Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 44

SALENA melompat bangun dari sofa lalu membuka pintu sebaik sahaja terdengar pintu gate rumahnya di buka. 


Di lihat wajah temannya kelihatan gembira dan ceria. Di tangannya terdapat sejambang bunga rose merah. Oh! Patutlah tak jawab call dan watsappnya langsung. Rupanya dia sedang syok sendiri dan bergumbira eh! 


Kalau tidak mengenangkan Marsha itu teman baiknya takdenya dia hendak bersengkang mata menunggunya balik. Risau juga di buatnya bila Marsha tiba-tiba berhenti menghantarnya watsapp! sejak jam 6 petang lagi. 


Apa yang berlaku?? Dia watsapp Marsha dan di call berkali-kali wanita itu tidak menjawab. Itu yang membuatkan Salena risau tidak tentu hala. Khuatir terjadi apa-apa pada temannya itu. Entah di apa-apakan atau di culik orang?


Aku tersenyum sendiri bila mengingatkan kejutan-kejutan yang Erhan berikan pada aku hari ini. I feel so love! Ini membuatkan aku mahu bertemu dengan lelaki itu! 


Tidak sabar hendak bertentang mata dengan Erhan. Arggh!! Penantian suatu penyiksaan. Bilalah aku dapat bertemu dengan Erhan. I really need to see you. You make me crazy. Aku mencium haruman mawar merah segar pemberian Erhan.


“Marsha!! Orang dok risaukan dia..dia boleh senyum-senyum sendiri eh???,“ ujar Salena bila temannya itu masih berada di cloud 9. Berangan dan tersenyum-senyum sendiri sedari tadi. 


“Shhhhh...!!! Orang tidur kan..,“ ujarku lalu meletak jari di bibirku agar Salena memerlahankan sedikit volume suaranya. 


“Kenapa kau tak jawab message aku ah perempuan???,“ ujar Salena lalu mencubit lengan Marsha bila wanita itu berada di sebelahnya.


Marsha tidak mengadu sakit seperti biasa. Dia hanya mengosok perlahan lengannya kerana moodnya baik hari ini. 


”Cause all of me, Loves all of you, Love your curves and all your edges, All your perfect imperfections, Give your all to me, I'll give my all to you….,” nyanyiku tanpa memperdulikan bebelan Salena. 


I’m really in a good mood. Malam ini hendak mimpi bertemu dengan Erhan.


“Eh dah tersampuk pulak budak ni?? Orang tanya dia menyanyi pulak,” ujar Salena lalu menutup pintu rumah lalu menguncinya.


Dia tahu pasti ada cerita menarik di sebalik date pelik Marsha. Marsha memberitahunya kekasih pen palnya meminta dia ke taman KLCC dan menurut kekasih pen palnya dia tidak akan ke sana hanya mahu Marsha sahaja ke sana. 


Pelik kan bunyinya! Pada awalnya Marsha tidak mahu pergi kerana dia tahu Erhan tidak ada sama. Tapi setelah di pujuk teman kenalan accidentnya ‘Eddy’ Marsha pergi juga walaupun dia hanya separuh hati. 


Sepanjang perjalanan ke Taman KLCC, Marsha tidak putus-putus memberinya pesanan watsapp mengatakan dia hanya membuang masa ke sana..tidak ada mood ke sana..etc..etc..then watsapp dari Marsha tiba-tiba senyap. Dan bila di call dan watsapp semula Marsha tidak membalas mahu menjawab panggilan telefon darinya. Sebab itu dia menjadi risau. 


Salena duduk di sebelah Marsha kerana temannya berada di sofa tersandar kepenatan. Salena mencapai jambangan bunga merah yang berada di atas meja lalu menciumnya.


“Erhan beri??,” soal Salena membelek-belek bunga segar merah yang cantik itu.


“Tak pakcik teksi yang aku naik tadi yang beri..kau ni pun tanya soalan mengakal kan tentulah Erhan yang beri,” jawabku tersenyum lalu menoleh ke arah Salena. 


Lagu nyanyian John Legend masih terngiang-ngiang di telingaku. Erhan is so sweet. Kalau Erhan yang nyanyikan untuk aku alangkah indahnya.


“Oh Erhan yang beri…eh ceciter sikit apa yang telah berlaku tadi??? Aku tengok kau ni dah macam perempuan ‘siow cow’ dah asyik senyum-senyum sendiri dari tadi,” tanya Salena tidak sabar ingin mendengar cerita awang-awangan Marsha. 


“You know Erhan is so creative..dia minta strangers beri aku bunga, romantic gitu…” ujarku lalu tersenyum lagi.


“Strangers beri kau bunga??? Mana kau tahu Erhan yang beri??,” soal Salena terperanjat. 


“Sebab the last bouquet..aku di beri envelope ini,” ujarku lalu mengeluarkan envelope beige Erhan lalu menyerahkan kepada Salena. 


Kalau tidak kerana aku kepenatan pasti aku ceritakan secara detail kepada Salena tentang pengalaman manis aku hari ini. Dan di sebabkan aku tidak ada tenaga aku berikan envelope beige itu kepada Salena. Biar Salena figure out sendiri.


“Dia suruh kau pergi sini?? Buat apa?,” tanya Salena bila melihat gambar polaroid yang di serta dalam nota Erhan.


“Makan burger,” jawabku ringkas mencapai jambangan bunga rose pemberian Erhan lalu menaiki anak tangga menuju ke arah bilik. 


I’m tired. Esok hendak kena pergi kerja lagi. Aku tak sabar hendak beritahu Eddy tentang surprised Erhan berikan kepada aku. Aku hendak memberitahunya bahawa Erhan tidak seperti yang dia sangka dan bayangkan. Aku ingin melihat sendiri reaksi wajah Eddy bila aku mengatakan bahawa Erhan lelaki yang istimewa. 


“Makan burger???!! Aii date makan burger aje cheapskate nah Erhan kau Marsha?,” tanya Salena tidak berpuas hati. 


Jika betul Marsha dinner makan burger di wangsa maju tadi. Kenapa dia kelihatan riang semacam apa yang dia ‘Miss’.


“The thought counts,” jawab ku dengan wajah selamba. 


Aku tidak kisah Erhan hendak belanja aku makan burger tepi jalan atau belanja makan di warung biasa kerana perbuataan biasanya itu telah menjadi luar biasa. Kejutan yang di berikan oleh Erhan so personal and sweet.


“Okayyyy…kau benar-benar sukakan si Erhan ni ke?,” tanya Salena lagi kerana Marsha kelihatan seperti sedang di lamun cinta. 


Bibirnya sentiasa terukir senyuman sejak pulang tadi. Erhan benar-benar berjaya membuatkan temannya jatuh cinta kepadanya? 


“Yah..aku sukakan Erhan!,” ujarku lalu mencapai pasu kristal menuju ke dalam bilik air. Aku masukkan air di dalam pasu tersebut lalu meletak jambangan bunga rose di dalamnya.


“Confirm?,” tanya Salena lagi. 


Yelah si Marsha ni fickle minded. Sekejap dia sukakan Erhan. Sekejap dia sukakan Eddy. Nanti sekejap lagi dia sukakan Azlee.


“Double confirm!,” jawabku dengan wajah yakin. 


Yes!! Aku benar-benar yakin bahawa aku sukakan Erhan. No more doubt. Aku akan menjadi wanita yang sabar. Jika Erhan masih belum bersedia untuk bertemu dengan aku. Aku akan menunggunya dengan setia sehingga dia bersedia. Asalkan jangan sampai seratus tahun sudah lah! 






Previous: Bab 43
Next: Bab 45

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.