Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
827,338
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 32 ; Pakwe Wiwi mengamuk!!

Bab 32

Pakwe Wiwi mengamuk di pejabat Dato

Bagai jatuh ditimpa tangga…. Malang bertimpa-timpa menimpa Dato pada hari tersebut. Pada petangnya teman lelaki Wiwi ( namanya Roslan.. pelakon yang sedang meningkat naik.. terkenal dengan reputasi di media dengan perangai panas barannya ) datang ke bilik Dato. Masa itu Hani ada di mejanya.. sedang dia leka menaip sesuatu.. seorang lelaki menghampiri mejanya ;

“Oi! Dato Z ada dalam bilik tak?” Hani memandang kepada lelaki yang memanggilnya hoi tadi. Pelakon lelaki yang terkenal dengan sikap panas barannya di depan Hani.

“Encik… takde budi bahasa ker? Saya ada nama. Panggil hoi hoi pulak” kata Hani.. hsrsp muka hensem macam Pakistan.. budi bahasa tiada langsung.

“Aku punya suka ar… aku tengah panas ni. Bos kau ada ke tidak?” ulangnya lagi berang.

“Ada” jawab Hani pendek.

“Cakap dengan dia… ini abang long Sungai Besi datang. Suka hati je hendak rembat awek orang. Dia ingat dia kaya.. banyak duit. Sukahati boleh rembat awek orang. Sorilah beb… gua panaslah dengan bos lu” Kata Roslan yang tiada adab ini dengan nada suara yang tinggi.

“Kejap saya beritahu dia” baru Hani hendak mengangkat telefon Dato Z membuka pintu biliknya…

“Apahal bising-bising ini Hani… dari dalam bilik saya dengar orang terjerit-jerit” tanya Dato Z yang mungkin terdengar suara Roslan yang agak kuat dari dalam biliknya.

“Ha.. keluarpun. Aku ingat kau ni penakut.. menyorok dekat dalam bilik. Ini pakwe Wiwi.. berani engkau kacau awek akukan. Dah lama hidup?”

“Oh! Saya kenal awak.. Roslan?” Dato Z cuba berbahasa basi.

“Tak payah nak kenal-kenal. Sekarang ini apa cerita lu…. Jangan hendak tunjuk alim sangat.. dah kacau awek gua… sekarang ini lu buat tak tahu pulak. Buat-buat baik.. puiiii la” Roslan meludah.

“Hello bro… lu datang ofis gua… lu jerit-jerit… lu tak hormat PA gua. Apahal… baik sangat ke lu” sudah.. Dato dah mula panas hati.

“Dato… lu tak payah ajuk gualah… wa panas hati dengan lu… berani lu tidur dengan awek gua. Lu mahu mampus ker?” Hani menelefon pejabat keselamatan.

“Hello… lu tengok dialog itu betul-betul. Siapa yang ajak teman tidur.. gua atau makwe lu?” jawab Dato Z tidak mahu kalah.

“Lu” Roslan bergerak ke arah Dato Z dan mencekak kolar Dato… mujurlah pengawal sempat sampai dan memegang seterusnya meleraikan pergaduhan dari terjadi ;

“Gua memang tak puashati dengan lu… lepaskan aku. Biar aku belasah mamat tu” kata Roslan meronta-ronta.

“Pengawal.. halau penyangak ini keluar” perintah Dato Z.

“Siaplah lu dekat luar” pengawal membawa Roslan keluar dari pejabat. Hani mendapatkan Dato Z..

“Ok Dato?” tanya Hani.

“Saya ok” beliau membetulkan kolar bajunya.

“Dato.. saya rasa Dato perlu ambil serius ancaman Roslan. Saya takut Dato diapa-apakan olehnya di luar” cadang Hani. Kalau sudah sebut mati… baik sediakan paying sebelum hujang. Dengan reputasi Roslan yang pernah memukul kru produksi kerana lambat membeli makanan… maka Dato Z perlu lebih berhati-hati.

“Ok.. saya ambil pengawal peribadi. Betul juga kata awak… budak tu panas barannya lain macam sedikit… krew produksi pun dipukulnya. Inikan pula saya yang kononnya mengacau aweknya. Dapatkan saya nombor syarikat perkhidmatan kawalan peribadi” Dato bersetuju dengan cadangan Hani

“Baik Dato” Hani duduk semula di kerusinya dan mula mencari syarikat kawalan peribadi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.