Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
827,540
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 8 ; Aisy memerli Hani

Bab 8

Aisy memerli Hani

Keesokan harinya Hani ke pejabat seperti biasa, pukul 8 pagi beliau sudah sampai di pejabat.. beliau ke pantri untuk membuat air. Sedang dia mengacau teh :

“Amboi… ada orang tu bersedap-sedap dengan Dato dok dengan hotel 2 hari” Hani memandang ke arah suara puaka tersebut.. si Aisy gedik.

“Kau ni apahal.. kalau kau tidak tahu cerita… jangan hendak fitnah aku. Aku pergi sana atas dasar kerja tahu tak?” tingkah Hani.

“Dasar kerja ke atau hendak mengurat Dato Tu” wah! Ini sudah bikin gua panas!!!

“Cakap itu elok-elok sikit.. taste aku bukan Dato gatal ok.”

“Eleh.. kalau takde apa-apa.. takkan Dato bagi kau beg Gucci tu” hahahahahahahaha.. lawaklah kau minah.. itu Gucci pasar malam. Bukan ori sengal. Takpe,,, aku teruskan permainan ini.

“Jadi.. kalau Dato hadiahkan.. apa masalah kau?”

“Aku sudah lama usya Dato tu.. engkau pulak yang mendapat.”

“Sebab rambut karat kau tu… Dato mana minat awek rambut berkarat”

“Engkau……”

“Ehem…” kami melihat siapa yang berehem tadi.. rupanya Dato Zaffran di belakang Aisy.

“Ada masalah ker?” tanya Dato.

“Eh Dato… eh! Takde apa-apalah.. Cuma berbual dengan Hani ni” kata Aisy lembut. Ibarat seorang wanita melayu terakhir.

“Ooo yeke… macam hendak gaduh sahaja?”

“Takdelah Dato. Ha Dato.. ada baucer dan invois yang memerlukan tandatangan Dato. Mari Dato…”

“Ok… mari” Aisy dan Dato Z berlalu.. sebelum berlalu Aisy sempat menjelir lidah kepada Hani.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.