Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,704
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1-4

2 March 2015; 3:00 PM

“Mangsa bernama Saiful Tarmizi Bin Abu Daud berumur 32 tahun. Dia dipenjarakan selepas disabitkan kesalahan membunuh 21 orang dan menceraikan mangsanya kepada enam bahagian dan dibuang ke tempat awam. Punca kematian masih tidak diketahui tetapi masa kematian pada pukul 2.00 petang” jelas seorang pegawai sambil mengiringi Amirul dan Safuan ke tempat kejadian. Selalunya kes yang melibatkan penjenayah yang telah dipenjarkan tidak termasuk dalam skop kerja mereka namun mereka berdua dipanggil untuk menyiasat kes ini.

“Kenapa punca kematian tidak diketahui?” soal Amirulmemandang tepat ke arah pegawai tersebut. Dia tidak suka akan tugasnya hari itu disebabkan dia ingin menyelesaikan kes ETHOS dan ini cuma akan menganggu kerjanya sahaja.

“Tiada kesan pergelutan, kesan senjata atau apa-apa luka pada badan. Berkemungkinan dia diracun. Namun tiada bukti yang kukuh sehingalah pembedahan dilakukan” terang pegawai tersebut yang membacanya daripada fail yang berada di tangannya.

“Kesan suntikan?” Safuan bertanya sebelum Amirul sempat bertanya mengenainya.

“Tiada. Tiada tanda yang dia disuntik atau jikalau hendak meracuni mangsa, tiada bau racun langsung pada mulut mangsa” pegawai tersebut menerangkannya.

“Sebelum pukul 2 petang, apa yang mangsa lakukan?” Amirul bertanya dan Safuan mengagguk bersetuju dengan soalan tersebut.

“Jadual mangsa bermula pukul 8 pagi dimana mangsa akan bangun dan mandi sebelum ke dewan makan untuk sarapan. Kemudian mangsa akan dihantar ke cel semula dan dibawa keluar pada pukul 12 tengah hari untuk makan tengah hari dan kemudian dihantar semula ke cel” pegawai tersebut sekali lagi membaca maklumat yang berada di tangannya.

Safuan befikir sejenak dan kemudian bertanya “Tiada aktiviti luar?”

Pegawai terbabit mencari jawapan kepada soalan tersebut di dalam fail dan menjumpainya. “Tiada. Mangsa tidak dibenarkan keluar selain untuk mandi dan makan”

“Macam mana dengan pelawat?” kini giliran Amirul lebih cepat bertanyakannya.

“Tiada siapa yang melawat mangsa sejak dari mangsa ditempatkan di dalam penjara sehingga sekarang”

“Kes istimewa?” sekali lagi Amirul bertanya akan segala kebarangkalian yang ada.

Pegawai tersebut melihat ke dalam fail yang dipegangnya.“Semalam mangsa dihantar ke hospital disebabkan mangsa asyik muntah dan dalam keadaan yang sangat membimbangkan. Namun setelah rawatan mangsa berada di keadaan yang baik dan dihantar semula ke dalam cel”

Amirul mengeluh. “Saya hendak melihat mayat mangsa dahulu. Kemudian aturkan pembedahan autopsi untuk mangsa. Saya inginkannya secepat mungkin. Safuan awak akan lakukannya” kata Amirul sambil memandang Safuan yang mengangguk faham.

“Baik tuan” pegawai itu memberi hormat dan Amirul memasuki cel mangsa. Tangannya sibuk memakai sarung tangan dan dia memerhatikan mangsa dengan teliti. Mangsa terbaring kemas di atas katil dengan tangannya berada di atas badannya. Kelihatan seperti sedang tidur dengan aman.

“Macam mana orang yang mati boleh dalam keadaan macam ini? Macam dia dah agak yang dia akan mati” kata Amirul di dalam hati sambil memeriksa keadaan mangsa.

“Amirul...” Safuan memanggil nama Amirul. Suaranya menunjukkan sesuatu yang penting berada di hadapannya.

“Kenapa?” soal Amirul yang sedang sibuk memerhatikan mangsa untuk mengesan sesuatu yang mungkin terlepas pandang oleh orang lain. Ia sesuatu yang selalunya dilakukan olehnya. Bukan kerana tidak percaya akan pandangan orang lain namun dia ingin melihatnya sendiri.

“Saya rasa awak patut tengok ini” kata Safuan. Nadanya jelas berubah dan penting. Amirul bangun dan memandang Safuan yang mukanya memaparkan kejutan yang besar.

“Apa yang menakutkan awak sampai macam ini?” soal Amirul sebelum dia turut memakai reaksi yang sama seperti Safuan.

“An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil” baca Safuan. Ayat tersebut memenuhi dinding cel tersebut dan seperti tiada ruang yang boleh ditulis lagi kecuali tempat yang tidak boleh dicapai.

“Apa yang berlaku sebenarnya!!!” jerit Amirul yang menyebabkan semua polis yang  berada ditempat kejadian terkejut. “Macam mana ayat ini boleh ada dekat dinding kalau tiada sesiapa pun yang boleh memasuki cel ini?” soal Amirul dan pegawai yang menjelaskan segalanya sebelum ini kehadapan.

“Sebelum kematian mangsa, penjenayah yang ditempatkan di cel depan, kiri dan kanan mangsa ada berkata yang mangsa asyik mengulangi ayat tersebut dan kemudian menulisnya pada dinding dengan arang yang dibenarkan sebagai alat menulis”

Amirul menaggalkan sarung tangan yang dipakainya dan memberikannya kepada pegawai polis itu. “Lakukan pembedahan autopsi secepat mungkin” kata Amirul sebelum dia berjalan keluar dari bilik tersebut.

~~~~

“Basilisk, HI Five!” kata Erlking yang sedang berjalan kearah Basilisk yang sedang membaca buku. Basilisk dengan refleknya mengangkat tangannya dan Erlking memberikan hi five kepada Basilisk.

“Ada sesuatu yang menarik berlaku ke yang awak happy semacam je?” soal Seiren yang kemudian mengambil tempat di sofa sebelum menghirup air susu cokelat yang dibelinya.

“Bukan kepada saya. Kepada kita semua” jawab Erlking dengan senyuman yang luas. “Target kita baru sahaja menjadi mayat” katanya dan senyuman mula menyebar ke semua orang di dalam bilik tersebut.

“Betul? Bila? Saya ingat racun tu tidak berfungsi” kata Basilisk bertanyakan soalan yang banyak. Dalam operasi mereka kali ini Basilisk telah mengunakan salah satu kajiannya yang masih dalam penyelidikan namun tiada target untuk menyelidiknya.

“Hari ini jam 2 petang tadi” jawab Erlking dan kemudian terdengar suara Chimera berkata “Maknanya dia dah mati dalam empat jam dua puluh tiga minit dan dua saat jikalau dia mati tepat-tepat jam dua petang” Semua memandang Chimera dan kemudian ketawa.

“Macam mana awak tahu? Berita masih belum melaporkan apa-apa... Ah. Awak ke balai polis lagi?” soal Seiren sambil memandang Erlking dengan mata yang cukup tajam. Dia jikalau boleh ingin mengelakkan Erlking dari terlibat dengan polis disebabkan untuk mengelakkan mereka di ketahui.

“Ala. Jangan risau saya tidak akan buat masalah. Lagipun semua polis kenal saya sebagai seorang penulis novel detektif yang paling berbakat. Mereka sumber maklumat dan kes dalam novel saya. Mereka akan beritahu segalanya yang saya hendak tahu” senyum Erlking dan mengenyitkan matanya.

“Rasanya awak boleh novelkan cerita kita ke?” soal Deamon yang sedang sibuk meneliti fail yang dibawanya daripada pejabat.

“Nak memang nak. Tapi kalau saya novelkan cerita kita,macam saya bagi bukti untuk polis tangkap kita pulak”

“Baguslah awak tahu” kata Deamon sinis sambil dirinya masih sibuk melakukan kerjanya.

Erkling tidak mengambil kisah reaksi Deamon dan kemudian memandang sekeliling. “Mana Centaur?” soalnya.

“Exercise. Misi dia selepas ini dan dia nak pastikan ia sempurna” jawab Basilisk.

~~~~

Amirul berjalan ke bilik mayat dimana autopsi kepada SaifulTarmizi telah dijalankan.  “Safuan macam mana?” soal Amirul sebaik sahaja dia memasuki bilik mayat tersebut.

“Semua jenis ujian telah dilakukan dan clue yang kita dapat cuma kesan perubahan pada saraf otak mangsa. Seperti ia dirangsang oleh sesuatu. Namun tiada kesan pada darah dan perut mangsa. Hendak kata dia diracun, sukar. Tetapi ada sesuatu yang merangsang saraf otak mangsa. Disebabkan tiada sumber yang mendalam, kita tidak dapat nak pastikan bila mangsa mula menjadi seperti ini dan siapa yang melakukannya”

Amirul menghentak meja pembedahan tersebut  dan Safuan terkejut. “Sudah lima kejadian. Siapa yang membunuh mereka?” marah Amirul.

~~~~

“Sesuatu yang tidak dapat dikesan? Ia mustahil. Setiap racun pasti dapat dikesan dalam darah” kata Nasha terkejut. Dia yang sedikit sebanyak tahu tentang racun yang biasanya digunakan tidak dapat menerima kenyataan tersebut.

“Ya. Saya sudah menerima pandangan beberapa pakar dan mereka mengatakan mustahil. Tetapi ia tetap berlaku. Kes ketujuh dan kes kelapan belas. Kedua-duanya menggunakan cara yang sama dimana kedua-dua mangsa merupakan banduan penjara yang menerima hukuman penjara seumur hidup” jelas Amirul sambil dia menampal kes tersebut pada papan.

“Adakah awak semua ada soalan yang lain atau nak saya jelaskan setiap kes?” soal Amirul sambil memandang ke arah mereka semua satu persatu. Dia menanti jawapan daripada mereka semua.

“Tidak. Saya rasa saya hendak baca dan cuba kesan apa-apa yang tertinggal” kata Zakuan dan dia mengambil fail yang dia sedang baca dan terus ke tempat duduknya. Namun belum sempat Zakuan sampai ke tempat duduknya,dia dihentikan oleh Fazli.

“Kejap. Macam mana nama ETHOS boleh keluar kalau segala bukti yang ada cuma ayat ‘An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil’?” soal Fazli. Zakuan terhenti dan kembali ke tempat dia berdiri tadi.“Ya. Betul soalan Fazli” katanya berfikir.

Amirul memandang pada jam tangannya dan mula berkata “Setahun yang lalu pada tarikh yang sama seperti hari ini, satu jambangan bunga dihantar ke balai. Penerima jambangan tersebut ialah saya” Amirul berhenti bercakap seketika dan berjalan ke mejanya. Mencari sesuatu yang berupa sebuah kotak. Dia mengambil satu kad dari kotak tersebut dan berjalan ke papan. Kad tersebut di lekatkan di sudut paling atas. “Apa yang ditulis pada kad yang datang dengan jambangan itu adalah ini” katanya dan dia kembali ke tempat dia berdiri tadi sementara yang lain datang ke hadapan dan membaca apa yang tertulis.

“Eye for an eye, tooth for a tooth, and evil for evil - we’re ETHOS” baca mereka bertiga namun suara Nasha lebih jelas kedengaran.

“Tock. Tock. Tock” bunyi ketukan kedengaran dari pintu.“Masuk” kata Amirul dan seorang pegawai polis membuka pintu sambil di tangannya terpegang kemas sebuah kotak.

“Ada delivery untuk tuan” katanya dan dia meletakkan kotak tersebut di meja berdekatan dengan Amirul. “Terima kasih” kata Amirul dan pegawai itu berjalan keluar dan turut menutup pintu.

Semua mata memandang kotak tersebut dan Amirul mula membukanya. Didalamnya sebuah kek terhias cantik dan terdapat tulisan menggunakan krim coklat ditengah-tengah kek tersebut. “An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil – ETHOS”

“Ada kad” kata Zakuan sambil dia hendak mengambil kad tersebut. Namun diberhentikan oleh Nasha yang menjerit. “Kejap!”

“Kenapa?”

“Pakai sarung tangan dahulu”

“Tak payah. Kad yang ada itu, tiada cap jari ahli ETHOS.Yang ada cuma cap jari pemilik kedai. Mereka menempah menggunakan telefon danmembayar mengunakan kad. Kalau periksa nombor telefon dan juga kad,kedua-duanya tidak dapat dikesan”

“Macam mana awak tahu?” soal Fazli sambil memandang Amirul.

“Polis habiskan masa sebulan cuma untuk menyiasat jambangan bunga yang saya dapat dan segalanya kosong. Jadi buat apa nak bazirkan masa dengan menyiasat kek ini yang turut akan membazirkan masa kita” kata Amirul memberikan alasan yang membuatkan mereka bersetuju di dalam fikiran mereka namun tidak diluahkan.Tambahan lagi daripada mereka menghabiskan masa menyiasat satu kek, lebih baik mereka menyiasat kes yang banyak.

“Tapi, sebagai langkah berjaga-jaga” kata Nasha sambil memakai sarung tangan dan mengambil kad yang ada. Dia membacanya. “6”

“Huh?” respond mereka bertiga yang pelik dengan apa yang dibaca oleh Nasha. Dengan itu mereka bergerak ke arah Nasha untuk melihat apa yang tertulis dan hanya huruf 6 tertulis pada kad tersebut.

“Enam atau sembilan?” soal Fazli tiba-tiba dan mendapat jelingan daripada Amirul, Nasha dan Zakuan. Satu ketukan hingap pada kepala Fazli dan dia menjerit kesakitan. “Tak nampak ke perkataan ‘six’ pada bawah huruf enam tu?”

Fazli melihat kad tersebut dan kemudian “Ah... Baru perasan”

