Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,702
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 1-1

Pernahkah anda mendengar perkataan ETHOS? Ia bermaksud kepercayan tapi bagi mereka berenam, ia merupakan nama sebuah organisasi yang beroperasi untuk membunuh penjahat. An eye for an eye,a tooth for a tooth, and evil for evil. Jikalau ya, janganlah anda melakukan kejahatan atau anda akan menjadi mangsa mereka yang seterusnya.

            “Kring” “Dang” dan pelbagai lagi bunyi lain yang membisingkan lagi bilik yang menempatkan lapan orang pegawai polis. Mereka semua melakukan tugas masing-masing dan ada juga yang tidur disebabkan keletihan. Dan di salah satu sudut di dalam bilik tersebut, Amirul sedang serabut memikirkan kes yang berada di tangannya.

            Dia menyelak laporan itu helaian demi helaian yang kemudiannya ditutup dan dicampak ke atas timbunan kertas, buku dan fail yang sudah menutup mejanya. Ia kelihatan seperti gunung yang bakal jatuh bila-bila masa sahaja. Dengan serta merta keadaan menjadi sunyi dan semua memandang Amirul untuk seketika dan kemudian kembali menjadi bising semula.

            Safuan bangun dari kerusinya dan berjalan ke arah meja Amirul.“Serabut?” tanya Safuan yang merupakan rakan setugas Amirul. Amirul memandang ke arah pemilik suara tersebut untuk mengetahui siapa yang bercakap sebelum mengetahui ia merupakan daripada kawannya, Safuan.

            “Ya. Satu lagi kes yang tiada bukti dan tiada punca. Kalau periksa pun, mesti orang yang mati ini pernah bunuh orang” Amirul mengeluh sambil dia memandang ke atas melihat syiling putih bilik tersebut. Ia merupakan sesuatu yang lazim dilakukan olehnya apabila dia berada dalam keadaan serabut lebih-lebih lagi semasa memikirkan kes ETHOS.

            “ETHOS?” tanya Safuan lagi sambil tangannya mengambil fail tersebut yang terletak di atas longakkan kertas, buku dan fail dengan berhati-hati. Keluhan lega keluar daripada mulutnya apabila longokan tersebut tidak runtuh. Dia kemudiannya membuka fail tersebut dan membacanya.

            “Confirm. Dah dua tahun aku kejar mereka. Organisasi ini. Tapi tiada satu maklumat pun yang aku dapat”satu lagi keluhan keluar dari mulut Amirul. Fikirannya terbang memikirkan cara yang perlu dilakukannya untuk menyelesaikan kes ini. Seperti selalu tiada apa yang bermain di dalam fikirannya.

            Safuan meletakkan fail itu kembali ke atas timbunan tadi. Sekali lagi dia berhati-hati kerana dia takut akan kemungkinan melihat gunung tersebut runtuh. Bukan apa. Sudah pasti ia akan menyusahkannya untuk mengemas segalanya kembali ke asal.

            “Mereka terlalu bersih.Tapi, good luck” dia menepuk bahu Amirul sebelum berlalu ke tempat duduknya. Dia tidak boleh membantu banyak dalam kes tersebut disebabkan dia merupakan pakar bedah mayat dan bukannya detektif. Namun jikalau Amirul menginginkan pertolongannya dalam bidangnya, dia akan terus membantu rakannya itu.

            Keadaan di dalam bilik tersebut terus bising seperti biasa. Tiada tanda-tanda ia akan berhenti atau berkurangan dalam masa terdekat. Amirul mengeluh dan bangun dari duduknya dan berjalan keluar selepas dia mengambil jaketnya yang tergantung pada kepala kerusi. Dia perlukan sesuatu untuk menyegarkan kepalanya. Dan baginya kaffine.

            Dia berjalan ke arah mesin layan diri yang terletak di sudut balai polis tersebut. Memasukkan duit yang cukup dan sedikit berfikir sebelum menekan salah satu butang. Dia menunggu beberapa saat sebelum kopi yang dipilihnya keluar. Seperti selalu dia akan memilih kopi tanpa susu dan tanpa gula. Sesuai dengan imejnya dan cita rasanya.

            Tanpa menunggu atau duduk di kerusi yang terdapat betul-betul di sebelah mesin tersebut, Amirul berjalan ke arah tangga yang terdekat. Menaiki satu per satu anak tangga sehinggalah dia tiba di tingkat yang paling atas sekali iaitu di atap.

            Amirul membuka pintu dan terus berjalan ke hujung sekali. Dia menghirup air kopi yang berada ditangannya dan mengeluarkan keluhan lega apabila kaffein masuk ke dalam sistemnya. Amirul memandang sekeliling ke arah bangunan yang tersegam tegak dipandangannya dan kemudian ke bawah dan melihat rakan polisnya berjalan keluar dan masuk silih berganti dan dia mengeluh lagi. “Sudah sudahlah mengeluh” dengar Amirul dan dia memandang ke belakang.

            Dia sedikit terkejut dengan apa yang dilihatnya. “Tuan” dia menunduk hormat  kepada Khairi yang berjalan ke arah Amirul dengan kopi ditangannya. Khairi memberinya senyuman seperti selalu.

            “Macam mana dengan penyiasatan awak?” tanya Khairi disaat dia berdiri disebelah Amirul dan melihat apa yang Amirul lihat sebelum itu. Memikirkan apa yang sebenarnya difikirkan oleh orang bawahannya itu.

            “Macam biasa. Tiada perubahan kecuali bilangan mangsa yang semakin bertambah” Amirul menjawab dan kini dia memandang ke hadapan seperti memandang jauh entah ke mana.

            “ETHOS...” satu perkataan keluar dari mulut Khairi sebelum dia menghirup air yang ada ditangannya. “Apa yang awak fikirkan tentang ETHOS?” soal Khairi dan matanya memandang tepat kehadapan. Menunggu Amirul membalas soalannya.

            Amirul memandang ke arah Khairi dengan penuh tanda tanya. Ada kejutan pada mukanya disebabkan soalan tersebut. “Maksud tuan?” dia bertanya dan tidak menjawab soalan Khairi. Dia inginkan lebih maklumat. Tentang apa yang Khairi ingin dengar dan jawapan yang dia sepatutnya jawab.

            “Beritahu saya apa yang awak fikirkan tentang ETHOS. Sebab, hipotesis, apa-apa sahaja yang awak terfikir tentang mereka” kata Khairi dengan matanya masih berada di tempat yang sama. Menunggu jawapan.

            “Apa yang saya fikirkan?”soal Amirul kepada dirinya. Namun cukup kuat untuk didengari oleh Khairi. Dan disaat itu Khairi memandang Amirul dan menunggu jawapan kepada soalannya. “Adakah awak fikir ETHOS patut wujud?” Khairi melepaskan bom yang pertama kepada Amirul.

            Amirul memandang Khairi yang turut memandang Amirul. “Tuan fikir mereka patut wujud?” Amirul tidak menjawab namun bertanyakannya kepada Khairi. Dia turut ingin tahu apa yang difikirkan oleh tuannya. Bukan sahaja Khairi ingin mengetahui apa yang difikirkan oleh Amirul. Mereka seperti bermain permainan yang tidak akan selesai.

            “Soalan. Kenapa awak kata mereka? Kenapa dari awak awak fikir ETHOS adalah sebuah organisasi dan bukan individual? Kalau organisasi maknanya ETHOS mempunyai banyak ahli” tambah Khairi. Melepaskan segala soalan yang berada di fikirannya. Tujuannya adalah untuk membuatkan Amirul berfikir dan menyelesaikannya.

            Amirul sedikit berfikir. “Saya...Saya tidak tahu” dia menjawab dan sedikit gagap dengan perkataannya. Dia menunduk dan memandang kasutnya. Seakan-akan ia lebih menarik dari perbincangan mereka.

            Khairi ketawa sedikit. Ada nada berpuas hati keluar darinya. “Maknanya awak ada terfikir sesuatu tentang mereka. Sedikit profiler yang awak dah lakukan” kata Khairi meneka.

            Amirul mengangguk. “Ya.Sedikit. Tapi terlalu sedikit untuk dibawa kehadapan” katanya dengan sedikit keluhan keluar dari mulutnya.

            “Jadikan sedikit itu banyak” kata Khairi dan Amirul kembali memandang dia. Matanya membesar dengan apa yang didengarnya. Baginya ia merupakan sesuatu yang mustahil atau jikalau ia boleh berlaku ia merupakan keajaiban. “Macam mana? Ia terlalu sukar. Dua tahun telah dihabiskan hanya untuk profile yang sedikit. Dan untuk menjadikannya banyak, mungkin... Saya tak tahu berapa banyak masa akan diperlukan”

            Khairi tersenyum. “Jangan risau. Mulai hari ini, awak hanya perlu menyiasat kes ETHOS. Dan” Khairi berhenti bercakap dan memandang ke belakang. “Mereka bertiga akan menjadi pembantu awak” Dia memandang ke belakang dan Amirul dengan serta merta mengikutapa yang dilakukan oleh Khairi.

            Amirul memandang ke arah tiga orang yang merupakan seorang perempuan dan dua orang lelaki yang  berdiri di situ. Sejak bila mereka berada disitu dia tidak tahu langsung mungkin disebabkan dirinya yang terlalu banyak memikirkan mengenai ETHOS. Amirul memandang ke arah Khairi dan bertanya “Maksudtuan?”

            “Saya mewujudkan Special Squad untuk menyiasat ETHOS dimana awak akan menjadi ketuanya. Dan mereka bertiga akan bekerja di bawah awak. Dari hujung, Mohd Zakuan Bin Othman. Dia merupakan elit dari Special Unit yang pakar dalam segala jenis kombat. Intan Natasha Binti Abdul Rahim atau Nasha. Pakar dalam penyelidikan dan segala jenis bom dan juga sedikit sebanyak tentang komputer. Yang terakhir ialah, Muhammad Fazli Bin Mustapha. Pakar dalam senjata. Zakuan, Nasha, Fazli, ini Amirul Hidayat Bin Mohd Zulkifli dan dia adalah ketua untuk Special Squad ini” kata Khairi memberi pengenalan kepada mereka semua.

            Mereka berempat memberi hormat kepada masing-masing. “Okay. Sekarang, mari saya tunjukkan bilik yang awak berempat akan gunakan” kata Khairi dan dia berjalan masuk ke arah dimana tangga berada. Amirul mengikut Khairi yang kemudiannya diikuti oleh mereka bertiga. 



            “Bang” bunyi pintu bilik ditolak dengan kuat dan seorang perempuan masuk dan diikuti seorang lagi yang berada dalam keadaan panik. “Maaf tuan, saya sudah cakap  yang tuan sedang sibuk. Tetapi dia tetap hendak berjumpa tuan” kata setiausaha kepada pemilik bilik tersebut. Nadanya jelas menunjukkannya yang dia panik dan tidak tahu apa yang sepatutnya dilakukannya di dalam keadaan tersebut.

            “Tidak apa, Misha. Awak boleh keluar dulu” Misha yang merupakan setiausaha tersebut menunduk hormat dan keluar dari bilik tersebut dan turut menutup pintunya. Bunyi kasut tumit tingginya yang berlalu pergi jelas kedengaran nada yang lega.

            “Deamon” panggil perempuan yang berjalan masuk dengan senyuman tadi sambil dia berjalan ke arah Deamon dan memeluk leher Deamon dari belakang. Suaranya jelas meunjukkan yang mereka berdua rapat dan seperti ada sesuatu hubungan.

            “Kenapa, Seiren? Kita sepatutnya berjumpa malam ini” kata Deamon. Nadanya tegas seperti biasa namun ia merupakan sesuatu yang biasa bagi Seiren. Dia terlalu biasa dengan lelaki tersebut dan tahu ia bukannya nada marah atau nada dia tidak suka akan sesuatu.

            Seiren melepaskan pelukannya dan berjalan ke arah sofa hitam yang berada di dalam bilik tersebut.Ia cukup kontra dengan warna perjabat tersebut yang berwarna putih namun serasi dengan perabut yang lain yang turut senada berwarna hitam. Dia seterusnya terus duduk di sofa tersebut dan menyilangkan kakinya. “Saya sudah jumpa” katanya dan senyuman tidak lekang dari bibirnya.

            “Jumpa? Maksud awak benda yang awak cari hampir dua tahun tu?” riak muka Deamon berubah sedikit. Dia mula berminat dengan subjek yang dibincangkan oleh mereka tatkala itu.

            “Ya. Chimera dapat tangkap masa dia hacking satu black market punya laman web.  Dan saya dah dapat. Dalam tiga ribu juga saya habiskan” Seiren menceritakannya dengan ringkas.

            Deamon mengeluh sedikit sebelum dia berkata “Awak patut tunggu saya belikan” Ada sedikit kesesalan dinadanya kerana dia tidak dapat membelinya untuk Seiren. Dan ada juga sedikit marah kerana Chimera tidak memberitahunya terlebih dahulu dan terus memberitahunya kepada Seiren. “Nampaknya saya kena cari hadiah lain untuk birthday Seiren” fikirnya di dalam hati setelah dia puas menyumpah Chimera.

            “Nah. Tidak boleh. Saya sudah lama nak beli dengan duit saya sendiri. Revolver dengan ukiran bunga ros. One of a kind” Seiren tersenyum dan tangannya membentuk pistol yang diacukan kepada Deamon sebelum dia melepaskan tembakan imaginasi dan tersengih.

            “Okay. Nanti saya nak tengok” kata Deamon dengan senyuman. Walaupun dia tidak dapat membelinya untuk Seiren sekurang-kurangnya dia hendak melihat pistol yang menjadi idaman Seiren tersebut.

            “Boleh. Tunggu malam ini dekat  villa. Saya akan tunjukkan kepada semua” Seiren tersenyum dan mengenyitkan matanya.

            Deamon tertawa sedikit. Berfikir tentang rancangan mereka pada malam tersebut.

~~~~

Khairi berjalan di aras dua dan terus ke arah utara bangunan. Dari arah tujuan mereka Amirul sedikit sebanyak tahu yang bilik mana yang akan digunakan oleh mereka dan apabila Khairi berhenti dia pasti. Ia merupakan bilik yang selalunya digunakan apabila terdapat kes istimewa seperti kes penculikan, kes rompakan dan sebagainya. Kes-kes yang penting dan memerlukan kerjasama beberapa bahagian.

Khairi membuka pintu bilik tersebut. Keadaan di dalam bilik itu sangat kemas dan tiada habuk langsung. “Nampaknya mereka sudah kemas bilik ini” fikir Amirul di dalam hatinya kerana jikalau tiada kes yang penting bilik ini akan ditinggalkan begitu sahaja tanpa dikemas.

“Mulai hari ini awak berempat akan menggunakan bilik ini” kata Khairi sambil mereka berempat kemudiannya satu persatu memasuki bilik tersebut. “Dan” semua mata memandang Khairi. “Special pass. Dengan pass ini awak berempat boleh dapatkan bantuan dari semua tempat tanpa perlukan bantuan saya atau orang atasan”

Mereka mengambil pas tersebut dan melihatnya. Ia merupakan pas istimewa yang memang jarang diberikan kepada sesiapa pun melainkan ada sesuatu yang istimewa berlaku. Dan mereka tahu kes ini merupakan kes istimewa. “Mulai hari ini juga, kamu semua dibenarkan melepaskan tembakan dan melakukan penyiasatan dengan apa cara sekalipun. Namun jangan lupa untuk membuat laporan atas pengunaan senjata dan jangan membunuh tanpa sebab disebabkan penyiasatan ini” kata Khairi dengan nada yang sedikit bermain-main tetapi mereka tahu apa yang dikatakannya merupakan sesuatu yang serius. 

“Terima kasih tuan” mereka menunjukkan tanda hormat dan Khairi tersenyum. “Good luck dan saya harap kes ini dapat diselesaikan secepat mungkin” Khairi memberikan katanya. Berharap yang kes ini akan diselesaikan juga setelah segala apa yang berlaku. 

“Ya tuan!” kata mereka dan Khairi kemudian berjalan keluar sambil menutup pintu bilik tersebut. Dia meninggalkan mereka berempat yang pada saat itu akan mula bekerjasama dalam menyiasat mengenai ETHOS.

Keadaan di dalam bilik tersebut menjadi sunyi. Mereka semua memandang ke arah satu sama lain. Diantara mereka, Nasha memulakan langkahnya terlebih dahulu dan menuju ke meja yang menempatkan komputer dan tiga buah skrin yang dia mintanya. Mereka bertiga memandang ke arah Nasha yang kemudiannya menyedari mata mereka dan memandang ke arah mereka bertiga. 

Nasha menekan suis komputer untuk menghidupkan komputer tersebut sambil bertanya “Bila kita nak mula atau nak habiskan hari ini dengan memandang satu sama lain?”

“Ah. Maaf. Saya akan brief sekarang” kata Amirul sebelum dia berjalan ke arah mejanya dimana segala barang miliknya telah dihantar dan dikemaskan. “Wow. Mereka memang cepat dan kemas” katanya di dalam hati sambil mengambil fail-fail yang penting.

“Okay. Kita mula dengan kes pertama yang dapat dikesan” kata Amirul sambil dia membuka fail kes pertama yang berada di tangannya. 

Previous: Intro
Next: Bab 1-2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA