Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,709
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 2-4

1 November 2016; 8:00 AM

“Okay. Jadi hari ini kita mesti pastikan segalanya berjalan dengan lancar. Dan kita mesti memerhatikan sekeliling. Harap... Tidak. Kita harus menangkap ETHOS pada hari ini dan menghentikan segala pembunuhan ini” kata Amirul semasa mereka semua berada di dalam bilik setelah selesai mengimbas kembali jadual mereka untuk operasi kali ini.

“Bang!” suara pintu bilik mereka dibuka dengan cepat dan kuat. Kelihatan Safuan berdiri di situ dan memandang mereka semua. Nafasnya laju akibat berlari dan mereka sedar akan sesuatu telah berlaku.

“Safuan, kenapa?” soal Amirul sambil berjalan ke arah Safuan dengan cubaan untuk menenangkan rakannya.

“ETHOS... ETHOS...”

“Hmm... ETHOS?” Amirul mengesan sesuatu pada ayat tersebut. “Cakap, Safuan”

“Ada kes melibatkan ETHOS baru berlaku dan pihak atasan minta awak berempat ke tempat kejadian” kata Safuan dengan sekali nafas. Dia kemudian menghembuskan nafasnya dan dia boleh bernafas dengan normal semula.

Nasha berjalan ke arah Safuan dan Amirul “Macam mana dengan operasi yang akan berlaku hari ini?” soalnya dengan reaksi yang dia tahu dia tidak ingin menghentikan operasi mereka.

“Saya tidak tahu. Saya cuma diamanahkan untuk memberitahu berita ini kepada awak semua” katanya sambil memandang ke arah mereka satu persatu.

“Saya akan telefon Khairi dan awak semua bergerak ke kereta dahulu” kata Amirul. Mereka bertiga mengangguk dan terus keluar manakala Amirul berjalan ke mejanya dan mengambil barangnya sebelum dia menalifon ketuanya, Khairi.

Apabila talian disambungkan dia mula berkata “Hello,tuan”

“Amirul...”

“Tuan, Safuan telah maklumkan kejadian yang berlaku. Saya nak tahu sama ada operasi yang kami telah rancang dibatalkan”

Khairi memandang semua ketua jabatan yang berada di dalam bilik mesyuarat tersebut satu persatu. Kata sepakat telah dibuat dan ia cuma perlu disampaikan kepada Amirul. Namun dia sendiri tidak pasti atau lebih kepada tidak berpuas hati dengan keputusan majoriti tersebut. “Operasi dibatalkan dan awak berempat akan ke tempat kejadian untuk memeriksa segala bukti dan mangsa” kata Khairi sebelum dia menghembuskan nafasnya. Menandakan tiada apa yang dia boleh lakukan setelah mengatakan keputusan tersebut.

“Baik tuan” Amirul membalas sebelum dia mematikan panggilan tersebut dan berlari keluar memasuki kereta dimana mereka berempat berada. Zakuan berada di tempat memandu manakala Nasha dan Fazli duduk dibelakang meninggalkan kerusi di sebelah pemandu kepadanya.

“Macam mana?” soal Fazli sebaik sahaja Amirul memasuki kereta tersebut dan menutup pintunya.

“Kita akan ke tempat kejadian. Operasi kita dibatalkan” kata Amirul dan Zakuan menangguk dan memulakan pemanduannya ke tempat kejadian yang agak sedikit jauh daripada balai polis mereka.

~~~~

Khairi meletakkan telefonnya di atas meja mesyuarat tersebut dan kembali ke tempat duduknya. “Saya tidak rasa ini merupakan keputusan yang betul” kata Khairi memulakan percakapan dan mendapatkan pandangan daripada semua orang dalam bilik itu yang rata-ratanya sedang berbual tentang sesuatu yang tidak masuk di akal.

“Jadi awak hendak buat apa? Menghantar mereka ke operasi yang pastinya tiada apa yang akan berlaku? Daripada itu baik mereka ke tempat kejadian dan cuba memeriksa apa-apa yang penting” kata Yusuf sambil memberikan pandangan yang sedikit mengertak.

“Adakah awak pasti tiada apa yang akan berlaku? Beberapa hari lepas siapa yang memberikan fail operasi kepada mereka? Awak semua. Dan sekarang awak semua menarik balik operasi ini?” balas Khairi dengan tekanan yang sama.

“Pop” bunyi gula-gula getah meletup dan semua pandangan beralih ke arah Adam yang sedang duduk di tempatnya dan kedua-dua kakinya diletakkan di atas meja. Reaksi semua orang mula berubah menjadi tidak berpuas hati dengan perangai ketua muda itu. Dia kemudiannya mengalihkan kakinya ke bawah dan memandang Khairi. “Tiada apa yang kita boleh buat kepada semua orang yang degil. Kita cuma boleh tunggu keputusan yang Daud Hamidi telah ditembak mati” kata Adam sebelum dia bangun dan mengeliat sedikit. “Saya nak balik ke station. Bagitahu saya jikalau Daud Hamidi telah mati” katanya sebelum dia menghilang disebalik pintu bilik itu.

~~~~

Zakuan menghentikan kereta tidak jauh dari tempat kejadian dan dengan keadaan orang ramai mengerumuni tempat tersebut, dia tidak boleh meletakkan kereta tersebut dekat. Mereka semua keluar dari kereta tersebut dan berjalan ke arah tempat kejadian sambil menyusuri orang ramai.

“Phew” Fazli menghembuskan nafasnya kuat setelah selesai menyusuri lautan orang ramai. Mereka bertiga hanya memandang Fazli dengan senyuman sebelum menunjukkan pas mereka dan melintasi garisan polis.

Amirul terus berjalan ke arah tempat kejadian yang berdekatan dengan kolam air terjun di tengah-tengah taman tersebut. “Apa yang telah berlaku?” soal Amirul sebaik sahaja dia tiba dan pegawai polis mula berlari kearahnya dan mula menerangkan apa yang berlaku.

“Mangsa bernama Muhammad Adli Bin Johari berumur 42 tahun dan merupakan sorang ahli politik” terang pegawai tersebut.

“Ahli politik?” soal Zakuan terkejut.

“Ya. Mangsa sepatutnya akan bertanding dalam pilihan raya yang akan datang. Tetapi, nampaknya...”

“Punca kematian?” soal Nasha mengembalikan penyiasatan kembali ke tempat yang sepatutnya.

“Masih belum diketahui”

Amirul berhenti dan semua turut berhenti. “Masih belum diketahui?” soalnya tajam dan serius.

“Ya. Mangsa memuntahkan banyak darah dari mulutnya dan kami mensyaki berkemungkinan organ dalamannya mengalami masalah. Jadi pembedahan perlu dilakukan sebelum keputusan muktamad dikeluarkan”

“Lepas saya periksa, terus hantar mangsa untuk pembedahan” kata Amirul sambil mengambil sarung tangan yang diberikan kepadanya dan memakainya. Mereka bertiga turut melakukan pekara yang sama.

Amirul berjalan ke arah mangsa dan memeriksa segalanya.“Mana tanda yang ini merupakan kes ETHOS?” soal Amirul sambil dia bangun kerana seperti selalu dia tidak menemui apa-apa bukti yang dapat dilihat menggunakan matanya.

Seorang pegawai polis yang lain berjalan ke arah Amirul dan berkata “Ini dia” sambil menunjukkan kad yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik sebagai bahan bukti.

“Kad?” soal Amirul sambil memandang pegawai polis tersebut dengan muka yang tidak percaya.

“Ya” balasnya sambil mengangguk dan memberikan plastik tersebut kepada Amirul. Amirul mengambilnya dan memandang kad tersebut.

“Apa yang ditulis? Macam selalu ke?” soal Nasha sambil berjalan ke arah Amirul. Dia juga ingin mengetahui apa yang tertulis pada kad tersebut.

“Tidak” jawab Amirul dengan sedikit nada terkejut.

“Huh?” Zakuan dan Fazli berdiri dari memandang ke arah mangsa dan berjalan ke arah Amirul. Reaksi Amirul mengejutkan mereka berdua dan juga menimbulkan perasaan ingin tahu dalam diri mereka berdua.

Di sebelah bahagian kad tersebut tertulis “Don’t work out too hard or you will die” manakala di bahagian yang sebelah lagi tertulis “An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil”. Semua ayat ditaip menggunakan komputer.

“Ini sangat luar biasa” kata Amirul sebelum dia memberikan plastik tersebut kepada pegawai polis. Mereka bertiga mengagguk bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Amirul. Ini kerana setakat ini ETHOS tidak akan menulis ayat lain selain ayat “An eye for an eye, a tooth for a tooth, and evil for evil” dan selain itu, semua ayat yang ditulis, ditulis dengan menggunakan sesuatu dan tiada satupun yang ditaip menggunakan komputer.

Mereka berempat terus memeriksa tempat kejadian dan memeriksa apa yang berlaku dan jikalau ada apa-apa bukti yang boleh dikesan atau yang masih belum dikesan oleh polis yang datang awal daripada mereka. Disaat itu, walaupun kaki dan mata Amirul berjalan dan memerhatikan sekitar, ada sedikit kegusaran di hatinya. “Kenapa ada ayat ‘Don’t work out too hard or you will die’? Macam dia nak bagi mangsa baca...” katanya sebelum dia tersedar.

Amirul berjalan ke arah pegawai polis yang memegang plastik tadi dan bertanya. “Masa kejadian, kad itu berada di mana?”

“Di situ” katanya sambil menunjukkan tempat dilabel nombor dua.

“Maknanya mangsa memegang kad tersebut sebelum dia meninggal dunia”

“Ya”

Amirul memandang pegawai polis tersebut dan kemudian bertanya “Maknanya ada orang yang melihat mangsa mati”

“Ya. Ada beberapa orang yang melihatnya”

“Ada saksi...” kata Amirul berfikir. Selalunya kes yang dilakukan oleh ETHOS terutamanya melibatkan sesuatu atau pakar ubatan dan bom tidak ada saksi yang nyata. Dan saksi yang ada adalah dimana mangsa akan mati dan bukannya proses ke kejadian.

Sementara itu Nasha sedang berjalan di sekitar dan dia terpandang seorang perempuan yang matanya tepat memandang Amirul. Nasha memandang perempuan tersebut dan kemudian memandang Amirul sebelum kembali memandang perempuan itu yang kini sedang menyikat rambutnya kebelakang sebelum dia tersedar pandangan Nasha dan memandang Nasha.

Perempuan tersebut tersenyum yang ditujukannya kepada Nasha dan kemudian berjalan keluar dari kawasan tersebut melepasi orang ramai. Nasha terpana seketika sebelum dia terperasan satu gelang pada tangan perempuan tersebut di saat dia berjalan keluar. “ETHOS” sebut Nasha yang masih terpana kaku di situ. 

Previous: Bab 2-3
Next: Bab 3-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA