Home Novel Komedi/Romantik Komedi Hani dan Dato Z
Hani dan Dato Z
NaimTamdjis
17/2/2013 13:53:49
902,756
Kategori: Novel
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Senarai Bab
bab 27 ; peel abang hani

Bab 27

Mengamuk dengan kak Joyah

Sabtu… bulan 7 tahun 2013… hari pertama umat Islam berpuasa… abang long balik hari ini untuk meraikan hari pertama berbuka puasa. Syarikat bercuti khas pada hari tersebut ( sabtu selalunya hari bekerja setengah hari ). Selepas balik dari pasar ( menaiki kereta myvi Hani yang baru dapat semalam ). Kemudian semasa mengemas barang-barang dapur ;

“Emak cakap kamu jangan marah ye Hani,”

“Eh! Apa dia mak? Cakaplah,”

“Sekarang ni sudah heboh satu flat mengatakan kamu ada hubungan dengan Dato. Kamu berjaya pengaruhi Dato tolong Tasya masa anaknya sakit.. selepas itu Dato hadiahkan kamu beg tangan Gucci,”

“Hahahahahahahahaha… ini mesti Joyah punya mulutkan. Patutlah orang panggil dia Joyah,,,, memang kena dengan nama timangannya itu”

“Kamu gelak pula”

“Mak.. maafkan saya. saya orang macamtu ke mak? Anak emak ini mata duitan ker? Seorang penggoda?”

“Tak”

“Jadi… semua kata-kata orang itu pembohong mak. Saya naik kereta Dato ke Hospital.. kata saya ada affair dengan Dato tu. Saya minta tolong Dato kerana saya tahu dia boleh menolong mendapat duit untuk pembedahan Apit secepat yang mungkin. Beg tangan itu bukan yang tulinpun emak… itu beg tangan pasar malam.. kan Hani sudah cakap dengan emak” terang Hani panjang lebar.

“Entahlah… orang flat ini percaya cakap kak Joyah tu” Siaplah kau Joyah! Aku cili-cilikan mulut kau kalau jumpa kau nanti.. takde kerja lain ker.. geram pulak aku. Petang itu Hani mengajak kesemua adik-adiknya ke bazaar Ramadan yang terletak berhampiran ( malas hendak mengajak abangnya yang kedekut hendak mampus ). Hani membelanja adik-adiknya makan apa sahaja yang mereka hendak… maklumlah adiknya yang di Universiti dan sekolah asrama jarang balik ke rumah… sekali balik memang riuh rumah. Kecuali abang dia yang sulung itu yang agak serius dan pendiam sedikit… ikut bapanya agaknya. Sampai di flat.. secara kebetulan Kak Joyah yang di angin sangat satu badan ada di bawah tengah melepak dengan gengnya.. apa lagi ;

“Kau ambil akak punya makanan ni… pergi naik atas… akak ada urusan negara hendak diselesaikan” Hani memberi bekas makanan yang dibeli kepada Ikhwan.

“Kenapa kak?” tanya Ikhwan.

“Akak hendak bayar hutang”

“Ah sudah ! perang dunia ketiga hendak meletus” kata Ikhwan.

“Korang naik cepat” adik beradiknya akur.. Hani bergerak ke tempat Kak Joyah berkumpul.

“Assalamualaikum Kak Joyah si cantik manis dan debab!” perli Hani.. Kak Joyah yang tadinya rancak berbual terdiam ;

“Waalaikumussalam… apa kau hendak? Tak nampak ke akak tengah berbual ni”

“Akak… bulan-bulan puasa cubalah bawa-bawa bertaubat. Ini hendak masuk waktu berbuka puasa. Akak tak habis-habis mengumpat penduduk flat ni”

“Eh! Mulut aku… sukahati akulah… kubur asing-asing ok”

“Memanglah kubur asing-asing. Buatnya kubur akak sebelah saya… asyik mendengar akak menjerit kena pukul dengan malaikat”

“Wah! Engkau ini dah melebih.. apa yang kau tidak puashati dengan aku?”

“Memang saya tidak puashati dengan akak. Habis satu flat ni kak mengata saya.. saya ini ada hubungan dengan Dato. Fitnah semua tu!” kataku berang..

“Ah.. memang betul pun. Kau memang rapat dengan Dato tukan”

“Akak! Saya ini pekerja dia… pembantu peribadi dia. Tentulah saya rapat dengan dia. Takkanlah saya hendak berjauhan dengan dia” Hani melihat sekeliling.. sudah ramai penonton yang melihat perkelahian kami.

“Ah… kau memang ada hubungan dengan Dato tu”

“Akak dengar sini… orang flat pun dengar! Akak ni.. sebenarnya tensen sebab anaknya semua yang ado… seorang penagih dadah. Seorang mat rempit… seorang bohsia. Menantu pun taknak balik ke rumah. Itulah mengata orang… tapi anak sendiri” puashati aku ;

“Kau!” Kak Joyah bangun hendak mendapatkan Hani..

“Joyah… apa kau hendak buat tu?” kami memandang ke arah suara.. rupanya tok lebai.

“Ini budak Hasni ni… kurang hajar sangat bang lebai”

“Kenapa Hani?”

“Kak Joyah ini tok… dia fitnah saya… satu flat difitnahnya saya ada hubungan dengan bos saya sendiri.. anginlah saya” jelas Hani.

“Sudah-sudah. Sudah hendak berbuka ni…. Kamu Joyah.. aku pun ada dengar kamu cakap dengan bini aku pasal budak Hani ini. Kamu ini suka sangat mengata orang… kenapa. Bulan puasa ini henti-hentikanlah. Buat malu laki kamu sahaja nanti. Sudah, pergi balik.. semua sila beredar. Tolong” Kak Joyah menarik muka dan balik kerumah. Begitu juga dengan penduduk lain..

“Sudah Hani.. pergilah”

“Terima kasih lebai” Lebai mengangguk. Hani balik ke rumahnya. Sampai di rumah…

“Wah kak… ada free show tadi”

“Nasib arr.. akak dah lama bersabar dengan Joyah tu. sedap je mengata orang.. anak sendiri tunggang langgang. Orang lain bolehlah kau mengata… dengan aku maaflah” kata Hani geram.

“Apalah kamu ini Hani…. Tak habis-habis”

“Hendak jadi apa.. jadilah emak” abang long keluar dari bilik dan masuk ke bilik air. Itulah dia… tidur.. tidur… tidur… agaknya kalau ada gempa bumi pun tidak sedar.

“Ayah mana mak? Tak balik lagi?”

“Kejap lagi baliklah tu… puasa ni malam dia tidak bawa teksi.. hendak tawarih katanya” Hani mengangguk dan membantu emaknya di dapur.

{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{{

Malam itu Hani berterawih di surau… selepas terawih Hani tidak menunggu moreh. Matanya mengantuk ketika ini. Hani perasaan tadi ada beberapa orang berbisik-bisik semasa di sampai di surau tadi… tapi peduli apa aku. Kelibat Kak Joyah tidak kelihatan… dan Hani tahu.. sejak beliau duduk disini 10 tahun yang lalu… Kak Joyah akan bersolat terawih di Masjid.. katanya lebih afdal. Lantak kaulah Kak Joyah. Baru beberapa langkah meninggalkan surau… abang longnya memanggil ;

“Hani… Hani….”

“Apa dia bang?”

“Abang hendak cakap sebentar… kita cakap ke wakaf” Hani mengangguk.. mereka ke wakaf yang terdapat berhampiran. Setelah Hani duduk ;

“Pinjam duit kau 2 ribu” Hani terperanjat

“Apa? Pinjam duit Hani? Abang hendak buat apa”

“Hendak Raya ini aku makeup kereta sikit” wah! Kau seorang hendak raya.. aku?

“Saya mana ada duit”

“Takkan takde… gaji banyak”

“Saya bekerja untuk tolong keluarga. Abang gaji lagi banyak dari saya.. dah 2 tahun kerja.. saya baru kerja tidak sampai setahun. Sayapun hendak beraya juga”

“Eh! Engkau duit dengan keluarga.. banyak mana kau pakai duit”

“Memanglah.. tapi saya banyak sokong keluarga saya.. bagi duit bulanan… duit dapur. Hendak harapkan duit abang.. setakat 50 ringgit mana cukup.. sekali pergi pasar sudah habis”

“Wah.. aku minta elok-elok.. kau perli aku pulak”

“Sukahati abanglah. Saya memang tiada duit hendak bagi abang” Hani berlalu pergi balik ke rumah… seorang perangai macam ni.. seorang lagi macam ini.. pening aku.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.