Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
826,961
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 18 full ; Mula bergerak

Bab 18

Mula bergerak mengikut rancangan yang ditetapkan

Maka, selama sebulan itu kumpulan yang ditubuhkan untuk menender 3 projek mula sibuk melakukan kerja masing-masing. Hani selalu mengikut kumpulan tender ke pejabat syarikat yang menender dan juga melakukan lawatan ke tapak projek. Hani melihat Encik Hasdi benar-benar komited tentang kerjanya… ahli kumpulan kami jika balik lewat itu biasa.. malah hari Sabtupun aku terpaksa bekerja di pejabat sehingga lewat petang. Bawa kerja ke rumah adalah biasa kerana Hani kini membuat dua kerja.. satu sebagai pembatu peribadi Dato dan satu lagi sebagai ahli satu pasukan penender.

Yang baiknya apabila Hani masuk ke dalam pasukan ini, dia tidak perlu lagi menemani Dato melawat tapak projek,,, kini Dato akan membawa kakak Qaimah pula. Katanya biar Hani fokus dahulu dalam kerja menender. Setelah 3 minggu pasukan penender ditubuhkan… Jidin sengal menelefon hanu… katanya hendak berjumpa Hani di Melaka kerana ada informasi terbaru. Hani naik angin dengan Jidin… kenapa perlu berjumpa di Melaka ?. Katanya beliau ada tugas baru di sana dan tidak boleh meninggalkan bumi Melaka. Hani akur… beliau bersetuju.. nampaknya terpaksalah Hani menyewa kereta untuk ke sana..

{{{{{{{{{{{{{{{{

Ahad hujung minggu tersebut Hani sudah berada di Melaka.. mujurlah hari ahad Encik Hasdi tidak memanggil untuk bekerja. Katanya hari ahad untuk keluarga.. bukan untuk bekerja ( dalam hati Hani berkata sebenarnya ahad untuk Aisy kan… macamlah aku tidak tahu ). Tempat perjumpaan? Sebuah kafe hotel.. katanya lebih privasi sedikit… Hani melihat jam… sudah pukul 11 pagi… waktu yang dijanjikan dengan Jidin. Tiba-tiba entah mana punya Mat Rock menegur Hani ;

“Kerusi kosong Cik Adik?” Hani memandang Mat Rock di hadapannya.. seorang pemuda berkaca mata hitam, memakai seluar jeans koyak, berkasut Aliph, jaket kulit dan berambut panjang.. siapa pulak mamat ni?

“Saya tidak kenal awak” Hani jawab dengan tegas.

“Tapi saya kenal awak” terus mamat rock itu duduk… Hani geram ;

“Awak? Siapa awak ni? Main duduk di meja saya? kan saya sudah kata.. saya tidak kenal awak” tanya Hani geram.

“Hahahahahahaha… relaks la Hani… akulah. Jidin” Jidin membuka cermin matanya.

“La… kau Jidin. Sengal kau… apa dah jadi dengan kau ni?” ingatkan kutu mana tadi..

“Aku baru balik dari kerja mengintip… menyamarlah” jelas Jidin

“Mati-mati aku ingat kutu rock mana hendak mengurat aku tadi.. nasib baik aku tak sembur kau tadi…”

“Hahahahahahahahahahahaha… baru usik sikit. Dah kalut. Ok… back to bisnes,”

“Hang dah tahu siapa kawan rapat Hasdi” Jidin memagngil pelayan..

“Aku lapar… dari pagi aku tak makan apapun” pelayan datang.. Jidin memesan makanan dan minuman.

“Kau jangan bimbang… aku bayar semua ini. Besok aku dapat bayaran lumayan dari sebuah syarikat,”

“Kau selalu sibuk yer?”

“Reputasi aku menyebabkan ramai yang hendak menggunakan khidmat aku. Kadang-kadang aku pun tak larat hendak ambil semua. Siang malam aku bekerja. Ok.. pasal Hasdi.. ada 5 orang yang aku rasa beliau sangat rapat dan menjadi kepercayaannya untuk melakukan kerja kotornya. Kejap” Hasdi mengambil sesuatu dari begnya… satu sampul surat dikeluarkan dan isinya dibuka…

“Gambar pertama… 2 orang ini… selalu aku nampak menemani Hasdi samada di luar dan dalam waktu pejabat. Dan selalu berbincang di kafe Moon… selalu bawa fail apabila mereka berbincang” aku melihat gambar yang ditunjukkan…

“Aku kenal… Halim… jurunilai syarikat dan juga Sham… ketua kerani bekalan. Nampaknya Hasdi sudah pegang 2 orang penting dalam sesuatu projek. Seorang menilai dan seorang lagi orang penting dalam pembelian bekalan.”

“Ini.. seorang lagi.. awek mana tah… tapi sejak akhir-akhir ini selalu menemani Hasdi” Jidin memberikan gambar yang dimaksudkan.

“Ini Aisy.. teman wanita terbaru Hasdi…. Nampaknya Aisy telah berjaya dipengaruhi. Aisy adalah kerani yang membuat baucer dan sebutharga selain menjaga bilik fail kewangan.. ini dekat mana gambar kau ambil? Seksi habis Aisy” kata Hani… di dalam gambar Aisy seolah-olah berkemban dengan mengenakan solekan yang agak tebal.

“Kelab malam Flamingo” Hani mengelengkan kepala… jauh sudah Aisy ini.

“Dan apa yang mengejutkan aku… Hasdi ada link dengan samseng. Ini dia” Jidin memberikan satu gambar Hasdi sedang minuk dengan seseorang lelaki cina yang bertatu…

“Siapa ini?”

“Tiger Chong.. antara ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di Ipoh”

“Oh! Ini dia ketua gangster yang Pak Mat katakana…”

“Maknanya Hasdi dilindungi oleh gangster Hani.. engkau patut berhati-hati” nasihat Jidin.

“Aku tahu… engkau janganlah bimbang. Jika sesuatu berlaku dekat aku.. kau bagi gambar gangster dekat Polis… tahulah polis mencari aku dimana nanti” Jidin mengangguk. Kemudian Jidin memberi satu lagi gambar ;

“Ini pula gambar Mr Wong.. antara pembekal bahan binaan utama kepada mega Group. Aku ada mendengar perbualan mereka. Mereka sedang berbincang untuk naikkan harga barang binaan untuk projek seterusnya dan berkata sesuatu tentang Autuum Height” Autuum Height.

“Autuum Height? Eh! Itu projek yang sedang ditender. Kenapa ye dengan projek tersebut” Hani berfikir.

“Kau hendak aku siasat?”

“Ok juga tu…. kau siasat.. bayaran?”

“Macam biasa 200. Kalau ada kos tambahan aku beritahu. Tapi hari kau kena bagi aku tambahan 200 untuk kerja pertama ini… 2 minggu aku mengikut mereka” Hani mengangguk bersetuju.. beliau membuka handbagnya dan mengeluarkan wang 200 ringgit. Jidin mengambil dan memasukkan ke dalam poket. Kemudian pelayan menghantar makanan dan minuman.. kami hanya senyap sahaja ;

“Kenapa engkau tidak jadi Polis sahaja Jidin?” tanya Hani.

“Polis berdisiplin.. aku buat kerja tidak ikut disiplin. Jadi… kau sudah dapat dokumen yang diperlukan” Hani mengeleng..

“Belum.. sekarang ini sibuk ke tapak projek dan menilai kos.. mungkin minggu depan aku boleh akses bilik.. relak… jangan tergopoh gapah. Aku buat kerja supaya tidak ada orang syak” Jidin mengangguk.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.