Home Novel Thriller/Aksi BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
BADUT - KETAWA MEMBAWA MAUT
#mystrill
21/11/2019 21:32:39
41,968
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 7

Detektif Sirna dan Detektif Mizi telah sampai di sebuah gudang menyimpan kontena di sebuah pelabuhan Klang. Kedua-dua mereka ditugaskan untuk memberkas seorang ketua pengedar dadah yang terbesar dan paling dikehendaki di Malaysia iaitu Malik. Dia merupakan penjenayah yang sekian lama dicari oleh pihak polis. Perolehan maklumat tentang tempat persembunyian Malik dapat menyelesaikan kes polis yang sekianlama belum selesai. Jadi proses memberkas penjenayah itu amat penting buat Mizi yang telah membuat perancangan rapi sejak sekian lama. Pihak polis pula telah berharap agar Detektif Mizi dapat melaksanakan tugasnya dengan cemerlang. Detektif Sirna pula berada di samping Detektif Mizi sejak hari pertama kes itu diserahkan kepada Detektif Mizi. Jadi kebanyakan misi menyiasat dan memberkas dilakukan bersama.

Kedua-dua detektif itu berhati-hati dalam mengorak langkah unutk mengelak kehadiran mereka dapat dihidu oleh penjenayah. Muncung pistol dihalakan ke arah bertentangan dengan mereka sebagai langkah bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Mereka memakai sut keselamatan lengkap dengan alat komunikasi yang sempurna. Gudang itu sudah lama ditinggalkan. Kebanyakan kontena sudah berkarat dan tidak digunakan lagi. Terdapat kontena yang rosak teruk dan tersadai begitu sahaja. Mata Detektif Mizi ligat mencari sebarang pergerakan dan aktiviti. Matahari yang bersinar terang petang itu tidak menghalang mereka dari memeriksa sekeliling tempat itu. Selepas Detektif Mizi menghampiri pintu utama gudang itu dia menjenguk dengan pantas ke dalam. Tiada sebarang suara atau pergerakan. Detektif Mizi memberi isyarat kepada Detektif Sirna untuk meninjau sebarang pergerakan menerusi pintu belakang kerana dia ingin memasuki dan meninjau dalam bahagian utama gudang itu.

Selepas menerima isyarat itu, Detektif Sirna mengganguk dan pantas menyelinap ke celahan kontena dan menyusuri ke jalan belakang.

Detektif Mizi memasuki ruang utama gudang itu dan mula memerhati sekeliling. Pistol masih di tangan Mizi dan matanya masih menumpu ke arah barang-barang yang terdapat di dalam ruang itu. Tiada sebarang bunyi dan pergerakan di dalam gudang. Hanya terdengar tiupan angin yang meniup pokok-pokok di sekitar gudang. Pistol diturunkan perlahan-lahan selepas melihat tiada sebarang petunjuk yang penjenayah ada di situ.

Detekif Mizi mula meneliti barang-barang yang ditinggalkan penjenayah. Semua kelihatan masih elok termasuk perabot dan peralatan yang digunakan penjenayah. Mizi melihat satu-persatu barang itu untuk melihat sekiranya ada petunjuk untuk dijadikan bahan bukti dan membawanya kepada penjenayah.

“Amir, pembantu aku sudah tahu yang kau ialah kakak aku dan kau pula seorang pegawai polis. Dan dia mensyaki akulah punca polis dapat mengetahui semua kegiatan kami di sini. Jadi sebab itulah dia menembak aku. ”Kata Malik setelah semua penjenayah itu lari melalui jalan air menggunakan bot kerana mengetahui yang polis akan menyerbu tempat itu.

“Kau kena lari cepat Malik sebelum rakan tugas aku mengetahui semua ini. Dia tak tahu tentang kita Malik. Kau mesti selamat dan lari jauh dari sini. Cepat. Mari aku tolong engkau!” Sirna memikul adiknya Malik yang jalan terhenjut-henjut itu.

Mizi terdengar perbualan orang di belakang gudang. Dia terus menerpa ke arah suara-suara tadi. Setelah melihat Malik ingin melepaskan diri dibantu Sirna, Mizi menghalakan pistol ke arah mereka dan menjerit.

“Hoi berhenti. Jangan lari.”

Namun belum sempat berbuat apa-apa Detektif Sirna mengeluarkan pistolnya dan melepaskan tembakan ke arah Detektif Mizi. Tembakan tidak mengena. Malik yang terjatuh apabila Sirna melepaskannya, mengerang kesakitan.

“Cepat Malik. Terjun dalam laut cepat.” Kata Sirna kerana mereka berdiri hanya beberapa meter sahaja dari jeti gudang itu.

Namun Detektif Mizi cepat menghalakan pistol ke arah Detektif Sirna dan melepaskan tembakan. Tembakan itu mengenai kaki Sirna. Wanita itu terus rebah dan mengerang kesakitan.

“Sirna!” Malik menjerit melihat Sirna rebah ditembak. Namun setelah melihat Detekif Mizi berlari ke arah mereka, Malik terus terjun ke dalam laut menyelamatkan diri dari ditangkap.

Detektif Mizi yang melihat Sirna yang rebah itu lantas dicapai pistol di tangan Sirna lalu menuju ke arah tempat Malik terjun ke laut tadi. Malik sudah hilang dari pandangan. Malik berjaya melarikan diri sekali lagi.

Mizi dengan perasaan marah yang meluap-luap itu terus menerpa ke arah Sirna yang mengerang kesakitan di tanah. Muncung pistol itu dihalakan tepat ke kepala Sirna.

“Sebelum aku benamkan peluru ini ke dalam kepala kau baik kau cakap apa hubungan kau dan Malik. Ke mana Malik melarikan diri ha!”.

“Dia adik aku Mizi. Aku tak tahu ke mana dia melarikan diri.” Kata Sirna menahan sakit. Mizi sangat kecewa dengan apa yang berlaku.

“Setelah kejadian itu, aku ditukarkan dari Jabatan Narkotik ke Jabatan Siasatan Jenayah. Pada hari itu, aku rasa sangat pasti akan berjaya menangkap Malik. Tapi, hari itu juga aku dapat tahu yang aku dikhianati. Lebih mengecewakan, salah itu diletakkan sepenuhnya atas bahu aku.”

“Sekurang-kurangnya kau dapat tahu yang Sirna berkerjasama dengan Malik lebih awal. Sebelum apa-apa hal terjadi seperti meragut nyawa.”

“Sekarang apa sudah jadi pada Sirna?” Tanya Mizi.

“Aku hanya tahu yang dia dibuang dari APK. Itu pun dua tahun lepas. Sekarang aku tak tahu sama ada dia dalam tahanan polis atau tidak.”

“Aku harap usaha mencari Sirna diteruskan kerana bersubahat dengan penjenayah dan dihadapkan ke muka pengadilan.”

Previous: Bab 6-1
Next: Bab 7-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh #mystrill