Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,718
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1-3

27 Oktober 2014

 

“Deamon, awak lambat” kata Basilisk disaat Deamon memasuki bilik tersebut. Mereka semua sudah berada di bilik tersebut kecuali Deamon yang datang lambat lebih kurang 15 minit daripada masa yang telah dijanjikan.

“Maaf, kerja banyak sangat hari ini” kata Deamon yang kemudian turut duduk di kerusi yang menghurungi meja bulat tersebut. Di atas meja itu terdapat kertas, peta, gambar dan macam-macam lagi. Ia meja yang selalunya digunakan oleh mereka untuk perbincangan dan juga dipanggil ‘Round Table’ sempena sebuah cerita.

“Sekarang kita boleh brief projek kedua kita” kata Erlking sambil dia berdiri dan mereka yang lain turut melakukan pekara yang sama untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik. “Calon kita kali ini adalah Abdul Jamal Bin Borhanuddin berumur 43 tahun dan merupakan seorang ahli parliment.Sebab kes lima tahun dahulu yang sedang masih dalam siasatan. Dan dia turun naik mahkamah disebabkan ini. Polis masih belum dapat bukti yang kukuh tapi saya lagi cepat dan hebat dari polis” Erlking tersenyum dengan bangganya.

Seiren mengambil salah satu gambar yang ada di atas meja dan berkata “Hasliza Diana Binti Mansor berumur 23 tahun dan ditemui mati diapartment miliknya pada 23 Jun 2010. Sebab kematian adalah kesan jerutan pada leher yang kemudiannya disembunyikan dengan mengantung mangsa pada kipas syiling. Ia pembunuhan yang tergesa-gesa dan polis mendapati rambut dan cap jari Abdul Jamal pada seluruh tempat. Mangsa merupakan wanita simpanan kepada Abdul Jamal”

“Yang menariknya, tiada kesan cap jari dipadam atau dibersihkan. Dan tiada kesan cap jari orang lain yang ditemui di tempat kejadian. Polis mensyaki Abdul Jamal dalam kes ini, tetapi dia mengatakan yang dia berada di rumahnya dan sedang melalukan kerja di pejabatnya. Saksi yang berada dipihaknya merupakan setiausaha dia” Erlking berkata menerangkannya dengan lebih lanjut lagi.

“Macam mana awak boleh pasti yang dia membunuh Hasliza?” soal Centaur yang sudah pening dengan terlalu banyak info yang masuk. Dia bukanlah seorang yang gemar mengunakan otaknya namun dia lebih selesa menggunakan kekuatan dalam menyelesaikan segalanya. Tidak dapat dielakkan kerana dia merupakan seorang atlet negara.

“Chimera mainkan rakaman” kata Erlking dan Chimera menekan butang pada komputer bimbitnya dan suara jelas kedengaran melalui speaker.

“Kenapa aku nak kena naik turun mahkamah? Kes macam ini pun awak tidak dapat selesaikan?! Reputasi aku dah macam kertas tau tak!!! Cepat selesaikan kes bodoh ini”

“Tapi tuan, semua bukti menunjukkan yang tuan bersalah dan tuan cuma ada seorang saksi dan ia tidak cukup kuat. Mereka semua berfikir yang ia dibuat dan bukan saksi sebenar”

“Perempuan itu ada kekasih lain. Tolak semuanya pada dia.Senang”

“Tapi...”

“Awak nak buat atau tidak? Saya akan uruskan segala bukti yang perlu dan awak cuma buat yang terbaik depan hakim” “Clack” panggilan diputuskan.

“Wow. Macam mana awak dapat rakaman ini?” soal Basilisk sedikit terkejut dan juga memandang tinggi akan kejadian ini.

“Ingat shipment yang kita habiskan hampir sepuluh ribu tu? Semuanya untuk bug yang kita semua pasang dulu. Salah satu tempat ialah rumah, pejabat dan telefon bimbit Abdul Jamal” senyum Erlking dengan sedikit kejahatan. “Tapi jangan tanya macam mana saya pasang. Cerita yang akan ambil masa berhari” gelaknya sedikit.

“Kita berhenti setakat itu. Jadi sekarang kita terus keoperasi. 1 November ini DM coperation akan merasmikan taman tema yang pertama dan Abdul Jamal merupakan salah seorang tetamu kehormat disebabkan dia ada share dalam DM coperation. Perasmian akan bermula pada pukul 11 pagi dan tetamu akan datang bermula pukul 10 pagi. Ucapan, dan sebagainya akan berlaku dan pukul 3 petang perasmian akan berakhir” jelas Deamon yang lebih faham akan aturan disebabkan DM coperation merupakan syarikat miliknya.

