” Luah wanita itu  lagi. Zaril dan Aria faham yang Lisa adalah segalanya bagi Mak cik Ida. Namun, mereka hanya dapat meredakan perasaan wanita itu. segala yang berlaku tidak boleh diundurkan. Terutamanya melibatkan takdir Allah. Mereka juga seperti Mak cik Ida diruntun perasaan sedih yang memedih jiwa.

“Mak cik tahu kalau ada siapa-siapa yang ada masalha dengan dia” tanya Zaril yang paling dapat mengawal emosi ketika masing-masing sudah ditenggelami kesedihan. Dia cuba untuk mengalih perhatian dari membincangkan perkara yang menyebabkan Mak cik ida sebak.

“Setahu mak cik tak ada. Dia mana ada berkawan denga orang yang bukan-bukan. Setahu makcik kamu saja kawan dia. Kalau dia tak bersama kamu pun, dia akan bersama Rafi. Selain dari itu memang tak ada. kalau dia tak keluar selepas balik kerja dia akan terperuk je dalam bilik dia tu.” Jawab wanita itu. Zaril memandang bilik Lisa. Bilik itu diselubungi kesuraman. Pita polis mengelilingi bilik itu.

“Mak cik nak buat apa dengan bilik tu nanti.”

“Entahlah. Kalau mak cik nak sewakan orang tak berani pula. Mak cik ingat nak biar dulu sehingga tunggu masa yang sesuai mak cik ingat nak biarkan dulu.”

“Polis ada beritahu kamu bila boleh Lisa dikebumikan?” tanya Mak cik Ida. Kesedihannya berkurangan sedkit.

“Menurut Polis yang bertugas tu, mereka beritahu yang mayat lisa akan diberi selepas semua urusan bedah siasat selesai. Nanti saya  maklumkan kepada mak cik ye. Saya ada tinggalkan nombor telefon kepada polis.”

“Macam mana keadaaan Lisa itu ketika mak cik jumpa mayatnya?” Zaril cuba menyiasat apa yang terjadi. Lagaknya seperti polis yang mengumpul maklumat. Dia mengetahui punca sebenar keamtian Lisa.

“Mak cik kejutkan Lisa untuk sembahyang subuh. Selalunya blik dia cerah apabila dia sudah bangun. Apabila makcik gerak dia langsung tak beri apa-apa isyarat. Mak cik rasa lain macam. Lagipun dia macam tak bernafas dan kulitnya sejuk. Mak cik tak tahu nak buat apa-apa. Mak cik terus shaja telefon Rafi. Dia terus sahaja telefon polis dan menguruskan segalanya.”

“Rafi macam mana pula mak cik?”

“Mak cik tengok keadaan Rafi seperti tak terkawal juga sewaktu mula-mula sampai tu. Dia menangis di tepi katil. Mak cik cuba pujuk dia dan nasib baik dia ok selepas itu. Mak cik nampak ada cincin di jari Lisa. Adakah..”

“Ya. Mak cik Rafi melamar untuk berkahwin dengan Lisa. Dia ingin erjumpa dengan ibu bapa Lisa untuk menguruskan benda itu.” jelas Zaril.

“Sayang mereka tak sempat untuk  membuat apa-apa. Mak cik simpati dengan rafi. Mak cik harap dia akan tabah.”

“Saya pun harap benda yang sama.”


Previous: BAB 2
Next: BAB 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.