Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,721
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2-1

Amirul menghabiskan makan malamnya sambil memerhatikan papan kes yang disusunnya. Semua kes berada di papan tersebut dan juga termasuklah dua kad yang diterimanya. Kek yang dihantar kepadanya masih lagi tersadai tidak berusik. Walaupun sudah pasti yang kek tersebut tidak beracun, mereka tiada selera untuk makan kek yang diberikan oleh ETHOS. Gambar sudah diambil dan seperti biasa tiada kesan cap jari yang mencurigakan terdapat pada kotak tersebut.

“Urgh” kedengaran suara Zakuan mengeliat dan membetulkan duduknya. Dia sudah penat membaca segala laporan dan cuba mencari sesuatu yang mungkin terlepas pandang oleh polis yang lain. Fazli sudah lama dibuai mimpi akibat keletihan. Fail bertaburan di atas meja kopi yang terletak berhampiran sofa yang menjadi tempat tidurnya. Nasha pula masih sibuk menaip sesuatu pada komputer dengan tujuan untuk mengesan hacker yang berada di pihak ETHOS. Namun tiada apa yang dapat dikesannya setakat ini.

“Enam... Enam...” kata Amirul berfikir. “Apa maksud enam?” soalnya. “Saya tidak rasa bilangan mangsa yang tinggal. Sebab motif mereka ialah membunuh pembunuh. Dan terdapat banyak lagi pembunuh di penjara dan mungkin di luar juga yang polis masih belum dapat tangkap. Tarikh? Mustahil. Mereka tidak akan bagi clue yang macam itu. Kalau diorang bagi clue untuk tarikh tentu mereka akan dikesan”

“Macam mana dengan bilangan ahli ETHOS?” soal Nasha yang tanpa berfikir dengan tangannya masih sibuk menaip. Amirul dan Zakuan terus memandang ke arah Nasha dengan muka yang terkejut. Di dalam fikiran mereka berdua seakan bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Nasha.

“Ya. Saya rasa apa yang Nasha tanya itu betul. Ia bilangan ahli ETHOS” setuju Zakuan sambil dia memandang Amirul yang kemudian memandang Zakuan kembali. Mereka seakan mengangguk sebentar tatkala mata mereka bertemu.

Amirul berjalan ke papan lutsinar yang terdapat di dalam bilik tersebut dan mengambil marker pen bewarna putih dan dia mula menulis.“Kalau ETHOS ada enam orang ahli” katanya dambil membuat enam petak. “Yang pasti mereka ada seorang hacker” dia menulis perkataan ‘Hacker’ pada papan tersebut betul-betul dibawah salah satu petak yang dilukisnya.

Zakuan dan Nasha berjalan ke arah Amirul untuk mendapatkan pandangan yang lebih baik. Dan Zakuan juga sempat mengerakkan Fazli yang sedang tidur. “Huh? Kenapa?” soal Fazli dengan tiba-tiba kesan daripada kejutan itu. Mereka bertiga memandang Fazli dan Fazli tersengih. “Maaf” katanya sebelum dia bergerak ke tempat dimana mereka bertiga berada.

“Mereka juga ada seorang sniper yang juga seorang shooter” tulis Amirul. “Combatant yang mahir dengan pisau”  katanya sambil tangannya menulis. “Akhir sekali yang kita tahu adalah seorang pakar sains yang mahir dengan ubatan,racun, dan juga bom”

“Empat orang”  kata Zakuan yang memberitahu bilangannya.

“Rasanya mereka ada seorang pakar combatant dan pistol juga” kata Fazli yang kemudiannya menguap. Ketiga-tiga mereka memandang ke arah Fazli. Fazli yang telah selesai menguap terkejut sedikit dan memandang mereka semua. “Ke...kenapa?” soalnya sedikit gagap kerana perhatian daripada mereka yang lain.

“Kenapa awak cakap mereka ada seorang pakar combatant dan juga pistol?” soal Amirul mewakili mereka semua yang turut ingin bertanyakan soalan yang sama.

Fazli berjalan ke arah papan kes dan menunjuk ke arah beberapa kes. “Kes ini, ini dan ini. Rasanya ini juga. Semuanya daripada tembakan jarak jauh yang dimana mangsa tidak tahu atau sedar yang mereka menjadi target. Dan ini dan juga ini, senjata yang digunakan adalah pistol biasa namun teknik yang digunakan bukan sesuatu yang biasa dilakukan kecuali seorang pakar. Ia dilakukan oleh orang yang sama iaitu sniper yang juga seorang shooter” Fazli memandang ke arah mereka bertiga untuk melihat kefahaman mereka semua. “Kes yang kedua dan semua kes yang melibatkan pisau dan benda tajam dilakukan oleh pakar combatant dan pisau. Manakala kes ini, ini, ini, ini, dan ini, dilakukan oleh pakar combatant dan juga pakar pistol”

“Yang berbeza antara mereka bertiga adalah. Yang pertama sniper dan shooter tidak akan melibatkan diri dalam combat dan juga tidak akan membuat mangsa nampak mukanya. Mangsa akan mati tanpa sedar. Teknik yang digunakan juga sesuatu yang unik dan jarang dijumpai. Yang kedua, pakar combatant dan pisau akan membunuh dengan cepat dan tepat dan mangsa tidak dapat membuat apa-apa. Dia akan menyasarkan kawasan yang membuatkan mangsa mati dengan cepat. Yang ketiga adalah pakar combatant dan pakar pistol. Kes yang melibatkan dia semua mangsanya berada dalam keadaan seperti melarikan diri. Mengikut pada keadaan mayat dijumpai. Berkemungkinan dia menunjukkan pistol ke arah mangsa dan memberi mangsa masa untuk membuat sesuatu sebelum membunuh mangsa” jelas Fazli dengan panjang dan terperinci.

Mereka bertiga berfikir dan memproses maklumat yang baru masuk. Menimbal kesahihan tersebut. “Saya rasa apa yang Fazli cakap itu betul. Mereka pasti ada jenis dan cara membunuh yang berbeza” setuju Amirul yang kemudian menulisnya pada papan lutsinar tersebut.

“Tetapi yang terakhir...” kata Nasha berfikir. “Ada cara pembunuhan yang lain lagi ke?” soalnya pula. Mereka semua mula berfikir lagi.

“Tiada. Saya sudah periksa dan saya tidak jumpa selain empat cara yang berbeza” jawab Fazli yang masih mamai sedikit disebabkan keletihan atau disebabkan dirinya baru sahaja bangun dari tidur.

“Mungkin seorang lagi ahli bergerak belakang tabir macam hacker juga” kata Zakuan dan mereka mengangguk setuju. Tidak semestinya semuanya perlu melakukan pembunuhan dan ia dapat dikesan dengan kehadiran hacker di pihak ETHOS. Tetapi apa yang dilakukan oleh seorang lagi ahli tidak diketahui oleh mereka. Dan tidak mungkin yang ETHOS menggunakan dua orang hacker.

~~~~

“Akhirnya sampai juga peluang saya” Seiren tersenyum lebar dan ia tidak lekang daripada bibirnya.

“Gembira?” soal Deamon sambil dia memandang tepat pada Seiren. Seiren kemudian mengalihkan pandangannya pada Deamon dan berkata “Tentulah. Dah enam kes korang sahaja yang laksanakan” ada nada tidak puas hati keluar selari dengan ayat tersebut.

“Maaf Seiren. Walaupun skill awak paling senang nak rancang operasi, tapi susah nak kemas. Nak rancang macam mana nak jadikannya spotless” jelas Erlking dan mereka yang lain mengangguk faham dan bersetuju. Walaupun mereka yang lain tidak pernah terlibat dalam perancangan.

“Memanglah. Saya terlalu menonjol” Seiren melibaskan rambutnya yang panjang dan semuanya tertawa. Style dan dirinya menyebabkan Seiren tidak boleh terlepas daripada pandangan orang lain dan disebabkan itulah mereka semua tertawa.

“Okay. Berbalik kepada operasi kita. Target kali ini adalah seorang pembunuh yang telah membunuh dua buah keluarga dan tinggal di rumah mereka sebelum pihak polis dapat menangkapnya. Namanya adalah Daud Hamidi Bin Harun Othman dan berumur 32 tahun” terang Erlking sambil menunjuk ke arah gambar mangsa.

“Satu lagi psyco” kata Centaur sambil mengeluh.

“Ya. Kali ini operasi akan dijalankan dalam masa Daud Hamidi dibawa dari penjara ke mahkamah untuk perbicaraan kesnya yang terakhir. Dalam perbicaraan ini keputusan akan dibuat sama ada dia akan dihantar ke penjara, gantung sampai mati ataupun dihantar ke hospital sakit mental. Perbincangan yang sebelum ini menunjukkan yang dia paling berkemungkinan akan dihantar ke hospital sakit mental. Kita tidak inginkan jawapan ini sebab dalam masa beberapa tahun dia berkemungkinan akan keluar dan membunuh semula” Erlking berkata sambil mengambil model kereta polis yang berada di atas meja tersebut.“Pada hari tersebut dia akan dibawa menggunakan kereta polis dan selain kereta yang dinaiki oleh Daud Hamidi, terdapat empat lagi kereta akan mengiringi mereka ke mahkamah”

“Banyaknya kereta. Mesti polis dah agak sesuatu” kata Basilisk sambil duduk dan kemudiannya meletakkan kakinya di atas meja. Dia berasa bosan kerana kali ini dia tidak akan terlibat dalam operasi ini.

“Ya. Berkemungkinan polis menyangka kita akan melakukan sesuatu untuk membunuh dia. Semuanya disebabkan lelaki ini kelihatan berkemungkinan akan menjadi target kita di mata mereka. Malah kereta yang dinaiki oleh Daud Hamidi merupakan kereta khas yang kalis peluru”

“Jadi bila kita boleh bunuh dia?” soal Centaur sambil dia melihat peta tersebut.

“Benda itu, Seiren awak uruskan sendiri” kata Erlking sambil memandang ke arah Seiren.

“Saya?” Seiren tergelak sedikit.

“Ya. Jangan nak larikan diri. Saya nak uruskan dua kes yang masih belum selesai termasuklah novel saya yang perlu dihantar dan awak cukup hebat untuk merancang operasi”

“Okay. Bila operasi ini?”

“1 November. Awak dapat 10 hari untuk merancang segalanya. Macam mana? Boleh?”

“Boleh” Seiren mengambil barangnya dan kemudian berkata “Saya pergi dulu” sebelum keluar dari rumah itu. Mereka yang lain cuma memandang Seiren pergi tanpa berkata apa-apa disebabkan ia terlalu tiba-tiba dan menghalang mereka dari memberi reaksi.

“Boleh ke harapkan Seiren?” soal Basilisk sambil dia bangun dan mengambil kepingan gambar calon mereka kali ini. Sebelum ini dia tidak dapat menangkap mukanya dengan lebih jelas semuanya disebabkan dirinya tidak terlibat.

“Jangan risau. Tujuh daripada operasi yang kita jalankan dirancang oleh Seiren. Dan salah satunya operasi pertama kita melibatkan penjenayah yang dipenjara” senyum Erlking dan mereka mengagguk faham. Jawapan yang diberikan oleh Erlking jelas menutup mulut Basilisk dari memberikan komen atau membantah.

~~~~

“Hmm...” Seiren berfikir sambil dia melihat sekeliling. Dia kini berada di kawasan berhampiran dengan jalan yang akan digunakan oleh polis untuk menghantar Daud Hamidi ke mahkamah.

“Kalau ada cara untuk tembak target pun, kereta yang digunakan ialah kereta kalis peluru. Kemungkinan yang ada cuma di dua tempat. Di penjara dan di mahkamah di mana target akan keluar dari kereta” katanya sebelum dia memasuki keretanya dan memandu ke arah penjara yang menjadi pusat tahanan kepada target mereka kali ini, Daud Hamidi.

Seiren tidak berhenti dan hanya memandu melepasi kawasan tersebut. Disebabkan ada kemungkinan dia akan disyaki dengan hanya berhenti di kawasan tersebut. “Tiada tempat yang sesuai” katanya sambil memandu keluar dari kawasan tersebut. Kawalan keselamatan di situ terlalu ketat untuknya melakukan sesuatu.

“Nampaknya pilihan terakhir, mahkamah” katanya sebelum dia memandu terus ke mahkamah. Perjalanan mengambil masa dalam lebih kurang 20 minit daripada penjara itu pun dengan menggunakan keretanya yang berkuasa tinggi. Dalam asyik meninjau dia terlihat sebuah restaurant yang terletak betul-betul bertentangan dengan mahkamah. Dia meletakkan keretanya tidak jauh dan keluar sebelum memasuki restaurant tersebut.

Kertas berselerak di atas meja restaurant yang Seiren pilih. Sambil menunggu makanannya sampai, Seiren telah membuat beberapa kiraan yang kebanyakannya di pangkah. “Maaf menganggu” dengar Seiren dan dia memandang ke arah kirinya.

“Ah. Maaf” kata Seiren sebelum dia mengemas sedikit kertas-kertas yang berselerak di atas meja tersebut. Setelah selesai pelayan tersebut meletakkan makanan di hadapan Seiren. “Terima kasih” kata Seiren dengan senyuman. Pelayan tersebut tersenyum dan kemudiannya berlalu pergi.

Seiren mengambil pisau dan garfu yang tersedia dan mula memotong steak yang dipesannya. Namun belum sempat dia memasukkannya ke dalam mulut, telefonnya berbunyi. Seiren memandang telefonnya yang terletak di atas meja tersebut dan melihat nama pemanggil. Dia meletakkan pisau dan garfu diatas pinggan dan mengambil telefonnya.

“Erlking, what is your problem? I’m eating” kata Seiren sebaik sahaja dia mengangkat telefon tersebut. Suaranya menunjukkan yang dia rasa terganggu dengan panggilan tersebut.

“Ya. Hold on. Maaf. Tak sangka terganggu pulak” kata Erlking cuba meredakan keadaan. Dia tahu sikap satu-satunya perempuan dalam ETHOS yang akan acap kali menggunakan bahasa inggeris apabila ada sesuatu yang membuatnya tidak berpuas hati.

“Maaf diterima. So, kenapa call?” soalnya sambil tangan kirinya yang kosong memegang pisau dan dia bermain dengan pisau tersebut.

“Dah survey tempat ke?”

“Dah. Dan singgah makan kejap dekat restaurant depan mahkamah”

“Semuanya okay?”

“Nope. Kes kali ini is a pain in the ass” jawab Seiren dan kedengaran bunyi ketawa di hujung talian yang sudah pasti datang daripada Erlking.

“Nak saya tolong?”

“Tak payah. I will manage it somehow”

“Okay. Kalau ada hal atau apa-apa, call saya atau Chimera”

“Yes” kata Seiren sebelum dia mematikan panggilan tersebut. Seiren meletakkan kembali telefonnya di atas meja dan memulakan makan.

Previous: Bab 1-4
Next: Bab 2-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA