Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
901,697
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 9B ; sinopsis dan sekeping invois
Sinopsis

mengisahkan NorHani Edora atau Hani seorang wanita yang baru menamatkan pengajian di peringkat diploma pengurusan pejabat dari UITM. beliau seorang yang tegas, berpendirian teguh dan tidak segan menegur sesiapa sahaja tetapi agak gila-gila juga. mendapat panggilan temuduga dari syarikat milik Dato Zaffran atau lebih dikenali sebagai Dato Z. Dato Z mempunyai reputasi sebagai seorang yang agak nakal dan buaya darat di media. beliau seorang duda dan baru berusia 40 an dan sering digosipkan dengan artis baru wanita yang meningkat naik.

Semasa sesi temuduga beliau telah berseteru dengan calon temuduga yang cantik, bermekap tebal dan seksi iaitu Aisy. Malah Hani juga telah menimbulkan kekecohan semasa sesi temuduga apabila Dato Z mempertikaikan cara beliau berpakaian. Beliau rasa tidak mempunyai harapan lagi untuk dipanggil bekerja dengan Mega Group akibat perselisihan faham tersebut.

Tetapi seminggu kemudian beliau menerima surat tawaran bekerja dengan Mega Group sebagai pembantu peribadi DAto Z dengan gaji sebanyak 2 ribu ringgit. tapi malangnya semasa melapor diri, Aisy juga turut diterima bekerja disitu.. maka sejak hari pertama pelbagai konflik melanda mereka berdua. selain konflik diantara Hani dengan Dato Z.

Tapi secara tidak sengaja... satu invois yang dijumpai di dalam sebuah fail kewangan yang dijumpai oleh Hani telah merungkai satu konspirasi kewangan yang besar sedang berlaku di Mega Group... Hani menyiasat secara diam-diam untuk mengetahui siapakah dalang dan pihak yang terlibat. penyiasatan ini menyebabkan nyawanya di dalam bahaya......... nak tahu lebih lanjut kena baca ya....hehehehehehe...


Bab 9B

Malam itu selepas makan Hani terus masuk ke dalam biliknya. Beliau hendak membuat kerja pejabat sikit mengenai laporan perkembangan projek di Ipoh. Hani mencapai fail tuntutan bayaran oleh kontraktor.. sambil bekerja beliau mendengar radio Sinar FM yang memutarkan lagu-lagu jiwang malam-malam begini. Sedang di asyik membelek fail tuntutan.. beliau terjumpa satu resit yang terpisah dari helaian kertas yang telah dibindingkan ;

“Kertas apa pula ini?” beliau melihat sekali lalu.

“Sebut harga? Kenapa tidak dibindingkan sekali” Hani melihat sekali lagi sebut harga tersebut.. bulan 3 tahun 2013. Beliau membelek fail untuk mencari invois tarikh yang dinyatakan di dalam sebutharga.

“Eh! Sebutharganya ada di sini.. tapi kenapa berbeza? Di dalam fail harganya RM 120,000 tetapi di sini dinyatakan RM 100,000. Kenapa berbeza banyak sangat ni?”

“Ish…. Ada ketirisan ke?” Hani mengagak. Beliau membelek fail tersebut dan melihat invois yang lain.

“Adakah Dato tahu tentang hal ini?” Hani merasakan ada sesuatu yang terjadi dan mungkin ada seseorang di dalam pejabat yang berkuasa mampu memanipulasi data-data ini

“Tapi siapa? Takkan Dato Z… Ini syarikat beliau sendiri… syarikat bapa dia. Takkan dia hendak lingkupkan apa yang bapa dia telah bina. Tak mungkin…. Ini mesti ada seseorang yang berkuasa di dalam syarikat… tapi siapa dia?” Hani bermonolog.

“Yang jaga kewangan sekarang ini Encik Hasdi…. Adakah dia? Tapi aku tak boleh tuduh sebarangan.. kemungkinan besar bahagian bekalan pun terlibat juga. Mereka juga yang luluskan sebut harga. Hmmmm.. aku rasa aku perlu siasat perkara ini.. ini bukan perkara yang main-main. Ini duit syarikat.,, aku sebagai pembantu peribadi Dato perlu memastikan bahawa segala urusan syarikat dijalankan dengan tulus dan berhemah” Hani bermonolog lagi.. tapi bagaimana?

“Aku perlu buat salinan semua invois dan baucer sejak 6 bulan yang lalu. Aku perlu bandingkan harga pasaran dengan harga sebutharga sejak setahun yang lalu. Dan aku perlu bertanya kepada kerani pembelian projek.. ya aku perlu lakukan” kata Hani nekad.. tapi sebenarnya apa yang beliau buat bakal menjerumuskan beliau kepada satu masalah yang sangat besar!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.