~~~~

Seiren berjalan ke arah Chimera yang sedang asyik menaip sesuatu yang cuma dia fahami. “Polis tu dah dapat ke kek yang kita hantar?”soal Seiren sambil dia menyandar pada meja komputer milik Chimera.

“Dah. Beberapa minit yang lepas” kata Chimera sambil dia menaip sesuatu dan kemudian salah satu skrin tersebut bertukar menjadi siaran CCTV yang memaparkan keempat-empat mereka sedang melihat kad yang diselitkan bersama dengan kek yang dihantar.

“Kenapa kita kena hantar bunga dan kek kepada polis tu? Tiada faedah pun” kata Centaur yang sedang mengangkat pemberat. Ia menjadi sesuatu rutin untuknya untuk melakukan senaman tidak kira masa dan dimana dia berada.

“Saja. Suka-suka dan dia adalah orang yang bertugas menyiasat kes kita. Seperti nasib kita berada di tangannya” jawab Erlking yang sedang sibuk menaip cerita yang akan dibukukannya. Jikalau dikira buku yang ditaipnya kali ini merupakan bukunya yang keempat. Dan dia sedang mengejar tarikh akhir penghantaran yang sepatutnya dalam akhir bulan depan.

“Macam mana kalau mereka dapat kesan kita?” soal Centaur masih dengan kerjanya. Dan kali ini dia menukarkan tangan dan menggunakan tangan kiri untuk mengangkat pemberat.

“Ah... Awak lupa siapa kita?” Erlking membalas soalan dengan soalan dan ia kedengaran sedikit sinis. Mereka semua tersengih mendengar perkataan tersebut keluar dari mulut Erlking.

“Tiada bukti tiada jejak” kata mereka berenam dengan serentak seperti telah dirancang namun ia merupakan motif mereka.

“Jadi, bila kita nak jalankan operasi kita yang seterusnya?” soal Deamon sambil dia duduk di sofa dan merehatkan badannya yang letih membuat kerja. Fail dan segalanya yang dibawanya ditinggalkan di atas meja bulat tersebut.

“Fail masih lagi dalam proses. Tetapi kalau nak yang sudah confirm saya ada simpan dalam 5 orang calon” kata Erlking mengambil beberapa  fail keluar daripada susunan yang kemas di rak. Di rak tersebut selain fail kes yang bakal dilakukan, ia turut menempatkan pelbagai fail kes yang telah dilaksanakan dan juga kes yang masih dalam penyiasataan.

Mereka semua memandang ke arah satu sama lain dan tersenyum sebelum berjalan ke meja bulat. Seperti tahu apa yang berada di dalam fikiran masing-masing yang ingin melakukan operasi. Atau lebih kepada ingin membalas segalanya.

Previous: Bab 1-3
Next: Bab 2-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA