Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,685
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3-3

Apa yang  berlakupada hari tersebut tidak dirancang sama sekali. Dan sebenarnya kes yangdirancang pada hari itu sepatutnya berjalan seperti ini.

Hari perbincangan kes

“Macam ini. Pagi hari kejadiaan dalam pukul 9 AM, sayahendak Basilisk bunuh target ini” kata Seiren sambil menunjukkan fail yangberada di tangannya. Dia kemudiannya sibuk mengeluarkan segalanya daripada failtersebut.

“Target bernama Nurul Fazura Binti Muhammad Yahya danmerupakan seorang supermodel yang sedang hangat di pasaran. Pada tahun inisahaja dia telah mendapat tawaran merakamkan iklan yang bernilai berjuta”

“Apa yang dilakukan oleh model yang cantik seperti ini?”soal Centaur sambil dia memandang ke arah gambar target mereka tersebut. Fikirannyajelas memikirkan yang perempuan itu merupakan jenis wanita idamannya.

“Label saya berfikir untuk menggunakan dia dalam fashionshow yang akan datang dan disebabkan itu saya telah menjalankan background cekterhadapnya. Dan apa yang dijumpai adalah dalam pemilihan supermodel, diaterlibat dalam pembunuhan 3 orang peserta yang paling berkemungkinanmendapatkan tempat pertama di dalam pertandingan tersebut. Dan segalanya dilakukan dengan membuatkan mangsa dilihat seperti membunuh diri”

“Kenapa tidak biarkan sahaja dan ambil dia sebagai model?Dia sangat popular dan tentu akan membuatkan label awak naik”

“Kalau dia disabitkan kesalahan dalam masa dia bergerakdi bawah nama saya, kerugian yang saya akan terima agak teruk. Jadi no way”mereka semua sedikit tergelak dengan apa yang dikatakan oleh Seiren.

“Macam mana dengan laporan kajian cuaca yang awak tanyasaya sebelum ini?” soal Chimera dan Seiren memandang Chimera.

“Ia bergantung dengan operasi  yang akan dijalankan. Setelah pembunuhan NurulFazura dijalankan, satu. Saya akan menjalankan operasi dengan membunuh targetdari jarak yang dekat. Jikalau hujan, semasa target bergerak dari kereta kemahkamah, saya akan membunuhnya. Media, orang ramai dan polis akan mengerumunimangsa dan ia akan memudahkan saya. Berkemungkinan kumpulan yang menyiasat kitaakan ditarik dari operasi untuk menyiasat kes Nurul Fazura. Kedua, jikalaucuaca elok, selepas perbicaraan tamat, dalam masa mereka memindahkan targetkembali ke kereta, saya akan membunuhnya. Namun segalanya akan bergantung padamasa operasi. Kemungkinan saya akan menembak dari jarak jauh walaupun ia hujan”

“Yang pertama terlalu berisiko” kata Deamon memandangtepat ke arah Seiren yang jelas menunjukkan yang dia risau akan keselamatan danrisau jikalau Seiren ditangkap.

“Ya. Tapi ini merupakan sesuatu yang menarik untukdicabar” Seiren tersenyum dan Deamon mengeluh sedikit.

“Macam mana dengan operasi Nurul Fazura?” soal Basiliskdan ia menghentikan senyuman Seiren yang bertukar serius.

“Pada hari yang sama Nurul Fazura akan berjumpa dengandoktor untuk mendapatkan lifting”

“Ah... Awak hendak saya menyamar menjadi doktor danmelakukan sesuatu”

“Ya. Masa temujanji pada pukul 9 pagi dan awak ada masauntuk melakukannya”

“Okay. Saya akan tunjukkan apa yang saya boleh lakukan”Basilisk tersenyum dan di dalam fikirannya dia memikirkan pelbagai jenis racundan segala yang berkemungkinan digunakan dalam operasi ini.

Namun, pada hari tersebut segalanya tidak berjalan denganlancar dimana Muhammad Adli telah dibunuh dan pembunuhnya menggunakan namaETHOS. Dan Seiren menggunakan kesempatan tersebut untuk menjalankan operasinya.

~~~~

Seiren memandang Erkling dan Erlking mengangguk faham.Dia mengambil fail di atas meja tersebut yang dia campak semasa dia memasukibilik itu. “Mangsa Muhammad Adli berumur 42 tahun dan merupakan seorang ahlipolitik”

“Muhammad Adli?” sebut Deamon sambil dia berfikirsejenak.

“Kenal ke?” soal Seiren sambil memandangnya. Dia tahuyang Deamon banyak kenalan yang rata-ratanya terbabit dengan politik.

“Ya. Dia ada terlibat dalam beberapa projek bawahsyarikat dan agak aktif dalam projek berkaitan dengan perubatan” jawab Deamonsambil memandang gambar mangsa untuk memastikan yang dialah orang yangdikenalinya.

“Ah. Saya tahu. Dia ada sponser penyelidikan mengenaijantung yang masih dijalankan” tambah Basilisk. “Macam mana dia boleh mati?” soal Basilisk pula dengan nada yang ingintahu.

“Pacemaker dia meletop” jawab Erlking dan Basiliskterkejut dengan sebab kematian. “Apa?” soalnya spontan.

“Pacemaker yang Muhammad Adli pakai, meletop” sekali lagiErlking memberitahu sebabnya.

Basilisk memakai muka yang sangat terkejut dan yang amatsukar dilihat dimukanya sepanjang mereka mengenalinya. “Macam mana bolehberlaku?” soalnya sambil bermacam-macam fikiran berlaku di dalam otaknya. Yanglebih tepat lagi macam mana pacemaker yang sepatutnya terbaik meletop.

“Tambahan. Mereka jumpa bukti” kata Erlking sambilmenunjukkan dua keping gambar kepada semua ahli ETHOS.

“‘Don’t work out too hard or you will die’ “Eye for aneye, tooth for a tooth, evil for an evil’” baca mereka semua.

“Copycat?” kata Centaur dan mereka semua memandangnya.“Apa?”

“Crime yang kita lakukan terlalu sempurna dan sukarhendak ditiru. Kalau ada copycat, maknanya berkemungkinan mereka tahu apa yangkita lakukan dan macam mana” kata Seiren sedikit tenang namun terdapat kesanterkejut di dalamnya.

“Yang paling penting, yang ditiru adalah Basilisk punyaspecialist. Bahagian yang paling sukar dikesan bagaimana ia dilakukan dan jugasukar untuk dilakukan. Special style” kata Erlking dan semua memandang ke arahBasilisk cuba mendapatkan penjelasan daripadanya.

“Apa yang awak fikirkan?” soal Deamon mewakili merekasemua.

“Pacemaker yang dipasang pada Muhammad Adli dicipta olehjabatan saya. Tapi saya tidak terlibat dan kebanyakkan yang terlibat adalahrakan sekerja saya. Dicipta khas disebabkan Muhammad Adli hendakkan sesuatuyang terbaik untuknya” terang Basilisk sambil dia menunjukkan posisi berfikir.

“Macam mana? Kalau Basilisk ditarik dalam penyiasatan”soal Deamon memandang Erlking yang merupakan otak kepada mereka semua.

“Tidak. Tiada siapa tahu yang Basilisk terlibat dalamETHOS atau penyelidikan mengenai pacemaker itu. Jadi kita mungkin selamat”jawab Erlking dan mereka mengagguk faham dan sedikit bersetuju dengannya.

“Tapi, skill ini, siapa yang ada selain Basilisk?”

“Abdul Murshid” sebut Basilisk sambil matanya masihmemandang lantai. Dia memandang mereka semua dan berkata “Abdul Murshid!”

“Abdul Murshid?” soal Centaur.

“Berkemungkinan. Dia berkemungkinan”

Previous: Bab 3-2
Next: Bab 3-4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA