Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
901,699
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 15 ; Berjumpa Jidin sengal

Bab 15

Jumpa Jidin Sengal

Ahad.. pukul 2.30 petang… kafe Suria Seremban 2….. sudah 40 minit Hani menunggu Jidin sengal… kopi dan roti sandwichnya telah habis dimakannya. Kelibat Jidin sengal masih lagi tidak kelihatan. Hani sudah resah, manalah mamat ni… telefon suruh datang tepat pukul 2… ini batang hidung dia pun tak nampak.. sengal! Lagi 10 minit kau tak datang.. aku blah.. aku bukan model hendak terpacak sini dekat sejam. Duduk rumah tengok Hindustan lagi bagus… 5 minit selepas itu kelibat orang ditunggu akhirnya tiba… berbadan kurus… memakai topi dan kot persis inspector gadget menegur Hani ;

“Assalamualaikum” sapanya.

“Waalaikumussalam… duduklah” kata Hani dingin.. kejap lagi kena semburlah jidin ni.

“Hani budak Fak Ofiskan?” tanya Jidin untuk kepastian.

“Ia….. eh! Asal kau lambat ha?” tanya Hani marah.

“Kau ni dari dulu sampai sekarang tidak berubah. Ok! Aku minta maaf aku lambat… aku ada hal lain… tiba-tiba ada pelanggan lain hendak jumpa di pejabatnya” jelas Jidin sengal.

“Eh! Kau dah janji pukul 2 dengan aku… kau boleh pulak jumpa orang lain. Kau ingat aku ini takde kerja lain hendak menunggu kau?” tanya Hani yang masih belum berpuashati dengan jawapan Jidin beri.

“Ala… dia jumpa aku pukul 1 petang… tamat pukul 2 petang. Tapi masalahnya jalan jem dari Bandar Seremban ke sini.. jadi aku buka jumpa dia waktu aku patut jumpa kau Hani… ala relakslah.. aku minta maaf ok. Aku tidak sengaja. Aku ingat boleh sampai sini dalam masa 10 minit.”

“Kalau bukan sebab aku hendak minta tolong engkau ini.. dah lama aku blah.”

“Apa yang kau hendak minta tolong aku ni? Hendak mengintip siapa?” tanyanya dan membuka satu buku diari untuk membuat catatan.

“Aku hendak mengintip seseorang” kata Hani perlahan..

“Name” tangannya mula untuk mencatat.

“Bos tempat aku kerja sekarang ini… Encik Hasdi…. Pengurus besar bahagian kewangan.”

“Kenapa?” Hani menceritakan segala-galanya.

“Ok… jadi engkau hendak aku mengintip siapa teman sekongkolnya kan?” duga Jidin.

“Iya… boleh?”

“Kes kau menarik…konspirasi korporat.. interesting… tak sangka aku. Hmmm… ok.. butir-butir bos engkau” Hani membuka handbagnya… sehelai kertas dikeluarkan dan diberikan kepada Jidin. Butir-butir diri dan gambar Hasdi… dimuat turun daripada rekod sumber manusia syarikat.

“OK… tempoh masa?”

“ 2 minggu.. paling lambat sebulan… mesti ada bukti.. jangan main petik jer.. fitnah. Bukti bergambar atau apa sahaja.”

“Tiada masalah… berani yer kau hendak bongkar kes ini?”

“Ini tanggungjawab aku… takkan aku hendak biarkan duit syarikat habis di tangan orang lain.”

“Ok.”

“Satu lagi… aku sedang buntu.. aku hendak ambil data dan rekod kewangan syarikat… kau ada idea macamana aku hendak buat salinan 8 tahun transaksi kewangan tanpa orang syak atau nampak? Bukan pecah masuk.. aku hendak buat secara smooth dan teratur.”

“Bukan pecah masuk… susah juga tu… betul juga kata kau.. kalau kau buat salinan untuk 8 tahun.. mungkin akan menimbulkan syak. Kunci bukan kau pegangkan?” Hani mengangguk.

“Ok…. Kau bagi aku masa sehari untuk fikirkan. Boleh?” bengong.

“OK… tapi pastikan idea kau bukan idea bodoh” kalau idea bodoh… malas Hani hendak buat.

“Iya… aku bagi idea baik punya” janji Jidin.

“Bagus… bayaran macamana?”

“Kau bayar aku 200 ratus dahulu… itu harga kawan-kawan. Sebab kes kau ini memang menarik. Aku teruja untuk menyiasatnya. Selalunya aku caj RM500 duit pendahuluan.”

“Ok” Hani membuka beg tangannya.. memberi 200 ratus ringgit kepada Jidin. Kemudian Jidin memanggil pelayan seterusnya memesan air. Hani juga memesan satu lagi air… haus…

“Engkau terus keluar Universiti jadi penyiasat persendirian?”

“Iya… lagipun memang minat aku… aku kan dulu Pelatih inspektor kor polis universiti.. kemudian aku jadi Pegawai Simpanan Polis sampailah sekarang. Jadi ilmu penyiasatan yang aku belajar aku gunakanlah… kau tahulah kerja sekarang susah hendak dapat. Tapi lumayan juga hasilnya” Jidin tersenyum.

“Lumayan.. mengintip orang kau kata lumayan?” Hani tidak percaya. Bulan cari makan ker jadi penyiasat persendirian?

“Itulah kau… dalam fikiran orang-orang kita ini… penyiasat persendirian sahaja mengintip orang. Kesnya samada Datin suruh ngintip skandal Dato… mengintip bini muda Dato.. itu sahaja. Salah tu” kata Jidin kecewa.

“Habis tu… kau buat apa?”

“Antara pelanggan aku adalah syarikat insurans… mereka upah aku untuk melihat samada tuntutan yang meragukan mereka itu benar atau bohong sahaja. Contoh baru-baru ini, ada satu kes penipuan insurans… kononnya kilangnya terbakar.. tapi rupanya tauke yang bakar kilang untuk buat tuntutan insurans bagi membayar hutang. Sebelum dia bakar.. stok semua sudah dipindahkan ke tempat selamat… jadi… aku diupah untuk menyiasat.. ganjarannya aku selesaikan kes dekat 10,000. Lebih baik syarikat Insurans rugi 10,000 dari rugi 10 juta”

“Iya… wow! Lumayan” Hani terperanjat.

“Ha… terbeliak mata kau… selain itu… selalunya kami juga menyiasat untuk LHDN bagi kes mengelak cukai atau Kastam bagi kes penyeludupan.. setiap kes kami dapat RM 300.. tapi itu bila aku tiada kerjalah.”

“Oh… jadi kau sudah terkenallah yer. Itu yang pakai macam Inspektor Gadget ni?” Jidin menyembur airnya. Selepas mengelap dengan tisu ;

“Ini bukan pakaian inspektor Gadgetlah… ini pakaian Sherlock Homes” Jidin membetulkan tanggapan Hani.

“La… apalah hang pakai lagu ini. Tak panas ker? Sherlock Homes sesuailah… negara England sejuk.. ini tengahari buta pakai macamni. Apala.”

“Hahahahahahaahhahaha” mereka terus berbual.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.