“Kita tidak boleh nak rosakkan perasmian tersebut, dan apa yang tinggal adalah makan malam yang Abdul Jamal kemukakan pada malam itu”kata Erlking sambil memandang ke arah Deamon dan mereka semua mengangguk setuju.

“Makan malam ini cuma saya dan Abdul Jamal sahaja yang tahu. Dan selepas itu dia akan dihantar ke bilik hotelnya. Dan kita perlu lakukan operasi ini tanpa kesan” kata Deamon yang kemudiannya duduk dikerusinya. Dia sudah letih berdiri dan dari tadi dia sibuk tanpa rehat dipejabat.

“Ia sangat susah. Macam mana hendak tidak tinggalkan bukti dan juga bunuh dia?” soal Centaur sambil dia menserabutkan rambutnya menjadi sama seperti apa yang berada di dalam otaknya.

“Kombat dan pisau adalah Deamon punya style, dan kali ini kita akan bunuh dia masa dia on the way ke bilik hotel. CCTV akan diuruskan oleh Chimera dan tempat pembunuhan akan berlaku dalam lif” Erlking memandang kearah Chimera dan dia menunduk faham.

“Saya dah dapat hack segala CCTV dalam hotel dan cuba manipulasinya dalam beberapa hari dan tiada sesiapa yang perasan. Jadi, masa operasi dijalankan, saya akan manipulasi ketiga-tiga CCTV dalam lif yang berbeza dan juga CCTV di tingkat 5 dan 27” terang Chimera sambil memberikan senyuman yang sedikit menakutkan.

Deamon mengangguk faham dan Erlking kemudian berkata“Awak akan naik lif terlebih dahulu dan kemudian berhenti pada tingkat 5 dan tunggu arahan saya atau Chimera untuk menunjukkan lif mana yang awak patut naik. Selepas awak naik lif yang sama dengan Abdul Jamal, saya tidak kisah cara apa yang awak hendak gunakan yang penting tiada bukti yang dapat dikesan”

Deamon tersenyum dan mengangguk.  “Faham. Maknanya saya boleh buat sesuka hati” katanya dengan nada yang gembira.

“Ya. Dan jangan tingalkan apa-apa bukti atau segalanya akan menjadi masalah” kata Erlking memberi amaran. Namun dia tahu yang ketua mereka tersebut bukanlah seorang yang akan melakukan masalah atau meninggalkan sesuatu yang akan menyebabkan mereka berada dalam keadaan yang merbahaya. Malah dia merupakan seorang yang berhati-hati dan perfectionist.

“Saya tahu. Walaupun CCTV dimanipulasi, Chimera, awak akan ada rakaman asal kan?” soal Deamon tiba-tiba. Mereka semua memandang Deamon dan berfikir apa yang berada di dalam fikiran lelaki tersebut.

“Ada. Kenapa?” jawab Chimera yang otaknya menjadi kosong akibat soalan Deamon itu.

“Saja. Sebab ia mungkin menjadi sesuatu yang menarik untuk ditengok” senyum Deamon dengan senyuman yang penuh bermakna dan menakutkan. Senyuman yang cukup untuk membuatkan bulu roma mereka yang lain mencacak naik.

“Ah. Setuju. Chimera. Saya nak tengok jugak” kata Seiren dengan senyuman. Dia faham akan apa yang Deamon maksudkan.

“Siap dengan reaksi orang dan polis saya akan simpan,edit dan kita boleh tengok” kata Chimera sambil mengenyitkan matanya kerana diakini sudah menangkap apa yang dimaksudkan oleh ketua mereka itu.

“Cool”

~~~~

1 November 2014; 10:45 PM

Pintu lif terbuka dan Abdul Jamal memasuki lif tersebutdan terus menekan butang ke tingkat 27 sebelum dia menekan butang untuk menutuppintu lif tersebut. Dia berdiri di tengah-tengah lif dan menunggu lif bergerakke tingkat 27. Badannya sudah letih dan dia mengurut bahunya sedikit.

“Ting” lif berbunyi dan dia melihat ke paparan led yang menunjukan lif berada pada tingkat 5. Pintu lif terbuka dan seorang lelaki memakai pakaian serba hitam memasuki lif tersebut dan terus berjalan ke hujung lif tanpa menekan apa-apa butang. Lif itu kemudiannya tertutup sendiri dan bergerak menuju ke tingkat 27.

Keadaan di dalam lif tersebut sunyi dimana mereka  berdua tidak berkata apa-apa dan kemudian kedengaran seperti bisikan “An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil” “Huh?” Abdul Jamal memandang ke belakang dan apa yang berada dipandangannya ialah sebuah pisau menuju ke arahnya dan tepat menembusi hidungnya. Dia seperti cuba untuk bergelut semasa dia terlihat pisau tersebut menuju ke arahnya namun dia terlambat. Hanya dalam beberapa saat Abdul Jamal terbaring pada lantai lif tersebut.

Deamon memandang CCTV dan memberikan senyuman sebelum dia mengeluarkan lipstik berwarna merah dan menulis “An eye for an eye, a tooth fora tooth, and evil for evil” pada dinding lif itu. Lif tersebut kemudian terbuka pada tingkat 27 dan Deamon keluar. Sebelum dia keluar dari lif tersebut dia sempat menekan butang ke lobi dengan mengunakan tangan Abdul Jamal.

“Chimera, macam mana? Okay?” soalnya melalui alat perhubungan yang dipakai olehnya.

“Okay. Sekarang awak boleh naik lif yang akan datang dan terus ke tingkat 30 dan tinggal di bilik hotel semalam dan kita akan berjumpa esok” terang Chimera sambil tangannya pantas menaip kerana dia sibuk memanipulasi CCTV hotel tersebut.

“Got it. Macam mana dengan rakaman saya naik ke atas?”soal Deamon yang kini memandang ke arah lif dan menunggu lif yang bakal datang.

“Saya dah handle. Jangan risau. Semuanya sempurna”

“Terima kasih” kata Deamon sebelum lif berhenti didepannya dan dia masuk ke dalam dan terus ke tingkat 30 yang menempatkan bilik suite yang dimiliki oleh DM coperation.  Misinya kali ini berjalan dengan lancar.

~~~~

“Mangsa bernama Abdul Jamal berumur 43 tahun dan merupakan seorang ahli parlimen. Sebab kematian adalah tikaman yang tepat dihidung mangsa dan terus mengenai saluran otak. Masa kejadian dalam pukul 10.45 malam hingga 11:00 malam. CCTV tidak dapat menangkap apa-apa yang berlaku pada masa kejadian atau lebih tepat lagi telah dimanipulasi untuk tidak menunjukkan apa-apa. Dan pada pukul 11:00 malam, ketiga-tiga CCTV yang berada di dalam lif yang berbeza menunjukkan gambar yang sama, mayat mangsa. Bukti yang ada pada tempat kejadian adalah pisau yang masih berada di muka mangsa. Tiada cap jari yang disyaki dijumpai dan apabila polis menyiasat pisau tersebut, ia merupakan pisau khas digunakan oleh tentera. Tetapi tiada no siri atau pemilik yang hilang pisau mereka. Ia seperti khas dibuat. Dan seperti sebelum ini, ayat yang sama ada di tempat kejadian”

“Kenapa Abdul Jamal menjadi mangsa kali ini?” soal Nasha disebabkan segala penerangan mengenai kejadian ini adalah untuk menunjukkan motif ETHOS.

“Pada tahun tersebut Abdul Jamal berada dalam proses penyiasatan dimana dia sering kali turun naik mahkamah. Kes yang dia terlibat adalah kes bunuh seorang perempuan yang merupakan perempuan simpanan kepada Abdul Jamal” jawab Amirul sambil dia meletakkan gambar kes kematian Hasliza pada papan.

Keadaan menjadi sunyi seketika dengan semua melihat kearah papan tersebut. “Kalau ETHOS adalah sebuah organisasi seperti yang awak katakan, awak mesti ada profiler tentang mereka” kata Nasha memecahkan kesunyian. Mereka bertiga mendengar kata-kata yang dikongsikan oleh Amirul dan Khairidi atas bumbung sebelum ini. Mengambil kesempatan ini dia bertanyakannya.

“Ya. Sedikit. Terlalu sedikit. Saya tidak pasti bilangan yang ada. Tetapi yang saya pasti mereka ada sniper yang juga merupakan shooter. Seorang combatant yang pakar mengunakan pisau. Seorang hacker yang cukup pakar. Seorang yang pakar dalam ubatan dan juga bom atau mungkin segalanya yang melibatkan sains. Itu yang saya dapat fikirkan. Tetapi ada kemungkinan mereka lebih banyak daripada itu” jawap Amirul sambil dia duduk di kerusi miliknya dan memandang ke arah mereka semua. Menanti soalan yang lebih lanjut.

“Awak kata ada pakar ubatan dan bom atau segala yang melibatkan sains. Tetapi mana kesnya?” soal Zakuan yang seperti selalu menanyakan kes. Ini kerana dia ingin mengetahui segalanya dengan lebih mendalam lagi.

“Kes kelima” kata Amirul mengambil fail tersebut dan bangun dari duduknya untuk memulakan penerangan.

Previous: Bab 1-2
Next: Bab 1-4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA