Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,715
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4-1

Nasha dan Zakuan memasuki bilik pejabat dan terus duduk di sofa. "Letihnya" kata Nasha.

"Macam mana?" soal Amirul yang sekarang sedang berdiri di depan mereka. Meletakkan dua cawan kopi di hadapan mereka.

Tangan Nasha pantas mengambil cawan tersebut dan menghirupnya sehingga separuh.  Tiada reaksi yang menunjukkan kopi tersebut panas walaupun ia baru sahaja dibancuh."Tiada apa. Jadual dia setiap hari sama. Kalau ada perubahan dia berjumpa dengan. Hakimi, Naqim, dan Sheng Ming" kata Nasha sambil meletakkan cawan tersebut kembali ke tempatnya tadi.

"Mungkin dia bukan ahli ETHOS" kata Zakuan dan mereka semua seakan-akan bersetuju dengannya. Namun tidak ingin melenyapkan satu-satunya tanda yang ada setelah beberapa tahun mengejar mereka.

"Tidak apa. Awak berdua rehat dahulu dan selepas dia kembali dari bercuti, kita akan lakukan sesuatu" kata Amirul sambil memberikan senyuman kepada mereka semua.

"Sesuatu?" soal Fazli tertanya. 

"Nada yang awak keluarkan sedikit menakutkan" kata Nasha.

“Sesuatu yang mengikut undang-undang” terang Amirul dan mereka semua mengagguk faham. “Ya. Penahanan suspek dalam masa 24 ke 48 jam merupakan sesuatu yang mengikut undang-undang” kata Amirul di dalam fikirannya sambil senyuman jelas timbul.

~~~~

“Ah. Hawaii” Seiren menghirup udara pantai dan tersenyum. Mereka yang lain turut melakukan pekara yang sama dan menghirup udara yang dipenuhi bauan laut yang menyegarkan. Disebabkan jadual mereka yang selalu sibuk dan juga jadual ETHOS, mereka jarang menghabiskan masa untuk keluar bercuti. Jikalau tidak disebabkan oleh perkahwinan Julia yang berlangsung di Hawaii, mereka tidak akan bercuti langsung.

“Julia memang best. Macam mana dia boleh terfikir hendak buat majlis dekat sini? Dan siap dengan sewa hotel untuk kita lagi” kata Centaur gembira. Nada dan gayanya jelas menunjukkan yang dia tidak sabar untuk menghabiskan masanya hari itu dengan segala aktiviti yang menarik.

“Yup. This is heaven” kata Erlking sambil memandang perempuan yang berjalan di sekitar pantai hanya dengan memakai bikini. Matanya mengekori dan memeriksa hampir semua orang yang berjalan di sekeliling mereka.

“Tapi ada seorang yang rasa ini macam hell” kata Deamon dan mereka semua mengangguk bersetuju.

~~~~

“Chimera, keluar dari selimut dan kita boleh main dekat tepi pantai” kata Centaur sambil menarik selimut yang menyelubungi Chimera. Dia menariknya dengan kuat dan ia membuatkan Chimera menarik balik dengan lebih lagi.

“Tidak hendak. Luar panas. Bahang” katanya menarik semula selimut yang berganjak sedikit dari badannya dan membetulkannya untuk menutup seluruh badannya.

“Wah. Inilah masanya hendak main. Kita bukannya selalu keluar bercuti. Dan ini Hawaii” kata Erlking sambil menekan perkataan Hawaii itu.

“Hawaii... Dengar pun dah buatkan saya panas” kata Chimera dari dalam selimut yang membuatkan suaranya kedengaran sedikit berlainan. “Dalam bilik ini sejuk ada aircond dekat luar is Hell” tambahnya lagi.

Centaur ingin berkata sesuatu namun dihalang oleh reaksi Deamon yang bangun dari duduknya tanpa berkata apa-apa. Semua mata memandang ke arah Deamon dan menunggu ketua mereka berkata sesuatu. “Saya tidak kisah awak hendak tinggal dalam bilik ini. Namun, malam nanti awak mesti ikut perjumpaan” kata Deamon sambil dia berjalan ke arah pintu.

Mereka semua tersenyum dan kemudian mengikuti Deamon keluar. “Baik” dengar mereka semua termasuk Deamon.

~~~~

“Macam mana, Chimera boleh tinggalkan heaven yang macam ini” komen Erlking dan mereka semua tersenyum mendengarnya kerana mereka tahu apa yang dimaksudkan oleh Erlking.

“Hendak buat macam mana. Dia selalu berkurung di dalam bilik di villa dengan aircond pasang tiap masa” kini giliran Seiren pula berkata.

“Putera Lilin” kata Deamon dan mereka semua ketawa dengan ayat tersebut. Dan kemudian berhenti untuk memandang masing-masing.

“So, apa lagi. Jom kita main!!!” jerit Centaur yang sudah bersedia untuk berlari ke arah pantai. Namun belum sempat dia memulakan langkahnya jeritan seseorang menyebut “Tunggu!” menghentikan langkahnya.

Semua ahli ETHOS memandang ke arah pemilik suara tersebutdan memberikan muka yang penuh tanda tanya. Deamon mengeluh dan berkata “Kenapa?”

“Awak semua... Kenapa bawa saya ke sini?” soalnya dan pandangan yang diberikan oleh Deamon saat itu menakutkannya. Dia memandang kebawah untuk mengelak pandangan Deamon namun dia tetap merasakan pandangan yang diarahkan kepadanya.

“Bukan awak hendak berjumpa dengan ahli ETHOS?” soal Erlking sambil memberikan senyuman seperti untuk menenangkannya. Namun ia tidak membantu walau sedikitpun.

“Ya, Abdul Murshid. Awak yang hendak berjumpa dengan kami semua” kata Seiren menyilangkan tangannya dan ia membuatkan auranya sedikit menakutkan. Dia sebenarnya sengaja untuk bermain dengan Murshid dan melihat reaksi lelaki tersebut.

“Gosh. Awak semua macam hendak menakutkan dia sahaja” kata Basilisk sambil berjalan ke arah Murshid dan meletakkan tangannya di bahu Murshid. Dia sedikit menepuk bahu Murshid sebelum dia merendahkan mukanya dan memandang ke arah Murshid dari bawah sebelum dia berkata “Kita cuma berbincang mengenai kerja pada waktu malam. Dan sekarang matahari mencacak naik. Jadi, ia masa untuk main” ada sedikit anggukan terhasil saat dia berkata.

“Betul tu” setuju Centaur yang dari tadi sudah bersedia untuk berenang. Dan dia juga ingin meluncur melihatkan kepada ombak yang sangat sesuai pada hari itu.

“Jadi. Sekarang kita akan main dan malam nanti kita akan berbincang” kata Erlking dan mereka semua mengagguk. Murshid turut mengangguk faham dengan apa yang dikatakan oleh Erlking dan dia tidak boleh membantah melihatkan keadaannya sekarang.

“Awak boleh lakukan apa yang awak inginkan. Jangan larikan diri sebab saya sudah aturkan orang untuk mengekori segala pergerakan awak” kata Deamon sebelum dia menunjuk ke arah belakang dimana dua orang lelaki serta merta menunduk hormat kepadanya.

“Hati-hati dan jangan timbulkan masalah” kata Seiren sambil memberikan senyuman yang sedikit kelihatan menakutkan. “Okay. Jadi semua! Bersurai” tambahnya dan semua orang berjalan ke arah tempat yang mereka ingin tujui.

Murshid tergamam kaku di situ sambil memandang ke arah mereka yang berjalan ke arah yang berbeza. Dia berfikir yang sekurang-kurangnya dia perlu mengikut mereka dan sekarang dia tidak tahu ingin melakukan apa lagi. Seiren dan Deamon berjalan menunju ke gerai ais krim, Erlking menghampiri sekumpulan perempuan yang dari tadi melambai ke arahnya. Basilisk berjalan entah ke mana dan Centaur terus berlari ke arah pantai. Yang tinggal hanyalah dia yang tergapai-gapai tidak tahu hendak melakukan apa.

~~~~

Deamon memberikan ais krim cokelat yang baru sahaja dibelinya kepada Seiren manakala dia memegang ais krim vanila. “Macam mana dengan segala maklumat?” soal Seiren sambil mereka berdua berjalan dari gerai tersebut.

“Aw. Girl. Kan kita hanya berbincang mengenai ini pada waktu malam” kata Deamon sambil tangannya bergerak dan meletakkannya di pinggang Seiren.

“Saya tahu. Tapi saya hendak tahu jikalau segalanya sudah siap. Kita tidak dapat bercakap mengenai pekara ini langsung. Dan saya tidak tahu apa-apa” Seiren memandang ke arah Deamon dengan matanya yang besar dan Deamon tertawa sedikit.

“Everything will be alright” bisik Deamon pada telinga Seiren dan Seiren tersenyum. Dia tahu jikalau lelaki itu berkata sesuatu seperti itu, ia pasti seperti yang dikatakannya. Walaupun dia ingin mengetahuinya dengan lebih lanjut, dia matikan sahaja niatnya.

Pada hari itu mereka semua bermain dan melakukan apa yang diinginkan oleh mereka kecuali Murshid yang berjalan di tepian pantai dan berfikir apa yang akan terjadi kepadanya. Di saat itu macam-macam pekara berlegar di dalam otaknya.

Previous: Bab 3-6
Next: Bab 4-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA