Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,757
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
Bab 22 full ; Aisy mengamuk!!!

Bab 22

Aisy mengamuk

Masuk sahaja kerja pada keesokan paginya… ada satu perkara yang berlaku membuatkan Hani mengamuk dan naik angin. Pertama, sebaik sahaja keluar dari bilik Dato selepas berjumpa untuk taklimat pagi.. Hani membaca mesej yang masuk ;

Morning ! nanti cuti my hunny buat apa? Jom jejalan… mesej dari Hasdi… malasnya aku hendak layan.. balas jelah ;

Maaf… saya sudah berjanji dengan keluarga untuk bercuti. Terima kasih.. selang beberapa lama kemudian Hasdi membalasnya;

Oh ye? Di mana?.. aduh! tak paham bahasa ker? Malas betul aku hendak melayan.

Melaka!... balas Hani main petik sahaja…

Jumpa di sana!.. nasib baik aku beri tempat yang tipu.. kalau betul tadi.. mengacau je.. susah betul kalau lelaki sudah gila bayang… angau.Tapi yang membuatkan Hani bertambah geram kejadian petang itu selepas makan tengahari.. entah siapa yang merasuk agaknya… si Aisy ini mengamuk pula di meja Hani;

“Oi… kau ni nama sahaja pakai tudung. Tapi lapar jantan” wah! Apahal gedik ni… Hani yang terkejut disergah Aisy memandangnya.

“Kau ni apahal? Suka-suka hati jer serang aku ni?” tanya Hani.

“Eh pompuan.. aku jumpa resitlah. Kau dan Hasdi makan dekat Vistanakan” kantoi sudah !sampai resit makan di hotelpun Aisy selongkar?

“Dah dia hendak belanja aku.. yang kau kecoh kenapa? Makan aja pun… bukan aku pergi dengan dia ke kelab malam” perliku.

“Aisy.. apahal ni” Hani melihat ke arah suara.. rupanya Hasdi.

“Ini si Aisy.. dia main tuduh saya menggatal dengan encik Hasdi pasal makan semalam” jelas Hani.

“Aisy.. kan abang sudah terangkan. Abang belanja dia sebab dia tolong abang buat tender. Hubungan abang dengan Hani hanyalah hubungan pekerja dan ketua.. tak lebih dari itu. Sudah. Bubar…. Nanti pekerja lain nampak buat malu sahaja” Aisy membentakkan kakinya dan beredar.

“Terimakasih Encik Hasdi” Hasdi mengangguk dan mengenyitkan matanya. Hani buat tidak nampak dan duduk semula di kerusinya. Tidak berapa lama kemudian ada mesej masuk ke dalam emel pekerja… Hani membaca emelnya.. dari Aisy ;

Lepas ini kalau aku tahu kau keluar dengan Hasdi lagi.. siap kau… Hani tidak mengendahkannya… bebudak. Tiba-tiba seseorang berdehem… Hani memandang… rupanya Dato Z ;

“Apahal bising-bising tadi” Hani bangun dari kerusinya sebagai tanda hormat kepada Dato Z.

“Biasalah Dato.. gaduh-gaduh manja dengan Aisy”

“Gaduh-gaduh manja? Macamana gaduh-gaduh manja tu? dari bilik pantry saya dah dengar” tanyanya.

“Ala Dato… takkanlah dato tak kenal si Aisy tu.. Dato buat apa di Pantri. Dato kalau air… beritahulah saya.. saya buatkan” Dato Z tersengih…

“Takpe.. sesekali sekali saya buat air sendiri. Lagipun laparlah pula… tak sempat sarapan.ini saya ada buat air untuk awak.. the o beng” Dato Z menghulurkan mug kepadaku… Hani mengambilnya… rasanya panas lagi. Hani teragak-agak untuk meminumnya…

“Ler… apa yang ditenung air tu. Minumlah….. awak jangan takutlah.. saya bukannya letak apa-apa dalam air tu… air teh sahaja. Air duda” Dato Z menyakinkan Hani… akhirnya Hani menghirupny the yang dibuat oleh Dato… baru sampai di kerongkong..

“Puhhhhhhhhhhhhhhhh” Hani menyembur air yang dibuat Dato Z… percikan terkena sut Dato.. Dato Z terkejut dengan reaksi Hani…

“Kenapa? Air saya tidak sedap ker?” tanya Dato Z. Hani menyedari sut Dato Z basah di bahagian dada…

“Minta maaf Dato… saya tidak sengaja” Hani mengambil tisu dan mengelap bahagian yang basah.

“Its ok… saya ada sut spare dalam bilik. Kenapa Hani?”

“Manisnya the Dato Z buat.. berapa sudu Dato Z letak gula” tanya Hani.

“Oh! Awak tak minum manis sangat ker? 4 sudu” What! 4 sudu?

“Dato.. saya selalu letak satu sudu gula sahaja. Dato selalu ke minum manis-manis ni?” tanya Hani….

“Maafkan saya… saya main letak sahaja. Maklumlah duda”

“Kurangkan manis dalam minuman Dato.. lebihkan manis dalam senyuman” Dato Z tersenyum… nyata senyumannya bias mencairkan hati mana-mana wanita.

“Terima kasih di atas cadangan awak itu”

“Selagi lagi maafkan saya Dato.. saya tidak sengaja”

“Takda apalah.. saya masuk dalam pejabat dahulu” Dato Z berlalu masuk ke dalam biliknya. Hani menepuk dahinya…..

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Petang itu Hani meminta untuk bali awak.. seawal pukul 4.00 petang beliau telah menunggu ayahnya untuk melihat kereta terpakai di Pandan ( ayah berkata banyak kedai terpakai di situ dan pilihannya banyak ).

Di kedai yang kedua Hani tertarik kepada sebuah kereta Myvi… baru 3 tahun digunakan… SE lagi. sport rim baru.. cat masih lagi cantik. Bodykit lagi… perghhh… harga 35,000. Warna Hitam… Hani mengambil bersetuju untuk mengambil kereta tersebut. Beliau membayar deposit RM 500. Dalam seminggu mungkin Sofia akan mendapat keretanya jika pihak bank tiada masalah untuk memberi pinjaman.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.