Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,729
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 3-4

Safuan membuka pintu bilik dengan kuat dan mukanyamenunjukkan sesuatu berlaku. “Amirul!” jeritnya dan mereka berempat memandang Safuandengan tanda tanya.

“Daud Hamidi. Baru sahaja ada laporan masuk mengatakan DaudHamidi ditembak mati!”

“Apa?”

~~~~

“Wow. Jangan cakap saya tidak kata apa-apa” kata Adamsambil mengunyah gula-gula getah. “Daud Hamidi dah mati. Tahniah” tambahnyalagi dan semua kecuali Khairi memandang Adam dengan marah.

“Saya dah hantar special squad untuk menyelidik kawasan”kata Khairi sambil memandang mereka semua. Yang lain cuma terdiam dengansedikit tidak puas hati terhadap apa yang telah berlaku. Keputusan merekasediri dan mereka perlu tanggungnya.

~~~~

“Brief saya segalanya” kata Amirul sambil memakai sarungtangan dan berjalan ke arah tempat kejadian. Mereka bertiga turut serta danmelakukan pekara yang sama.

“Mangsa bernama...” belum sempat pegawai tersebutmenjelaskan Amirul telah memotong. “Jelaskan apa yang berlaku sahaja”

“Baik. Mangsa ditembak mengunakan senapang jarak jauh.Lokasi masih belum diketahui” jelasnya dengan ringkas dan tepat.

“Sniper” kata Amirul sambil mereka tiba di kawasankejadian dan Amirul mula memeriksa mangsa. “Adakah gambar telah ditangkap?”

“Ya. Sudah” Amirul memegang dan memeriksa luka di kepalamangsa. Kali ini luka bermula dari belakang kepala dan menembusi hidung mangsasebelum tepat menembusi dinding. “Seperti biasa tembakan yang sangat tepat”kata Amirul di dalam fikirannya sambil dia masih sibuk memeriksa mangsa.

“Peluru sudah dijumpai?”

“Ya. Ini dia” kata pegawai sambil menunjukkan peluru yangtelah dikutip dan kini berada di dalam plastik.

“Dekat” kata Amirul sambil memandang cermin yang jelasterdapat kesan tembakan. “Apa yang awak akan kata, Fazli?” soal Amirul sambildia memandang keluar mengesan tempat.

“Tembakan menggunakan peluru yang kurang kuasanya. Danmelihat kepada corak pada peluru, ia di buat khas untuk menembusi cermin danjuga kepala mangsa tanpa meninggalkan kesan yang banyak. Berkemungkinan juga iaditembak dari kawasan yang dekat” kata Fazli memberikan penjelasan sebelum diaberdiri di sebelah Amirul dan memandang keluar. Mencari kawasan yang bolehdigunakan sebagai tempat sniper melepaskan tembakan.

“Awak lihat apa yang saya lihat?” soal Amirul dan Fazlimengangguk sambil berkata “Ya. Berkemungkinan di situ”

“Uruskan tempat kejadian” kata Amirul sebelum diaberjalan keluar. “Zakuan dan Nasha awak akan tinggal di sini dan uruskan apayang patut. Forensik ikut saya dan awak juga Fazli”

“Ya!” kata mereka semua sebelum mereka memulakan tugasanmereka.

~~~~

Amirul berjalan memasuki flat tersebut. Kelihatan keadaanyang tidak bagus dimana kawasan tersebut tidak dijaga dengan baik. Mereka semuamemasuki lif dan Amirul menekan butang ke tingkat tiga. Ia memakan masa sedikitlama dengan keadaan lif yang telah lama. Mereka sampai juga dan keluar.

“Macam mana?” soal Amirul. “Awak rasa di tingkat ini?” tambahnyalagi.

“Berkemungkinan. Kalau tidak kita akan naik ke tingkatatas. Sekarang kita kena cari rumah yang membolehkan kita memandang mahkamah”kata Fazli dan pada masa itu seorang perempuan keluar dari rumahnya. Diamenunduk ke arah mereka semua.

“Maaf, boleh saya tahu, di sini rumah mana yang bolehmemandang mahkamah?” soal Fazli dengan senyuman.

“Ermm... Saya tidak tahu” kata perempuan yang kelihatanberumur 45 tahun itu.

Fazli memandang Amirul seakan memberitahu yang merekaterpaksa menyelidik semua rumah. Amirul memahami pandangan tersebut danmemandang perempuan tersebut dan mula bertanya “Dalam tingkat ini, rumah mana yang tidak berpenghuni?”

“Rumah tidak berpenghuni? Rumah 314. Keluarga yangtinggal di rumah itu semua lari sebab hutang dengan lintah darat”

“314. Hari ini ada tidak mak cik dengar suara yang kuat?Macam bunyi mercun?” soal Amirul.

“Tiap-tiap hari kalau sekali sahaja tidak apa. Tapiselalu sangat. Budak dekat sini suka main mercunlah. Kadang-kadang bunyikeluarga bergaduh. Ada bunyi kena serang oleh lintah darat. Bunyi macam tu dahbiasa” katanya sebelum beredar.

Amirul mengeluh sebelum dia berjalan mencari rumahbernombor 314. Dalam masa yang singkat mereka menumpai rumah tersebut danberhenti. “Periksa cap jari di tombol pintu” kata Amirul dan pegawai forensikyang mengikut mereka menangguk dan mula melakukan tugas yang diberikan.

Ia berakhir dalam masa beberapa minit dan kemudian Amirulmemakai sarung tangan dan membuka pintu rumah tersebut yang tidak berkunci.Keadaan di dalam rumah berselerak dan kesan contengan menggunakan sprayberwarna merah dan macam-macam lagi berada di dinding tempat tersebut. Terdapatayat yang menyumpah dan tidak disensor di dinding dan juga lantai. Namun ayatlazim bagi ETHOS masih belum berada di dalam mata mereka.

Mereka semua memasuki rumah tersebut dan Amirul berjalanterus ke arah tingkap. Kawasan yang sudah pasti akan dipilih oleh sniper. “Tangkapgambar kawasan ini” kata Amirul sebelum dia berjalan meninggalkan ruangtersebut. Fazli dan dua orang forensik yang mengikut Amirul berjalan ke arahberanda untuk melihat kenapa dan dengan jelas mereka melihatnya.

“Eye for an eye, tooth for a tooth, and evil for evil”baca Fazli. Ayat tersebut ditulis menggunakan spray berwarna merah dan di ayateye terdapat kelongsong peluru yang seperti sengaja ditinggalkan.

Kedua-dua orang forensik tersebut terus melakukantugasnya dengan mengambil gambar dan kemudian mengesan seluruh kawasan jikalauterdapat kesan cap jari atau rambut yang tertinggal.

Amirul berjalan keluar dan mengeluarkan telefonnya danmendail nombor Nasha sebelum dia memberitahu berita tersebut. Nasha turutmelaporkan yang mereka telah selesai dan dia akan menunggu Amirul dan Fazli dikereta.

Keluhan kedengan jelas sebelum Amirul mendail nombor Khairi.Panggilan disambungkan dengan pantas dan Khairi berkata “Macam mana?”

“ETHOS” jawab Amirul dan kedengaran kesalan di suaranya.

“Dua kes dalam sehari” kata Khairi dan dia turutmengeluh.

“Selesaikan segalanya dan kembali ke balai”

“Baik tuan”

Previous: Bab 3-3
Next: Bab 3-5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA