Home Novel Komedi/Romantik Komedi Sayang Apa Khabar Denganmu
Bab 54

AKU duduk di meja yang ditempatkan khas untuk aku dan Erhan. 


Perasaan aku kali ini tidak seteruja dan se-nervous seperti waktu 3 bulan dahulu. Mungkin kerana aku tidak mahu terlalu mengharap apa-apa dari pertemuan ini. 


I just want to meet Erhan! Di dalam surat. Erhan hanya menyatakan aku harus pergi ke restaurant ‘Bijan‘ yang ditempah. 


Kali ini dia tidak meminta aku membawa buku novel kegemaranku. Peliklah juga sebab pertemuan pertama dia meminta aku membawa novel kegemaran aku. Mungkin Erhan rasa tidak perlu lagi sebab itu dia tidak meminta aku berbuat demikian.


Hari ini aku mengenakan maxi dress Champagne kegemaran aku dipadankan dengan black sequin cardigan. 


Sweet and simple. Aku duduk menumpang dagu memerhatikan api candle lit yang terliuk lentok bila di tiup angin. Aku tidak pernah ke Restaurant Bijan sebelum ini. Cantik restaurantnya tika di waktu malam kerana deco dan atmospherenya cukup cozy dan romantic sekali. 


Aku tersenyum sendiri. Erhan pandai memilih restaurant dan aku akui Erhan memang seorang lelaki yang romantic. Aku melirik ke arah jam di pergelangan tanganku. Jarum jam menunjukkan 8.05 malam. 


Erhan mengatakan dia akan bertemu denganku jam 8.00 malam. Ah baru 5 minit! Mungkin dia di dalam perjalanan ke mari. Aku tidak risau seperti 3 bulan yang lalu kerana aku yakin Erhan pasti datang. 


Sedang aku duduk berkhayal sendiri menunggu kedatangan Erhan. Lelaki yang duduk di sebelah mejaku datang menghampiriku dan menegurku. Aku memandang wajahnya. Hatiku berdetik adakah lelaki ini Erhan? 


Lelaki yang kelihatan pleasant memakai polo shirt berwarna biru gelap itu membuahkan senyuman kepadaku. Dalam keadaan gementar aku turut membalas senyumannya. Isi perutku terasa seperti di ikat. Perasaan gementar datang semula. 


“Waiting for someone?? Maaf menganggu. I‘m quite nervous actually, sebab I’m going to propose to my girlfriend..and I will need all the patrons support,“ ujarnya lalu tersenyum. 


“Oh how sweet..congratulations!!, sure you will have my support, all the best,“ jawabku lalu tersenyum. 


Wah aku tidak sangka ada orang akan membuat proposal pada malam ini. This is exciting! Kalaulah ED ada pasti dia sudah jadikan bahan untuk ruangannya. 


“Thank you..,“ ujarnya nervous lalu pergi. 


Pengunjung restaurant sudah semakin ramai. Hati aku pula yang berdebar-debar ingin tahu akan proposal yang bakal lelaki itu buat untuk kekasih hatinya. 


Kami semua di kejutkan dengan bunyi piano yang sedang dimainkan oleh waiter ‘Bijan‘. 


Aku memusingkan badanku ke arah belakang di mana piano itu di tempatkan. Semua pengunjung yang berada di restaurant turut curious bila piano itu dimainkan oleh salah seorang waiter Bijan. 


Seketika kemudian ada seorang wanita duduk di tempat lelaki yang datang ke tempat aku tadi. Aku tersenyum kerana wanita itu akan mendapat kejutan yang akan meninggalkan kesan di hatinya kerana kekasihnya akan melamarnya di sini. 


Aku tersenyum sendiri kerana wanita itu kelihatan ‘clueless‘ dan tidak mengesyaki apa-apa dan turut terhibur mendengar alunan music dari piano. 


Sebaik sahaja pelayan Bijan berhenti bermain piano. Pengunjung restaurant memberikan tepukan gemuruh kepadanya. 


“Thank you, this is just a warm up routine..,“ ujarnya lalu menekan piano memainkan lagu yang sebenar. 


Oh my gosh! All of me! Aku menutup mulutku kerana he choose the perfect song! Sedang kami leka mendengar alunan lagu All of Me tiba-tiba waiter yang menghidangkan air untuk wanita yang akan di lamar menyanyikan lagu All of Me. 


Sekali lagi kami menepuk tangan kerana suaranya memang great! Wanita itu terperanjat bila waiter itu tiba-tiba bernyanyi. 


Dia merasa tidak senang duduk bila seorang demi seorang pengunjung lelaki restaurant ‘Bijan‘ menyanyikan lagu All of Me dan memandang ke arahnya seolah-olah lagu itu di tujukan kepadanya. 


Aku menjadi teruja sendiri melihat wajah terperanjat wanita itu. Ok mana lelaki yang ingin melamarnya? Mungkin belum tiba masanya. Aku tersenyum lagi.


Semua pengujung lelaki tiba-tiba memandang ke arah aku pula. Ok...kenapa semua memandang ke arah aku. Mereka salah orang. Wanita yang hendak di lamar lelaki itu di sebelah meja aku. 


'Cause all of me

Loves all of you

Love your curves and all your edges

All your perfect imperfections

Give your all to me

I'll give my all to you

You're my end and my beginning

Even when I lose I'm winning

Cause I give you all of me

And you give me all of you, oh


Mereka memberi isyarat kepadaku agar menoleh ke hadapan kerana aku memusingkan badanku ke arah belakang untuk menyaksikan waiter itu bermain piano. 


Aku menoleh ke hadapan seperti mereka pinta. Ya Allah!! Aku merasa tergamam dan terpaku bila terpandang akan wajah lelaki yang duduk di hadapanku di tempat Erhan, degup jantungku bagaikan terhenti seketika kerana terperanjat dan tidak percaya dengan apa yang aku lihat.


Lelaki yang duduk di hadapan aku itu tersenyum melihat wajah terperanjatku lalu bernyanyi...bila tiba gilirannya untuk bernyanyi..dan yang lainnya hanya mendengar.


How many times do I have to tell you

Even when you're crying you're beautiful too

The world is beating you down, 

I'm around through every mood

You're my downfall, you're my muse

My worst distraction, my rhythm and blues

I can't stop singing, it's ringing in my head for you


'Cause all of me

Loves all of you

Love your curves and all your edges

All your perfect imperfections

Give your all to me

I'll give my all to you

You're my end and my beginning

Even when I lose I'm winning

Cause I give you all of me

And you give me all of you, oh


Sebaik sahaja dia berhenti bernyanyi. Tepukan gemuruh dari pengunjung restaurant membuatkan aku kembali ke alam nyata. 


What is all this?? This is all plan by Erhan? Tiada proposal yang akan berlaku di sini? Aku menoleh ke arah lelaki yang duduk di meja sebelah kami. Pasangan itu tersenyum memandang aku. Jadi benarlah Erhan yang rancangkan semua ini.


Aku memandang wajah Eddy tanpa berkedip. Apa benar lelaki yang duduk di hadapan aku itu adalah Erhan? Lidahku seakan kelu dan mulutku seakan terkunci kerana masih tidak percaya dengan apa yang aku lihat. 


Mataku mula di takungki air. Apa semua ini? Aku tidak faham dan tidak mengerti? Eddy? Erhan? Tiba-tiba hatiku menjadi sayu.


“Don’t cry Lasindah..don’t cry,“ pujuk Eddy perlahan lalu menyeka air mata Marsha perlahan. 


Air mataku mengalir laju bila Eddy memanggil aku Lasindah kerana merasa terharu. 


Jadi benarlah Eddy itu Erhan! Aku tidak perlu bertanya lagi kerana aku dapat merasakannya. Jadi benarlah perasaan aku terhadap diri Eddy selama ini.


“I wanted it to be you. I wanted it to be you so badly,“ ujarku dalam keadaan terharu. 


Sepanjang perjalanan aku ke mari aku benar-benar berharap bahawa Erhan itu adalah Eddy, walaupun aku sedar ianya tidak mungkin kerana Eddy dan Erhan berlainan individu. 


“Sayang..apa khabar denganmu..??,“ ujar Eddy lalu membuahkan senyuman, dia mencapai dan mengengam tangan Marsha perlahan. 


Aku cuba tersenyum bila Erhan aka Eddy mengusikku. 


Previous: Bab 53
Next: Bab 55

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.