Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,722
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4-3

“Julia sangat cantik dalam gaun kahwin” kata Seiren sambil memandang ke arah Julia dan suaminya yang berjalan keluar dari dewan tersebut. 

“Awak akan nampak lagi cantik” kata Deamon sambil memandang tepat ke arah Seiren. “Mungkin kita patut cepatkan perkahwinan kita” tambahnya lagi. 

Seiren memandang Deamon dengan tepat dan memukulnya sedikit. Kedengaran ketawa keluar dari Deamon. “Apa salahnya. Keluarga saya dah lama bertanya bila saya hendak kahwin”

“Bukan sekarang” kata Seiren dan di saat itu matanya menagkap Murshid yang menunduk. Seiren memandang Basilisk dan menunjuk ke arah Murshid dan Basilisk memandang Murshid. Dia mengangguk. 

Basilisk mendekati Murshid dan berkata sesuatu sebelum Murshid berjalan keluar dari dewan tersebut. 

“Mesti segalanya sangat sukar untuk diterima oleh Murshid” kata Seiren dan mereka semua mengangguk. 

“Ya. Kalau saya, saya juga akan jadi macam dia” kata Centaur yang kemudian disusuli oleh keluhan.

“Macam mana kita hendak uruskan kes Murshid ini? Malam ini malam terakhir dan kita akan kembali esok pagi” soal Basilisk dan mereka memandang Deamon untuk jawapan kepada soalan tersebut. 

“Kita perlukan perjumpaan sekali lagi” kata Deamon dan mereka mengagguk. 

Malam itu selepas makan malam mereka semua berjalan ke arah bilik Murshid. Basilisk mengetuk pintu dan ia kemudiannya dibuka oleh Murshid. Dia sedikit terkejut melihatkan mereka semua berada di depan pintu biliknya namun masih sempat untuk menjemput mereka masuk ke dalam. 

“Macam mana? Awak sudah tahu segalanya sekarang” kata Erlking dan Murshid mengagguk. 

“Saya tidak sangka. Saya fikir dan harap apa yang saya fikirkan cuma fikiran saya dan bukannya realiti” kata Murshid dan keadaan menjadi senyap sebelum dia bertanya. “Macam mana dengan rangka keluarga saya?” 

“Kitorang telah uruskan pengkebumian untuk mereka berdua” kata Deamon dan Murshid menghembuskan nafas lega. 

“Terima kasih” katanya dengan senyuman.

“Tapi ini bukan tujuan kitaorang ke sini” kata Deamon dan Murshid memandangnya dengan muka yang terkejut. Di fikirannya terdapat sesuatu yang dia berfikir berkemungkinan berlaku. “Tujuan kali ini adalah macam mana hendak uruskan awak, Abdul Murshid” kata Deamon.

“Uruskan saya? Awak semua hendak bunuh saya?” soal Murshid terkejut. Keadaan menjadi sunyi sebentar sebelum mereka semua ketawa. “Apa? Apa?” soalnya sambil memandang mereka semua satu persatu. 

“Kalau awak mati dunia akan kehilangan seorang yang berbakat. Jadi mulai hari ini awak adalah unofficial member of ETHOS. Awak akan tolong Basilisk dalam apa yang diperlukan olehnya. Dan dengan ini ETHOS akan mengambil kes yang awak laksanakan sebagai kes ETHOS” kata Erlking sambil tersenyum. 

“Unofficial member of ETHOS” kata Murshid berfikir dengan mendalam. Sedikit dia berasa lega dengan apa yang berlaku dan sedikit dia gembira kerana ETHOS merupakan kumpulan yang membunuh penjahat dan merupakan orang yang telah mengeluarkan kebenaran kepadanya. 

~~~~

“Baru beberapa minit yang lepas Hana telah memasuki negara” kata Nasha yang dari awal telah memeriksa lapangan terbang untuk memastikan yang target mereka telah tiba. 

“Apa yang kita perlu lakukan sekarang?” soal Zakuan yang telah bangun dari duduknya dan seperti bersedia untuk bertempur. 

“Bagi dia masa berehat dahulu. Nasha dan Zakuan awak berdua akan mengekori Hana semula. Saya akan beritahu bila operasi penahanan akan dilangsungkan”

“Baik!”

~~~~

Amirul berjalan menuju ke arah bilik Khairi yang merupakan ketuanya. Beberapa ketukan dibuat dan setelah menerima kebenaran dia membukanya. Kelihatan Khairi sedang sibuk memeriksa laporan yang telah diserahkan kepadanya. Dia kemudiannya berhenti dan tersenyum “Macam mana dengan penyiasatan?”

“Ada sesuatu yang berada dalam fikiran dan masih belum pasti”

“Owh. Sesuatu yang baharu” Khairi tersenyum dan gembira dengan apa yang didengarinya. 

“Ya. Ada seorang yang berkemungkinan suspek kepada segalanya. Ahli ETHOS” kata Amirul dan Khairi terkejut. 

“Macam mana? Adakah awak pasti?” soal Khairi dengan cepat. Ia merupakan sesuatu yang baharu dalam penyiasataan dan sesuatu yang mendekati kepastian. 

“Tidak. Saya masih tidak pasti disebabkan tiada bukti yang kukuh. Jadi saya ingin menahan suspek untuk 24 jam” kata Amirul dan Khairi kembali duduk di kerusinya sambil dia berfikir. 

“Boleh bagi saya maklumat suspek?”

“Ya” kata Amirul sebelum dia berjalan mendekati Khairi. Di tangannya sudah tersedia fail yang mengandungi segala maklumat mengenai Seiren.

Khairi mengambilnya dan membaca segalanya. Dia berfikir dan kemudian mengagguk. “Awak boleh lakukannya” kata Khairi sambil meletakkannya di atas meja. 

“Terima kasih, tuan” Amirul memberi hormat sebelum dia keluar dari bilik tersebut. 

~~~~

“Kes seterusnya” kata Erlking dan mereka semua memandang Erkling. 

“Balik-balik kita nak terus jalankan operasi?” soal Centaur sambil dia menghempaskan badannya pada sofa. 

“Bukan akan dijalankan hari ini. Cuma kita brief hari ini disebabkan Seiren ada sekarang. Berkemungkinan dia akan diekori semula” terang Deamon dan mereka semua mengagguk dan berkumpul di meja bulat. 

“Siapa target kita kali ini?” soal Basilisk sambil dia memandang ke arah Seiren yang sedang mengambil fail di rak.

“Target yang kita tidak dapat laksanakan sebelum ini. Nurul Fazura” kata Seiren sambil dia berjalan ke arah meja. 

“Ah. Super model?” soal Centaur dan Seiren mengagguk. 

“Sebelum ini saya cuma brief maklumat mengenai Nurul Fazura dengan ringkas. Kali ini...” Seiren membuka fail tersebut dan mengeluarkan beberapa gambar dan kertas. “Erlking akan jelaskannya dengan lebih lanjut lagi”

Erlking tersenyum dan mengagguk sebelum dia mengambil gambar Nurul Fazura. “Nama Nurul Fazura Binti Muhammad Yahya dan berumur 27 tahun. Pada umurnya 22 tahun dia memenangi pertandingan Supermodel dan mula bergiat sebagai model. Merupakan seorang model yang paling berjaya dengan boleh dikatakan pendapatannya sebanyak 1.2 juta dalam lima tahun menjadi model”

“Terangkan terus kes 3 orang tu” kata Deamon dan Erlking mengagguk. 

“Okay. Dalam tahun dia memenangi pertandingan Supermodel, kes yang menjadi perhatian berlaku. Yaw Tian Hui, Janice Wu, Siti Dahlia Binti Hashim. Ketiga-tiga pemilik nama tersebut merupakan peserta  kepada pertandingan Supermodel yang disertai oleh Nurul Fazura. Namun belum sempat peringkat pertama bermula mereka semua dilaporkan membunuh diri”

“Pertama Yaw Tian Hui dia dijumpai overdose dengan pil tidur di rumahnya. Dikatakan dia telah mabuk dan kemudian membunuh dirinya dengan memakan pil tidur. Sebotol wain yang tinggal sedikit, gelas wain dan juga bekas pil tidur dijumpai”

“Kes kedua Janice Wu yang dijumpai mati terjun dari banggunan rumahnya. Sebelum dia membunuh dia dikatakan dia banyak berhalusinasi dan mengatakan sesuatu yang tidak masuk akal. Apa yang mengukuhkan dia membunuh diri adalah surat yang ditinggalkan olehnya” Erlking menunjukkan gambar tersebut. 

“Saya tidak boleh tahan lagi” baca Basilisk yang dapat memandang gambar tersebut dengan jelas. 

“Okay. Kes terakhir dan ketiga, Siti Dahlia” Erlking mengeluarkan gambar dari fail dan mereka semua melihatnya. “Seperti yang awak semua nampak, dengan memotong urat pada tangannya”

“Macam mana ini dikatakan yang Nurul Fazura terlibat?’ soal Centaur.

“Good question! Seiren, awak ambil alih” kata Erlking sambil memandang Seiren. Seiren mengagguk dan bangun dari kerusinya. 

“Pertandingan ini dikatakan selalunya tidak begitu adil. Yaw Tian Hui dikatakan akan memenangi pertandingan ini sebelum ia berlangsung disebabkan pengaruhnya. Dia datang daripada keluarga yang kaya dan telah memastikan jalan kemenangannya. Dan awak semua dapat tahu macam mana”

“Bagi Janice Wu, setelah kematian Yaw Tian Hui dia yang merupakan wanita simpanan kepada sponsor terbesar bagi pertandingan ini telah dibawa ke hadapan. Dan untuk Siti Dahlia, setelah kematian Janice Wu dia yang dari awal rapat dengan juri kepada pertandingan ini, telah menjadi calon yang bakal atau pasti menang”

“Kalau mereka semua mati kenapa Nurul Fazura yang dibawa ke hadapan. Mesti dia ada pengaruh juga” soal Basilisk.

“Dia wanita simpanan baru kepada sponsor terbesar mengantikan Janice Wu”

“Macam mana awak boleh pasti yang dia melakukan segalanya? Semuanya bukan kes bunuh diri sahaja?”

“Pada malam Yaw Tian Hui mati, Nurul Fazura dikatakan berada bersamanya. Ada bukti yang mereka berdua minum bersama di club sebelum Yaw Tian Hui balik ke apartmentnya dan mula minum wine berseorangan”

“Jadi macam mana dia membunuh Yaw Tian Hui?”

“Ugutan. Menurut beberapa orang yang berada di club malam itu, Yaw Tian Hui seperti stress dan Nurul Fazura hanya bercakap sepanjang masa”

“Kenapa mereka tidak menjadi saksi kepada kes ini?”

“Mereka semua ada kes dengan polis dan kalau mereka menjadi saksi dan datang ke balai polis ia seperti mereka menyerah diri untuk ditangkap”

“Macam mana kes Janice Wu pula?”

“Janice Wu dan Nurul Fazura merupakan musuh. Dari sebelum ini mereka berdua rapat dengan Abd Norman yang merupakan sponsor terbesar bagi pertandingan ini. Janice Wu merupakan wanita simpanannya dan Nurul Fazura seperti mencabar Janice Wu dengan cuba mengambil tempatnya sebagai wanita simpanan Abd Norman. Halusinasi yang Janice Wu alami disebabkan oleh hadiah yang diberikan atas nama Abd Norman. Ia merupakan scented candle dan merupakan sesuatu yang Janice Wu selalu guna. Dan dengan kerap dia menggunakannya, halusinasi bertambah teruk”

“Mereka tidak jumpa lilin itu?”

“Ada namun ia tidak menjadi bukti kerana ia telah habis saat Janice Wu mati”

“Macam dia hidu semuanya sebelum dia membunuh diri”

“Ya! Betul!” Seiren tersenyum. “Akhir sekali kes Siti Dahlia, dia mengambil keputusan membunuh diri disebabkan beberapa keping gambar” Seiren mengeluarkan beberapa gambar dari fail dan menunjukkannya kepada mereka semua. 

“Okay. Saya faham. Jadi dia bunuh diri disebabkan gambar ini?”

“Ya. Pada tahun tersebut dia ingin menghabiskan kerjayanya sebagai model dan berhenti berjumpa dengan juri yang merupakan sponsernya dan kemudian berkahwin. Namun dengan gambar itu, yang telah dihantar kepada bakal keluarganya, dia telah ditolak ke dinding dan satu-satunya keputusan yang diambil olehnya adalah dengan membunuh diri. Gambar ini telah ditangkap oleh Nurul Fazura sediri dan dihantar olehnya ke rumah bakal keluarga Nurul Fazura”

“Jadi ini memang kes yang woah...” kata Centaur dengan tidak percaya. 

“Jadi siapa yang dapat laksanakan operasi kali ini? Bila? Mana?” soal Basilisk berminat dan berharap dia yang akan dipilih.

“Siapa? Kali ini ia merupakan kes awak, Basilisk. Bila adalah dalam dua minggu lagi. Dan mana adalah trivia. Di pentas runway untuk label saya” kata Seiren tersenyum dan Basilisk yang dari awal tersenyum mendengar namanya berubah. 

“Serious? Pentas peragaan label awak?” soal Basilisk untuk mendapatkan kepastian.

“Yup. Betul”

“Awak pasti? Sebab nanti awak akan rosakkan peragaan kali ini”

“Tentulah ia akan rosak. Tapi ia juga merupakan punca kepada promosi” kata Seiren tersenyum sinis. 

“Kalau awak begitu pasti saya akan jalankannya”

“Okay. Sekarang kita akan brief macam mana operasi ini akan dijalankan

Previous: Bab 4-2
Next: Bab 4-4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA