Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,686
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2-3

Amirul meninjau kawasan mahkamah bersama-sama dengan Fazli.Mereka berdua memandang sekeliling dan meneliti kemungkinan di mana tembakan jarak jauh boleh dilepaskan. Beberapa kawasan berada di dalam fikiran mereka.

“Fazli, macam mana?” soal Amirul sambil memandang ke arah Fazli. Fazli merupakan pakar dalam senjata dan boleh menggunakan semua jenis senjata api.

Fazli memandang Amirul. “Kemungkinan tempat yang akan digunakan oleh sniper adalah bangunan itu dan juga yang itu” kata Fazli sambil menunjuk ke arah dua buah bangunan yang tercacak gah tinggi berbanding bangunan lain.

Amirul memandang ke arah dua bangunan tersebut dan mengangguk. “Saya berfikir yang sama juga. Tapi, ETHOS rasanya tidak akan memilih kedua-dua tempat tersebut” kata Amirul sambil mengeluh.

“Kenapa?” soal Fazli dengan mata yang penuh dengan tanda tanya.

“Saya rasa mereka sudah tahu tentang operasi kita kali ini. Dan akan mengelak tempat yang senang dikesan”

“Betul juga. Saya juga fikir yang mereka akan bunuh mangsa dengan racun dan mengelakkan masalah dikesan”

“Ya. Sebab itu saya suruh Zakuan dan Nasha ke penjara”

~~~~

Zakuan dan Nasha berjalan di dalam penjara di iringi oleh dua orang pegawai. “Daud Hamidi ditempatkan di cel dimana dia cuma dibenarkan keluar atas urusan mandi sahaja. Makanan akan dihantar kepadanya” terang pegawai tersebut.

“Jadi jangan risau. Kes seperti ETHOS tidak akan berlaku” kata pegawai satu lagi.

“Boleh kami bercakap dengannya?” soal Nasha dan Zakuan memandang Nasha dengan muka yang sedikit terkejut.

“Ya. Saya boleh aturkan” kata pegawai tersebut sebelum dia berlalu mendapatkan Daud Hamidi.

Setelah 20 minit berlalu, mereka bertiga berada dalam bilik yang sama, Zakuan, Nasha dan Daud Hamidi. Daud Hamidi memandang Zakuan dan Nasha dan senyuman mula timbul di bibirnya. “Awak berdua tidak sesuai untuk dibunuh” katanya sebelum dia ketawa.

Zakuan dan Nasha memandang Daud Hamidi dengan muka tidak percaya sebelum kembali ke landasannya. “Daud Hamidi, awak tahu kenapa kami hendak berjumpa dengan awak?”

“Hmm... mungkin disebabkan oleh perbicaraan di mahkamah. Awak berdua peguam? Tidak. Aura awak berdua tidak seperti itu. Polis. Ya...Awak berdua adalah polis. Apa yang polis nak dengan saya?” soal Daud Hamidi sambil dia mendepankan badannya.

“Awak pernah dengar pasal ETHOS?” soal Nasha tiba-tiba dan Zakuan memandang Nasha. Terkejut dengan soalan tersebut kerana dia tidak menyangka yang Nasha akan berkata tentangnya.

“Ya. Mereka psyco. Fikir yang mereka hendak menghapuskan pembunuh?” Daud Hamidi ketawa kuat. “Semua orang dilahirkan menjadi pembunuh. Idea mereka menunjukkan mereka ingin menghapuskan semua orang” tambahnya lagi.

“Apa yang akan berlaku kalau awak merupakan target mereka yang seterusnya?” soal Nasha dan Daud Hamidi terdiam daripada ketawanya tadi.

“Datanglah. Bunuhlah” kata Daud Hamidi sebelum dia ketawa dengan kuatnya.

~~~~

Seiren menghempaskan badannya di atas sofa empuk di villa dimana mereka berkumpul. Semua mata memandang Seiren dan kemudian meneruskan kerja masing-masing kerana mereka tahu Seiren perlukan ruang dan bukannya soalan.

“Masalah?” soal Daemon sambil mendekati Seiren dan duduk di sebelahnya. Antara mereka semua mungkin Daemon paling berani atau dia tahu perangai Seiren.

“Untuk elakkan diri dari pandangan polis” kata Seirensambil matanya ditutup dan kemudian dia mengubah kedudukannya dan baring di atas sofa sementara kepalanya diletakkan di atas paha Daemon.

Deamon membelai rambut Seiren. “Susah nak cari peluang?”

“Ya. Sebab polis terlibat dalam kes kali ini, sukar nak dapatkan tempat yang sesuai. Dan mereka guna kereta kalis peluru” Seiren menjawab dan selesa dengan keadaan kedudukannya sekarang. Matanya teringin sangat untuk tertutup.

“Ya...” Daemon berkata ringkas sambil membelai rambut Seiren. Cuba melegakannya dan menolak Seiren ke mimpi. Namun dengan tiba-tiba Seiren bangun dan turut membuatkan Daemon terkejut.

“Basilisk!” panggil Seiren dan dengan serta merta Basilisk memandang ke arah Seiren. “Kenapa?”

“Macam mana dengan bom yang awak masih dalam proses dua bulan lepas?” soal Seiren dengan mata yang bersinar.

“Dah lama siap. Kenapa?” Basilisk berhenti melakukan kerjanya dan memandang ke arah Seiren dan Daemon. Seiren kemudiannya bangun dan Basilisk mengikutnya menggunakan matanya. Dia berjalan ke arah rak buku dan mencari sebuah fail sebelum dia menjumpainya. Dengan memegang fail tersebut Seiren berkata “Nak tolong saya? Atau lebih kepada macam mana kalau kita lakukan dua kes dalam sehari?”

Semua mata memandang Seiren dengan soalannya yang terakhir itu. “Tapi kita tak pernah buat benda macam ini” kata Centaur sambil dia berhenti daripada melakukan tekan tubi yang merupakan rejimen aktivitinya setiap hari dan dia ada target yang ditetapkannya.

“Tapi tiada siapa kata benda ini tidak boleh dilakukan.Satu-satunya peraturan yang kita ada adalah jangan tinggalkan apa-apa bukti” Seiren membalas kata Centaur dengan debatnya.

Semua memandang ke arah Erlking, atau lebih kepada cuma Centaur, Chimera dan Basilisk yang memandang Erlking. Mata mereka seperti inginkan jawapan daripada pakar strategi mereka. Meminta tolong untuk menyelamatkan mereka atau lebih kepada menyelesaikan keadaan mereka semua sekarang.  Erlking memandang mereka semua satu persatu dan mengangkat tangannya seperti tanda menyerah. “Saya tidak boleh nak kata apa-apa, walaupun saya pakar strategi ETHOS, ketua kita adalah Daemon”

Semua mata beralih ke arah Daemon dan dia tersenyum sebelum menyikat rambutnya ke belakang menggunakan jarinya. Walaupun dengan serta merta rambutnya kembali ke tempat asal. “Saya akan ikut apa yang Seiren hendak lakukan” kata Daemon yang seperti selalu akan menyebelahi Seiren.

“Thanks” kata Seiren dengan senyuman yang kemudian bertukar serius apabila matanya memandang Basilisk. “Jadi, up for a challange?” soal Seiren yang kemudian memberikan senyuman mencabar.

“Okay. On!” Basilisk tersenyum sambil berjalan ke arah Seiren. 

Previous: Bab 2-2
Next: Bab 2-4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA