Home Novel Thriller/Aksi ETHOS
ETHOS
LUNA
25/9/2017 14:01:05
21,728
Kategori: Novel
Genre: Thriller/Aksi
Bab 4-4

“Macam mana dengan siasatan kes Muhammad Adli?” soal Khairi yang datang ke bilik operasi mereka untuk memantau kerja mereka.

“Siasatan telah dijalankan termasuklah pusat kajian yang melakukan kajian mengenai pacemaker yang dipakai oleh Muhammad Adli. Tiada apa-apa yang menunjukkan yang mereka atau sesiapa yang terlibat dalam kajian ini berkaitan dengan ETHOS. Setakat inilah” terang Amirul panjang. 

“Untuk kes jikalau ada pacemaker yang berkemungkinan meletop seperti kes Muhammad Adli, tiada satupun yang berkemungkinan. Kita telah mengambil dan mendapatkan bantuan pihak hospital dan dalam penyiasatan, semuanya berfungsi dengan baik”

“Jadi satu-satunya pacemaker yang dipakai oleh Muhammad Adli merupakan pacemaker yang dilengkapi dengan bomb” soal Khairi dan Amirul mengangguk sambil berkata “Ya”

“Saya tidak pasti jikalau Hana akan keluar sebagai ahli ETHOS, tapi di dalam pusat penyelidikan itu, ada seorang bernama Syahril. Dan dalam masa penyiasatan dia dikatakan telah keluar bercuti di Hawaii dan ia sama seperti Hana”

“Owh. Kalau berkemungkinan yang Hana merupakan ahli ETHOS, jadi Syahril juga berkemungkinan merupakan salah seorang dari mereka”

“Ya. Jadi dengan peluang untuk saya menangkap Hana untuk penyiasatan, rasanya kami perlu percepatkannya”

“Lakukan seperti yang awak fikirkan sesuai”

“Terima Kasih, Tuan”

~~~~

Nasha masuk ke dalam kereta dan menutup pintu. Ditangannya terdapat dua cawan kopi dan sebuah beg plastik yang mengandungi pelbagai jenis roti. Semuanya dibeli daripada kedai roti yang berdekatan. Tugasnya untuk mengekori Seiren membuatkan dia tiada masa untuk makan dengan betul dan hanya makanan ringan dan mengenyangkan sahaja yang masuk ke dalam perutnya.

“Macam mana keadaan?” soal Nasha sambil memberikan air kopi yang dibelinya kepada Zakuan. Zakuan mengambilnya dan menghirup air tersebut untuk membasahkan tekaknya sebelum dia berkata “Tiada apa. Dari tadi tiada apa perubahan yang nyata”

“Hmm... Makan dulu dan recharge tenaga” balas Nasha pula sambil dia mengeluarkan beberapa roti dan memberikannya kepada Zakuan.

“Thanks” Zakuan mengambil roti tersebut dan dalam beberapa gigitan dia menghabiskannya.

Keadaan menjadi sunyi dengan mereka berdua makan dan memerhatikan Seiren sehiggalah telefon milik Zakuan berbunyi. Zakuan yang sedang mengunyah menjawab panggilan tersebut. “Hello”

“Zakuan, dimana Hana berada sekarang?” soal Amirul terus.

“Di kedainya” jawab Zakuan sebelum dia ditepuk oleh Nasha yang kemudian menunjuk ke arah kedai. Mereka berdua memandang Hana keluar dari kedainya dan berjalan ke keretanya. 

“Dia baru keluar dan memandu keretanya. Saya akan ekorinya dan saya serahkan telefon kepada Nasha” kata Zakuan sebelum dia memberikan telefonnya kepada Nasha dan mula memandu keretanya mengekori Seiren. 

“Nasha di sini” kata Nasha sebaik sahaja dia mendapatkan telefon tersebut. 

“Macam mana keadaan sekarang?”

“Kami berdua tengah mengekori Hana. Destinasi masih belum diketahui”

“Okay. Awak berdua ekorinya dan telefon saya di saat dia sampai ke destinasinya. Hari ini hari operasi”

“Baiklah” kata Nasha sebelum panggilan dimatikan. 

“Apa yang Amirul kata?” soal Zakuan saat mereka berhenti di trafik light.

“Hari ini hari operasi dan dia ingin tahu lokasi Hana di saat dia sampai”

“Okay. Saya akan pastikan yang dia tidak terlepas dari pandangan saya”

Mereka berdua mengekori Seiren sehinggalah dia tiba di restaurant dan Nasha terus menghantar mesej untuk memberitahu lokasi dimana mereka berada sekarang. Dalam beberpa saat balasan daripada Amirul datang. 

“Apa yang Amirul kata?” soal Zakuan sambil dia sibuk menggunakan telefonnya. 

“Mereka on the way. Mungkin akan sampai dalam masa 30 minit” jawab Nasha dan Zakuan mengagguk faham. 

 Mereka berdua memandang ke arah restaurant tersebut dan menunggu kedatangan Amirul dan sebaik boleh mereka ingin Amirul datang sebelum Seiren keluar dari restaurant tersebut. Namun ia tidak berjalan lancar dimana Seiren kemudiannya keluar dari restaurant tersebut. 

“Nasha! Telefon Amirul dan beritahu yang Hana on the move” kata Zakuan sambil dia menghidupkan enjin kereta dan bersedia untuk mengekori. Manakala Nasha pula dengan lancarnya mendail nombor telefon milik Amirul untuk memberitahu. 

Nasha mengambil telefonnya dan belum sempat dia mendail nombor milik Amirul dia melihat Amirul dan mereka yang lain sudah berdiri berdekatan dengan Seiren. Mereka berdua tersenyum memandang segalanya berjalan dengan lancar.

~~~~

Erlking memasuki pejabat Deamon dengan tergesa-gesa dan Misha yang  merupakan setiausaha Deamon terkejut dan cuba menahan Erlking dari memasuki bilik Deamon. “Encik. Encik tidak boleh berjumpa dengan Tuan Kimi tanpa temujanji”

“Saya tidak kisah dengan temujanji. Kata yang Naqim datang berjumpanya dan dia akan faham”

“Tapi...”

“Awak cuba dulu” kata Naqim sedikit tidak sabar dan Misha kemudiannya mendapatkan telefon di mejanya dan berkata “Tuan, Encik Naqim hendak berjumpa” di saat ia disambungkan. 

“Naqim?” kata Deamon sebelum ia senyap. “Bagi dia masuk dan jangan ganggu kami”

“Baiklah”

“Encik boleh masuk sekarang” kata Misha sambil membuka pintu untuk Erlking. Dan setelah Erlking masuk dia menutupnya sebelum berlalu ke mejanya untuk melakukan tugasnya. 

Di saat Erlking memasuki bilik tersebut Deamon memandangnya dengan serius dan penuh tanda tanya. “Kenapa? Awak tahu yang awak tidak sepatutnya datang ke sini”

“Kenapa awak tidak jawab panggilan saya?” soal Erlking yang sedang berdiri betul-betul di hadapan Deamon dan yang memisahkan mereka adalah meja bekerja.

Deamon mengambil telefonnya yang berada dalam kot yang digantungkan pada kerusinya dan melihat terdapat banyak panggilan daripada Erlking. “Kenapa?” soalnya. 

“Seiren... Dia telah dibawa ke balai polis untuk siasatan beberapa minit yang lepas”

Previous: Bab 4-3
Next: Bab 5-1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh LUNA