Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
826,987
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 7 ; Sinopsis dan Dato tidak solat ?
Sinopsis
mengisahkan NorHani Edora atau Hani seorang wanita yang baru menamatkan pengajian di peringkat diploma pengurusan pejabat dari UITM. beliau seorang yang tegas, berpendirian teguh dan tidak segan menegur sesiapa sahaja tetapi agak gila-gila juga. mendapat panggilan temuduga dari syarikat milik Dato Zaffran atau lebih dikenali sebagai Dato Z. Dato Z mempunyai reputasi sebagai seorang yang agak nakal dan buaya darat di media. beliau seorang duda dan baru berusia 40 an dan sering digosipkan dengan artis baru wanita yang meningkat naik.
Semasa sesi temuduga beliau telah berseteru dengan calon temuduga yang cantik, bermekap tebal dan seksi iaitu Aisy. Malah Hani juga telah menimbulkan kekecohan semasa sesi temuduga apabila Dato Z mempertikaikan cara beliau berpakaian. Beliau rasa tidak mempunyai harapan lagi untuk dipanggil bekerja dengan Mega Group akibat perselisihan faham tersebut.
Tetapi seminggu kemudian beliau menerima surat tawaran bekerja dengan Mega Group sebagai pembantu peribadi DAto Z dengan gaji sebanyak 2 ribu ringgit. tapi malangnya semasa melapor diri, Aisy juga turut diterima bekerja disitu.. maka sejak hari pertama pelbagai konflik melanda mereka berdua. selain konflik diantara Hani dengan Dato Z.
Tapi secara tidak sengaja... satu invois yang dijumpai di dalam sebuah fail kewangan yang dijumpai oleh Hani telah merungkai satu konspirasi kewangan yang besar sedang berlaku di Mega Group... Hani menyiasat secara diam-diam untuk mengetahui siapakah dalang dan pihak yang terlibat. penyiasatan ini menyebabkan nyawanya di dalam bahaya......... nak tahu lebih lanjut kena baca ya....hehehehehehe... masih panas.. baru semalam saya siapkan jalan cerita dan plotnya... ilham dari FB rakan saya tq


Bab 7

Dato tidak solat ker?

Besoknya pagi-pagi lagi Hani dan Dato ke pejabat pembangunan negeri untuk melihat tender yang ada diiklankan. Ada beberapa tender pembinaan sekolah, rumah rakyat dan juga projek pembesaran jalan. Dato Z terus mengambil borang tender bagi beberapa projek. Selepas itu mereka berdua melawat ketiga-tiga projek yang syarikat sedang jalankan. Hani melihat Dato Z begitu teliti dalam membuat kerja.. malah bahan-bahan binaan dilihatnya untuk menjamin kualiti projek yang dijalankan. Pukul 3 petang mereka beransur pulang ke Kuala Lumpur selepas makan tengahari di Ipoh. Dalam perjalanan ;

“Letih?” tanya Dato.

“Letih sedikit Dato.”

“Biasalah.”

“Dato.. selepas ini boleh kita rehat r and r di Tapah.. saya hendak solat Dato. Tidak mahu qada solat lagi macam semalam” Dato Z menoleh ke belakang.

“Ok” katanya pendek. Hani melelapkan mata sebentar…

{{{{{{{{{{{{{{{

“Hani.. Hani… Hani” Hani membuka mata… Dato memegang bahunya untuk mengejutkan.. Hani yang beranggapan Dato cuba mengambil kesempatan menolak Dato Z keluar. Dato Z hampir terjatuh.

“Apahal awak ni?” katanya marah.

“Saya ingat Dato hendak ambil kesempatan ke atas saya” jelas Hani.

“Takde maknanya saya hendak ambil kesempatan ke atas awak. Saya hendak kejutkan awak. Kita sudah sampai Tapah” Hani memandang ke luar.

“Maafkan saya Dato” Hani mengakui kesilapannya.

“Takpelah… pergilah solat. Saya tunggu awak dekat café” Hani mengangguk.. dia keluar dari kereta dan terus ke surau… saya tunggu di kafe? Dato ini tidak solat ker?Itu perkara-perkara yang bermain di fikiran Hani…..

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Selepas solat Hani ke kafe… beliau melihat Dato menunggu di satu meja sedang khusyuk melihat telefon bimbitnya. Hani duduk di hadapannya.. Hani melihat mi supnya sudah habis dijamah.

“Hendak makan ker?” tanya Dato.

“Takpelah Dato.. saya kenyang lagi.. marilah Dato kita balik.. besok kerja lagi. nanti lambat pula sampai di Kuala Lumpur.”

“Ok” kami bergerak ke kereta. Apabila kereta bergerak keluar dari R and R Tapah.

“Kamu selalu solat? Maksud saya solat 5 waktu sehari semalam” tanya Dato Z.

“Ya Dato… saya solat bila masuk waktunya.. tapi bila saya uzur.. saya tak solatlah.”

“Iya?”

“Maafkanlah jika saya bertanya kepada Dato… kenapa pejabat kita tiada surau Dato?” pertanyaan Hani itu bagai merentap jantung Dato Z.

“Dulu ada surau di bangunan tu.. tapi pekerja-pekerja buat tempat itu sebagai tempat tidur pula. Jadi saya ambil keputusan untuk menutupnya dan jadikan bilik stor” al kisahnya. Hani tidak berkata apa…. Jadi menjadi kewajipannya untuk nya untuk cuba di masa depan memujuk Dato Z membuka kembali surau di pejabat…… dan mungkin menasihati Dato Z untuk bersolat.. kerana dia tahu Dato Z tidak solat.. alangkah ruginya………

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.