Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,783
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 54 full ; Video di You Tube

Bab 54

Hubungan Hani dan Dato Z diketahui

Esok paginya di pejabat, asal Hani bertembung dengan pekerja syarikat… mulalah mereka tersenyum-senyum kambing. Ada pula yang mengenyitkan mata dan ada pula yang ketawa. Sah! Mereka ini senyum oleh kerana peristiwa malam semalam. Peristiwa di mana Dato menyanyikan lagu Anuar Zain untuk Hani. Habis satu pejabat sudah tahu aku kini berkawan rapat dengan Dato. Apo hendak dikato…..

“Hi Datin” tegur Kak Qismah kepada Hani yang sedang khusyuk menghadap komputer.

“Bila masa aku jadi Datin?”

“Hahahahahahahahaha. Semua orang di dalam pejabat ini sudah tahu hubungan kau dengan Dato. Lagi mahu sembunyi ke Datin?” kata Kak Qismah.

“Ada-ada jelah. Kau panggil aku Datin.. Nampak benar aku ni macam dah tua sangat,”

“Kau tahu Hani, bukan satu pejabat ini yang sudah tahu. Malah satu Malaysia yang tahu. Video semalam sudah ada orang muat naik di You Tube” ini memeranjatkan Hani.

“Ha!!!! biar betul”

“Betullah” Hani membuka laman web you tube dan menaip video Dato Zaffran menyanyi.. Sebentar kemudian keluarlah video dimaksudkan. Hani melihat video tersebut sehingga habis. Memang benar dari awal Dato nyanyi sehinggalah Dato memberikan bunga kepadanya… ada dirakam. Siapa yang merakamnya? ;

“Aduh! Siapalah yang siarkan rakaman ini dekat You Tube?” Hani memandang Kak Qismah.

“Mesti orang-orang kita juga.. Tapi dalam masa tidak sampai sehari sudah mencapai 10 ribu hit.. Glamor kau Hani”

“Glamor? Aduh… lepas satu.. satu penyakit,”

“Hani memang sesuai berpacaran dengan Dato Z. Hani cantik. Dato hensem. Lagipun Dato romantik. Oh sweetnya Dato Z nyanyi lagu untuk kau.”

“Entahlah….. Dari orang tak kenal aku… Dah orang kenal. Masak aku.”

“Hehehehehehe. Sudahlah.. Back to work. Buah hati kau minta kau semak tender MRT, ini failnya” Kak Qismah menghulurkan failnya projek MRT. Hani mengambilnya. Kemudian Kak Qismah keluar dari bilik Hani. Hani melihat komen di You Tube tentang video tersebut;

“Wah! Untung orang yang bertudung itu. Orangnya manis.. sweet Dato” tulis salah satu komen.

“Hati Dato yang paling hot berjaya dicuri oleh seseorang? Siapakah dia?”

“Meranalah artis-artis yang minat dengan Dato.”

“Alhamdulillah.. Dato memilih seseorang yang bertudung”.

“Siapakah gadis bertudung itu?”

“Suara Dato sedap.. Dengan suit ala-ala Anuar Zain. Dato nampak hensem.”

“Ada aku kisah?” Hani menamatkan bacaan terhadap komen-komen video tersebut. Inilah dinamakan takde penyakit cari penyakit!!!

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Memang benar kata Kak Qismah, video itu menjadi hit di laman You Tube. Media menamakan video tersebut sebagai fenomena Dato Z dan gadis bertudung. Dalam masa 3 hari., video itu telah ditonton setengah juta orang. Hani rimas!!! Dato Z menafikan yang beliau meletakkan video tersebut di laman You Tube. Hari ketiga video tersebut tersebar… Hani balik ke rumahnya… Tasya yang sarat mengandung menegur Hani ;

“Hello orang yang paling popular sekarang” tegurnya sebaik sahaja berselisih dengan Hani.

“Kau nak apa? Tergedik-gedik?”

“Hahahahahahaha.. relaks la. Kau orang yang paling popular di Malaysia sekarang. Meletup video kau noks.”

“Perut kau tu bila hendak meletup pulak?”

“Amboi kau… Bila-bila masa sahaja lagi” tasya mengusap-gusap lembut perutnya.

“Aktif semacam jer. Sempat bergosip?”

“Dulu.. Arwah nenek aku.. Mengandung 8 bulan pun masih bersawah lagi tau.”

“Itu nenek engkau.. Lepak dengan Kak Joyah lagilah tu. besok anak mengikut.”

“Aku mana ada lepak dengan dia lagi”

“Habis tu?”

“Video kau fenomena beb. Ramai orang share dalam Facebook… tweet. Aku tengoklah… Rupanya kau pun termasuk sekali dalam video tersebut. Cantik kau malam tu.. Macam puteri Persia da.”

“Itukan majlis makan malam. Kenalah melaram.”

“Sweetnya Dato… Adui mak. Kalaulah dia laki aku,”

“Dah.. Jangan nak berangan.. Kau tu dah ada laki. Bukannya bujang.”

“Untungnya engkau Hani. Hensem dan romantik pula Dato tu. Berduit pula” Tasya memeluk Hani.

“Ha… aku bukan berkawan dengan dia disebabkan duit ok. Silap kata-kata kau tu.”

“Aku tahu” Tasya mengikut Hani ke rumahnya;;

“Ini apa ikut aku sampai kat rumah? Laki tak balik lagi ker?” Hani sebenarnya rimas dengan perlakuan Tasya.

“Balik… tapi lambat sedikit. Ambil OT”

“Kang kalau kau terberanak macamana? Siapa nak menghantar ke hospital?”

“Kaukan ada.”

“Aku pulak? Tengah-tengah malam buta kau hendak kejutkan aku?”

“Tengah-tengah malam laki aku adalah.” Secara tiba-tiba,

“Aduh.. aduh” Tasya memegang perutnya.

“Ah sudah.. kenapa?”

“Perut aku memulaslah.”

“Duduklah dulu. Rehat. Kau ini dah sarat dok jalan ke sana kemari.” Hani memimpin Tasya masuk ke dalam rumah dan mendudukkan Tasya di sofa.

“Ok ker?” tanya Hani.

“Aduh. Aku rasa memang hendak beranaklah”

“Aduh… Nak buat macamana sekarang?”

“Hantar aku dekat hospital.”

“Sekarang???”

“Iyalah.. Takkan besok pula”

“Kejap-kejap… kau tahan dulu” Hani masuk ke dalam biliknya. Meletakkan beg tangannya… 3 helai kain batik diambilnya untuk alas didalam kereta.

“Dah jom” Hani memimpin Tasya ke keretanya.. Tasya hanya menahan nafas. Setelah Tasya masuk ke dalam kereta… Hani lekas memandu keretanya ke hospital ‘:

“Tahan Tasya… Tahan. Tarik nafas.” Hani memandu menuju ke Hospital Besar Kuala Lumpur. Tasya yang tadinya senyap mula mengerang. 20 minit masa yang diambil untuk sampai ke Hospital. Hani menghantar tasya hingga ke wad kecemasan jabatan bersalin HKL.. sampai di sana.. Hani meminta pertolongan pembantu untuk mengangkat Hani dimana air ketubannya sudah pecah ( Hani melapik kerusinya dengan kain batik ). Tasya terus dikejarkan ke bilik bersalin. Hani menelefon suami Tasya dan memaklumkan Tasya sakit hendak bersalin. Kemudian Hani menunggu di hadapan dewan bersalin. 30 minit kemudian suami Tasya sampai..

{{{{{{{{{{{{{{{{{{

2 jam menunggu akhirnya Tasya melahirkan anak. Bukan seorang.. tetapi sepasang… Tasya melahirkan anak kembar. Selepas suami Tasya berjumpa dengannya dan anak-anaknya. Tasya mahu berjumpa dengan Hani ;

“Aku dah agak kau mesti dapat anak kembar,”

“Masinlah mulut kau.. Aku harap anak perempuan bukanlah macam kau cakap tadi. Macam Joyah… simpang 44. Apapun terimakasih.”

“Sama-sama. Apa nama anak kau?”

“Yang lelaki Ahmad Naufal… Si adik Siti Nurhany. Sempena nama kawan baik aku ni”

“Iya… Comel anak-anak kau.”

“Tengoklah emaknya,”

“Perasan.”

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.